Latest Instagrams
Friday, November 09, 2018

FESKO KE 61 UTM KEMBALI!!

Hi~ Assalamualaikum

Salam jumaah dan selamat berhujung minggu semua. Semalam ada promo Secret Recipe yang enak lagi nyaman, kali ni Aien nak share dengan korang what is happening for next week. 

Siapa sini student UTM a.k.a Universiti Teknologi Malaysia? Kat mana? Ala, yang kat Johor tu. Dan sesiapa warga Johor boleh la datang jenguk fiesta ni. Woah~ pasti gempak gais. 

Poster Rasmi Fesko 61

Seperti biasa Fesko mana² Universiti Awam pasti meriah lagi-lagi Universiti besar. Sejak menetap di Taman Universiti ni, pasti Fesko menjadi pilihan Aien untuk 'buang duit' atau mencari something yang dah lama Aien tak jumpa. Dulu, masa study boleh la, tiap² semester pasti ada karnival macam ni. Kita pun apa lagi, sokmo berbeli-belah kat situ ja.. Buatnya lagi masa duit PT baru dapat. Masya Allah.. Hahaha terserlah la ketamak-kan di situ lebih lagi bab makan. 



Banyak aktiviti-aktiviti menarik yang akan berlangsung selama lapan hari mengikut tem yang telah disediakan. Seperti yang kita lihat di tentatif yang Aien dah sertakan di atas, ada Artist Day, Journee With Kids, World Heritage Day, World Diabetis Day, Woman's Day dan juga Sport Day. Paling penting sekali mesti lah hari kemuncak Majlis Perasmian FESKO 61. 

Tunggu apa lagi, bawak la sanak saudara, keluarga, teman teman untuk singgah di FESKO ni sekaligus anda juga berpeluang menyaksikan persembahan artis jemputan seperti In-Team, Ippo Hafiz, Tomok, Awi Rafael, Ruffedge, Aizat Amdan, Khai Bahar dan ramai lagi. Ada juga bual bicara bersama Adam Corrie dan PU Rahmat. 

Banyak jugak kelebihan FESKO UTM ni. Jom Jom ramai-ramai jengah pesta ni.  Sebelum Aien terlupa, macam biasa la port biasa sebelum-sebelum ni iaitu di Dataran UTM. Moh la kita~





4 comments:

  1. dah lama x gi konvo mana2 universiti slps grad UM 21 thn lps..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tu la pasal. ni pun rajin sebab dekat. ^^

      Delete
  2. Replies
    1. FESKO UTM memang best. yang tak best susah dapat parking.. haha

      Delete

thanks for leaving a comment. Always appreciate it~

Latest pins

Subscribe