Latest Instagrams
Friday, December 14, 2018

PENCARIAN BLOGLIST 2019 Mamapipiedotcom

PENCARIAN BLOGLIST 2019 Mamapipiedotcom
Friday, December 14, 2018
Read post
Pencarian Bloglist 2019 Mamapipiedotcom. Jemput sama-sama meriahkan.

Pencarian Bloglist 2019 Mamapipiedotcom

Seperti yang mama ada beritahu dalam post sebelum ni, mama ni adalah sejenis yang suka blogwalking. Dan sesiapa yang ada di bloglist mama biasanya akan mama blogwalk dulu dengan syarat blog Tu kena selalu update la ye. Memandangkan dah nak masuk tahun baru aka umur baru bagi mama, maka mama mencari 20 blog untuk dimasukkan ke dalam bloglist mainpage mama, 

Bagi yang tak terpilih pula jangan lah risau, mama akan buatkan satu page dan masukkan kesemua link yang join segment ni.  dan Semoga dengan adanya segment ni akan membuatkan mama bertambah berkobar-kobar semangat blogging untuk tahun 2019.

Jom tengok syarat-syarat: 

1. Buat satu blog post bertajuk "Pencarian Bloglist 2019 Mamapipiedotcom". Tampal banner di ats beserta link ke post ini.
6. Follow Twitter: https://mobile.twitter.com/mamapipie
7. Follow FB page: https://m.facebook.com/mamapipie/
8. Tinggalkan link pernyertaan korang di post ini.

Done. Mudah saja kan. Bagi sesiapa yang ada masalah untuk nak buat perkara di atas dengan alasan munasabah mama tetap akan terima penyertaannya. Dun worry OK!

Segment ini berakhir pada 31/12/2018 11.59 Malam.


WORDLESS DAY

WORDLESS DAY

Read post

Thursday, December 13, 2018

BELI APA TU PADA SALE 12.12??

BELI APA TU PADA SALE 12.12??
Thursday, December 13, 2018
Read post
Hi~ Assalamualaikum

Remember I told you gais, Aien menang voucher dari Lazada 2 hari lepas. Here I am to story mory dengan u olls apa yang Aien beli dengan voucher tu. Hee~ 

Al-kisahnya, Aien teringin sangat nak beli vacuum cleaner memandangkan rambut ni bersepah merata. Geram sebel bila nak menyapu. Lagi-lagi bila Nyonya Nayla pun sekarang ni dah start selak-selak karpet Ibu. Ado~ tak cukup dengan hanya kibas-kibas je karpet tu. Macam tak cukup bersih je rasa. So, I told Tuan Izwan. I wanna to buy the vacuum. He said, bazir je. Penyapu lidi pun bersih jugak. Haha 

Haa~ dah Tuan Izwan kabo gitu. Kita senyapkan aja la. Sampai la detik dapat voucher ni minggu lepas. Me like~ yeay!! Dapat beli vacuum. Yeay! Yeay! And sale 12.12 is coming. Cun! Tepat pada masanya. Saya suka!! 




Taraa~ usha² yang ni nampak tengah viral di kalangan rakan muka buku Aien. Tengok rating pun macam okay je. So, apa lagi grab la satu. Ikutkan harga dia kalau normal rm75++ la. Jadi dia dah turun la RM10 gitu. Termasuk postage sama jugak harga dia RM75. Pusing-pusing situ jugak kan. Why not grab je satu. Buat percubaan. Sekali dah proceed payment apa semua, Aien masukkan la kod voucher ni tadi, but, Sedih! Shipping voucher ni tak cover. Like, burn je la RM5 haku!! Aien dah la memang tak ada benda lain nak beli. Macam oh, tidak!! 

Bincang-bincang dengan Tuan Izwan, dia kata amek je la. So, dah proceed semua. Tunggu la dia sampai je. Jangan la abang posmen malas lagi nak panjat. Tak larat la nak pergi poslaju je. Haha 

Okay, tu je nak cerita. Till I write again~ 

PS: Nanti dah sampai Aien buat review. hee~ 
Wednesday, December 12, 2018

AGAR-AGAR MILO, SENANG JE..

