Latest Instagrams
Monday, July 01, 2019

HELLO JULY!

HELLO JULY!
Monday, July 01, 2019
Read post

Hai hai Assalamualaikum~ 

Dup dab dup dab je jantung ni meniti bulan ni. 16 days to go. Barang-barang pun dah fully prepare cuma bimbang tentang emosi yang semakin kurang stabil bila si kakak Nayla dah mula menunjukkan pemberontakkannya. Hadui la kakak~ malam tido tu, nak ngan Ibu je la. Memang nak pulun puas-puas supaya nanti harap-harap dia tak de dengki. But, still jarang la one year baby tak dengki ngan adik dia. Orang tua kata, tak cukup nak bermanja, gitu? 

Doakan yang baik-baik, moga yang baik-baik saja akan terjadi. 

Julai, that's mean lagi beberapa bulan je kita nak capai wawasan 2020. Dan itu juga bermakna tahun ini adalah tahun terakhir sebelum masuk 3 series. Bermakna juga kematangan itu harus la ditingkatkan bila dah jadi Ibu anak dua nanti, in shaa Allah. 

Jika kelmarin dah bebel pasal home deco dan sebagainya, hari ni Aien macam saja je la nak buat entry blog yang semakin lemau ni. Jun adalah bulan yang paling merosot sebab Aien rasa tak ada masa nak bukak blog. Or,, mungkin sebab tak ada benda jugak nak cerita dan ianya bulan mulia, so,, the merepek kena kurangnya. Haa, Syawal pun lagi tinggal beberapa hari lagi kan? Ada yang menghabiskan sisa Syawal dengan berpuasa lagi ke? Atau masih rumah terbuka di sana sini? 

Aien dah mula back to normal schedule la. Normal means as housewife doing chores and teaching this little girl. Coming soon, wallahu alam. 

Itu saja pembukaan bicara untuk Julai ni. Apa-apa nanti tengok je la kerajinan untuk terus mara sehingga hujung tahun. ye dak? 

Bai, see you next entry. 
Latest pins

Subscribe