Latest Instagrams
Monday, August 27, 2018

I AM NOT A SUPERWOMAN

I AM NOT A SUPERWOMAN
Monday, August 27, 2018
Read post
Hai hai~ Assalamualaikum w.b.t 
Alhamdulillah dah selamat kembali ke Johor kembali. Yadoi, penatnya walau naik kapal terbang. Penat berjalan tu yang nombor satu. Campur la penat segala-galanya. Walaupun begitu, takkan mampu mengganti penat seorang ibu. 

Seronok dapat balik kampung walau seminggu. Kumpul adik beradik, jumpa umi dan ayah. Ianya sangat membahagiakan hati seorang Aien. Tapi walau macamana, sedih kalau setiap kali balik cerita yang sama berulang kali diulang tayang saban majlis atau raya. Sedih kan? 

Kali ni, Aien buat majlis aqiqah anak sekaligus open house la untuk raya haji ni. Secara rasminya, majlis tu officially atas nama anak Aien la kan. But, still someone want to make that majlis as their own and want to impress his friend with billion thing people would like at majlis open house kan? 

Yes. We know as a daughters, we should listening to you, indeed. As time was gone we losing our respect on you. Betul la kata orang, jika kita mahu dihormat, kita mesti menghormati. 😔 Sekaligus, Aien bersyukur sangat walau cik Husband tak romantik dia ada side yang most woman would like. BUT - please don't be Husna in my marriage. 😒 

Years over years, dari kecik sampai dah beranak ni..  Cerita yang sama berulang sampai masyarakat jiran tetangga pun tanya benda yang sama, how your mum could stand your dad? How strong she is, right? 

I just don't get it. How and forever how I guess. For women out there. There a lot of men. Either he is good or not, suitable for you or not as typical human being we learn how to be good to each other. How to apperciate one by another. Put your egotisme out for awhile in marriage. Yep, marriage is battlefield. We fight. Also a class. We learn. How to built a home sweet home.

I learn. We learn. What's comes around, goes around.

Mum, we thank you for everything. This article I decided for you, from heart a woman to a woman. A daughter to her mum. A housewife to other housewife.

She did try everything to please her husband. She did want to be obidient to her master. Yet, she failed wrong somewhere. Just in time, she wait and keep waiting till the heart does not want to, she will left. Be prepare. I do prepare. Because she in pain for long time.

Let her go. Let her go. She also need her 'me time'. She also want to be like other woman  success by their own. And she also regret the choice perhaps. After seing us, her daughter grown up and married a best man in their life. She grateful for everything. Thanks for everything.


I felt you mum, but I'm not strong like you. Seeing you in pain. My tears burst out like a fall. My heart is broken as much your heart is broke so many time. I do regret cause I didn't understand you. Sebab tu orang cakap, Bila kau kawen kau akan rasa apa yang mak kau rasa. Yes. Whats comes around goes around. Orang cakap berdasarkan pengalaman. Bukan cakap kosong. Memang perubahan zaman memerlukan kita bertindak dengan lebih baik. Tapi, tentang perangai manusia ini tiada apa yang berubah.


I just, I'm sorry but I love you mum. Thanks for everything. For the advise and didikan dari kecik sampai besar.

Love, your daughter





Friday, August 24, 2018

DRAMA SERIES REVIEW: VOICE

DRAMA SERIES REVIEW: VOICE
Friday, August 24, 2018
Read post

Assalamualaikum w.b.t hai hai~ kabare uolls? Hope you guys are doing fine this school holiday. What your plan for today? If you don't have one, tengok la K-drama Voice nih haa~ 😚 It's such a good drama tho'.



Tahun lepas konon nak tengok, pahtu tak ada geng, tengok smpai episode 6 je. Minggu lepas, husband bantai tengok drama ni. Join sekali laa. Pergh~ best la jugak. Memang best pun sampai ada season 2 yang bakal ditayangkan... Eh~ dah tayang la. Start 13 August ritu. But, the hero will change. T^T. bye bye Jang Hyuk oppa~



Okay, sebelum kita move on untuk Voice Season 2, moh kita recap dulu naa~

DRAMA NAME: VOICE
EPISODE: 16
DURATION PER EPISODE: almost 1 hour
CAST: JANG HYUK, LEE HANA, YESUNG, etc

Drama ni berkisarkan tentang suasana di emergency center (112). Dua detektif yang berkerjasama untuk menangkap pembunuh  yang membunuh keluarga mereka. Moo Jin Hyuk yang hidupnya miserable selepas isterinya dibunuh secara kejam. Begitu juga Kang Kwon Joo seorang US graduan voice profiler yang turut kehilangan ayahnya oleh pembunuh yang sama.

