Latest Instagrams
Monday, October 30, 2017

Jalan-Jalan Ke Kluang

Jalan-Jalan Ke Kluang
Monday, October 30, 2017
Read post
Remember when I said I was jalan-jalan few days ago?? Hehehe 


Hai hai hai hai Assalamualaikum uolls semua, Kabare di petang isnin? Harap semua okay and dah move on daripada monday blues kay? Punya excited dapat email dari lazada untuk join contest, Aien terus bukak laptop dan mencari ilham konon-konon nak start tulis entry based on apa yang lazada nak. But, baca lagi sekali, contest start rabu. hahaha Nampak tak excited dia tu? So, tutup la semua yang berkaitan dengan lazada, meh, sambung mood tulis jalan-jalan Aien ritu. Tapi, malas yang amat.. Ntah tak ada mood nak tulis tentang tu. Kah~ mengada sangat. 

Hujung minggu lepas, meriah Johor Bahru dengan macam-macam aktiviti even penjawat awam dah gaji awal bulan hari tu. Kah~ ngeng sangat! Dengan Jom Heboh dia, Karnival sana-sini, Sekarang UTM pun tengah meriah dengan FESKO UTM. a.ka Festival Konvo. Sampai esok kot. Malam kelmarin Ustaz Kazim Elias, Aien lupa nak g. Semalamnya Anuar Zain dengan Misha Omar. tapi ajak Cik Sheben dia kata hujan, jalan jammed. Tak payah g. T^T Bawak hati lara, Aien tido awal. Kah~ Malam ni ada Projector Band. Malam penutupan ada Aiman Tino. Itu dah tak kisah dah. 

Okay, back to original story. Last Thursday, Me and family goes to Kluang. Saja jalan-jalan. Bawak mak mertua dengan adik ipar yang teringin nak naik kereta api. Katanya, kapal terbang dah, kereta api dekat ni je belum. Hahaha Maka berjalan la kami. 

Ada apa di Kluang?? 

Part ni Aien nak gelak dulu. Tak ada apa eh. Saja jalan-jalan. Nak naik kereta api. Hahaha Berbaloi? Boleh la. tiket kereta api bukan mahal sangat pun. Kalau daripada KULAI hanya RM12 untuk dewasa, RM10 untuk kanak-kanak dan RM10 juga untuk warga emas. Pergi balik baru RM24 seorang. Okay kan? 

Trip kereta api dia, Sekali pagi, petang dan malam. So, senang. Nak jalan-jalan sana pun boleh. Sampai leput pun tak kisah. Barang-barang kat Kluang pun boleh la tahan murah. Masa Aien pergi tu, Johor kan tengah cuti Hari Hol Sultan Iskandar, banyak la kedai tutup jugak. Sunyi sepi je pekan Kluang tu. hahaha 

Kalau google pun, mesti ada je blogger cerita tempat menarik di Kluang yang boleh dibilang dengan jari. So, kalau bermalam tu, mungkin ada best sikit kot. 

First bila dah sampai tu, kalau dah turun dari kereta api, cepat-cepat la bergerak jika anda ingin tempat duduk di Kluang Rail Coffee. Kalau tak, tak ada tempat duduk. rezeki kami dapat tempat duduk sebelum dan selepas berjalan. Hahaha Seronok menikmati kopi di tengah hari. Tapi, Aien tak boleh minum kopi dan tertarik dengan namanya, Coco Dinasour tu yang order. Sekali tengok, hanyalah secawan milo tabur. Hahaha Bantai gelak.. Boleh laaaa.. Penuh cawannya dengan milo. Menyelerakan tika panas ni. Makan pulak bersama Nasi Lemak yang agak pedas sambalnya, memang berulam la dengan dinasour ni. Jangan pelik pulak kenapa adik sorang tu gigit jari. Dia pening kepala lepas turun dari kereta api, panas pulak. Nugget ayam diorder lambat sikit sampainya. Menengok kan aje orang makan dlu.


Apa yang sedap di Kluang Raif Coffee ni, roti bakar dan kopi dia yang agak mengancam. roti bakar dengan ada bermacam jenis yang anda nak ikut selera anda. Untuk 9 orang makan tak sampai pun RM50. Murah kan? makan pun kenyang jugak sampai patah balik ke sini semula. Al-maklum la, sebelum tunggu kereta api datang tu, singgah lagi ke sini. Dalam kereta api, sambung tido je. :D



Lepas makan, kita berjalan. Turun ke bawah pekan anda akan berjumpa dengan Lama Kreatif Kluang yang terletak di sebelah kanan penjalan kaki. Laman kreatif yang baru nak berkembang ni, banyak jugak lukisan yang cantik. Kalau dilihat, kebanyakan lukisan itu dihasilkan oleh sekumpulan anak muda yang menggunakkan hashtag kitakankawan ni. Lukisan semua cantek. Cumanya tak berapa nak penuh sangat. Aien pun tak ambil semua gambar dia, sebab kepanasan. Tengah hari bai jalan situ. Memang gambar cantek, tapi kena sabar la dengan panas terik mentari. :)





Ini merupakan jalan masuk ke Laman Seni, Kluang. 