AGAR-AGAR MILO, SENANG JE..
Wednesday, December 12, 2018
Read post
Hi~ Assalamualaikum

Bila musim hujan, konfem rasa asyik nak makan saja. Tertiba datang la idea nak buat agar-agar selepas menggali bilik pantry ternampak sebungkus agar-agar tali. Hah~ apa lagi searching next item untuk dicampur semua. Semua ada. Apa lagi, sukat air, campak itu, campak ini. Tara~ dah siap. Senang je kan? 

Malangnya, sebekas besar jugak Aien dapat. Banyak tu. Aien sorang je makan. Mana la orang nak makan agar-agar musim hujan ni Cik Aien oi.. Agar-agar sedap makan time panas lit lit, haa~ marvelous gitu. Nasib la badan jumpa teman yang kurang makannya. Dia bukan tak makan, cuma tak berapa. Cuba kalau kena feveret dia, amboi tak toleh kiri kanan naa~ Kalau Aien.. apa aja bedal. haha

Macam biasa la, masa progress buat benda ni, Aien lupa nak ambil gambar. So, tengok je la yang dah siap. 

 
Bahan-bahan diperlukan: 

1 bungkus agar-agar tali
1.5 liter air
1 cawan gula pasir
1 tin susu cair
1 cawan milo

Cara-caranya: 

1. Masak agar-agar dengan air sehingga mendidih. Masukkan gula dan susu cair. Kemudian, dah sebati boleh ditutup apinya.
2. Bahagikan kepada dua bahagian. -milo -susu
3. Kemudian, susun la ikut suka.
4. Bekukan dalam peti sejuk dan sedia untuk dimakan.



Senang kan? Pejam mata boleh buat. Ada setengah orang suka campur dengan tepung jagung sikit. Tapi bagi Aien, itu dah jadi puding dan tak la berapa gemar.

So, agar-agar ni la buat santapan pagi. Sambil masak, letak agar-agar ni dalam pinggan beberapa ketul. Buat alas perut dulu. 

Yang atas tu jangan ditanya kenapa berketul, sebabnya Aien p sejukkan depan kipas. makanya, dia sejuk cepat. Dengan yang dalam jag pun sejuk. So, sambil tuang tu tapis la kalo tak nak dia berketul. Ni untuk makan sendiri, kisahkan aja rupa dia macamana. Janji sedap! By the way, masa dia tengah disejukkan tu, Aien cicip rasa dia macam kurang manis. Sekali bila dah sejuk, wow~ cukup rasa. Macam biasa la, Aien ni suka benar derhaka pada resepi. Haha 

All the best you all yang nak mencuba. ^^ 


Till I masak again~ 
Tuesday, December 11, 2018

NEW ADDICTED! GAME RAGNAROK M ETERNAL LOVE

NEW ADDICTED! GAME RAGNAROK M ETERNAL LOVE
Tuesday, December 11, 2018
Read post


Hi~ Assalamualaikum | Oh no! Habis laa~ Mula-mula tengok Tuan Izwan main. Macam best je. Dia kalau jumpa game best, memang leka. Pahtu tanya, 
'Banyak makan space tak? Okay tak game dia? Macam ML?' 

Banyak kan soalan. Sebab Aien noob main ML, so tanak game macam tu. Ahak~ Lagi-lagi PUBG, lagi bertambah noob. Game smartphone ni memang popular di kalangan remaja zaman sekarang. Kadang-kadang mak budak ni nak la tau apa yang best sangat sampai deme ni tak nak keluar bilik bagai. Sampai makan pun tak kisah. Hadeh~ laparnya. 

So, bila Tuan Izwan dah menjawab semua soalan Aien kat atas tadi, Aien pun muat turun games tersebut di google play store. 