Itu sinopsis ringkas dia la. Dalam 16 episode yang mempunyai 8 chapter sehingga Moo Jin Hyuk dan Kang Kwon Joo dapat menangkap pembunuh bersiri tu, such a heavy drama. Laki suka la tengok kot. Sebab penuh dengan misteri dan action. Korang boleh tengok drama tu di SINI .

Untuk season 2 pulak, Lee Jin Wook menggantikan Jin Hyuk sebagai new comer dalam division 112 ni. Apa macam bro? Ada senang ka? ^^



So, drama ni dalam mula tayang pada 13 August ritu. Apa pendapat u olls? Best tak? Husband kata tunggu habis episode dulu baru nak tengok. Pasai pa? Sebab kalo tengah tayang, kita kena tunggu subbing lagi. Haha nasib la fans luar negara ni. Paham² aja la bahasa deme ni. Yang season one ni pun bantai tengok dalam Indon sub. Bengong pale Aien nak hadam. I prefer lagi English sub dari Indon sub. Memandangkan yang bukak tu si husband, kita tumpang tengok je laa.  

Selamat menonton yaa~ till we meet again. Jaanee~ 









Wednesday, August 22, 2018

HAPPY 3 MONTH

HAPPY 3 MONTH
Wednesday, August 22, 2018
Read post


HAPPY 3 MONTH!! 

Assalamualaikum w.b.t 

Alhamdulillah, 22hb AUGUST 2018, genap la Nayla Insyirah 3 bulan. Alhamdulillah.   #syukurselalu

Dengan ini, Ibu nak belanja kakak Nayla~ taraaaa! Photobook by photobook. Eh, apa ke peliknya? Betul la. Buku bergambar Nayla dari mula lahir sampai errr ... bulan lepas kot. Sebab dah buat awal dari sebelumnya. So, collection gambar yang ada dalam smartphone Ibu, Ibu select yang mana nak simpan buat kenangan dalam photobook tu. Untuk buat photobook ni, Aien dapat promotion yang murah yang mana, Aien cuma perlu bayar RM2 sahaja untuk buku dan RM8 untuk postage. Murah kan? Dari harga yang hampir berjuta, (eleh, tipu je) dapat hampir 90% diskaun. Mana kau nak rembat tu? Maka, Aien pun cuba la, kot-kot ada rezeki lain kali, boleh cuci gambar pulak ke. hee~kan??

Aien banyak la baca, kawan-kawan blogger yang lain share how to use the promo code for certain item. Actually this kind promotion is jalan-jalan kat facebook Aien, tu yang ter-klik dan ter-buat. haha 

Aien dah lupa macamana nak buat dia, senang kata anda: 

> Ingat promo code dia. Contoh: MERDEKA18
> Download apps Photobook Malaysia
> Buat la album anda. Contoh: photobook. Choose 20 pictures. Limit 20. Just 20. Kalau lebih, promo code tu tak memberi kesan apa-apa masa anda check out nanti. 
> Proceed la, upload kan gambar, bagi alamat bagai.. ikut je jalan keluar dia. 
> Done! yeah~ Tunggu la 3 hari ke seminggu sampai la tu. 

Senang kan?





Yang ni, Ibu Nayla buatkan untuk Nayla. Dah namanya saja gatal tangan p buat. Al-maklum la rambang mata tengok dapat RM10 tu, rasa macam nak repeat lagi buat 4R print pulak, tapi dalam account sadis pulak tinguk. Mampu sob sob.. Delete project, uninstall balik photobook tu. Nanti dah ada isi balik account, kita download balik. And it repeat again as same. Haha Itu la masalah orang yang berkerja di rumah ni. 


For Nayla, Ibu doakan kakak baik-baik saja walaupun dah makin berat. Sabtu lepas, her first flight balik kampung opah a.k.a Ibu punya kampung. Alhamdulillah tak meragam. Sebab dia ngantok. Moga flight balik nanti kakak pun okay je tau. Balik dari Miri baru check up 3 bulan. Moga baik-baik aja. Semoga membesar jadi gadis solehah. 