 Menarik kan?? Seronok ambik gambar je kat laman ni. Macam-macam karya dari artist tempatan.

Gambar Upin-Ipin pun comel kat sini. Geram je tengok.. 

Kluang Man~ legend cartoon for 90-an kids. 

 Kak Itah tengah sibuk amek gambar Amar, Aien p snap! Comel je dengan Boboboi dan Yaya. 

 Suasana kampung gitu..


Eh~ Shin Chan pun ade? Haa, kuatnya Shin Chan ni duduk atas batang paip tu..

Dora the Explorer. Cartoon tak berapa bijak di katanya mereka. haha

 Hai~ hello kitty.  besar dia ni.


Spider Man ada jugak. Ni la mereka yang join journey kami ke Kluang hari ni. Masing-masing tak nak try posing kat jambatan tu. 

Eh~ Tuan Izwan ke tu??


MIL dengan kakaknya iaitu Mak Ngah. Tinggal dorang je adik beradik perempuan dalam keluarga Mak. 


tunggu sayang ke tu bang?!





Dah sampai ke hujung jalannya. Panas sangat akak sepupu tu, bila nak ambil gambar pun macam nak cari gaduh. haha

Lepas habis jalan-jalan di Laman Kreatif ni, kami ke Kluang Parade yang mengambil masa 12 minit berjalan kaki. Ni namanya jalan. Betul-betul jalan punya. Tak beli apa sangat sebab tak jumpa benda menarik di sini. Tapi, mana tahu, ada perkembangan kemajuan daripada segi pelancongan dan tarikan mesti menarik lagi. Setakat ni. kalau warga Johor ke sini jalan-jalan tu, maknanya nak naik keretapi saja-saja. Merasa lepak di Kluang Rail Coffee tu. Cukup la kot. Meluangkan masa dengan family, berjalan bersama. Alhamdulillah, masa kami jalan ke mari, hujan mula membasahi bumi semenanjung. Sini pun baru hujan semalam ja. 

Okay. Tu je entry untuk jalan-jalan. :D


Sekian. Esok Aien nak pergi buat check up pulak. :)


Sampai jumpa lagi.

kbai
Friday, October 27, 2017

MOVIE REVIEW: otherlife

MOVIE REVIEW: otherlife
Friday, October 27, 2017
Read post
Hai hai hai ~ Assalamualaikum dan salam berhujung minggu. Apa buat tu?? Hope uolls dalam keadaan baik-baik saja yaaa.. Alhamdulillah hidup lagi untuk hari ni. Hari ni, Aien nak buat review la sikit. Eh~ tak habis-habis lagi review dia. Sabaq~ sis baru balek dari jalan-jalan ni, bagi la idea sikit nak karang untuk entry tu. Sementara tu, moh ler share review sikit. Ye dok???

Jangan la boring k. Hope uolls jumpa something yang bermanfaat di sini. ehek~ Udah ler tu.. Moh ler kita ke title kita. 


What is OTHERLIFE?? Kenapa dia bersambung?? Disebabkan Aien ni peminat movie sci-fi dan seangkatan dengannya. Itu yang Aien nak buat review. Sejak kita dah masuk ke alam siber lagi berjaya ni, semua di hujung jari, macam-macam movie dan drama yang kita dah tengok. Daripada LUCY, ada lagi satu cerita yang macam Lucy, tapi tak ingat apa tajuk dia. Yang dorang paksa amek pil untuk..... HAAA! LIMITLESS. Dari movie dorang buat drama pulak. Dan ini kali, OTHERLIFE pulak. Conclusion daripada semua movie ni, dorang cuba untuk mencipta satu teknologi atau drug untuk kalahkan TUHAN. Yep! Anda tak salah dengar. Macam dalam limitless, dorang amek pil untuk create satu pembukaan otak untuk lebih bijaksana. Nama pun limitless kan. So, tak ada limit dalam otak manusia ni. But, everything comes with price. hehe

Eh, review cite limitless pulak. Ni tentang otherlife la.. hahaha



Oh, pasal otherlife ni. Sinopsis ringkasnya daripada rotten tomato:

A brilliant software engineer must reassert control over her revolutionary neurotechnology in order to heal her comatose brother and prevent her business partner using it to imprison the minds of millions.