Mudah saja kan? Game Ragnarok ni makan sebanyak 1.3GB space dalam telefon pintar kita. Selebihnya Aien malas nak story pepanjang. Better orang yang lebih arif atau kalian suka nak google-ing this game, silakan. hee~ 


Bila dah settle muat turun, akan jadi macam ni. Well INI BUKAN ENTRY TUTORIAL HOW TO PLAY THIS GAME. Cuma nak cerita how addicted Aien for past week for this game. haha 

Sekarang dah level 53 kalau tak silap, sejak balik dari kampung MIL yang sendu line, Aien pun malas nak bukak. Makin susah nak naik level. 


Ini la muka depan permainan tersebut. Haa~ dia macam best la jugak, but bila ngajak adik ipar dia kata macam bosan je game ni. Haha 

Aien main pun sebab game ni boleh kena tinggalkan, unless kita tengah buat mission or apa² quest. Kena la tengok kejap-kejap. Tapi, WARNING! AMARAN KERAS! Game ni laju makan bateri!! 



Tidak!! Masa Aien tengah farming, nak kumpul item untuk quest, Allahu~ sepanjang malam biarkan dia charge, langsung tak naik! Like, WHAT???  Terus Aien terdetik, Oh tidak, handphone aku ni dah nak nazak, makin aku pendekkan umur dia. haha terus macam, Biar je la. Bila dah boring sangat, mood nak main balik baru main. Tapi, jeles jugak tengok Tuan Izwan main. Sekarang ni, ada satu kat telefon, satu dia pasang kat laptop. haiyoo~ Dahsyat kan penangan game ni. Dia kata sambil main sambil terkenang la zaman dulu. Kalau nak main game macam ni, kena pergi kedai pc dulu, baru dapat main. haa~ gitu..  

Gais~ kalau nak cuba main boleh la. haha tapi, kena sediakan quota internet kaw-kaw la kalai nak download. Melainkan anda pengguna u-mobile. hee~

Kbai. 

Monday, December 10, 2018

MENANG HADIAH! BLESS ME~

MENANG HADIAH! BLESS ME~
Monday, December 10, 2018
Read post

Hi~ Assalamualaikum | Yeay, happy Opening of December. Siapa tak happy bila holiday month is coming right? 

Patutnya benda ni Aien cerita as soon as possible bila dah dapat, but me kinda urm.. tak ada idea selain nak ucapkan terima kasih, xie xie, kamsahamnida, thank you, arigato! 

1. 

Hadiah dari Giveaway by Cik Puan Rrai. OMG~ Finally it's here. Selepas abang posmen retour balik barang ni, dan dia assume Aien tak ada kat rumah masa tu, sedangkan ikutkan rasa date dan jam yang dia kata sampai depan rumah tu, Aien ada ja dalam rumah. Tapaham~ Last, hari Khamis baru pergi ambil lepas Tuan Izwan balik kerja. Aien like sangat tudung bawal dia~ Nice. Nanti bila Aien dah pakai, Aien share kat iG k~ ^_^

2. 


Terpilih sebagai salah seorang pemenang untuk 3rd Lucky Draw Prize untuk Lazada Blogger Contest! Wow! Double wow. Sebab untuk kesekian kali Aien join, ini kali pertama Aien menang. Alhamdulillah. Rezeki. Walau tak dapat yang gempak² hadiah dia, still RM75 ni, Aien dah berangan nak shopping masa 12.12 nanti. Beli apa, nanti kita cerita. Yuhhuuu~ 

3. 

Alhamdulillah, Aien menjadi salah seorang komentar top di blog Kak Shikin Razali dan terpilih mendapat hadiah saguhati darinya. Alhamdulillah, alhamdulillah. Terima kasih kak~ Akak ni memang selalu kasi pada mereka yang sering singgah dan komen di blog beliau. Semoga rezeki beliau bertambah atas kebaikannya. Aien nak buat macam ni pun masih terfikir-fikir lagi. Namun, semoga kalian tak jemu singgah yaa.. 


