PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU 33 (2019)

Isnin, Februari 04, 2019


Hi~ Assalamualaikum 

Tamat la sudah debaran yang dinantikan oleh semua peminat lagu Malaysia dengan berakhir Anugerah Juara Lagu 33 malam tadi. Fuh, sengit katanya ye.. 

Persembahan semua baik-baik, tapi sayang. Yang Aien sangka menang terbabas la pulak. haha I hope Amylea and Kaer will win because that song was epic tho'. Lagi-lagi drama Nur tu ramai orang tengok. Damn, lagu dia tak pulak orang berkenan. 

Never mind. Next time harap ada la rezeki dorang. Still best jugak tengok walau saat akhir baru Aien teringat malam tadi ada AJL. Dapat tahu siapa menang pun okay. Prediction masyarakat mengatakan Hael Husaini menang tepat bahkan membuktikan bahawa dia mampu membawa jauh lagu Melayu ke antarabangsa. Eceh~ 

Ada dua lagu Hael Husiani pertaruhkan untuk AJL 33 ni iaitu Hajat dengan Haram. Aien berkesempatan tengok persembahan Haram je yang mana mendapat kecaman netizen di live chat di Youtube masa Aien tengok tu. Berbisa betol mulut deme nih. Dengan air hujan, payung, baju hujan dan memasing risau pentas rosak la hape. Haha hambar.

Okay dari kita pun jadi puaka let's see siapa menang. haha 

PERSEMBAHAN TERBAIK: Sufian Suhaimi (Di Matamu) bawa pulang RM12,000 berserta telefon pintar tajaan Samsung. 

VOCAL TERBAIK: Misha Omar (Sampai Bila) bawa pulang RM12,000 berserta telefon pintar tajaan Samsung. 

TEMPAT KETIGA AJL 33: Misha Omar (Sampai Bila) bersama Composer Sharon Paul, Penulis Lirik Fetri Yahya dan Shah Shamshiri. Mereka membawa pulang RM 20,000 berserta trofi AJL.

TEMPAT KEDUA AJL 33: Ara Johari (Bunga) yang dikomposer dan liriknya juga ditulis orang yang sama iaitu Hang Nadim, Laq dan Kadok. Mereka membawa pulang RM35,000 berserta trofi. 

JUARA AJL 33: Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah (Haram) yang ditulis lirik dan dikompos sendiri oleh Hael Husaini. Mereka membawa pulang RM50,000 berserta trofi. 

Tamat la sudah AJL buat tahun ini. Hael kaut habis malam tadi. Fuh, Fuh. Siti Sarah yang pertama kali menjejakkan kaki ke pentas AJL masih mampu tersenyum puas walaupun tak menang. Tak apa Siti Sarah, next year ada. In shaa Allah. 

Keseluruhan AJL 33 malam tadi boleh dikatakan gempak jugak la walau Aien tak da la sangat berasa debaran dia, sebab rumah tak ada tv kan. Nasib terskrol kat IG tadi tengok member post. Lepas ni, boleh la anda yang terlepas tu tengok persembahan finalis AJL 33 di Youtube TV3 Malaysia ya. K, Aien nak tengok persembahan baby Pian, katanya menyucuk ke jiwa nih.. 


Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