Latest Instagrams
Friday, February 22, 2019

HAPPY 9 MONTH ANAK!

HAPPY 9 MONTH ANAK!
Friday, February 22, 2019
Read post

Hi~ Assalamualaikum 

Alhamdulillah tahniah anakku, kamu telah membesar dengan sehatnya selama 9 bulan ni untuk ibu dan ayah. Terima kasih menjadi penghibur hati kami. Terima kasih juga kerana menjadi yang pertama buat kami. 

Nayla Insyirah, pemberian yang istimewa. Kamu adalah hadiah dari Allah SWT setelah 6 bulan ibu dan ayah bersama. Selama itu juga kamu sentiasa dirindui dan dinanti ketibaannya. Sejak kehadiran kamu disedari, ibu mula berhati-hati agar kamu sentiasa dilindungi dan dipelihara Allah SWT. 

Senyummu, tawamu, bebelanmu kini kian jelas di mata dan telinga. Sungguh, ibu rindu kamu walau kamu ada di depan mata ibu sendiri. 

Moga membesar dengan baik dan sihat. Menjadi anak yang solehah, kakak yang baik dan menjaga adik-adikmu. Moga dirimu lebih memahami jiwa ibu daripada orang lain. Kamu la anak, kawan dan jiwa ibu. Moga Allah sentiasa pelihara kamu tika ibu tiada nanti. ♥ Ibu. 






Thursday, February 21, 2019

ADA HARI PASANG SURUTNYA...

ADA HARI PASANG SURUTNYA...
Thursday, February 21, 2019
Read post

Hi~ Assalamualaikum...

Menjadi lumrah namanya seorang perempuan, wanita mahu pun seorang ibu, ada masanya dia rajin yang amat. Ada masanya kemalasan dia tahap dewa sampai nak tinggal katil pun malas, tapi demi anak dan suami serta rumah yang serupa kapal lanun, dia bangkit.

Well, everyone mesti ada masa-masanya. Padahal iman juga ada turun naiknya. Moga kita sentiasa menjadi orang yang beriman. Aamin. 

Untuk bulan ni, pada masa sekarang adalah tahap kerajinan nak kemas rumah akan tetapi nak declutter sebahagian baju, perkakas ataupun benda tak penting yang wujud dalam rumah. The best part is, semua idea dah ada dalam kepala, cuma nak beli segala macam keperluan untuk hias semua tu balik melemahkan jiwa raga ni. Adoo.  Dan otak pun berfikir, ko tak nak ke buat sesuatu yang mendatangkan duit? Mula syiok tengok orang jadi agent cuckoo which my upper tu. Masyuk dia sekarang yang mana amount dia dapat bulan2 dah serupa orang bekerja luar. Sedangkan dia suri rumah, yang mempunyai dua orang anak. See... mana ada kemahuan di situ ada highway. Which me is tengok orang seronok dah sampai kat diri sendiri hangat hangat taik manok.

Krik krik je la diri jangan sibuk nak bandingkan life ko dengan orang lain. Haha

Entry ni bukan nak but sesiapa down, cumanya nak bebel kat diri.

K la.. malas dah nak bebel.. bai. 
Wednesday, February 20, 2019

J-DRAMA: I BOUGHT A BOYFRIEND WITH A LOAN (2018)

J-DRAMA: I BOUGHT A BOYFRIEND WITH A LOAN (2018)
Wednesday, February 20, 2019
Read post

Hi~ Assalamualaikum 

Just done watch this drama yesterday. A tv-mini series yang episode yang sangat sedikit dan banyak benda boleh dipelajari dari cerita ni. Urm, banyak la jugak tentang marriage life, expectation versus reality. Haha 

Title: I bought A Boyfriend with a Loan / Kareshi wo Ron de Kaimashita
Genre: Family
Duration: 25 minit
Episod:
Cast: Erina Mano, Ryusei Yokohama
Sinopsis: Tae Ukishima bekerja sebagai front desk receptionist yang bercita-cita menjadi seorang suri rumah yang berjaya dengan mengahwini seorang lelaki elite yang bergaji 10k yen ke atas. Teman lelakinya, Shunpei Shiraishi yang bekerja satu bangunan dengannya dan mereka telah berpacaran sekian lama. Demi untuk mengahwini Shunpei, Tae harus bersikap lemah lembut dan sopan padahal dia seorang yang kasar dan seorang yang bercakap semberono serta membuat pemerhatian yang tajam. Oleh kerana itu, Tae telah membeli seorang teman lelaki iaitu Jun Setsuna dengan sewa 39,800 yen sebulan. Untuk pulangan, Jun harus menerima segala arahan daripada Tae sebagai terhutang budi. 


^^^^^••••••••________••••••^^^^^

Fuh, panjangnya sinopsis dia padahal itulah hakikat jalan cerita drama ni. Pendek je, tapi penuh dengan fakta hikayat perkahwinan mereka di Jepun sana. Kadang-kadang suka juga tengok cerita Jepun yang tak merapu meraban gini. Hakikat yang kadang-kadang bukan semua orang boleh terima. Tapi, yela meraban juga la, siapa nak purchase teman lelaki dengan hutang ye dok? Dah la mahal pulak tu, alih-alih macam bela orang lain pulak. 

