Latest Instagrams
Friday, November 30, 2018

MOVIE REVIEW: INCREDIBLES 2

MOVIE REVIEW: INCREDIBLES 2
Friday, November 30, 2018
Read post
Hi~ Assalamualaikum

Okay, I know it's lame and people already watched it like millions time till I review it, but this is my way to keep remind myself what I watched, how do I felt about that movies or dramas. In case someday, I will forget about all my life. Like my past. So, here I turn up everything I did like something I rasa penting supaya in the next year and afterwards I have place to go. 

Eh, emo pulak. Haha ntah. There's a loy in my mind I think. After watching this movie, with my daughter, suddenly I felt how old I am. Now, I'm watching this kind of movies with her. Oooo~ 

Dah la, drama sangat la tu. 

credit: googles.

Title: Incredibles 2
Genre: Action, Cartoon, Family, Science Fiction
Duration: 2 hours 8 minute
Production: Pixar Studio
Release date: June 2018


****----****

MY REVIEW: 

Okay, first of all, stress la dia asyik lari ke atas je keyboard ni. Den tak nampak apa yang den taip! Hish~ After a few second, squeezed it down.. Settled! apa susah! Problem solved! 

Al-kisah cerita ni dia tayangkan selepas bertahun lamanya semenjak Incredibles 1. Dari Aien bujang, sampai dah Nyonya Nayla dah pandai duduk, baru keluar haa. Ikutkan dah lama dia ditayangkan. Masa tu Nyonya Nayla baru berapa hari na.. Itu la baru sekarang boleh tengok. Al-kisah tak ingat. Itu je. 

End up, nak bagi Nyonya Nayla makan petang baru la terlintas hati nak tengok. And, wow~ puas hati la jugak sebab dah BLU-hd. haha 

Aien suka part yang baby Jack-Jack dapat kuasa dia. Memang itu pun highlight dalam trailer yang lepas kan? Jack-Jack dapat kuasa yang uncontrolled dan banyak. 17 perhaps? Paling penting, Elasticgirl a.k.a Helen mak dia terlepas nak tengok semua tu. Memang Incredibles punya family la. Kuasa anak-anak semua berbeza. Haa~ dari situ tau laa. Every child is different. Never compare them to each other. Ecceehh~ betul kan? 

Paling serabut la si Mr.Incredible tu handle Jack-Jack sampai dia balas tidur 17 jam lama. Agaknya penulis skrip ni suka angka 7 kan? haha 

Time story cerita ni selain nak cerita Jack-Jack dapat kuasa baru. Dorang pun nak cerita pasal how superhero hidup hiding themself because law forbid them to use their power. Sedih~ 

Kesudahannya, saya suka suka! Memang terbaik and harap ada la yang ketiga sebab nak tengok how Jack-Jack develope his power. Haha mesti comel. Please Disney?? Haha berani kau buat request gitu. 

Sekian, itu saja review Aien. Korang suka tak tengok karton ni? Kalo suka put your hands up and say hhheeyyoio~ 



Thursday, November 29, 2018

BIRTHDAY GIVEAWAY by MaisarahSidi.com

BIRTHDAY GIVEAWAY by MaisarahSidi.com
Thursday, November 29, 2018
Read post
Hi~ Assalamualaikum


Setelah sekian lama peram entry giveaway ni, nak post la kan dengan angan mudah-mudahan ada rezekinya. 

Buat Maisarah, 

Selamat Ulang Tahun kelahiran buatmu, Moga Allah berkati dirimu dan juga ahli keluargamu serta orang di sekelilingmu. Moga rezeki buatmu melimpah dan sentiasa ada dan apa yang penting, segala yang dihajatimu diperkenankan.

Bab blog Mai yang Aien suka is.. everything. simple. And yang penting blog Mai adalah di antara blog yang menjadi sumber ilham Aien untuk ubah dan perbaharui blog ni. cuma tunggu kerajinan sampai bila entah tarikhnya. hee~

All the best buat contestant dan salam kenal dari Aien.






:: POST CHALLENGE :: MY KIND OF INSPIRATIONAL QUOTES

:: POST CHALLENGE :: MY KIND OF INSPIRATIONAL QUOTES

Read post
Hi~ Assalamualaikum 

Quote? Atau pepatah? Atau kata-kata? siapa saja yang tak sukakan benda ni? Tak kira la dari segi percintaan, pembakar semangat mahupun yang mengambarkan kehidupan. Setiap kita mempunyai one favorite quotes. Tapi bagi Aien, I love all of them. Sebab semua qoutes memberi semangat. Tak tahu la mana yang terkesan di hati sebab benda ni semua macam kata pujukan buat diri yang acapkali lemah dalam mengendali sendirian. 


Benda yang selalu diri ini terlupa. Selalu mengeluh bila datangnya sakit, bila singgahnya masalah. Terus gelabah. Merintih kenapa diri diuji sebegini? Terlupa akan sesuatu, Allah takkan menguji hambaNya di luar kemampuan hamba itu. So embrace yourself with your test, akan jumpa penghujungnya. 


Okay, I'm not good for this either. I am broken. Inside and outside. Sometimes, when I'm happy  and I want to tell the world how happy am I. Macam tu jugak bila sedih, semuanya nak bagi tau dunia. Lupa pada Sang Pendengar yang sentiasa mendengar. Moga kita tergolong dalam kalangan hamba yang bersyukur. 

Mari kita berzikir untuk bersyukur. Mudahan rezeki kita bertambah dan kita tetap menjadi orang yang bersyukur. #alhamdulillah #syukurselalu



Wednesday, November 28, 2018

MYSTERY BOXES GIVEAWAY by LIYANA JASMI

MYSTERY BOXES GIVEAWAY by LIYANA JASMI
Wednesday, November 28, 2018
Read post
Hi~ Assalamualaikum 

Aien terasa terharu dan bertuah telah ditag oleh teman blogger. Terima kasih kak Shikin Razali Terharu Aien. 

Let's move to the highlight. The mystery boxes giveaway by Liyana Jasmi. Wow~ hadiah dia apperciate habisan pada reader dan follower dia. Aien bila la dapat buat macam ni yer.. 



This contest need me to tag people.. and I'm loading. Nak tag siapa?? Okay. Harap mereka perasan yer.. 