Love, 


Ibu. <3
Monday, August 20, 2018

BOOK REVIEW: LOVE LILA

BOOK REVIEW: LOVE LILA
Monday, August 20, 2018
Read post
Assalamualaikum w.b.t 

Kabare u olls? Minggu ni bermula cuti sekolah sekaligus cuti hari raya Aidil adha a.k.a Hari Raya Haji. Haa, Aien pulak dah fly balik Sarawak ni. Sempat lagi update kan? 😄 Lagipun tengah tunggu calling, dah check in apa semua, tunggu je la. Okay, kali ni Aien nak share dengan anda semua karya terbaru Rin Ahmad selepas beberapa anak sebelum ni yang Aien pernah share seperti Jejaka Edisi Terhad dan banyak lagi la.  Untuk baby kali ni, Aien terpikat betul dengan muka depan dia. Naiceee~ Baru Aien perasan yang kali ni Rin Ahmad dengan Alaf21 colabration. Selalu dengan kakinovel kalau tak silap la kan. 


Tarraaa~ as you can see.. The muka depan is so cute with pink theme. 
Dengan snow globe. Auwww~ so comel!



Back view dia tak kurang awesome. Kalau kita trngok belakang ni pun boleh tau berapa rate jalan cerita novel ni. Rin Ahmad tak pernah mengecewakan. But, I take few days to read this book more than others. Kebiasaannya buku Rin Ahmad, Aien boleh baca around 4 or 5 hours. This one, kinda heavy content. Cause about doctor and nurse life. Garapan jalan cerita antara Juhaidi dengan Lila pun kinda pusing². Senang kata, ceritanya bukan fokus dengan cinta semata. Suka dengan Rin Ahmad sebab banyak ilmu jugak boleh dapat sambil kita baca novel dia. I wonder how typical novel boleh terjual di luar sana. Haha no offense. Tapi, still awesome sebab dorang boleh berimaginasi dan menghasilkan karya. Good job all writers out there. 

So, Aien tamatkan review Aien dengan memberikan 4.5/5 bintang. Still awesome though walau amek masa yang berhari untuk baca. 

Okay. Now calling for flight going to Myy a.k.a Miri. See you soon in next entry. 



Thursday, August 16, 2018

MOVIE REVIEW: ONCE UPON A TIME

MOVIE REVIEW: ONCE UPON A TIME
Thursday, August 16, 2018
Read post

Hai~ Assalamualaikum w.b.t 

Still feeling mochi-mochi romance lagi. :)  Bilakan mood ko nak melayan segala jenis drama ke movie romantik, habis semua ko bantai. Dulu, masa dara rajin benar layan segala jenis cerita yang ber-genre-kan romance. Lepas dah kawen semua tu hilang mood apatah lagi tengah sarat mengandung. Langsung tak dipandang. Mood orang tengah mengandung. Semua swing sana, swing sini. Lepas dah beranak ni, baru datang balik mood tu. Nak sweet-sweet gitu dengan cik suami. Tengah cari masa nak dating berdua. Tips untuk kekal perkahwinan. haha 

Kali ni, Aien nak share movie pulak. heee Movie yang bertajuk Once Upon A Time. Movie k. Bukan drama bersiri yang english tu. haaa yang tu pun panjang berjela yang tak sempat nak kejar balik. Tengok sampai season berapa je ntah. Masa dia ditayang di Star World dulu. 

Movie ini mengisahkan tentang cerita cinta antara Bai Xian dan Ye Hua. Movie yang telah diadaptasi dari fantasy chinese novel, Three Lives Three World, Ten Miles Peach Blossom and To The Sky Kingdom. 


Bayangkan bila tiga novel digabungkan menjadi satu movie, Wow~ Awesome! Dan cerita dia, sangat la sedih bagi Aien. It's love story between two person yang sangat loving each other. Yeah~ mohon la tengok if you ada fefeeling nak romance kejap. 
Biasanya bila Aien dah tengok movie macam ni, I was thinking again. If feeling down macam nak give up gitu, tengok cerita macam ni, then you felt strong again. Find the reason why you still love each other. Kan? 

