Latest Instagrams
Wednesday, December 05, 2018

BINGKA LABU, JADI KE TU?

Hi~ Assalamualaikum

Adoii~ tepunya nak buat entry apa yer. Macam mim alif lam sin untuk keep update is coming back! no!!! andwae!! 

Bayangkan entry bulan lepas kalau boleh dua entry per day end up December kau lesap. Haa~ mana pergi? Nak kata busy, macam tu jugak. Ha ha sibuk layan Nyonya Nayla yang makin lasak. Paling penting tabuleh kena tinggal. Kalau dah bangun, mandikan dia, bawak dia masak sekali. Sekarang, time parents dia bangun pasti bangun. Adoo~ don't know why la. Dan sekarang dia dah start makan, makin bertabah blur nak beli sayur atau buah untuk dia. Sebab kat tempat Aien selalu beli barang basah, tak ada pilihan sikit-sikit. Dia jual lump sum gitu. So, berfikir sejuta kali. Sampai Tuan Izwan ingat kita beli sayur untuk dibuang. Huwaaa~ Tidak sama sekali~ masa beli macam² menu di fikiran, bila nak masak lupa. 

So, this bingka labu come from Nyonya Nayla punya lebihan labu. She kind of tak suka labu. I assumed. Sebab dua tiga suap je habis, dah tak nak. But, when I mix bubur beras + labu + ikan bilis = blender & lenyek, dia macam berkenan pulak. One more probs is, since dia dah start makan.. start la sembelit dia. haha  Masa susu badan, berak sehari sekali. dah makan ni, sekali pun payah. Lain kalau dia minum banyak susu and air. haa~ teruk jugak kena kecam masa saja tempah maut tanya kat group fb. haha masing² bashed why Aien tak bagi puree dulu. Agaknya masing assume Aien kasi bubur keras tu haa.. macam bubur orang tua. haha Adeh~ maki jugak kat diri sendiri masa tu. Dah la soalan tanya pagi, petang baru approved. Like, habis aku tanya sana sini, google merata how to treat sembelit. Kesudahannya, Alhamdulillah ada jugak sis baik ni share tips and terus kasi Nyonya Nayla, dan malam tu jugak dia digest habis sisa kumbahan dia.

Apa ni.. Cerita merepek apa ni? Dari bingka Labu, sampai ke yik yik ni?? 

O M G~ Nur! 

Baca la sampai habis kalau sudi. Bila seorang katanya dah buntu jumpa mood nak menaip, habis semua benda cerita. haha #sabarjela

Cerita bingka dia pendek je. Al-kisah lebih labu tu banyak lagi, Aien search resepi kat muka buku. Cari mana yang bahan-bahannya semua dah ada. And buat. Pap pap, pap! Dah siap! Haa

Bahan² adalah:: 

suku labu *rebus dan lenyek

*campur semua bahan di bawah. Blend dan tapis*

2 sudu susu manis
sekali tuang susu cair
setitik esen vanila
2 biji telur
1 mangkuk tepung gandum
setitik pewarna kuning
1 kotak santan 

-ada lagi ke? itu je kot. 

Before tu semua ,uolls jangan lupa panaskan oven dan sapukn mentega pada loyang supaya tak lekat bingka tu nanti. hee~

Dah siap blend dan labunya dilenyek, campur kedua bahan dan kalau suka boleh tabur bijan. Tapi Aien tak ada bijan. So, go on je la. 

  Dalam proses membakar. Oven dipasangkan apai atas dan bawah pada suhu 170°c selama sejam. Depends jugak la pada besar mana oven korang. Cara nak tahu dia dah masak ke belom, amek la batang lidi dan cucuk tengah bingka tu. Jika tak melekat pada lidi, maknanya dah masak. Senang je kan? If melekat, means just keep masakkan dia till it's burn. Haha

Jangan la prejudis gitu. Burn is awesome dan sedap uolls~ And sejam kemudian,


Nampak tak kesan cocok tu? Aien guna garpu je. Guess the sebab? Haa, so tak payah la bersungguh beli batang lidi semata nak cek bingka ko masak ke tak. Na na~ tak perlu semua tu! Guna pisau pun boleh. Janji kita boleh tahu yang dalam dia dah masak. That's all! 

Eh, joyah! Panjang ko bebel? Sedap je idok bingka ngkau tu? 

Sedap is sedap, for first time buat. But, bila dah makan haa~ macam tak cukup lemak. Sebut lemak, I olls lupa kabo santannya! Patah balik, patah balik! Haha 

Done! 

Tuan Izwan cakap mungkin tak cukup lemak, but eatable la. Tak ada la manis sangat. Ikutkan resepi dia letak gula halus lagi.  Phew~ If labu korang dah cukup manis, tak payah la tambah lagi. Kang terlebih manis pulak. 

Nak cuba boleh la untuk makan dua tiga ketul mensia. If, ramai u olls taip je kat fb, resepi bingka labu. Taraaa~ 


Edit:: Lepas sendiri tak terdaya nak makan walau sedap, Aien bawak la balik kampung MIL. Wow~ Bangga kejap la MIL puji, sedap! menjadi. Sebab dia try like thousand time tak menjadi katanya. Dia puji okay, cukup rasanya. Tak payah manis sangat. Haa~ memberi semangat Aien nak masak apa lagi untuk next week. haha

Till I cook again~ 


12 comments:

  1. Lama giler tak makan bingka labu. janji menjadi ye tak?

    ReplyDelete
  2. Tak suka jugak makan labu, boleh tak geng dgn Nayla hihihi. Sedap ke bingka labu? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap la.. Macam kuih bakat je rasa dia. Penah makan tak? haha

      Delete
  3. Rajinnya aien memasak.. lama tak makan bingka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan kak ada lebihan. Buat buang boring dan suka nak ngunyap jugak. hee~

      Delete
  4. emmm sedapnya, tetibe rasa teringin nak makan bingka labu pulokk hahah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat la se.. Ikut resepi Aien ni boleh la makan sorang dua. ^^

      Delete
  5. omgggg saffaa suka sangat bingka labu..selalu minta nenek buat..lepasni boleh buat sendiri dahh ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan dah senang satu benda kalau teringin. Tapi, yang mudah ni takkan sesedap yang nenek buat. ye dok?

      Delete

thanks for leaving a comment. Always appreciate it~

Latest pins

Subscribe