SHUHAIDA SAAD | Azhafizah | Syaza Raihanah

Okay gais~ let's rock this giveaway till 16 December. Mana tau dapat hadiah on Krismas day. ehe~ best jugak tu. 

APA YANG MENARIK CUTI SEKOLAH DI JOHOR??

APA YANG MENARIK CUTI SEKOLAH DI JOHOR??

Read post
Hi~ Assalamualaikum 

Kali ni Aien malas nak bebel panjang sebab Aien cuma nak share keterujaan benda menarik cuti sekolah ni. O M G!! 

P/S: entry ni Aien creditkan pada mereka yang susah payah mengarang ayat dan membuat post yang menarik sampai Aien rasa nak pegi tapi bajet nak mengizinkan. So, demi rakyatku eh... kawan-kawan blogger yang lain... go go tempat menarik ni! Konfem anda tak menyesal. Aien teringin nak pergi, tapi... tapi.. tapi.. tak lagi aku... eh! 



Tempat menarik cuti sekolah di Johor kali ni adalah ...

    - Kingdom ini telah dibuka pada 20 Nov 2018 sehingga Januari 2019. Ada macam-macam aktiviti antara Fossil Dive, Dinasour Battlezone, The Swamp dan banyak lagi la. Harga tiket RM30/dewasa, RM20/kanak-kanak. Untuk details, boleh klik gambar. 



   - Circus ini juga telah dibuka sehingga 1 Jan 2019. Yang ni Aien teringin sangat nak pergi sebab asyik tengok dalam movie je kan. Berdasarkan daripada perkongsian rakan blogger kita ni, keterujaan tu jadi bertambah sebab dorang bebas haiwan dan ada macam-macam show. Alaaaa, macam cerita 'The Greatest Showman' tu.. Nak pujuk Tuan Izwan pergi yang ni pun jadi la. Doakan yaa~ 



3. JLAND Hot Air Balloon, Aeon Bandar Dato' Onn
  - Untuk Hot Air Balloon ni sekejap je di Aeon Bandar Dato' Onn. And this one.. Nak jugak!! Haha



Gais, untuk info lebih lanjut, mohon klik dan baca pada link yang dikongsi yaa.. Kredit pada mereka yang menulis dan berkongsi pengalaman yang dah pergi. Aien cuma mampu share je.. hee~

4. WET WORLD Village Resort, Batu Pahat
 - Untuk wet world ni, Harga tiket RM16/kanak-kanak dan RM18/dewasa. Dibuka setiap hari pada cuti sekolah dan tutup pada hari Rabu pada hari biasa.


Setakat ni je dulu entry kita. Kawan-kawan ada tempat menarik lagi ke? Jom la share.

Tuesday, November 27, 2018

REVIEW: INDOMIE SALTY EGG SEDAP KE?

REVIEW: INDOMIE SALTY EGG SEDAP KE?
Tuesday, November 27, 2018
Read post
Hi~ Assalamualaikum

Minggu ni rasanya banyak dan panjang list Aien nak makan. Is that mengidam?? No no no. Hanya teringin yer... 

Semalam jalan-jalan beli barang dapur, Aien terjumpa satu mee goreng dari Indomie ni. Like, eh! packging baru ke? kenapa dia jual satu-satu? kena cuba ni. Capai sebungkus, masuk troli. Tanya Tuan Izwan, dia nak tak.. hanya mengeleng je. Tak apa. Nanti kita share kalau tak sedap. Kalau sedap, sesudu je. Haha 

Ada ke patut dia salahkan Aien sebab sejak kawen ni, dia suka makan. Adoo~ tapi itu kenyataan. Haha Semua benda nak bedal dan cuba. Kecuali yang tak berkenaan la kan. Selagi boleh, Aien bedal je. Keluarga in laws pulak, banyak juga tak makan, dan tak makan. Bukan sebab tak pandai, cuma takut nak mencuba. Hee~ 

Bak kata mendiang nenek Aien dulu, makan la selagi boleh. Kalau kau sakit, bentang kfc, pizza depan mata pun kau tak lalu. Betul kan? 

Ni, nak ajar Nyonya Nayla makan semua. Ikut Ibu. Boleh join acik-acik buat foodhunting. We love food. Makan makan makan.. 

Eh~ Eh~ dah ke mana taip tu? Balik, balik cerita indomie tadi.. 



Style packging dia macam ni, nampak besar kan? but, we'll see apa dalam dia. Nice la sebab warna kuning menyerlah dan membuatkan daku ingin mencuba. 


Seperti bungkusan mee segera yang lain, Indomie juga ada tunjuk cara-cara memasak mee segera ni. Bagi yang tak berapa arif macam Aien ni, kena la rujuk cara ni. 

 
Nampak tak betapa gagalnya Aien masak mee segera ni? Yadoi, kembang! terlebih masak! Over cooked sampai mee ni lunyai!! Oh~ mee aku!! Tak apa. Tak elok membazir. Kita makan jugak. Aien terlupa nak snap sos dan perasa dia. Damn! Spoiled sebab mee dah kembang. T^T


Okay done! After dah gaul dengan perasa dan sos, mee kita telah pun siap! Dan agak mengecewakan sebab tak berapa nak jadi dan mee dia nampak sikit dari bungkusan. O M G! Frusted kuasa dua. 

Sebelum makan baca doa dulu ye kawan-kawan. Sekali suap~ wow! sedapnya. Rasa macam ketam masak telur masin tu. Wow. Sedapnya. Terus kabo dengan Tuan Izwan, nyesal beli sebungkus je. Sudah la main ambik je tak tengok harga. Yeay! pengguna yang bijak! 

Kasi la sesudu share dengan Tuan Izwan. Nasib sekali je dia nak. Haha Cukup lima suap, dah pun habis mee kita. Sekian! 

End up, Aien tambah la dengan roti cicah milo. Dahsyat nyawa dugong! Jangan salahkan timbang yer. Haha 

Okayh, lain kali kena beli lagi mee ni. Kasi adik ipar cuba pulak. Dia pun senang nak kena hasut dengan makanan ni. Haha Uolls tak nak cuba ke? Atau ada yang dah cuba? Let me know if you dah cuba. Sedap ke tak macam yang Aien rasa? 

