Latest Instagrams

About Me



Nama diberikan semenjak lahir tanggal 29 September 1990 ialah Nur Khafisah Binti Ashadi. Berasal dari Bumi Kenyalang dan telah merantau ke Bumi Malaya semenjak usia 13 tahun dan berhijrah ke Tanah Johor pada tahun 2017. Lagi 2 tahun, bakal menginjak ke 3- series, diri ini telah pun mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dengan seorang jejaka tall dark handsome dari Tanah Johor kelahiran Pekan Nenas, Pontian. Mempunyai buah hati yang baru berusia 3 bulan, dan kini setia menjadi petugas di Oil and Gas kediaman rasmi Tuan Izwan dan menjadi pengasuh tetap Nyonya Nayla. 

Hobi sampingan selain memasak, mengemas rumah dan menghias rumah adalah blogging. Di sini tempat mencurah perasaan, berkongsi kehidupan dan bercerita tentang apa jua yang dilihat, dialami dan dibaca. Segala apa yang ada hasil dari buah fikiran yang tak seberapa hebat ini. Walaupun begitu, ianya masih segar dan kekal di sini. <3 

Moga anda para pembaca yang sudi singgah ke teratak hati saya ini memperolehi sesuatu darinya. Terima kasih juga saya ucapkan kerana masih nampak teratak usang yang kian lapuk di mamah usia. Hanya Allah SWT dapat membalas jasa baik anda. Semoga anda semua dalam baik-baik saja dan saya sentiasa mendoakan anda sukses dalam kehidupan anda. 


Salam sayang, 




No comments:

Post a Comment

thanks for leaving a comment. Always appreciate it~

Latest pins

Subscribe