Satu spoiler la kan, dorang dalam ni banyak cakap tentang fakta ke hikayat tu semua. Boring jugak, tapi ngadap la demi nak tahu kesudahan Tae tu kahwin ke idok dengan Shunpei. Haa, sini rahsia~ U olls nak tahu kena la tengok drama ni. Alah, pendek je. Wat boring-boring tengok la. Lagipun, si Jun nih comel ngat! haha 

Sempat yek.. Bagi korang pulak, sanggup ke berlakon demi nak berkahwin dengan lelaki elite? Lelaki elite means, orang kaya la bahasa kita. Orang have-have gitu. Jangan pulak jadi menantu rahsia pulak. Hadam la engko esok lusa dapat madu. Haha Itu drama melayu pulak. Haha 

Kalau Jepun ni dorang tak de main madu-madu bagai. Biasa la kan, kalau orang tak ada pegangan agama yang kukuh mesti ada slacked dia. Kalau ikutkan, mana-mana agama takkan benarkan zina. Betul ke idok? besok lusa ko sakit, tak ada siapa nak hadap ko tu. 

Eh, terbebel pulak. Ha, jawab laa..  Demi nak menjadi isteri lelaki elite, sanggupkan anda berlakon seperti kucing yang comel daripada harimau yang garang? 

Fakta best dalam cerita ni which is, setiap perempuan mesti dan harus berubah selepas dia beranak. haha Ini hakikat kok. Postnatal depression is something yang mengubah seorang wanita itu menjadi dirinya lebih matang. 

Masa dara kemain puji orang syiok ngandung, bestnya ada anak sendiri. Sekali dah hado... Alangkah bahagia ada orang sudi tatang anak aku dengan baik. Kah! Dapat relax-relax jap. Padan la kebanyakan taska lagi-lagi bahagian baby, parents majoriti suka lepas tangan means suka amek anak lambat, kalau anak demam pun still hantar jugak sebab nak settlekan benda lain. Ini pengalaman Aien sendiri la as pernah kerja taska. Memang tak dinafikan untuk bayi bawah 2 tahun ni. Macam-macam ragam. Tapi kalau dah besar sikit, senang la sikit sebab dorang dah boleh cakap dan dengar kata.

Baby, apa je dorang boleh? nak tido, nangis. Nak manja, nangis. Tak selesa, nangis. Haa? stress level berganda. Comel memang comel lagi-lagi lepas lahir. Tapi, masa itu pantas meninggalkan kita. Pejam celik sedar tak sedar anak kita dah besar dah ha. Pandai main cak-cak. Itu la buat perempuan tak pernah serik,kan? 

Eh, dah ke mana dah kita ni. Review drama ke cerita hakikat. Adoo~ Nur! balik! 

Kesudahannya dan kesimpulan dari drama ni, whatever your choice, need to choose wisely. Banyak dah pengalaman dan cerita yang boleh dijadikan teladan dan sempadan buat kita yang baru nak meniti alam rumah tangga. Syiok tengok orang naik pelamin, syiok tengok orang dapat sweet-sweet laki bini, ada anak comel belaka. The worst part semua orang sorokkan. Cerita duka di sebalik tangga tu, simpan kemas-kemas dalam rumah. Kadang bahagia tu juga tak boleh tayang sangat, kang kena rompak susah. Beringat sebelum kena, supaya esok tak tergandah. Renung-renungkan la.. 

sekian. 

ps: baca tu jangan serius sangat. Cool and relax while eat nachos. Adios! 
Tuesday, February 19, 2019

Carousell’s #MakeSpaceForLove Helps Malaysians to Declutter Their Exes’ Items on Valentine’s Day and Chap Goh Mei

Carousell’s #MakeSpaceForLove Helps Malaysians to Declutter Their Exes’ Items on Valentine’s Day and Chap Goh Mei
Tuesday, February 19, 2019
Read post

Kuala Lumpur, 19 February 2019 – Valentine’s Day is over but the Chinese community celebrates Chap Goh Mei (Chinese Valentine’s Day) today. In conjunction with the month of love, Carousell Malaysia launched a campaign, #MakeSpaceForLove, to encourage Malaysians to let go and sell their ex’s items of its marketplace.

“Decluttering your ex’s items is one of the most effective ways to move on from a failed relationship and find something better for yourself. We expect that more Malaysians will follow suit to make space for new love,” said Tang Siew Wai, Country Head of Carousell Malaysia.

Last year, 5,733 Malaysians transacted on the classifieds marketplace during Valentine’s Day and that number has increased by 15% to 6,596 transactions this year. It’s clear that that Malaysians are utilising Carousell in more and more unique ways.

The campaign that took place on its marketplace also initiated a contest where users are required to illustrate the reason behind the selling of their ex’s items. Winner of the contest, @bubblejasmine said, “I am selling my book, ‘The Infinite Moment of Us”, because it has taught me unconditional love. Not all loves are meant to lasts (sic) forever but it is more important to understand the meaning of true love.”