MOVIE REVIEW: THE HOUSE WITH A CLOCK IN ITS WALL

MOVIE REVIEW: THE HOUSE WITH A CLOCK IN ITS WALL

Read post
Hi~ Assalamualaikum


Salam selasa gais, dan selamat bercuti sekolah pada adik-adik dan anak-anak yaa... Buat apa cuti sekolah ni? Pergi bercuti ke? atau duduk rumah tolong mak ayah? Nah~ Aien nak share satu cerita omputih yang best untuk ditengok masa cuti ni. 


Tajuk: The House With Clock In It's Wall
Genre: Thriller/Fantasy
Durasi: 105 minit
Sinopsis: Lewis, seorang yatim piatu bakal tinggal dengan pak ciknya, Jonathan di sebuah rumah 'tik tok' yang penuh dengan misteri. 

*****************----------------******************

REVIEW AIEN

Biasa la, Aien dan cerita fantasy pelik-pelik ni memang tak dapat dipisahkan. Tengok triller dia best, sekali layan.. rotten tomato pun tak kasi banyak sebab dorang kata lack of story telling. Dan ada yang cakap, boleh la untuk budak-budak 'tua' macam Aien. Haha So, boleh katakan tak rugi pun kalau tak tengok. Lagipun cerita ni berdasarkam novel yang ditulis oleh John Bellairs pada tahun 1973 dengan tajuk yang sama. Kira tua la kan? Bajet cerita ni besar juga masa pembikinan dia.  Satu lagi cerita yang tak berapa nak gempak dengan bajet yang besar. Over all, tengok la bagi support member. 

Lewis, budak yatim piatu yang bijak dan pelik tinggal dengan pak cik dia di New Zimbee ke hape.. Pak cik dia pulak seorang warlock yang cuba nak cari jam yang ditinggalkan oleh kawan dia, Isaac Izaard. Masalahnya sampai sudah dorang tak jumpa jam tu, sampailah Lewis p bangunkan Isaac ni dari kematiannya semata-mata nak show off dengan kawan dia, Tarby. 

Bila cerita fantasy, semestinya watak utama akan menang. Dan Lewis pun berjaya menjadi Warlock muda yang pelik. Kejahatan Isaac dan bini dia, Selena pun dapat ditumpaskan. 

Bercerita balik pasal movie ni, Aien rasa deja vu macam pernah tengok cerita ni sebelumnya. Adakah ini mimpi? Ayyyiiioookkk~ 

Bagi kalian nak menonton cerita ni, masih ada lagi rasanya di sesetengah pawagam. Ataupun, as tipikal Malaysian yang suka free stuff, boleh la cari di mana sesawang atas talian. 

Okbai. 


Monday, November 26, 2018

PENCARIAN BLOGLIST DECEMBER 2018 oleh Airah Syahirah

PENCARIAN BLOGLIST DECEMBER 2018 oleh Airah Syahirah
Monday, November 26, 2018
Read post
Hi~ Assalamualaikum


Aien mula tertarik dengan blog Airah ni pasal Jajangmyeon dan terus baca apa saja  yng Airah selalu share. lebih-lebih lagi pasal skin care.

He~ join la sementara Airah tak closed lagi misi pencarian dia ni..

All the best .. 
Sunday, November 25, 2018

K-DRAMA REVIEW: TERIUS BEHIND ME

K-DRAMA REVIEW: TERIUS BEHIND ME
Sunday, November 25, 2018
Read post
Hi~ Assalamualaikum

Dua hari menghilang, keserabutan masih tak tergendala bila Nyonya Nayla start makan. Ibu pun konfius plus excited nak kasi dia makan. Either be lurus bendul ikut FB, atau kasi je dia makan apa-apa melainkan benda keras. Aduh~ anak. Ibu serabut!! 

Dalam serabut tu, cuci otak jap dengan layan drama. Dah lama sebenarnya cerita ni habis, Aien je baru nak tengok. Hee~ macam best sebab Hero kesayangan berlakon. Layan je laa.. 


Title: My Secret Terius / Terius Behind Me
Region: South Korea
Episode : 32 (30 minute per episode) 
Genre: Friendship, Family, Comedy, Action
Actor/Actress: So Ji Sub, Jung In Sun, Son Ho Jun, Im Se Mi
Sinopsis: Go Ae Rin baru sahaja kehilangan suaminya. Seorang lelaki misteri, Kim Bon menghuni sebelah rumah. Dia rupanya seorang perisi legenda. Kim Bon membantu Go Ae Rin menyelesaikan konspirasi yang mendiang suaminya terlibat tanpa sengaja. 

**********-----------**********

REVIEW Aien:: 

As usual cerita yang dilakonkan oleh So Ji Sub tak pernah menghampakan. Mula-mula ingatkan banyak action je, rupanya dia lebih kepada family dan kawan. Aksi tu kurang sikit la. But, still not bad. Go Ae Rin dalam diam dia terlibat dengan konspirasi yang membunuh suami dia. Kim Bon pun senyap-senyap tolong dia. Yang bestnya persatuan kediaman King Castle ni yang banyak menyokong dan membantu Go Ae Rin secara tak langsung. Ahjumma yang nampak biasa je suka tanya banyak-banyak, dalam masa yang sama dorang korek rahsia dan berkongsi maklumat. Jangan main-main dengan Ahjumma ni. 

Over all, cerita ni biasa-biasa je la. Aien pun sekadar tengok sebab So Ji Sub. Tak ada la boring sangat. Ending dia, Go Ae Rin tahu boss dia bunuh suami dia, tapi sebenarnya boss dia pun di-kambing hitam-kan oleh orang ternama yang terlibat dalam konspirasi senjata api dan rasuah. Haa~ pusing-pusing end up Go Ae Rin ni sebenarnya yang membongkar sendiri perisik-perisik yang ada di sekeliling dia dengan bantuan King Castle Information System a.k.a KiS. Terbaik kalo Ahjumma bawang kita pun gini laa. Senyap-senyap ubi berisi. haha 




Wednesday, November 21, 2018

MINI PENCARIAN BLOGLIST JAN-DEC 2019 by S.K

MINI PENCARIAN BLOGLIST JAN-DEC 2019 by S.K
Wednesday, November 21, 2018
Read post
Hi~ Assalamualaikum

Hari dah hujan, jom kita tarik selimut. Eh, sebelum tu moh kita blogwalking dulu yer. Aien jalan-jalan tadi terserempak ramai rakan blogger join Mini Pencarian ni. Tengok banner dia, uiihhh~ jatuh cinta elegan gitu. Apa lagi. Aien join la, mana tau ada rezeki. Sambil tu tambah kenalan lagi sambil ronda di malam yang dingin ni. 