Itu saja, rezeki nak dikongsikan dengan kalian. Alhamdulillah orang kata pembuka bulan cuti yang sangat baik, tapi, tu la. Emosi ni pulak swingy tahap kelapan. Tak tahu la manusia jenis apa ni. Haiyaa~ 

Till I write again~ 
Sunday, December 09, 2018

RINDU..

RINDU..
Sunday, December 09, 2018
Read post

Hi~ Assalamualaikum. | Lately my emotion kinda mess up. Maybe this weekend my family will gather up at my sister daughter's Aqiqah. Felt lost somewhere. Feel like, I'm not belong anywhere. Where is myself? Where I should go? Why I felt like this? 

Bayangkan Aien siap mimpi Aien dapat tiket flight murah dari JHB-KCH dengan harga RM20 je? Wow~ Itu cuma mimpi sayang.. T^T

And kat sini pun Jumaat ni MIL nak buat Yaasin untuk arwah FIL. Okay, terubat sikit. At least, family husband pun ada buat gathering jugak. Yeah, Wife is belong to their husband. Indeed! Tak dinafikan. Somehow feeling rasa lonely tu lumrah la kalau kau kawen dengan orang jauh kan? 

Terubat kuasa dua, bila my older sister buat suprise tetiba dah sampai dekat pagar rumah. Me like!!!!! O M G. I sense it before. Memang ada bau² dia nak datang cause she asked for my address. Like, Aha~ ko mesti nak datang kan? Beriya menafikan, katanya konon pun simpanan nak buat kiriman suprise ke untuk anak buah. Ha ha ha 
Sis, U r sooo funny! I can read you. Maka, bersembang, bergosip serta membawang la kejap selama empat jam dia kat rumah Aien. Adoo~ missing the other sisters. 

Tengah sembang² , adik sorang pulak buat video call. Allahu, bising la kejap. Gamat rumah eden! Meriah! Siap yang Video call tu jerit, Why tabuleh join next week?? Ha ha  Mianhe dongsaeng aaa~ Unnie ko ni busy. 

Bila dah kumpul walau sorang pun dah rasa rindunya dengan rumah Mrs Ayahumi. Rindu sangat-sangat. Balik cuma setahun sekali je. Masa raya, atau ada majlis penting. Nak balik selalu, tiket JHB-MYY double price dia dari KUL-MYY. Sob sob la kita. 


Sebenarnya hadir idea untuk entry rindu ni, sebab Aien tengok ni. Ubat nyamuk klasik ni. Teringat masa kecik-kecik, masing-masing amek turn pasangkan ubat nyamuk ni sebelum maghrib. Letakkan di hujung tangga. Remember last entry,  WHAT MA FEMILIA LOOK ALIKE? Aien cerita pasal adik beradik Aien, rindunya tak terkata. Dari kecik selalu bersama. Bila dah besar, semua ikut haluan memasing. Agaknya itu sebab ayah tak nak buat bilik bebanyak untuk anak dara dia. Sebab anak dara dia semua diambil orang. Pulang pun, macam ni la. Entah dapat entah tidak. 

Bila dah jauh, doa untuk Mrs. Ayahumi makin mendalam. Moga mereka sentiasa diberikan kesihatan dan umur yang panjang. Semoga kami semua masih diberik kesempatan berbakti pada mereka. How sad, can't imagine it. Bila tiba masanya, kau terima berita yang paling kau tak nak dengar. Allahu~ masa tu pulak, kewangan kau tak mengizinkan. Double triple sedih!! Minta dijauhkan masa tu. 

Itu la semat dalam hati, susah macamana pun, kau mesti ada simpanan untuk emergency macam ni. We never know what Allah planning ahead for us. Moga yang baik-baik saja. Moga kita semua sentiasa dipelihara di zaman serba serbi fitnah. Moga kita terus menjadi insan yang mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW. 