Bak kata orang, cerita cinta orang memang best, tapi cerita cinta kita lagi best. Haa~ ni ayat pinjam dari blogger Mai yang baru berkahwin ritu masa raya. Aien baru tahu sebab yela, masa tu tengah pantang. Mana la sempat nak tengok-tengok semua tu. So, nak buat cerita cinta kita lagi best dari orang lain, maka kita kena create la idea. Amek ilham sana, ilham sini. Guna pakaikan. Tak salah kan? 

Lagi satu, Aien suka tengok movie ni, sebab Yang Yang. OMG~ this young boy. Such a beautiful face. Adik kot. URGH! Yang Yang ni sesuai betul cerita klasik macam ni. I'm really-really look forward his future drama or movie lagi. Keep Success young boi! Antara cerita Yang Yang yang Aien dah tengok is Love O2O. Dalam tu pun antara klasik dan moden jugak. Haa~ yang ni Aien tak ada buat review. Uolls boleh tengok kat LOVE O2O (DRAMA SERIES) la yer. Dia ada movie jugak sebenarnya yang dilakonkan oleh Jing Boran dan Angela Baby pada tahun 2016. haa~ Ada yang berpendapat movie dia lagi best dari  drama. Aien pulak rasa drama dia lagi sweet dari movie.  Aha~ you know why... *shy face*


 Kiri ni yang LOVE O2O (2016) yang kanan ni drama. Korang pilih la mana yang lagi best. Lagipun jalan cerita dia lebih kurang je. End up dua-dua best untuk ditonton. Terpulang pada anda semua yang bijak memilih. Aha~


Adooo~ ni bukan masuk satu movie je Aien review ni. haha serabut nak baca. Mana satu yang best ni??? Well, tengok yang first dulu, pahtu sambung la dengan yang kemudian ni. Nak tengok, boleh je klik pada title masing-masing. Semuanya Aien dah sertakan sekali andai kata anda semua nak tengok la kan. Senang! tak payah nak cari-cari lagi. Just klik the link and watch. Enjoy your time. Apa-apa cerita yang best, Aien up lagi yer. Selamat menonton! 


Monday, August 13, 2018

VICISSITUDE

VICISSITUDE
Monday, August 13, 2018
Read post


Hai hai, Assalamualaikum w.b.t

How do you think your life is changes? 
How much it's change? 
Do you realize it? 
It is move like you plan or just follow the flow? 


Terlalu banyak benda yang berubah. Hampir 28 years old living on earth. Bagaimana? Okay je. Suka? Urm... Tak suka?? umm... 

Dibaca seluruh entry sejak 2015 blog ni kembali aktif selepas Aien buat 2010 tapi gone hiatus like forever, nampak berbeza. Makin matang... Ecceeeewaah~ Tak ada la terlalu berubah, cuma berjalan seiring dengan masa. 

Sebelum menulis entry, Aien blogwalking dulu ke blog kawan-kawan meninggalkan jejak. Banyak rupanya Aien dah tertinggal. Tahun lepas, rajin juga ikut segmen bloglist, giveaway dan apa je la yang boleh connect dengan rakan blogger. Ingat lepas kawen boleh fokus dengan blog. But, life after marriage is harder that you expect. 

Naa~ tak ada la susah sangat, cuma diri sendiri tu yang nak atau tak nak. Tu aja. Kan? Past over a year, Aien stabilized kan hormon.. Hahaha Ya laa, lepas kawen kan.. Otak stress fikir orang dok doakan, "Akak!! cepat la dapat baby." or "Bila nak ada anak ni? dah berapa bulan kawen?"  me be like ------ kenot brain! 

Lepas ni, kalau Aien buat wishes kat orang baru kawen, "Tahniah! Selamat mendirikan rumah tangga, moga sampai ke jannah~" tu je. Tak nak stresskan pengantin. Cukup a dia stress nak fikir majlis dia, life dia. Hidup lepas kawen is not easy either man. I tell you. Belum lagi life bila kau dah berbadan dua, campur lagi dengan mak cik bawang membawang. Yadoi~ kenot brain!

Haa~ kan dah melalut. Kalau cerita bab life, semua orang tak kan habis cerita. Selagi belum meninggalkan dunia ni. Kan? Semua orang ada jalan yang berbeza. Mengikut plan atau follow the flow. 