Daripada Aien pulak, movie ni dengan erti kata lain,
Dia cuba bangunkan adik dia yang brain dead, dengan mencipta satu software yang boleh mencipta kenangan dan  adik dia boleh pilih macamana seterusnya kenangan tersebut. 

Eh? Tak faham laaaa... T^T

Nangis hujung katil jap. Mula-mula Aien pun tak berapa nak faham. Al-maklum la movie daripada netflix. Confuse dia terlebih. Senang cakap movie ni, bagi anda satu experience untuk melalui satu pengalaman tanpa perlu ke tempat tu? Faham? Dia macam software yang berbentuk cecair dan diserap masuk ke dalam sel anda as eyes mo. Tau tak eyes mo tu apa?? Ubat mata tu?? yang kena titis dalam mata tu?? *face palm* Macam tak betul je Aien petang ni. hahahaahahahaahaha Okay dah sudah gelak.

Tapi,  ::SPOILER ALERT::

part yang best bila dia ditangkap kerana boyfriend dia mati sebab cuba untested software (yang dia buat untuk adik dia) dan partner dia cuba nak tikam belakang dia. So, konon dia diberi satu pengalaman untuk hidup dalam box room selama 365 hari. WOW~ lama giler. sini je dia punya highlight dan menarik minat Aien nak tengok.

Ending dia, dia give up dengan software tu dan terima ketentuan TUHAN yang adiknya telah pun pergi buat selama-lamanya. THE END.


Ha ha ha ha ... Teruk kan review ni??

Suggest ke tak suggest ni? Tengok la kalau berminat. mana nak tengok? Klik OTHERLIFE dan anda boleh menontonnya di atas talian. Okay?? Cite dia tak ada la teruk sangat. Just.. orang kata buat buang boring tengok movie. Ehe~



Kbai. Sebelum melalut lagi panjang.

Till we meet again..
 


Wednesday, October 25, 2017

MOVIE REVIEW: Tombiruo Penunggu Rimba

MOVIE REVIEW: Tombiruo Penunggu Rimba
Wednesday, October 25, 2017
Read post
Hai hai~ Assalamualaikum uolls~ Setelah berdebu seminggu dalam draft ni, baru ada hati nak edit dia balik. Actually nak review sejurus lepas tengok masa deepavali ritu, but you know... I have no time. uhuk uhuk~ :p

Okay-s~ The story is about how I wondered on Deepavali holiday that was supposed to be KLUANG Journey but we didn't get a ticket, so we change to plan. Tup~ Yes. Watching the movies. With my brother in laws. It's been long time we didn't spend time with him actually. Since my husband being married with me. Kah~ Adik kau telah ditukar ganti. Kini, Kak Long bermaharajalela! *devil face*

It's actually unplanned rancangan. He did. Yes. My husband did. Malam tu tetiba we all kena balik kampung ada kenduri arwah my husband cousin. Husband said: "Kalau tak malam ni dah pergi dah tengok Tombiruo."

Rupa-rupanya... ada udang di sebalik mee. Senyap-senyap je dia buat planning. Esoknya cuti deepavali. Apa lagi. Berjalan la kita. :)

Kebiasaan Aien kalau tengok wayang mesti tengok kat TGV. Tapi kalau TGV yang ambil port untuk tayangan Tombiruo ni nuuuuuuu di hujung Tebrau sana, husband ajak tengok kat MBO je. Dekat dengan rumah. Berbaloi pun berbaloi. Tiket MBO paling murah. RM13 untuk dewasa. Yang lain Aien tengok kawan-kawan post TGV RM13 - RM15. GSC RM14 - RM16. Haa~ So, whatever pun janji anda bahagia. Aien bahagia.


Jom~ tengok. Dah tengok. Aien confuse bukan dorang ni kembar ke. Disebabkan lama dah baca novel ni dan tak ada review lagi balik.. Ingat-ingat lupa je la perjalanan dia. Over all, Aien okay je. Tahniah la pada team produksi. Berjaya bawak perfileman Malaysia ke satu tingkat lagi. Bravo! Kalau ada kritikan tu, anggap la kritikan membangun yer. Dengar cerita Laksamana Sunan pun nak dibawa ke layar perak. Wow~ tak sabar rasanya nak tunggu. Ada 7 ke 8 buku tu. Haaa~ macamana dorang garapkan jalan cerita tu, moh ler kita nantikan.