Till I write again~ 

Friday, December 07, 2018

:: POST CHALLENGE :: EPIC FAILURE THAT I OVERCOME

:: POST CHALLENGE :: EPIC FAILURE THAT I OVERCOME
Friday, December 07, 2018
Read post
Hi~ Assalamualaikum



Jika semalam kita bercerita pasal kejayaan, hari ni meh la throw back kegagalan. Kerana di sebalik sebuah kejayaan pasti ada kegagalannya. Namun, jika gagal sekali bukan bermakna kita gagal selamanya. Kan? 

wah~ gagal je kau, bila nak berjaya? It's take time buddy. Jangan kau kecam rakan-rakan kau yang nampak tak maju tu, sebab setiap orang ada rezeki dia yang Allah dah tuliskan. Be grateful kalau anda berada di atas pada hari ini. Bersyukur juga kalau anda diuji pada hari ini. Setiap kita ada cerita yang berbeza yang Allah dah tetapkan. Kalau sama, boring la kan dunia ni? 

Tapi, jangan mudah cepat berputus asa jika anda gagal hari ini. Kerana kejayaan besar menanti anda di hujung jalan? Jangan di tanya bila, sebab dengan usaha pasti anda akan berjaya. Keep have faith with Allah cause He knows everything. :)

Well, Aien tulis ni buat diri Aien jugak, yang currently jenuh fikir what should I do to myself selain dari jaga rumah, jaga suami dan jaga anak? I do have impian as I said yesterday. But, ahhh~ I always love but!! BUT!! itu halangan terbesar. Takut jugak nak keluar dari comfort zone. Walau dah banyak kali, Aien cuba sampai Aien nampak kejayaan Aien. See? Kenapa kau takut lagi? 

Epic failure One-- 

Aien struggle study in English pada umur 20 tahun. Masa tu baru lepas amek SPM as PC. Waahh~ seronok la aku dah boleh belajar ke U macam orang lain. Tapi First semester Aien failed, and my PTPTN gagal. So I just decide to dropped it. Just like that! 

Lepas dari tu, mood belajar Aien ke laut, try hard cari kerja yang sesuai dan alhamdulillah once I found a job with nice payment, Allah kasi rezeki untuk sambung belajar. Like, masa tu pun.. Haa~ sayangnya nak berenti. Aku dah sedap pegang duit ni. Banyak jugak rencana dalam kepala masa tu. Nak pergi ke tak? Tapi, pilih juga untuk pergi because I need to prove myself. Naa~ alhamdulillah. Habis juga 3 tahun belajar. Eventhough banyak jugak pahit dia. Naa~ Tipu. Haha Aien hidup as student yang antara 3K je dia hidup. haha Rasa nyesal pulak tak aktif. hehe Nyesal kuasa dua, bila Sis Aien dapat as student terbaik fakulti, and I just a random student yang lulus dengan 3+ cgpa and nothing! Haa~ that's it my bigggest failure. I can't get enough what I had! Damn u lady! 

Adoo~ adooo~ adoo~ 

Siapa tak jeles wei.. Tengok orang sana, tengok orang sini. Asyik tengok orang, lupa nak tengok diri sendiri yang orang lain tengok pun jeles..  See? 

Satu, tak pernah bersyukur. Dua, keep look up and forget to look down. Tiga, Don't compare your life with others. INGAT TU? 

Dah. Aien rasa nak tafakkur and bersyukur dengan apa yang Aien ada sekarang. Gais, please bersyukur dengan apa yang kita ada sebab tak semua orang ada yang kita ada. K? *virtue hug* 

Till I write again.. 


This entry make me so deppress! it's should make me proud tho'... T^T
Thursday, December 06, 2018

:: POST CHALLENGE :: KEJAYAAN PALING GEMPAK YANG PERNAH DICAPAI

:: POST CHALLENGE :: KEJAYAAN PALING GEMPAK YANG PERNAH DICAPAI
Thursday, December 06, 2018
Read post
Hi~ Assalamualaikum

Based on title, macam nak serius la pulak bukak hikayat pujangga milik aienienka ni. Throwback so jauh till I realised, banyak jugak benda aku dah buat yer. Cuma antara nampak dan tak je. 