It is not over until you declutter your exes’ items. For more information, follow Carousell on https://my.carousell.com or download the Carousell app from the Apple Store or Google Play Store.
Monday, February 18, 2019

GIVEAWAY CASH BLOGGER MALAYSIA

GIVEAWAY CASH BLOGGER MALAYSIA
Monday, February 18, 2019
Read post

Hello Blogger Malaysia!

Elih dengan kerjasama blogger Cik Akak nak berkongsi sedikit rezeki dalam Giveaway Cash Blogger Malaysia bermula pada 13 Febuari 2019 (Rabu) sehingga berakhir pada 27 Febuari 2019 (Rabu) jam11:59 malam.

Giveaway ini akan berlangsung selama 2 minggu sahaja, bloggers sekalian perlu cepat kalau tak nak terlepas peluang memenangi hadiah bertuah giveaway ini. "Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapa yang tahu"!



Syarat Penyertaan Giveaway & Hadiah Giveaway boleh semak di Blog Elih Japahar atau klik banner diatas.

Marilah join beramai-ramai. Giveaway ini dianjurkan oleh www.elihjapahar.net [ Elih Japahar ] dengan kerjasama www.sweetyzhanieyz83.blogspot.com [ Cik Akak ]

** support giveaway ini ya, thanks!


Wednesday, February 13, 2019

REVIEW: THEN CAME YOU (2018)

REVIEW: THEN CAME YOU (2018)
Wednesday, February 13, 2019
Read post


Hi~ Assalamualaikum

As usual, when I don't have anything to do during my Nayla sleep, I watched a movie. Semalam jalan-jalan di telegram channel, terjumpa satu movie yang dibintangi oleh Asa Butterfield. Wow~ memang favorite actor since bila entah kan. And let's begin.

Title: Then Came You 
Genre: Family
Durasi: 1 Jam 37 minit
Pelakon: Asa Butterfield, Nina Dobrev, Maissie Williams
Sinopsis: A terminally ill teenager and 19 yers old hypochondriac help each other achieve their dreams and face their fears. 

Simple je kan sinopsis dia? As tipikal cerita macam The Fault in Our Stars, Everyday dan lain-lain banyak cerita teenagers yang macam ni membawa motif yang sama. Well, walaupun mereka bawa motif yang sama, tetap genre yang macam ni agak ringan dan santai untuk ditonton. Dia macam terapi untuk bila kau dah boring, dan dah tak ada cerita lain nak tengok melainkan artis kegemaran kau berlakon. Ha, gitu. 

Untuk Aien, cerita dia ada la buat Aien menitiskan air mata sebak cause Calvin (Asa Butterfield) dia terlalu paranoid yang kemungkinan dia ada kanser sejak kematian kembarnya. Disebabkan itu, dia join support group kanser dan bertemu dengan Skye (Maissie Williams) ni tadi. Skye penghidap kanser dan telah buat bermacam list to die dia. Dan mengajak si Calvin yang paranoid ini untuk melakukannya. Seronok sebab Calvin ni agak pasif orangnya dan bila jumpa Skye yang aktif ni dia jadi ngam gitu. 

Sampai saat Skye nak mati, which this is sad part sebab dia dah buat semua list dia dengan Calvin, dah tolong Calvin untuk dapatkan awek yang dia suka iaitu si Nina Dobrev ni yang Aien rasa nama dia patut datang selepas nama Maissie. Haha 

Lagi satu yang trigger Aien nak tengok cerita ni sebab si Nina jugak kot sebab drama series Nina The Vampire Diaries is my favorite drama. Tapi, hampeh la dia dalam ni. Aah~ na na.. 

Fokus balek pada si Calvin dan Skye tadi yang sudahnya dia nazak, baru la si Calvin terasa kehilangan lagi sekali selepas saudara kembar dia. Adoo~ sedih. Yang buat Aien menitiskan air mata tu, Calvin buatkan keranda untuk Skye sebab dia suka bertukang, so Skye request pada Calvin untuk itu. Auch~ Last wish Skye adalah menghantui hidup Calvin buat selamanya. Haha 

Sweet, romance dan family pun ada. Sebab apa Aien letak keluarga, sebab dia mengajar kita untuk lebih menghargai orang sekeliling kita la kan. Walau macamana pun mereka. Bila dah tiada, jangan disesali. 

Worth to watch, rotten tomato pun kasi rate lebih tinggi dari cerita minggu lepas Aien review. haha 

Nak cari di mana? Ada telegram boleh cari di channel Ricky Christanto. Kalau tiada mungkin boleh cuba di 123movies or mana² port la sebab Aien tak tahu. haha 

Enjoy your watching! 
Tuesday, February 12, 2019

I CAN SEE YOUR VOICE SEASON 6 KOREA KEMBALI!

I CAN SEE YOUR VOICE SEASON 6 KOREA KEMBALI!
Tuesday, February 12, 2019
Read post

Hi~ Assalamualaikum 

Wah wah~ rancangan favorite Aien dah kembali bersiaran la. Seronok nak tengok nih. 