Macam Aien, hanya follow the flow. Ikut je mana life nak bawak. Lepas dah ada anak, tak nak dah buat macam tu. Sebab tak nak anak ikut jadi lalang. haha Ikut angin  bawak diri dia ke mana. No no~ Even kehidupan sekarang ni unpredictable. Bermacam isu, macam penyakit, belum lagi dengan karma. Wallahu 'alam. Allahu~ 

Risau anak ni membesar macamana. Think nur, Think! By the way, I'm think I'm gonna change my nickname dalam ni laaa. Tak ada nampak sangat kecelaruan minda tu. Jelas terang dan nyata orang ni macamana. 

My real nama is Nur. or actually that is my nickname. Kalau klik kat medsoc tu, semua namanya berbeza. Nampak kecelaruan minda. Kadang-kadang rasa nak membesar, kadang-kadang rasa macam tak nak move on dari life yang lepas. Still kena juga sebab diri bukan makin muda. 


It's 2018 man!! Me is 28. 2 year more to 30 series!! NOOOOOOO! Anak pun dah sorang duhai diri! move on, get forward tho'... How do you felt? Me....


Macamana kan? Hidup harus diteruskan. Perjalanan hidup ni panjang lagi kalau umur masih ada. Jauh lagi nak kena fikir. Perubahan masih akan terus berlaku. Ke arah kebaikan atau sebalik. How? We still need to manage it unless we gone dek zaman. Kan?

Disebabkan terlalu tak leh move on dari life yang lepas, selalu mimpi rumah lama dari zaman kanak-kanak. Don't know why? Kalau kenangan yang manis tak apa. Ni semua bad dream. Such a bad dream, tak mahu!! Husband kata kena tido rumah tu. Kalau tak silap, rumah tu ada orang sewa kot. Even tu rumah sendiri. Tapi kitaorang dah berpindah ke rumah lagi satu. So, we'll see balik nanti. Oh by the way~ I'm gonna back home!!! Miri!! How much I miss you... 

Sabtu ni fly. Bawak anak. Her first flight. Yeay~ Excited and nervous sebab selama ni travel kalau ada orang bawak anak kecil, mulut bising je ngata anak orang. haha Tengok, diri sendiri handle macamana nanti.. *smirk face* *face palm*

Sambil menaip, dengar sinar.fm, nampak sangat test radio pun dah berubah. *face palm again* dulu sibuk playlist penuh dengan lagu korea. Sekarang pun masih penuh, tapi nak dengar tu sekadar untuk kenangan lalu. haa~ gitu. 

Latest lagu yang mencuri hati, tu... IKON 'Killing Me'. OMG~ Young kids.. Sedap lagunya!! Han Bin so handsome! ehhhh~ budak tu.. haha sudah-sudah la diri.. 



Dari entry ni nampak diri ni suka melalut. bwahaha~ dah la.. nak pergi masak dulu. Jap g sambung blog walking lagi. Anak sedap tido tu, Senang kerja ibu dia.. Menu hari ni, Ikan selar masak sambal lada dengan Kangkung tumis. Yummm~ 





till we meet again..




Wednesday, August 08, 2018

DRAMA REVIEW: A LOVE SO BEAUTIFUL

DRAMA REVIEW: A LOVE SO BEAUTIFUL
Wednesday, August 08, 2018
Read post

Hai hai, Assalamualaikum w.b.t
Di saat hati bahagia lepas layan drama ni, Aien pun merajinkan diri menulis review yang tak seberapa ni. 

Chinese drama yang bertajuk "A Love So Beautiful" ini mencuri hati Aien untuk sentiasa imbau kembali detik manis bercinta. Eeeeccchhhheeewaaah~ 

Detik romantis yang sentiasa menjadi kenangan terindah dalam diari. 

Okay, drama ni berdurasi selama 45 minit untuk setiap 24 episode ini amat la sweet dan manis untuk anda tonton di kala anda nak rasa feel young balik. Hee~ 

Mengisahkan tentang Chen Xiao Xi  yang mencintai Jiang Tian dari sekolah menengah lagi. Apa yang membuatkan cerita ni best lagi ada twist dramanya. 
Haa~ apadia? 
 Sebenarnya Jiang Tian lebih mencintai Chen Xiao Xi mencintai dirinya. Haa, agak² romantis tak? Dia je tak sedar betapa sang jejaka itu sering menjaga dirinya tatkala dirinya dalam masalah. Yeeheee~ sweet gitu. Buatkan diri rasa nak ulang balik je tinguk. Sudah la pelakon dia dua² comel. Perbezaan ketinggian antara mereka berdua yang sangat ketara juga memberi kesan jugak pada drama ni. 