Till we meet again~

Kbai
Tuesday, October 24, 2017

Shopee Cash Voucher up to RM900 could be yours

Shopee Cash Voucher up to RM900 could be yours
Tuesday, October 24, 2017
Read post
Hai hai~ Assalamualaikum howdy nuffnanger-s~


Hari selasa yang redup disergah email daripada Nuffnang yang menyediakan satu port untuk anda mencuba bakat menulis sekaligus untuk menang hadiah. Wow~ awesome right? Apa lagi jom sertainya sekarang. 



Cara-caranya adalah yang pertama dan utama anda adalah nuffnanger-s~ Yes! Indeed. Yang tu penting sebab dapat email pun daripada nuffnang kan. But, Aien think it's okay kot kalau nak mencuba terus dengan menulis dayre tentang Shopee Mall ni. 

Bila sebut Shopee Mall, of course semua tahu sekarang ni tengah kecoh Lazada but hal dengan customer tentang delivery dan sebagainya. Ada setengah daripada customer dah order barang sejak awal October hari tu, sampai hari ni tak sampai lagi. Ish ish kesian. Alhamdulillah sepanjang Aien berurusan dengan cik Lazada, semua item Aien sampai ke rumah dengan selamat dan lengkap semuanya. 

Sementara semuanya sedang berduka dengan cik Lazada, moh cuba dengan Shopee Mall pulak. Aien usha harga di Shopee Mall much cheaper daripada cik Lazada ni. Apa yang Aien usha tu??

Of course Aien usha peralatan dan perabot rumah. Al-maklum la sejak menjadi suri rumah yang berjaya ni, asyik nak hias rumah je gamaknya. Aien usha perabot daripada IKEA yang dijual di Shopee Mall ni. Hurm... harga dia.. Sabar je laa.. mengoda memasing. 



Macam gambar di atas, kalau ni kat Lazada RM 60 ++ la.. sekali dengan postage semuanya dekat jugak RM100. Even orang selalu cakap beli di IKEA sendiri lagi murah dan berbaloi, tapi tunggu la IKEA Tebrau bukak hujung tahun ni or tahun hadapan, memang ke situ la jawabnya. Walaupun begitu, Shopee ni pre-order. Kena la sabar menunggu barang anda sampai 2 minggu dari tarikh anda order. Sabar yer. Kalau tak, pergi beli kat Lazada. :D





Kalau rak ni pulak, Aien telah pun beli dengan Lazada dan harganya dengan Shopee Mall sangat jauh beza. Bestnya rak ni pun tak ada pre-order. Dan sama ja terus sampai ke rumah. Yes! Aien dah jump port yang best untuk shopping!!!  >o< 

Sakan nampak yer.. Biar la.. Kebahagian tu harus dikongsikan bersama #ShopeeMallMY. tak ke gitu?? Siap la cik husband gaji... eh, dah gaji awal ritu.. Boleh la ni cekau satu. hehehe

Buat u guys, cara untuk join contest is such an easy task you know. Here the list thing you must do to participant. Just click the link SHOPEEMALLCONTEST to read more.. 


I hope this will work. hehehe 

Kbai




Sunday, October 15, 2017

MOVIE REVIEW: MY SON kmovie

MOVIE REVIEW: MY SON kmovie
Sunday, October 15, 2017
Read post
Nampak tak bila dah selalu nak update tu, ada saja idea dia. hiii~ Hai jumpa lagi. Aien baru lepas tengok movie sedih lagi sob sob air mata mengalir. Sedih sangat cerita dia. 

Meh, Aien nak story sikit. Movie apa? Of course la korea movie. Movie ni sis Aien yang tengok semalam di TvN Movie. So, dia cakap sedih and best, Aien terpengaruh la. Tajuknya: jeng jeng jeng.. 

 MY SON

hasil lakonan pak cik Cha Seung Woo dan Ryu Deok Hwan. 



Cerita ini ditayangkan pada 2007. Haa~ lepas sepuluh tahun baru nak tengok kan? Lulz~ 

Sinopsis berdasarkan asianwiki:

Lee Kang-Sik (Cha Seung-Won) is serving a life sentence for murder. Due to good behavior by Lee Kang-Sik for the past 15 years, he is granted a special 1 day release from prison to visit his family. Lee Kang-Sik can't even remember what his son looks like. What will he say?

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sinopsis ringkas mengikut kefahaman Aien yang telah pun menonton movie ini, adalah:

Kisahnya tentang Lee Kang Shik yang dilakonkan oleh Cha Seung Woo ni tadi adalah seorang banduan yang telah dipenjara sejak umurnya 24 tahun akibat daripada kesalahan merompak dan membunuh. Dia juga telah meninggalkan seorang ibu dan seorang anak lelaki di luar sana. Namun, isterinya tidak dapat dihubungi. Setelah 15 tahun dalam penjara, Kang Shik membuat permohonan untuk berjumpa dengan anaknya. Akhirnya, permohonan dia diluluskan dan dia pun dapat berjumpa dengan anaknya untuk sehari. 