Bagi yang tidak mengetahui rancangan ini adalah mengenalpasti suara mana yang tidak boleh menyanyi dan yang boleh menyanyi. Al-kisah rancangan ni untuk orang yang tak boleh menyanyi mengambil peluang bernyanyi di pentas. Sangat menarik konsep rancangan ni dah telahpun berleluasa di seluruh Asia terutama di Thailand, Indonesia dan kalau perasan Malaysia juga telah mengikut konsep rancangan ni untuk edisi Malaysia. Kalau tak silap dah dua musim cumanta satu musim untuk Melayu dan satu lagi untuk edisi cina. 

Untuk musim ke-enam versi Korea ni, dah makin susah untuk para artis jemputan mengenalpasti manakah peserta yang berjaya menipu mereka. Setakat 4 episod bersiaran ni, rasanya baru 2 episod la artis jemputan gagal mengesan peserta yang boleh menyanyi. haha 

Lawak, boleh buat stress sambil tengok deme nyanyi sedap-sedap. Mula-mula rancangan ni, macam don't judge a book by it's cover. haha

Berminat ke? Korang boleh tengok di dramanice.tv yang sentiasa kemas kini bila rancangan itu bersiaran dan dilengkapi dengan english subtitles. Enjoy watching! 
Monday, February 11, 2019

HAPPY 2nd ANNIVERSARY

HAPPY 2nd ANNIVERSARY
Monday, February 11, 2019
Read post

Hi~ Assalamualaikum

Happy Anniversary sayang! ♥

Genap la 2 tahun kita bersama membina keluarga kecil yang lagi comel hari ini. Waa~ pejam celik je kan? Anak pun dah ada seketul, seketul lagi in shaa Allah dalam perjalanan. Moga Allah berkati rumah tangga kita, moga Allah sentiasa merahmati awak dalam mencari rezeki untuk keluarga kecil kita. Saya pulak duduk rumah, jaga anak, jaga rumah. Semoga kita dapat menjaga rumah tangga kita sampai ke jannah dengan penuh mawaddah dan sakinah. 

Love, sayang♡ 


Itu contoh surat cinta tadi la kan? Hampir seminggu cuti raya cina yang tak ke mana sebab Tuan Izwan demam disambung pulak dengan si kecik Nayla. Adoi~ hambar juga cuti den. Haha Punya berjela rancang nak p sana, nak p sini cuti raya cina siap orang tu amek cuti, alih-alih dok rumah lemau kedemaman. Sian dia~ 

Itu la kisahnya blog pun tak berkemas cuti tu sebab cutinya di rumah in laws, line pun biasa la kalau dah namanya kampung. Nak menaip pun tak syiok. 

Apa yang best, alhamdulillah keluarga in laws semua dah baik-baik aja. Moga berterusan sampai bila-bila. Dan Aien dapat one more good news untuk bulan depan, sang kakak bakal dipinang orang. waa~ Adik pulak yang excited. haha In shaa Allah moga majlis yang dirancang berjalan dengan lancar la. Huhu cuma ada sedikit perselisihan faham la bila bab majlis majlis ni. Pening pale den. Mak eden pun dah bising tu haa, membandingkan bakal abang ipar dengan adik-adik ipar yang lain. huu~ acaner nih? Apa pun Aien cuma nak doakan yang baik-baik aje la untuk Sang Kakak sebab dia memang baik, rajin, pandai masak, pandai buat kerja, suka bertegur sapa. Bak kata orang menantu pilihan. Cumanya dengan keluarga bakal nih, adik beradik deme je beriya. Si ibu gigih nak bermenantukan anak orang kaya kampung. Jangan nanti dah kawen, hidup Sang Kakak jadi sinetron pulak udah la yer.. 

Eh, apa pulak selit cerita ni di kala aniversary aku pulak? Kan dah kabo, nak kongsi berita gembira. Moga untuk majlis nanti, Aien berkesempatan la nak balik sana. Memandangkan kalau ikut keadaan masa tu, dan sarat juga dah. huhu 

Apa-apa pun yang dirancang moga dapat dilaksanakan. hehe Ok la. itu je nak cerita. Esok lusa kita cerita lain pulak deh!

Wednesday, February 06, 2019

REVIEW KOREA MOVIE: TAKE POINT

REVIEW KOREA MOVIE: TAKE POINT
Wednesday, February 06, 2019
Read post

Hi~ Assalamualaikum 

Are you already watch this movie yet? If not let me take you guys read my opinion or review about this movie. Let's get start! 

Title: Take Point
Duration: 2 hours 5 minute
Genre: Thriller / Action
Cast: Ha Jung Won, Lee Sung Gyun, Jenifer Ehle
Sinopsis: A captain and his team of 12 soldiers  infiltrate a secret underground bunker to take out a target in Korean demilitarized zone. 

