Latest Instagrams
Sunday, November 18, 2018

:: POST CHALLENGE :: WHAT MY FAMILIA LOOK ALIKE??

Hi~ Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu semua~ Adooo, kelupaan betol nak tinggalkan entry. Itu la orang kata benda kebiasaan pun bila tinggal sekali jadi lupa. Mari la kita teruskan post challenge ni.. 

Bila sebut family? Rindu benaran sama mereka. Yela, masing-masing dah sibuk dengan kehidupan masing-masing kan. Dah besar la katakan. Aien pun dah ada keluarga kecik. So, sekarang Aien nak bawak warga blogger kenal la sikit keluarga besar dan keluarga kecil Aien yang tak seberapa ni.


Gambar di atas ni my whole family. I mean, like kteorang adik beradik la kan. Gambar family yang diambil masa Aien kawen tahun lepas, dan rasanya ini je la latest family foto. Lepas tu, huru hara. haha Entah mana-mana family foto kitaorang. As you can see, our family di dominan oleh perempuan. uhuk~ Dengan 6 perempuan dan hanya sorang little dongsaeng lelaki, life kat rumah most like macam asrama perempuan. Haha dah la semua comel-comel. I would like say my family ni macam minions. Piiiuddooooo~ Piiidooo .. banana!

Siapa-siapa yang jumpa mesti akan tanya, kembar ke? eh, kawan yek korang semua? Aha~ itu mampu senyum je la. Orang pun cakap, untungnya ada anak perempuan ramai. Maknya goyang kaki je. uhu~ seronok seronok, tapi dukanya Mr.Umi je la tahu. Dia la jaga kami dari kecik, berenti kerja yang orang kata masyuk pendapatan dia. Jaga kami 6 ketul. Bila kami dah besar (sekolah rendah) baru la adik laki tu lahir. Like 10 tahun beza yang sulung dan bongsu. Adeh, Aien terbayang zaman kecik-kecik la pulak. Siapa sangka Aien masih berpeluang hidup di zaman Tun Mahathir tapi kali ni jadi mak ayah pulak. haha Struggle beb! 


Ini pulak keluarga kecil yang korang biasa dengar la tiap kali Aien membebel pasal dak kecik tu. Tuan Izwan boss besar Aien, Nyonya Nayla boss kecik. Haaa~ haha currently of course Aien living with them la. Keluarga besa jauh. Tak jauh la. sebab masing-masing merantau, ade la 3 ketul kat tanah Malaya ni tengah belajar. Dua ketul kat Kuching, Sarawak. Sorang dah kawen jugak sedang melayan seketul Beng beng yang galak testing untuk berjalan. Dan yang setia menemani Mr. Ayahumi di kampung, adik bongsu Aien. Haa, nampak busy berbeno family ni. Nak jumpa, mampu dalam video call je la. In shaa Allah, panjang umur ada rezeki dapat la jumpa. Nyonya Nayla entah masa tu dah pandai jalan agaknya. haha

Family like my heartbeat. Because of them, I existed. Because of them, make me what I am today. Saranghae familia~ 



8 comments:

  1. Ha a lah.. macam kembar pun ada.. Besar keluarga Aien..

    ReplyDelete
  2. miss u too sista...what a fake smile of me hahahahah
    <3

    ReplyDelete
  3. Alolo pandainya si kecil.tgk.camera. mama pun girls 6 org x De boy kitaorg boleh tukar2 baju dah sekarang saiz semua lebih kurang

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Mamapp.. Baju penuh dalam almari. balik kg tapayah bawak beg, semua share je. haha

      Delete
  4. Ramai saudara perempuan yer, confirm rumah sentiasa kemas kan

    ReplyDelete

thanks for leaving a comment. Always appreciate it~

Latest pins

Subscribe