Saya suka! Saya suka! dah macam Yin dalam Boboiboy dah Aien ni. Haha Moh la geng, meriahkan segmen member ni. Date line dia sampai 12.12.18 gitu. Macam tarikh kawen pulak. cantek naa..  Eh~ dah apa lagi? klik klik.. heee



Tuesday, November 20, 2018

:: POST CHALLENGE :: MA FAVORITE APPS

:: POST CHALLENGE :: MA FAVORITE APPS
Tuesday, November 20, 2018
Read post
Hi~ Assalamualaikum 

Dua hari Aien sepi tak ada update post challenge ni kan. Otak langsung tak leh progress la sejak baik demam ni. Sokmo pening kepala. Cepat lapar. Huish~ nauzubillah min zalik la kan. haha MIL Aien kata panas dalam, Nyonya Nayla pun sejak baik demam asyik skip-skip je poop dia. Risau Aien. Esok nak pegi check up, nak tanya la kan, kot-kot itu normal atau luar biasa. Takut itu luar biasa, kena pulun la kan. 

Yosh~ jom get know what my favorite apps sejak mengenali telefon pintar ni la kan. 



1. Ni apps bukan takat favorite, tapi satu kewajipan mesti ada dalam smartphone. Cuba tanya sikit, makhluk mana yang ada smartphone tapi tak ada apps ni? Tak ada la setakat ni kan. Dia mesti salah satu ni mesti ada. Apakah dia? 

Jeng jeng~ 


Siapa yang tak ada ni?? Penting kan? Selepas mengenali dua apps ni, kotak message tak lagi dijengah melainkan dapat message dari syarikat telco. Bwahaha 

Bagi Aien la kan, both dorang ni ada contra dan pro dia. Lagi-lagi bila Aien yang berjauhan dengan adik beradik, bila dorang rindu dan tengok Nyonya Nayla, Video call by whatsapp la yang menghubungkan kami. Dulu guna skype, tapi tak proper.. eh~ macam tak best la skype by fone. Dia best on laptop or pc baru clear. Telegram pulak untuk download cerita. :p Bila rasa nak lari dari whatsapp, chat la guna telegram. Bila boring telegram, lari ke whatsapp. Haa~ dorang ni Teman Tapi Mesra gitu dalam phone Aien. 

2. LINE Webtoon


As Aien cerita Ada Apa dengan Webtoon? hari tu, So guess this is my favorite too. Boleh klik pada link apa yang Aien baca buat masa ni. ^^ 

And, apa lagi ya? Banyak dah buang sebenarnya. Lagi-lagi sekarang dah ada Nyonya Nayla. Masa dengan phone adalah limited. I mean, macam nak main game ke atau nak reply apa-apa chat ke. Sekarang ni pun, phone Aien ni dah macam tv kecik. Tak ada penting, malas nak tengok. Iye la tu. 

Masa zaman trending smartphone memula dulu, Aien mesti cari phone yang boleh dengar lagu dan main game. Tak pun, untuk tengok movie. Itu je. Haha Boring kan? 

Nak cuba apps viral yang melambak sekarang ni pun malas sebab boring~ haha 

Dah la, asyik dengar boring sana, boring sini. Yuk kita bobok. Esok nak segar bugar p klinik ni. Jangan Ibu pulak yang kena cucuk ya Nayla.. 






Monday, November 19, 2018

SALAM MAULIDUR RASUL 1440H

SALAM MAULIDUR RASUL 1440H
Monday, November 19, 2018
Read post
Hi~ Assalamualaikum


Salallahu alaihi wassalam. Sollun alannabi.. Moga hari kita dilimpahi barokah pada hari yang penuh rahmat ini. Well, ikutkan kalendar Islam, maghrib tadi kita telah pun masuk hari baru. That's mean, hari ni la kita menyambut Maulud nabi. Banyak-banyakkan selawat, moga hari kita dipenuhi dengan cahaya dari Nur nabi Muhammad Salallahu alaihi wassalam. 

Aien kalau program-program Islamic gini mesti rindu zaman belajar dulu. Masa tu, stressnya rasa dengan membuat aktiviti macam tu. Siapa tahu kan, Aien merindui masa tu. Start dari masuknya bulan Rabiul Awal, selepas maghrib pasti kena maulid. Bercerita tentang nabi. Mengingat akan diri baginda yang mana kelahirannya saja suda ajaib, apatah lagi saat beliau dibelah hati dan dibersihkan. Uniknya detik baginda diangkat menjadi Rasul, semua masih terbayang dan terngiang di telinga. Mampukah aku mengajar si kecil untuk cinta dan kasih akan Nabi akhir zaman itu? 

Sekarang ni pun, allahu.. Apa yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran. Pesan guru dulu, jika tak dapat buat semua, jangan tinggal semua. Allahu... 

Mari lah kita bermuhasabah diri, menggenang nasib adakah kita layak mendapat syafaat dari Baginda nabi Muhammad Salallahu alaihi wassalam kelak di akhirat? Adakah kita ini dipandang oleh baginda? Menjadi umatnya saja kita sudah cukup bertuah, apa lagi nikmat Allah yang kita dustakan? 


Sunday, November 18, 2018

SEGMEN BLOG REVIEW 2018

SEGMEN BLOG REVIEW 2018
Sunday, November 18, 2018
Read post
Hi~ Assalamualaikum 

Di hari minggu yang agak kelapangan ni, Aien nak la turut serta dalam segmen yang dianjurkan akak blogger kita ni. 

Kak Shuhaida ni rajin buat review novel dan rajin bercerita personal gitu. Blog yang simple ni, buat orang senang nak baca atau cari entry yang pernah Kak Shu tulis sebelum ni. 

Ha~ apa baca je.. jom la join sekali.. ^^


:: POST CHALLENGE :: WHAT MY FAMILIA LOOK ALIKE??

:: POST CHALLENGE :: WHAT MY FAMILIA LOOK ALIKE??