Alhamdulillah hampir 30 tahun hidup di muka bumi, sebagai seorang anak dan kemudiannya sebagai seorang isteri dan tambah pulak title sebagai Ibu. Haa~ kejayaan jugak tu. Haha 

Bagi Aien paling gempak sekali is, I got my diploma. Setelah bertahun jugak berangan nak sambung study, nak konvo macam orang lain. Sampai mood nak study tu dah lesap dalam hati. Baru Allah kasi modal baru untuk study dalam bidang Islamic gitu. Nampak tak Allah asyik panggil ko balik je.. 

Cerita pasal konvo ade kat HABIS BELAJAR DAH! Rindu pulak masa tu. Aien habis belajar Decmber 2016, Kawen Feb 2017. Dapat Nyonya Nayla May 2018. 

Huish, berturut-turut busy. Sibuk la sangat sampai tak tahu nak sibuk apa lagi. haha 


Over all, banyak la my dream yang tak come true lagi. In progress to make it true so high up. Banyak pancaroba dia. Hanya di sini la Aien menulis. Nampak dari mula menulis blog, dari jadikan diari kehidupan membebel sentiasa entah apa-apa, sampai join giveaway, and the biggest impian is I want to keep write till my children can read it over here. 

Zaman dorang zaman teknologi, membesar di hujung jari. Some how, nak jugak ajar writing in journal a.k.a buku. Cuma bila Aien dan buku ni macam tu la dia. Writer block forever. Bila dah tak belajar, buku dan pen bukan lagi kawan baik. Hobi masuk kedai buku belek-belek buku, cari pen mana yang best masih ada. Tak segempak masa ada duit sendiri la. hee~ 

Remind me, one of my dream is become a novelis. O M G. What a dream I have? bwahaha okay nak gelak. Novelis ke laut. Yang tak ada story line. Haha Makanya, dia sini aje Aien menaip. Harap ada yang sudi membaca dan terus membaca, dari atas sampai ke bawah dan tinggalkan jejak. Actually, ada je blog Aien konon nak start writing last year kot. Pahtu dah hilang folder dia. Jumpa The End je la. Adeh~ manusia manusia. 

Apa lagi kejayaan kau? Hurm.. Tade. Nan. In progress be a good wife and good mum. Supaya my anak become hooman on day. Even they are human. haha 

Dah, before I got nonsence.. Better leave. Oh ya~ bagi yang tak tahu, Aien tengah buat post challenge since Nov hari tu. Dan ini list challenge yang Aien dah buat. Dan sudi-sudi la baca if you do have some time. 

Wednesday, December 05, 2018

BINGKA LABU, JADI KE TU?

BINGKA LABU, JADI KE TU?
Wednesday, December 05, 2018
Read post
Hi~ Assalamualaikum

Adoii~ tepunya nak buat entry apa yer. Macam mim alif lam sin untuk keep update is coming back! no!!! andwae!! 

Bayangkan entry bulan lepas kalau boleh dua entry per day end up December kau lesap. Haa~ mana pergi? Nak kata busy, macam tu jugak. Ha ha sibuk layan Nyonya Nayla yang makin lasak. Paling penting tabuleh kena tinggal. Kalau dah bangun, mandikan dia, bawak dia masak sekali. Sekarang, time parents dia bangun pasti bangun. Adoo~ don't know why la. Dan sekarang dia dah start makan, makin bertabah blur nak beli sayur atau buah untuk dia. Sebab kat tempat Aien selalu beli barang basah, tak ada pilihan sikit-sikit. Dia jual lump sum gitu. So, berfikir sejuta kali. Sampai Tuan Izwan ingat kita beli sayur untuk dibuang. Huwaaa~ Tidak sama sekali~ masa beli macam² menu di fikiran, bila nak masak lupa. 