Dan apabila kau cuba untuk cari trailer dia tak jumpa-jumpa jadi sengal pulak. Udah ler! Malas kawe. Suka ati engkome cari sendiri di Youtube sana. Kawe nak cerita Point of my views je. 

Al-kisah tertengok trailer dia kat mana entah, so macam terberkenan pulak nak tengok lagi-lagi ada Pak Cik yang dari Coffee Prince tu. Lama nau tak tengok dia berlakon. Ehe~ 

Perjalanan cerita dia agak boring jugak even dari permulaan. Rupanya dorang 13 orang ni illegal digunapakai oleh CIA untuk buat dirty work dorang. Sian. Ini je boleh cakap. Sebab masa tu, Konon North Korean dan China bergaduh. Eh, bukan memang dari tengah bersaing ke?  So melibatkan isu politik di Amerika Syarikat tuh. Mula tengok kind of tak faham jugak kan sebabnya dorang macam dalam satu mission. Ingatkan dorang ni agent CIA la tadi. Rupanya tidak..

Sedihnya bila Si Ahab (Hero) tengok sorang demi seorang teammates dia mati. Kesudahannya dorang semua sebenarnya di hantar ke underground tu sebab CIA nak jadikan dorang satu team kambing hitam untuk politik USA tu.

Jalan cerita: 5/10
Keseluruhan: 4.5/10

Anyway, tomato rotten pun tak kasi rate banyak kat cerita ni. 

Tuesday, February 05, 2019

HAPPY CHINESE NEW YEAR

HAPPY CHINESE NEW YEAR
Tuesday, February 05, 2019
Read post
Hi~ Assalamualaikum 

Xi nin Kua le! Happy new year all my chinese fellow. So, happy holiday buat semua ya~ ramai dah balik kampung dah ke? Dorang chinese majoriti dah closed store awal untuk balik makan besar bersama keluarga. Maka, untuk dua hari ni, kebanyakan kedai runcit dan kecil tutup berbanding dengan shopping mall yang lain. 

Do you know zodiac of chinese calendar? 2019 is the year of oink-oink and for some say it's will bring the fortune for many things. Biasa chinese have a lot about kepercayaan. And tak salah kita tahu untuk negara yang berbilang kaum ni kan? Teringat masa kerja shopping mall di Miri dulu, whenever CNY, we are open half day. So pagi tu tak bukak la kan, dalam tengahari macam tu baru bukak. For whole kedai la kan kecuali shopping mall yang bukan Sarawakian punya. 

Sini Aien sertakan link untuk 21 things you don't know about CNY. Enjoy read! Like Aien say before, tengok macam di Miri macam lagi meriah la kalau chinese new year ni, macam kita sambut sekali padahal tidak. haha 

Ada satu adat bila CNY ni, dorang akan baling limau cina tu dari tingkat atas. Like tempat Aien kerja dulu, dia ada waterfall kat tengah-tengah. And everytime CNY dorang akan buat la baling limau tu ke bawah waterfall tu katanya membuang sial. Banyak la kena kemas nanti. Itu yang paling tak suka. Yang favorite part is malam before chinee new year, every vhinee fellow semangat nak balik untuk makan besar bersama keluarga. Macam kita malam raya la kan. Dorang kumpul untuk story mory bagai. Seronok kan? 

Jom kita balik kampung untuk jumpa keluarga. 😘

Monday, February 04, 2019

GOOGLE+ GOING SHUTTING DOWN

GOOGLE+ GOING SHUTTING DOWN
Monday, February 04, 2019
Read post
Hi~ Assalamualaikum 

Berita sedih buat kita pengguna G+ also known as Google plus kerana mereka akan tutup selamanya buat kita pada 2 April 2019. Ini akibat kekurangan pengguna di kalangan masyarakat dunia. Alah~ sedihnya. G+ ni lebih kurang macam twitter dan kita boleh link dengan kita punya blog. Ala~ kalau dah tak ada macamana Aien nak connect dengan blogger lain? Tidak!! 

  

Oh~ tidak!! 

Makanya kita ken cari alternatif lain la kan? Ayo~ 

TIPS JIKA ANDA MAHU BREASTFEED ANAK

TIPS JIKA ANDA MAHU BREASTFEED ANAK

Read post

Hi~ Assalamualaikum 

Tetiba rasa nak menulis pasal benda ni. Breast feeding atau memberi anak kita sendiri dengan susu badan kita is somehow satu anugerah yang kadang bukan semua orang dapat. The struggle is real when after delivery, while your body tired and hurt everywhere and anywhere especially bottom side of your body, susukan anak itu menjadi satu kewajipan apabila dia telah selamat keluar. Macam-macam perasaan bila dah dapat keluarkan baby tu. 

Remind me my feeling when Nayla was born. Always imagine how important husband ada di sisi memberi sejuta sokongan emosi pada kita. Bayangkan masa tu, terpengaruh dengan drama selalu ingat yang suami ada dengan kita masa kita sakit contration tu, masa kita delivery dan uruskan after delivery. Rupanya tidak jika anda masuk hospital awam. Semua sendiri. O M G. Masa tu, noob sesangat rasa. Seumur hidup tak pernah bermalam di hospital. Masa dah reti jaga diri la kan. Sekali submitted hospital seawal yang boleh la sebab masa tu, dah over-due.. Boleh baca la cerita dengan lebih details di Cerita Bersalin Nayla.