Read post
Hi~ Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu semua~ Adooo, kelupaan betol nak tinggalkan entry. Itu la orang kata benda kebiasaan pun bila tinggal sekali jadi lupa. Mari la kita teruskan post challenge ni.. 

Bila sebut family? Rindu benaran sama mereka. Yela, masing-masing dah sibuk dengan kehidupan masing-masing kan. Dah besar la katakan. Aien pun dah ada keluarga kecik. So, sekarang Aien nak bawak warga blogger kenal la sikit keluarga besar dan keluarga kecil Aien yang tak seberapa ni.


Gambar di atas ni my whole family. I mean, like kteorang adik beradik la kan. Gambar family yang diambil masa Aien kawen tahun lepas, dan rasanya ini je la latest family foto. Lepas tu, huru hara. haha Entah mana-mana family foto kitaorang. As you can see, our family di dominan oleh perempuan. uhuk~ Dengan 6 perempuan dan hanya sorang little dongsaeng lelaki, life kat rumah most like macam asrama perempuan. Haha dah la semua comel-comel. I would like say my family ni macam minions. Piiiuddooooo~ Piiidooo .. banana!

Siapa-siapa yang jumpa mesti akan tanya, kembar ke? eh, kawan yek korang semua? Aha~ itu mampu senyum je la. Orang pun cakap, untungnya ada anak perempuan ramai. Maknya goyang kaki je. uhu~ seronok seronok, tapi dukanya Mr.Umi je la tahu. Dia la jaga kami dari kecik, berenti kerja yang orang kata masyuk pendapatan dia. Jaga kami 6 ketul. Bila kami dah besar (sekolah rendah) baru la adik laki tu lahir. Like 10 tahun beza yang sulung dan bongsu. Adeh, Aien terbayang zaman kecik-kecik la pulak. Siapa sangka Aien masih berpeluang hidup di zaman Tun Mahathir tapi kali ni jadi mak ayah pulak. haha Struggle beb! 


Ini pulak keluarga kecil yang korang biasa dengar la tiap kali Aien membebel pasal dak kecik tu. Tuan Izwan boss besar Aien, Nyonya Nayla boss kecik. Haaa~ haha currently of course Aien living with them la. Keluarga besa jauh. Tak jauh la. sebab masing-masing merantau, ade la 3 ketul kat tanah Malaya ni tengah belajar. Dua ketul kat Kuching, Sarawak. Sorang dah kawen jugak sedang melayan seketul Beng beng yang galak testing untuk berjalan. Dan yang setia menemani Mr. Ayahumi di kampung, adik bongsu Aien. Haa, nampak busy berbeno family ni. Nak jumpa, mampu dalam video call je la. In shaa Allah, panjang umur ada rezeki dapat la jumpa. Nyonya Nayla entah masa tu dah pandai jalan agaknya. haha

Family like my heartbeat. Because of them, I existed. Because of them, make me what I am today. Saranghae familia~ 



Friday, November 16, 2018

MOVIE REVIEW: MAQUIA WHEN THE PROMISED FLOWER BLOOMS

MOVIE REVIEW: MAQUIA WHEN THE PROMISED FLOWER BLOOMS
Friday, November 16, 2018
Read post
Hi~ Assalamualaikum

Alhamdulillah telah kembali pulih, cumanya selera makan dan kepala pusing masih tertinggal. It's never mind. Selagi Nyonya Nayla behave, we are good. 

Lama dah Aien tak buat movie review ni kan. Sejak mood nak menonton hilang disebabkan bateri phone asyik draining very fast, rasa macam nak campak telefon ke sungai je. Tapi, aaaa tabuleh sebab ni Husband lanje. 😝 


Tajuk: Maquia When the Promised Flower Blooms a.k.a 
Sayonara no Asa ni Yakusuko no Hana o Kazaro (Let's Decorate the Promised Flower in the Morning of Farewells) 
Genre: Anime, Fantasy
Duration: 1 jam 55 minit
Sinopsis: A story between an immortal girl and a normal boy form a bond which lasts through many years. 



REVIEW AIEN:: 

Cerita dia simple. Tapi, deep sampai ke hati. Aien jumpa cerita ni ntah dari mana, siapa suggestkan pun tak ingat cause I do have short term memory loss, alih-alih semalam tengok dah ada dalam playlist video dan diri macam, hah! anime mana pulak aku download ni? Tengok je la sebab dah download. 

Immortal Lorph, Maquia jatuh dari tempat mereka apabila mereka diserang oleh askar diraja yang mahu kuasa abadi mereka. Bila dia terjatuh dia dia bawak diri tak tahu kemana. Terjumpa pulak dengan seorang pengembara yang membiarkan seorang bayi menangis terusan dalam pelukan mayat ibunya. Maquia sedih sebab suku Lorph ni kira macam Parting people laa sebab dia immortal kan. Siapa-siapa pun dia sayang, semua akan meninggalkan dia keseorangan. Dan kesunyian itu sudah lali bagi puak ni tadi. Tapi, Maquia tak. Diambil bayi tu tadi, dipeluk dan dia berjanji akan menjaga seperti anaknya sendiri sedangkan dia sendiri baru berusia 15 tahun. Quite proud you know.. Nasib jugak dia jumpa family kecik di hujung kampung untuk terima dia. Situ la, Maquia belajar menjadi seorang ibu yang baik. Haa, lagi satu, puak Lorph ni pandai menenun kain umpama surat. Ia sangat bernilai di kalangan masyarakat. Tapi, benda tu jugak buat dorang terancam. 

Okay la, ni dah nama Aien cerita penuh dah ni. I Love Details.  bwahaha 


Pokoknya, bila bayi yang dibela Maquia yang diberi nama Aeriel ni tadi membesar, dia tak dapat terima Maquia selalu menjaga dia macam budak kecik. Dia nak jaga Maquia macam seorang lelaki. Tapi, dia tak jumpa caranya. Akhirnya, Aeriel pergi meninggalkan Maquia dengan menjadi askar kerajaan. 