Namun, T^T

Part ni sedih, 

Setelah seharian menghabiskan masa bersama "anaknya" Kang Shik baru perasan bahawa anaknya itu bukan anaknya. T^T

Aien sob sob kat sini. Sedih sangat. Bayangkan seorang lelaki yang merupakan banduan nangis meratapi. OMG~ sedih sangat. Rupa-rupanya anaknya, Lee Jong Suk (bukan pelakon tu k) telahpun meninggal dalam perjalanan untuk melawat ayahnya. OMG~ sedih. 


Tak tahan. Amek tisu lagi.. 

moh ler tengok untuk isi masa cuti Deepavali ni. hehe

Link? mana nak cari?

Jap~ 


boleh klik di atas untuk tengok~ 

Selamat menonton! bai



Tahniah!

Tahniah!

Read post


Alhamdulillah. Dengan jayanya AIENIENKA telahpun berwajah baru. Assalamualaikum dan salam sejahtera uolls~

Kembalinya Aien di sini, untuk memeriahkan lagi blog ini di hujung tahun. :D Yeah? Hujung tahun sudah kan?? Ndak berasa bah kita ni. Sudah di hujung tahun dua ribu tujuh belas. Apa yang kamu rasa? Sepanjang tahun ni? Adakah berubah atau anda masih sama? hahaha mohon jawab sendiri. haha

Aien dah pun dengan rasmi tukar wajah baru. Even tak ada la baru sangat. Setakat tukar template, dan etc. Rasa okay kot? Btw, fyi untuk korang yang rajin singgah sini, cbox lama telah pun Aien buang dek kerana ketidakberjayaan untuk menampilkan segala isi kandungannya. T^T Sedih tahu~

makanya, Aien buat yang baru, dan masih belum rajin nak cari emoticon comel-comel untuk ditampalkan bersama. Ecewaaaahhhh~

Rasanya untuk kembali dengan penuh semangat tu kurang sikit sebab masih menjejak rakan blogger lama. heheh.. Nanti Aien tinggalkan jejak yer~ 

For all viewers, thank a lot for coming back to this blog. Even though, blog ni sentiasa sepi, uolls sentiasa bersama. Okay~ 

Aien nak p masak. Bai~

Wednesday, October 11, 2017

berhabuk sungguh

berhabuk sungguh
Wednesday, October 11, 2017
Read post

Kalau orang dah kata lama tu, maksudnya memang lama sungguh la. Sampai berhabuk. Hari ni, setelah hampir 10 hari mereput dah berhenti kerja, duduk tanam lemak je, baru ada hati nak buka blog. Itupun ehsan si hotspot DIGI yang nak expired besok. Hailo~ Kuno kan? 

Assalamualaikum Uolls~ 

Aien rasa nak kembali ke alam blog ni, nak mohon pemasangan TM dengan encik suami, hope la dapat. hehe. Kalau tak, bertabah saja la yer duhai hati. 

Setelah dikemaskinikan apa yang tak boleh dipasang di sini, ditukar lagu yang telah lapuk lamanya, Aien rasa macam memang perlu baju baru blog ni. hurm... 

Nanti akan difikirkan. Sekarang ni, Aien sibuk memikirkan benda lain untuk menjana pendapatan dari rumah? Ada sesiapa yang singgah sini, nak share tak macamana nak menjana pendapatan? Ada suggest jadi dropship, ada suggest jadi agent. Sebab kan dok umah. Suka skrol-skrol, and overall. benda senang ja~ hehehe

Senang senang pun mental beb, ai is sekarang too much malas. Dah nama nak bersara sekejap dari berjumpa dengan masyarakat. haha Susah ada penyakit anti-sosial ni. :P


Telebih dahulu, Aien menyusun sepuluh jari sebab Aien dah buang shoutbox sebelah tu, nak pasang balik dah tak ingat~~~ T^T sob sob la kejap. nak duduk lelama pun tak selasa dah sekarang. Buntot papan! Hadoi! k, tu je


Sebelum Aien merapu meraban lebih banyak, better off dlu. Till we meet again~

ps: U olls yang nak share dengan Aien macamana nak jana pendapatan, mohon ikhlas hati pm Aien yer.. hehehe di aisyenur@gmail.com k.. pape roger dlu~
Latest pins

Subscribe