So, Aien memang dah target, once baby keluar I would love to breastfeed her. Cita-cita plus angan-angan jugak tu. Sekali bila dah balik rumah, kena breast bengkak and boom! I wanna give up. Thanks to my biras la sebab dia banyak tolong hakak ipar dia yang hopeless ni. Nama aja dah bercita-cita nak susukan anak, tapi ilmunya tak digali dulu. Aien just baca, what should you eat untuk boost your susu, what kind of peralatan you need. And etc. Somehow terlupa how the journey of breastfeed begin. Untuk pengetahuan, bengkak susu memang akan dialami oleh semua ibu-ibu sebaik saja selepas bersalin. Either you want to breastfeed your anak or not. Mustahil kan ibu-ibu tak nak susukan anak.

Here, Aien share a few tips la kan, what really you need when you want to breastfeed your child. :)

1. Join Happy Breastfeed Malaysia group di Facebook. 
 - Yang ni Aien join selepas dah balik rumah sendiri a.k.a dah habis pantang cause kampung husband tak berapa ada line sangat. Baca kawan-kawan ramai suggestkan group ni untuk tambah ilmu pasal breastfeed semua. Ada beberapa pakar lactation yang bertauliah la dalam ni untuk menjawab soalan-soalan anda. Dan korang jugak boleh tahu istilah-istilah untuk breastfeed ni. Aien still learning lagi somehow from this group.

2. Sediakan mental dan fizikal sebaik mungkin selepas bersalin. 
- Aien tahu selepas bersalin semua ibu-ibu penat dan sakit sama ada caeseran atau normal delivery. Of course sakit bersalin tu, antara beberapa sakit yang jika mati darinya, di kira mati syahid, kan? So, bila dalam pantang tu. Emosi sediakan betul-betul la sebab masa ni, baby akan menangis selalu and orang tua selalu akan cakap baby tak cukup susu dan sebagainya. Jangan mudah give up, mohon la brain wash husband sebelum bersalin tentang kebaikan breastfeed ni ye. Haha Kadangkala, suami tak support tu yang akan membuatkan kita jadi lemau sangat-sangat. Lain la kalau husband jutawan dan rela nak keluarkan duit untuk formula yang bermacam nilainya di luar sana.

3. Kenali tangis dan warna najis baby. 
- Dengar macam lawak kan? Baby atau newborn ada satu je jenis bahasa dia iaitu tangisan. Sebagai Ibu, kita harus bijak kenali tangisan dia sama ada dia nangis sebab lapar ke, sebab tak selesa ke, atau nakkan perhatian. Ingat, newborn baby still dalam proses untuk menyesuaikan diri dalam suasana baru. Kita orang yang paling dekat dengan dia, harus pandai mengaturkan agar anak kita selesa. One more, bila dah jadi mak-mak benda wajib kena tahu is warna poop anak. Breastfeed la paling senang nak tahu warna dia. haha Dulu tak tahu jugak, asyik suspek anak asuhan ceri beri je. Rupanya itu la warna poop anak-anak yang breastfeed mak deme. Ngok kan?

4. Ketahui jenis makanan untuk breastfeed. 
- Yang ni banyak di facebook dan google. Well, kita mak-mak milenia ni, semua ni hujung jari. If you don't want to pantang as orang dulu-dulu punya pantang, tak apa. Janji pemakanan awak jaga untuk diri dan juga anak yang awak susukan tu. Masa ni orang kata berhati-hati la. Dalam kita nak baikpulihkan badan kita kembali, kita berjaga jugak bimbang anak kena jaundis. Ketahuilah, ibu-ibu... Anak zaman la ni memang akan kena jaundis a.k.a kuning cuma bezanya kuat dan tak kuat saja. AMARAN KERAS! Jika ada yang bagi petua makan itu makan ini, itu adalah untuk SANG IBU, BUKAN ANAK. Ambil la iktibar dari pelbagai kisah di media sosial tu. Tanda anda perlu berjaga-jaga lagi-lagi kita yang first born ni. Semua benda tak tahu. Macam Aien masa dalam pantang memang dah standby susu ESP by Shaklee atau set bersalin by shaklee la kan. Tapi, sudahnya ESP je boleh masuk. haha Serius susu badan pun jadi banyak. Dan bila Nayla suspek kuning, of course la kita takut kan, but mil belikan susu kambing untuk Aien minum. Yew~ sebab anak gagah minum. Bukan dikasi pada anak ye. Alhamdulillah walaupun pada mulanya, naik juga kuning Nayla tu, dah seram dah. Tapi slowly keep breastfeed dia every 2 hours, seminggu kemudian kuning dia pun turun. hee~ dah tamat sesi ke klinik selalu.