Well, yang Aien cakap deep tu ialah macamana kisah ni di-nilaiterap-kan haaa apakah itu?? Dia macam garapan kasih sayang seorang Ibu pada anaknya walaupun dia tahu mereka akan berpisah suatu hari nanti. Apa yang penting tu, mereka berdua ada stranger tau. And macam betul-betul mak dan anak. Deep juga sebab...


haaa~ nak tau sebab apa boleh la cari ye.. Aien download kat Tele la macam biasa. Jap~ cari link.. TENGOK SiNi .. okay. 

Till I write again... 




Thursday, November 15, 2018

:: POST CHALLENGE :: WHY ME START BLOGGING?

:: POST CHALLENGE :: WHY ME START BLOGGING?
Thursday, November 15, 2018
Read post
Hi~ Assalamualaikum 

Kepalaku pusing pusing pusing pusing pusing, eh~ ternyanyi lagu Didi & Friends pulak. Adooo, bengongnya kepala ni. Apa nak buat ni nak.... Tak ada selera nak makan, still kena makan sebab ada si kecil yang turut menumpang minum.


Soalan biasa yang akan ditanya... 

"Kenapa kau berblog?"

Biasa sangat dah dengar. And people also wondering a few question after that. But, this entry is not to answered all these question because soalan di atas? 

"Why Me start blogging?" 




Aien start blogging as you guys can see above, since 2008. Masa tu cuma sekadar nak buang boring, release tension, dan praktis menaip. Lagipun dulu konon cecita nak jadi penulis novel. Haaa~ asyik mengadap writer block je, Aien pun  jadi malas. Masa sekolah dulu boleh pulak bila tulis dalam buku. Dah makin besar, makin menjadi-jadi writer block tu.

Kalau tengok post lelama dulu, nampak sangat kemurungan seorang Nur ni. Hilang Nur dalam dark house. Bwahaha Patut jadi matahari menyinari. Tapi ini tidak.. tenggelam sama dalam perigi. Okay, itu untuk beberapa tahun yang lampau. Sejak 2015, Aien dan beberapa orang adik mula aktif join segmen, give away yang dianjurkan rakan blogger. Ada la menang sekali dalam sejuta join tu. Alhamdulillah la kan.

Dan sejak dari tu, mula dah nak tunjuk identiti matang tu. Sikit demi sikit. Aien sedar, patut simpan -aienienka- ni sampai bila-bila. Kan? And blog salah satu tempat konon nak kumpul duit jugak. Don't know why my nuffnang macam dah tak ada function. My GAdSense still tak boleh pakai, somehow kemurungan balik la bab duit tu. Ada banyak cara mudah dapat duit, for me..  ia tetap susah. Bwahah kata seorang makhluk yang putus asa dengan dia tak boleh dipisahkan. Last, blog ni terdampar selamanya sebagai personal and lifestyle blog je laa..

Secara tak langsung diari atas talian buat diri. Kalau nak bebel apa-apaan, ngadu kat sini. Haa~ buat korang yang kena baca.. Baca leklok naa, tinggalkan pesan buat diri ni supaya teruskan hidup yang Allah beri ni. Salah satu nikmat yang sering diri ni lupakan. Kan? So

Writer blok is coming again and.. till then...



Wednesday, November 14, 2018

DAN BILA KAU DEMAM...

DAN BILA KAU DEMAM...
Wednesday, November 14, 2018
Read post
Hi~ Assalamualaikum

Maaf tak dapat update blog as regular as I used before. 
My little family got fever and bum~ started with little Nyonya got some high fever.. Lepas tuam belakang kepala dia, jangkit pulak kat Ibu dia. Last Tuan Izwan kena. Sudahnya, dua hari terlantar. Ibu dalam tak larat gagah masakkan bubur. pahtu kepala pusing bawak baring. Sudahnya bubur je dapat masak. Itu pun makan semangkuk sorang aja. Nyonya Nayla demam, makin banyak pulak dia minum. Sedut segala saki baki air dalam badan Ibu dia. Ibu lidah payau, air masak yang rasa biasa pun jadi macam apa ntah rasa dia.
Demimu anak, kutelan jua air pahit itu. Hari ni bertenga sikit la, dapat juga masak sup ayam untuk tambah tenaga. Basuh baju yang dari Ahad lepas dikepam. ;p 

Adoo~ tak apa. Sakit penghapus dosa. Tanda Allah sayang. Lagipun berapa la da sihat kan? Sakit sikit ja ni.. Be strong dear myself. 


Sunday, November 11, 2018

::POST CHALLENGE:: A LETTER FROM ME TO YOU

::POST CHALLENGE:: A LETTER FROM ME TO YOU
Sunday, November 11, 2018
Read post

Hi~ Assalamualaikum.. 

DISCLAIMER: This letter I wrote for you, also me in younger version. 

Nak mulakan dari mana ya, Aien harap Nur baik-baik saja cuba struggle untuk study dalam Inggeris ya. Jangan mudah sangat terpengaruh dengan benda murah dan iklan walau sendiri tahu iklan is iklan. Please, jaga diri. jaga duit. Dah kerja tu, kerja sungguh-sungguh. Jangan macam lepaskan batuk di tangga. Sura, I know you was tired with drama in your house, just bare with it. Because in few years, you will miss it. 

Paling penting nak pesan, jaga diri, jaga solat dan jaga iman. Buat akhir zaman ni, memang duit penting tapi iman tu lagi penting sebab bila kita sibuk kejar dunia yang tak berapa, akhirat pun kita tinggal. Apa yag kita dapat? Kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran. 

Lagi satu, bertahan la dengan umi sebab umi sunyi. Umi bebel sebab dia sayangkan anak-anak dia. Masa sekarang which means in future pun ko banyak bebel dengan anak ko. :) 

Berjimat-jimat la dalam berbelanja. Jangan ikut sangat nafsu tu bila tengok duit banyak dalam akaun. Takat 4 angka tu, apa sangat la kan. Bagi la banyak sikit kat Umi supaya hidup Nur lebih berkat. Apa yang penting doa seorang ibu. 

Banyak yang Aien nak pesan dengan Nur. Well, everyone sees us like happy family which is yes in certain part, and we should grateful for that. Be bless with it. Because of that, Ayah still protect us even though Ayah nampak macam antogonis dalam cerita kita. Di sebalik gurau Ayah, ayah simpan beban sorang-sorang. Dia mahu dirinya dihormati anak-anak. Berkhidmat la dengan Umi dan Ayah sementara Nur tak kahwin lagi ya. 