Pasai apa? Sebab comel laa. Pahtu, mula la berangan. Haha 

Sang suami pun tinggi jugak dari Aien sampaikan teman sepejabat suami ngusik dia kawen dengan budak tak cukup umur. Bwahaha~ 

Nasib badan la jadi si minion ni. Asyik kena usik je. Nak buat kabinet tinggi² pun tak boleh sebab tiada tangga nak panjat. Haha 
Sudahnya dia juga jadi mangsa. 

K la.. Melalut pulak cita pasal Aien. U olls jangan tinguk tau kalau rasa diri tu nak kembali mengenang zaman cintan cintun dengan suami ke, nak berangan romantis ka, boleh la cuci mata sat~ 



Ni masa dorang sekolah. Nampak jauh beza kan susuk tubuh dorang dia. Sorang galah, sorang minion. <3


Ni final episode. Masing-masing dah bekerja dengan kerja impian masing-masing. Gonna miss them both. 

Oh ya~ awak-awak semua boleh menonton drama ni di A LOVE SO BEAUTIFUL ni~

SELAMAT MENONTON YA










Wednesday, August 01, 2018

HFMD: THE PARENT'S FEAR

HFMD: THE PARENT'S FEAR
Wednesday, August 01, 2018
Read post
Assalamualaikum w.b.t


Sejak dua menjak kita dikejutkan dengan berita penyakit kaki mulut dan tangan yang menyerang dikalangan anak-anak kita. Namun, sebenarnya penyakit ini telah tular sekitar tahun lalu di merata negara dan akhirnya tiba juga di Malaysia. Bagaimana penyakit ini bermula? Penyakit ini mula tular disebabkan sejenis bakteria yang bergerak melalui air liur, sentuhan serta najis. Anda atau anak-anak anda mungkin akan terdedah dengan penyakit ini apabila bersentuhan dengan orang yang telah dijangkiti, ketika menukar diapers najis anak dan memegang anak tanpa mencuci tangan, bermain dengan objek yang telah dijangkiti dan tahukah anda ia juga boleh merebak dengan hanya anda berkongsi udara dengan orang yang telah dijangkiti andainya mereka bersin? 

Penyakit kaki mulut dan tangan ini juga dapat dikesan dengan demam, kurang selera makan dan bintik-bintik merah di kawasan kaki dan tangan serta ulser di mulut. Jika anak anda menghadapi tanda seperti di atas, segera melaporkan diri di hospital yang berdekatan untuk permerhatian seterusnya.

Anda perlu dikuarintin dalam sebaik saja anda telah mendapatkan rawatan dari pihak perubatan. Kerana bimbang akan menjadi penyebar di kalangan mereka yang masih berjaga-jaga.


Dilihat di gambar sebelah kiri ini jumlah kumulatif kes HFMD di Malaysia kian meningkat dari masa ke semasa. Jika dilihat ketika mulanya kes HFMD ini Pulau Pinang terletak di rank tertinggi kes, akan tetapi kini Selangor menduduki kes yang tertinggi buat setakat ini. Marilah kita sama-sama mencegah penyakit ini daripada menjadi 'PEMBUNUH SENYAP' untuk anak-anak kita. Sayangilah mereka dan jaga mereka kerana sistem imunisasi mereka takkan pernah sama dengan kita. Akan tetapi ibu bapa sekalian, kita juga boleh menjadi antara penyebar terkuat penyakit ini apabila kita sering kali mengunjungi tempat-tempat yang terdedah dengan jangkitan. Oleh sebab itu, perlu kita membersihkan diri sebaik pulang dari tempat-tempat awam sebelum penyakit ini menyerang keluarga kesayangan kita. 

Selamat menjaga diri dan moga kes ini dibendung dengan segera dan moga kita sama-sama membanteras penyakit ini. Apa yang penting, moga Allah SWT pelihara ahli keluarga kita semua daripada penyakit berjangkit ini. Amiin ya rabbal 'alamin. 


Take care, and till we meet again...


Latest pins

Subscribe