5. Fahami badan anda dan bertenang. 
- Some new mum ni termasuk Aien sendiri gelabah dengan susu tak nak keluar, sakit bengkak susu dan anak nangis serta lain-lain. Di sini sekali lagi Aien nak tegaskan don't stress-stress k. Relax and enjoy your maternity leave. Enjoy motherhood. Aien syukur sangat-sangat biras ada, sebab dia banyak ajar pasal breastfeed ni. Dia tolong marmet masa bengkak susu. Masa tu, sakit punya hal, dah tak peduli dah. Biras Aien ni, masa anak sulong dia pantang sendiri sebab mak dia jauh and segan nak nyusahkan mil. So failed untuk anak sulong. Anak kedua dia, alhamdulillah sampai phd rasanya. Masa ngandung tu, pulun la ilmu banyak-banyak pasal breastfeed. Satu lagi tips poket la kan, Aien pun dipesan oleh tukang urut masa Aien mula-mula kawen dulu. Ada setengah nipples, baby akan tolak dan tak nak nyusu tau sebab you know la bila dah tahu istilah breastfeed ni. So, minta tolong cik abe untuk mengemaskinikan dia untuk bakal anak. Don't worry about your body after that  because if your husband love you whole heart, he never leave. hee~ Lepas dah dapat phd untuk anak, kita aturkan balik semua ye..

Itu saja tips yang Aien dapat kongsikan. Kalau rakan-rakan tahu lebih lagi dari ini  boleh kongsi di ruangan komen yaa. Aien simpan sini semuanya.

Semoga dapat beri manfaat pada semua bakal ibu.



PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU 33 (2019)

PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU 33 (2019)

Read post


Hi~ Assalamualaikum 

Tamat la sudah debaran yang dinantikan oleh semua peminat lagu Malaysia dengan berakhir Anugerah Juara Lagu 33 malam tadi. Fuh, sengit katanya ye.. 

Persembahan semua baik-baik, tapi sayang. Yang Aien sangka menang terbabas la pulak. haha I hope Amylea and Kaer will win because that song was epic tho'. Lagi-lagi drama Nur tu ramai orang tengok. Damn, lagu dia tak pulak orang berkenan. 

Never mind. Next time harap ada la rezeki dorang. Still best jugak tengok walau saat akhir baru Aien teringat malam tadi ada AJL. Dapat tahu siapa menang pun okay. Prediction masyarakat mengatakan Hael Husaini menang tepat bahkan membuktikan bahawa dia mampu membawa jauh lagu Melayu ke antarabangsa. Eceh~ 

Ada dua lagu Hael Husiani pertaruhkan untuk AJL 33 ni iaitu Hajat dengan Haram. Aien berkesempatan tengok persembahan Haram je yang mana mendapat kecaman netizen di live chat di Youtube masa Aien tengok tu. Berbisa betol mulut deme nih. Dengan air hujan, payung, baju hujan dan memasing risau pentas rosak la hape. Haha hambar.

Okay dari kita pun jadi puaka let's see siapa menang. haha 

PERSEMBAHAN TERBAIK: Sufian Suhaimi (Di Matamu) bawa pulang RM12,000 berserta telefon pintar tajaan Samsung. 

VOCAL TERBAIK: Misha Omar (Sampai Bila) bawa pulang RM12,000 berserta telefon pintar tajaan Samsung. 

TEMPAT KETIGA AJL 33: Misha Omar (Sampai Bila) bersama Composer Sharon Paul, Penulis Lirik Fetri Yahya dan Shah Shamshiri. Mereka membawa pulang RM 20,000 berserta trofi AJL.

TEMPAT KEDUA AJL 33: Ara Johari (Bunga) yang dikomposer dan liriknya juga ditulis orang yang sama iaitu Hang Nadim, Laq dan Kadok. Mereka membawa pulang RM35,000 berserta trofi. 

JUARA AJL 33: Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah (Haram) yang ditulis lirik dan dikompos sendiri oleh Hael Husaini. Mereka membawa pulang RM50,000 berserta trofi. 

Tamat la sudah AJL buat tahun ini. Hael kaut habis malam tadi. Fuh, Fuh. Siti Sarah yang pertama kali menjejakkan kaki ke pentas AJL masih mampu tersenyum puas walaupun tak menang. Tak apa Siti Sarah, next year ada. In shaa Allah. 

Keseluruhan AJL 33 malam tadi boleh dikatakan gempak jugak la walau Aien tak da la sangat berasa debaran dia, sebab rumah tak ada tv kan. Nasib terskrol kat IG tadi tengok member post. Lepas ni, boleh la anda yang terlepas tu tengok persembahan finalis AJL 33 di Youtube TV3 Malaysia ya. K, Aien nak tengok persembahan baby Pian, katanya menyucuk ke jiwa nih.. 


Sunday, February 03, 2019

BULAN KEDUA TAHUN 2019

BULAN KEDUA TAHUN 2019
Sunday, February 03, 2019
Read post

Hi~ Assalamualaikum

Berlalu Januari bermakna kita telah tamat tempoh percubaan untuk sesi 2019. Some people said, Januari just a beggining of the new year, after that we'll choose what to do within the year.