So, this bingka labu come from Nyonya Nayla punya lebihan labu. She kind of tak suka labu. I assumed. Sebab dua tiga suap je habis, dah tak nak. But, when I mix bubur beras + labu + ikan bilis = blender & lenyek, dia macam berkenan pulak. One more probs is, since dia dah start makan.. start la sembelit dia. haha  Masa susu badan, berak sehari sekali. dah makan ni, sekali pun payah. Lain kalau dia minum banyak susu and air. haa~ teruk jugak kena kecam masa saja tempah maut tanya kat group fb. haha masing² bashed why Aien tak bagi puree dulu. Agaknya masing assume Aien kasi bubur keras tu haa.. macam bubur orang tua. haha Adeh~ maki jugak kat diri sendiri masa tu. Dah la soalan tanya pagi, petang baru approved. Like, habis aku tanya sana sini, google merata how to treat sembelit. Kesudahannya, Alhamdulillah ada jugak sis baik ni share tips and terus kasi Nyonya Nayla, dan malam tu jugak dia digest habis sisa kumbahan dia.

Apa ni.. Cerita merepek apa ni? Dari bingka Labu, sampai ke yik yik ni?? 

O M G~ Nur! 

Baca la sampai habis kalau sudi. Bila seorang katanya dah buntu jumpa mood nak menaip, habis semua benda cerita. haha #sabarjela

Cerita bingka dia pendek je. Al-kisah lebih labu tu banyak lagi, Aien search resepi kat muka buku. Cari mana yang bahan-bahannya semua dah ada. And buat. Pap pap, pap! Dah siap! Haa

Bahan² adalah:: 

suku labu *rebus dan lenyek

*campur semua bahan di bawah. Blend dan tapis*

2 sudu susu manis
sekali tuang susu cair
setitik esen vanila
2 biji telur
1 mangkuk tepung gandum
setitik pewarna kuning
1 kotak santan 

-ada lagi ke? itu je kot. 

Before tu semua ,uolls jangan lupa panaskan oven dan sapukn mentega pada loyang supaya tak lekat bingka tu nanti. hee~

Dah siap blend dan labunya dilenyek, campur kedua bahan dan kalau suka boleh tabur bijan. Tapi Aien tak ada bijan. So, go on je la. 

  Dalam proses membakar. Oven dipasangkan apai atas dan bawah pada suhu 170°c selama sejam. Depends jugak la pada besar mana oven korang. Cara nak tahu dia dah masak ke belom, amek la batang lidi dan cucuk tengah bingka tu. Jika tak melekat pada lidi, maknanya dah masak. Senang je kan? If melekat, means just keep masakkan dia till it's burn. Haha

Jangan la prejudis gitu. Burn is awesome dan sedap uolls~ And sejam kemudian,


Nampak tak kesan cocok tu? Aien guna garpu je. Guess the sebab? Haa, so tak payah la bersungguh beli batang lidi semata nak cek bingka ko masak ke tak. Na na~ tak perlu semua tu! Guna pisau pun boleh. Janji kita boleh tahu yang dalam dia dah masak. That's all! 

Eh, joyah! Panjang ko bebel? Sedap je idok bingka ngkau tu? 

Sedap is sedap, for first time buat. But, bila dah makan haa~ macam tak cukup lemak. Sebut lemak, I olls lupa kabo santannya! Patah balik, patah balik! Haha 

Done! 

Tuan Izwan cakap mungkin tak cukup lemak, but eatable la. Tak ada la manis sangat. Ikutkan resepi dia letak gula halus lagi.  Phew~ If labu korang dah cukup manis, tak payah la tambah lagi. Kang terlebih manis pulak. 

Nak cuba boleh la untuk makan dua tiga ketul mensia. If, ramai u olls taip je kat fb, resepi bingka labu. Taraaa~ 


Edit:: Lepas sendiri tak terdaya nak makan walau sedap, Aien bawak la balik kampung MIL. Wow~ Bangga kejap la MIL puji, sedap! menjadi. Sebab dia try like thousand time tak menjadi katanya. Dia puji okay, cukup rasanya. Tak payah manis sangat. Haa~ memberi semangat Aien nak masak apa lagi untuk next week. haha

Till I cook again~ 


Monday, December 03, 2018

DRAMA REVIEW: THE BEAUTY INSIDE

DRAMA REVIEW: THE BEAUTY INSIDE
Monday, December 03, 2018
Read post
Hi~ Assalamualaikum 


Blur sikit nak mulakan intro December ni. A lot of thing happen. Alah~ tiap hari banyak benda berlaku. Tapi semua dalam minda dan kepala la. Selebihnya orang sekeliling je la tahu macamana. haha 

Last few weeks, Aien try nak habiskan drama ni. Adoo.. tergendala sejuta kali je nak tengok. So, here my review. 