Do something about your ego. Listen more than talk. Read more, write your story everyday cause in future you'll forget a lot. I mean really a lot. Take care yourself Nur. Cause I love you more than anyone else. That why I called myself -aienie- so that I always remember - I love myself other than anything. 

Please enjoy your youth, don't rushing to find who your right guy because he always be for you. ^^ Please please please, be happy, be grateful, be humble cause you are me. 





Saturday, November 10, 2018

TAKUTNYA MENCUBA...

TAKUTNYA MENCUBA...
Saturday, November 10, 2018
Read post
Hi~ Assalamualaikum

Di saat hatiku kian rapuh kerana ketamakan diri sendiri, 
otak membias segala macam cara untuk menjana pendapatan, 
namun diri takut untuk mencuba. 

Seram tohmahan manusia yang lidahnya tajam seperti pisau, 
Trauma masih menghantui diri. 


Dah kenapa puisi cerca merba ni Aien? Ada apa ni? Meh la story sikit... :'(


Please~ serabutnya diri malam ni. Allah~ haa! bila serabut sibuk cari Tuhan. Kerana mulut badan binasa. Apa lagi yang kau mahu? Nikmat yang ada kau dustakan, sibuk mencari benda yang tiada. Kau sedar apa yang kau buat tu salah, malu nak mengaku? Deep inside I know I was wrong, please forgive me. 

Pernah tak ada satu ketika, korang tau benda yang korang buat tu salah, tapi korang buat jugak. Konon pejam mata. End up korang nyesal sebab teruskan? O M G ~ I hate this kind of feeling. 


Konon nak mencuba sesuatu yang baru, 
Orang nak bentangkan jalan untuk kau,
Tapi kau takut nak berpijak. 
Sibuk nak angan mat jenin! Canang satu kampung kau mahu kaya, tapi hakikatnya kau sibuk melayan malas kau tu. 
Bila dimarah, sejuta alasan kau tadah. 
Orang lain juga kau marah! 

Eh~ mana satu impian kau? 
Sudah la miskin di dunia, 
miskin juga di akhirat gayanya. 

Tajam kan? Bisanya kau tahu? Pedihnya kau rasa? Nah~ ayuh berubah! Buangkan aura negatif mu itu. Duit boleh dicari. Ketenangan itu payah. Tenangkan jiwamu, lapangkan dadamu, bersedia la untuk berubah, in shaa Allah. Akan dibantu. Percaya, usaha, dan tawakal! Anda pasti boleh! 
Friday, November 09, 2018

::POST CHALLENGE:: MOVIES YANG WAJIB ULANG TIAP TAHUN

::POST CHALLENGE:: MOVIES YANG WAJIB ULANG TIAP TAHUN
Friday, November 09, 2018
Read post
Hi~ Assalamualaikum 

And it's weekend. Yaabeedaabeeduuu~ Yeehaaa~ Okay jangan nak excited sangat yek. Apa ni, perangai senonoh sikit boleh tak? -_-b 

Bwahaha gumbiranya dalam hati, bila hujung minggu tiba.. Aien finally boleh blogwalking and blog blog blog. Unfortunately, this is schedule entry. As usual. Cause I don't know what time I can make it right for blogging time.  So, Set time and pap! You are punctual person.  *proud* 

Minggu ni macam biasa Aien balik kamoung mertua sebab ada Yaasin untuk arwah ibu saudara Tuan Izwan. So, naa~ jalan lagi. Rutin mingguan kot balek kampung. Demi anakku terchenta, demi neneknya yang sunyi cucu dua ketul lagi jauh nuu di Utaqha...


Haip~ haip~ Kalau Aien tak balik kampung biasanya Aien akan bantai -me time- rewatch all my favorite movies laa. Of course ngimbau kenangan gitu. 

MY TOP 10 FAVORITE MOVIE

1. TWILIGHT SERIES


Yang ni memang kategori wajib la sebab at always my favorite. *auwww* Sambil tengok sambil throwback and realise how I love this movie series so much. Not just because I love fantasy kinda story, somehow teach me, this eternity love doesn't exist. =_=

2. HARRY POTTER THE SERIES


Don't be mad of me. This is everyone favorite movies . kOt. Again another fantasy and witching movies always in my list. Kecuali LOTR la sebab geli dengan storyline dia. haha Kenot. Ai is try the watch that LOTR tapi tak masuk la. 

3. SPIRITED AWAY


This is~ legend! Boleh katakan kalau Aien tengok Studio Ghibli punya karya, Aien mesti akan start dengan ni. And huhuhu Anime yang tak pernah menghampakan. How does a 'boy' longing to help a girl yang lost dalam dunia khayalan a.k.a bunian gitu. Ish~ semangat Chihiro tu kuat untuk selamatkan ayah dan mak dia. Kata kunci dalam movie ni, jangan makan barang seberangan. Haha

4. HOWL MOVING CASTLE


Another Studio Ghibli punya karya. Comel je bila mood kau nak tengok movie dan kau tak tahu cerita apa yang menarik. Bam! the talented young girl named Sophie yang terperangkap dalam sumpahan jadi tukang cuci dalam 'istana' bergerak milik ahli sihir yang dikatakan makan hati gadis cantik. Naa~ just enlighted your mood after watch this movie. I promise you. :)

Okay, Ai is blur. Tak tahu lagi movie lain untuk di tengok. Rasanya tak ada yang menarik daripada ni yang Aien selalu tengok ulang-ulang. Just these four.  Kadang-kadang Aien suka nak tengok drama ulang, kadang-kadang baca novel ulang. Just say I am not specific person that always stick one thing. I just rotate this whole thing so I can be free. Who with me?? Perempuan namanya.. emang gitu doang. Kalau siapa boleh stick dengan satu benda as much as she can, Aien so proud with her cause she can make her mind to control that thing. Me is such a wanderer. 

Korang pulak, cerita apa yang wajib korang ulang walau setengah part je?? Share mana tau Aien boleh tengok sama. ^^





FESKO KE 61 UTM KEMBALI!!

FESKO KE 61 UTM KEMBALI!!

Read post
Hi~ Assalamualaikum

Salam jumaah dan selamat berhujung minggu semua. Semalam ada promo Secret Recipe yang enak lagi nyaman, kali ni Aien nak share dengan korang what is happening for next week. 