Bagi Aien, Januari is hectic month. After a shocked suprise, do some regular pregnant mom always do, and began with couple hard time to eat while you fighting with morning sickness simptom. This time, the worst begin. Ingatkan dah lepas first trimester dah settle down la kan. Naa~ Still searching what food I can eat and not. Huhu If not, Aien will end up throw it back and the nausea will continue till body can't co-op sampai melepek je la.

Sangat havoc kan? Sambil handle Nayla yang sentiasa find some my attention and belajar sendiri untuk manage my little home. Is not easy, somehow I'll managed. Bukan nak bebel ke apa la kan, just bagi courage kat diri sendiri keep doing it, go out from your comfort zone. Because you always knew where your limit is.

So, dah masuk bulan kedua ni.. In shaa Allah us will handle it with some profesional feeling and mature mind. haha

Itu je summary for Januari. A bit hectic but we all managed. Yes. Alhmdulillah.

First of February, my niece celebrate her first birthday. Yey! Sh. Dhiya Haziqah turn 1 year old. Happy birthday darling! 🎉🎊🎁

And the next day, her favorite aunt also celebrate her 24 birthday I think. haha sorry lupa. Seronoknya birthday dekat. End up my sister, iaitu Ummi si Haziqah make some kenduri doa selamat untuk both of them. Sayangnya tak dapat pergi sebab dipisahkan oleh Singapore. Haha

Bagi negeri lain, cuti Raya Cina telahpun bermula. Namun tidak lah bagi Johor. Some people maybe dah la kan, but Tuan Izwan masih bekerja these two days, Selasa nanti baru cuti. Kalau baik hati Khamis amek cuti la kan. Kalau tak, balik JB sat sebelom hujung minggu balik semula kampung. ehe~ Rajinnya.

Selepas JDT menang 1-0 dengan Perak malam tadi, syiok je rasa kalau siapa dah cuti. Plan nak p manda mandi tak dapat kot semalam kekangan waktu dan anak masih kecil. So, end up dok umah golek-golek tengok movies yang hado kat tv ajo ler..

The few next week, tak dapat saing Nayla untuk check up, Aien p dulu seminggu awal baru hujung bulan Nayla pergi check up 9 bulan. Hee~ kejap je rasanya.

Korang dah plan ke baju raya warna apa tahun ni? Aien puasa pun belom ganti. huwwaaaa~ macamana nak mula nih... 😭

Baik la. Dah jadi meraban entry ni. So, next planning kita cerita lain kali. Till I write again. :)
Saturday, February 02, 2019

I WAS A GIRL... TOO

I WAS A GIRL... TOO
Saturday, February 02, 2019
Read post


Hi~ Assalamualaikum 

Happy Holiday gais. Semalam dah bermula musim cuti buat rakan-rakan semua dan berpusu semua nak balik kampung. Kita ke mana nih? haha Aien tak tau la. Ikut orang nak bawak kita ke mana ye dak? 

Tuan Izwan masih kena kerja dua hari lagi, baru boleh cuti. Happy chinese new year to my fellow chinese friend. Lama menyepi, tak ada idea. Ada idea dah taip, tak ter-publish. Idea separuh jalan la tapi.. haha

This thought was in my mind last night. When my girl doesn't want sleep yet around 1 am, she still want to play, while me struggle to open my eyes. Nak marah? Aha~ dia dah mengajak tido since 10 pm, yet dah masuk bilik bergelap semuanya still jugak nak main. 

Bila fikir-fikir balik. I teringin nak tanya my mum, how about me when I was a little? Aien merupakan anak kedua dari 7 adik beradik. So when I was a little, Aien ada akak je. Beza umur perhaps macam Nayla dengan her future adik nanti. My sister maybe macam Nayla berebut nak perhatian my mum, tapi my mum struggle handle us without my ayah yang berulang alik laut dan darat 2 minggu sekali. My mum pulak pantang sorang. Macamana la kan? Itu jugak buat Aien terfikir panjang malam tadi sampai tertido dengan Nayla. 

Kita perempuan never know how the cycle is going  for us. Pusing-pusing gitu la kitarannya. The women always the backbone for her family. Tiada perempuan, takkan pernah ada keturunan di muka bumi ini. Zaman la ni, perempuan fight for their freedom, their hak to be equal as a man, still their have soft spot in their heart which never be same for man. 

Reality is hurt right? Masa kecik sibuk nak besar, dah besar sibuk rindu zaman kecik. Dah berkahwin rindu zaman bujang, bila dara gatal pulak nak kahwin. Haha Adeh~ damn hurt babeh! 

Apa yang sebenarnya terfikir semua ni cuma nak kata, bila dah ada anak perempuan sendiri, you will know the feeling raising your future bestfriend, the mini set of you. Tertiba terbaca post fynn jamal pasal dedek, which make me realize nak jadi yang terbaik untuk anak-anak itu struggle. Allahu~ nak seribu daya, sejuta dalih. Gitu~ Wish me the best for the future childrens. GAMBATTE NUR! 
Latest pins

Subscribe