Tajuk: The Beauty Inside 
Episod: 16 
Durasi:  59 minit
Genre: Fantasy
Pelakon: Lee Min Ki &  Seo Hyun Jin
Sinopsis: Mengisahkan tentang seorang pelakon yang dilabelkan bermasalah dan seorang chaebol yang menghidapi penyakit blind face. Drama ni adalah adaptasi dari movie pada 2015.


Ini la movienya yang di bintangi oleh Han Hyo Joo. 

Sebelum Aien bebel panjang, Aien dah tengok movienya dulu sebelum cerita dah keluar. Best, sebab Han Hyo Joo dan ada Lee Dong Wook. Sedih la jugak sebab dia try hard untuk mencintai dan berharap lelaki yang dia cintai akan kenal dia. Sedangkan kita yang pakai mekap je, tanggal mekap pun laki dah tak kenal. haha Okay, tak ada kaitan!

Aien gigihkan diri untuk tengok drama ni, sebab pelakon dia semua yang best! Lee Min Ki yang Aien rasa baru mencuri perhatian la (bagi Aien) dalam drama Because This Is My First Life dan Seo Hyun Jin yang juga baru melonjak naik walaupun dah lama dari drama Another Miss Oh. Okay, apa yang Aien nyatakan di sini adalah dari mana Aien kenal mereka. Tengok wiki dorang, dah lama jugak dorang berlakon. Cuma tak mencuri perhatian Aien la. Haha (milih jugak ni)

Bila dah agak minat tengok dorang dua, teringin la jugak nak trngok kimia antara mereka berdua ni. Fuh~ panas! Kaboom gitu. Like, sweet la jugak. Penceritaan dari drama ni lebih kurang dengan movie dia. Cuma less sad part. Kalau rasa nak sedih, tengok movie, kalau nak happy ending tengok drama. Itu je. Ha~ 

Drama, panjang sikit la cerita dia. How she get the illness, how he become blind face. How they meet each other? Yang penting friendship dorang semaikan dalam cerita ni bagus. Like, whenever your bestfriend in problem, you will make it right. Haa~ itu la watak Yoo Mi. And line up actor/actress semua bagus. Semua lawa² (of kos la) dan suami nya Geum Jan Di (BoF) Siapa kan nama dia, malasnya nak google lagi. haha 

Well, overall best! Pernah ke Aien bagi rate drama korea tak best? Yang Aien tengok semua best. Yang tak best Aien tak tengok. haha Senang! 

Okay, that's it. Till Aien watch next drama. >_=

Saturday, December 01, 2018

HELLO DECEMBER!

HELLO DECEMBER!
Saturday, December 01, 2018
Read post

Hi~ Assalamualaikum | 

First December, bring us 30 days more to 2019. Are you ready? 

Before that, let me wish Happy birthday to dearest sister, May Allah bless you with happiness and grant all your wishes. Semoga apa yang kamu buat sentiasa diredhai dan diberkati. 

Okay, enam hari kemudian birthday Mak Aien. a.k.a mil. Mak jugak kan? Aien ada mak, ada umi. Haa, nasib la tak sama panggilan. Kalau tak konfius jugak. Nak buat apa ya birthday mak? Beli present apa yaa? Nak buat kek laa.. hee? Rajin pulak kau yer. Tahun ni kena spesial sikit, sebab Mak dah jaga Aien masa pantang ritu. So, any suggestion guys? 

Aien tak ada la nak bebel panjang kan? Just wanna wish to you guys.. happy december and enjoy your last month of 2018. 

Okbai. 


Latest pins

Subscribe