Siapa sini student UTM a.k.a Universiti Teknologi Malaysia? Kat mana? Ala, yang kat Johor tu. Dan sesiapa warga Johor boleh la datang jenguk fiesta ni. Woah~ pasti gempak gais. 

Poster Rasmi Fesko 61

Seperti biasa Fesko mana² Universiti Awam pasti meriah lagi-lagi Universiti besar. Sejak menetap di Taman Universiti ni, pasti Fesko menjadi pilihan Aien untuk 'buang duit' atau mencari something yang dah lama Aien tak jumpa. Dulu, masa study boleh la, tiap² semester pasti ada karnival macam ni. Kita pun apa lagi, sokmo berbeli-belah kat situ ja.. Buatnya lagi masa duit PT baru dapat. Masya Allah.. Hahaha terserlah la ketamak-kan di situ lebih lagi bab makan. 



Banyak aktiviti-aktiviti menarik yang akan berlangsung selama lapan hari mengikut tem yang telah disediakan. Seperti yang kita lihat di tentatif yang Aien dah sertakan di atas, ada Artist Day, Journee With Kids, World Heritage Day, World Diabetis Day, Woman's Day dan juga Sport Day. Paling penting sekali mesti lah hari kemuncak Majlis Perasmian FESKO 61. 

Tunggu apa lagi, bawak la sanak saudara, keluarga, teman teman untuk singgah di FESKO ni sekaligus anda juga berpeluang menyaksikan persembahan artis jemputan seperti In-Team, Ippo Hafiz, Tomok, Awi Rafael, Ruffedge, Aizat Amdan, Khai Bahar dan ramai lagi. Ada juga bual bicara bersama Adam Corrie dan PU Rahmat. 

Banyak jugak kelebihan FESKO UTM ni. Jom Jom ramai-ramai jengah pesta ni.  Sebelum Aien terlupa, macam biasa la port biasa sebelum-sebelum ni iaitu di Dataran UTM. Moh la kita~





Thursday, November 08, 2018

MISI BUAT VADAI, JADI KE TAK?

MISI BUAT VADAI, JADI KE TAK?
Thursday, November 08, 2018
Read post
Hi~ Assalamualaikum

A few days ago, Aien blog-walking geng blogger Aien la kan.. Ternampak akak ni, super mom made a vadai for first time. Auch, Aien macam terpanggil la nak buat juga. Satu: Sebab kuih ni menjadi sebab why I need to go pasar malam. Dua: saja nak cuba. Haha 

Itu namanya boring dok rumah and I was like, nak asah skill memasak. •…•   

Bak kata rakan blogger juga, JANGAN RISAU ISTERI TAK PANDAI MASAK. So, jom la kita godek² resepi. Cik La, Aien pinjam plus share resepi Cik La ni. hee~ minta izin naaa.. 

Bila katanya first trial, of course macam-macam reaction akan kita dapat, well... Aien boleh la berpuas hati sebab nampak rupa vadai dia. ^^ excited gilos you olls~ Ko bayangkan Aien ni tak reti langsung masak, sampai adik aien kata kalau nak makan masakan hospital boleh suruh Aien masak. Hampeh kan? Sekarang, haa~ sejuta mende dah trial and error kita buat yang jadi mangsa makan is Tuan Izwan la. Dia makan sampai habis maknanya sedap or eatable la. Kena dengan selera dia. Kalau tak, tengok sebelah mata je laa. Al-maklum la Aien ni dari Sarawak, and Aien juga tak makan pedas. Emangnya kontra benaran ama dia. 

Haa~ dah bebel ape pulak ni. Tapi, tahniah la Aien ucap kat Cik La sebab first trial dia menjadi. And husband dia pun suka. Memang super mom la Cik La kita ni.. 

Sebekas ni, Aien boleh dapat sekitar 20 biji. Maaf yer Cik La, kita derhaka resepi sikit. Aien kurangkan kacang dhal dia sikit sebab rasa nak makan berdua je kot. Sekali buat tak sedap mampuih buang gitu ja.. 


Ini setelah dibentuk dan tengah tunggu minyak panas. Ai is teruja bila tengok dia agak menjadi. Udah la masa nak mula buat tu, ditemani Nyonya Nayla yang disuruh tido tak mau tido. Tapi bila diajak masak jerit-jerit macam esok dah tak ada. 


Yang ini pulak dah siap goreng. Haa~ kacak tak rupa dia. Sedap! Aien bangga dengan diri. *Tepuk bahu sendiri* Tapi sayang agak keras sikit. Haa~ siapa suruh derhaka resepi kan? T^T

Nak kasi jiran pun segan haa~ last kasi je la kat burung gagak belakang rumah makan. Itu pun kalau dia nak la kan. Nak resepi ke korang? Halluuu~ haha Aien post kat status wassep berdesup org minta resepi. Cik La, halalkan sejuta kalinya. #spreadresepivadai 

Nah~ 

Cara-cara buat dia, mohon klik pada gambar resepi supaya korang rajin singgah ke blog Cik La. Kasi aci kredit sejuta kali kat Cik La. Tak elok durhaka lebel dua dengan ticer. 

Till I write again~ 





GIVEAWAY #1 BY YEASLMN

GIVEAWAY #1 BY YEASLMN

Read post
Hi~ Assalamualaikum 


Hari ni Aien nak join la GA by YEASLMN ni. Memandangkan tadi Aien blogwalking ke blog dia~ so buat la sekali. but I put it on schedule post sebab takut lupa. hee~ 

Macam biasa if you gais berminat nak join, klik saja pada banner di atas. 

Good luck ^^


Wednesday, November 07, 2018

#7YEARSANNIVERSARYGIVEAWAY DUNIAL ZUMAL

#7YEARSANNIVERSARYGIVEAWAY DUNIAL ZUMAL
Wednesday, November 07, 2018
Read post
Hi~ Assalamualaikum 

Kali ni Aien ikut pulak giveaway by Bro Zumal kita. Yang kemungkinan ini adalah anniversary blog dia kot Aien rasa. Yeah bang Zumal? 


This contest will open till 10 Disember 2018 gais. So what yur waiting for? Just click at the banner to join the contest. Good luck. ^^


Latest pins

Subscribe