HOME MANAGER IS HARDER THAN YOU THINK

Isnin, Oktober 07, 2019

Hi~ Assalamualaikum | Home manager is harder than you think. 

Haa, gamaknya acaner kamu ni nak bercerita ni Nur? Aduh, aduh... Besar bete yer masalah kamu ni. 

Sejak dah naik umo 29 ni, kawe ni ghase tak seghupe manusia dah haa. Eh, bende tak seghupe manusia, otak ni da seghupe mesin dah, tak nghenti nghenti berfikir. Time nak tido pun sibuk dok itong bende ntah. 🙀 

Kawe ni cumanya nak belajo ler menghuruskan rumah tangga kawe ni jah! nak bagi seghupe oghang sikit. Kata oghang tu, ada anak kecik bukan penghalang ko nak buat mende apa yang ko suke. Tapinye ko kena cari ikhtiar lain. Kalo somi kamu tu udah bekerja kat luor sana tuh, kamu kena la bekerja keras untuk pastikan rumah kamu tu serba serbi cukup. pahe dok? 

-kamu tu, baca aje la dalam loghat mana kamu suka ye. Kawe ni dah bercampo bahasa smpai lupe asal usul sendiri diri bumi kenyalang. 

Eh,, sik kamek lupak kowh! iNgat jk. cuma pahm ka nisik kitakorang tuk kelak, nisik kamek tauk eh. 

Eh, bercerita pasai bahasa pulak kita. Kawe ni nak bebel pasal udah, penatnya berfikir. Mana tidaknya masuk muka buku dok skrol group kawan² dok suka ngemas. Kawe ni suka nak ngemas, ikutkan nak je buang semua. Tapi mende masih helok akhlaknya takkan ler nak dibuang begitu aja? Kan satu pembaziran namanya. 

Teringat ler pulok perange satu yang suka bebeno membazir. Laki kawe pun dah maroh dah. Suka bebeno membazir. Beli sana, beli sini.. 

Masa kita sendiri kerja, sakan membeli tak hinget dunia. Bila dah sendiri dok melango tengok barang menimbun, haa, ngange! 

Sekarang pun dah tak ada ke mana nak melawa pun, kat rumah aje ler.. So, baju zaman kolej dulu semua tersemat rapi dalam boxes a.k.a beg. Niat dari lepas pantang ritu nak jual preloved, risau pulak tak ada yang berkenan. Ye la, mak mak je suk nk beli² sana sini tapi tak pakai. La ni, dah inshof sikit haa..  

Inshof mende, yang ko dok follow hakak² bundle tu.. hadeh, hadeh.. itu buat cuci mata yang ui.. buat hilng boring. Skrol2 tengok deme buat sales, tapi kita bank yang tak terisi ni mampu like dan share je laa.. 

so, Hakikat sebenarnya menjadi manager sebuah rumah tu payoh lagi berat nanang. Kamu berjaya bentuk keluarga kamu, tahniah ler bete ucapkan. kawe ni ler yang terkial-kial cari rentak walaupun dah dekat 3 tahun kawen. Seronok tengok orang yang baru kawen dapat manage hidup deme dua laki bini. Kawe anak dah dua pun, baru nak pasang sampan ni haa. Lobang sana, lobang sini. Berfikir memang sarat. Tang duit datang, habis berkecai semua yang dalam pale dok suap nafsu. Heran tak? Kamu heran, saya lagi heran. 

Zaman semuanya dihujung jari. Duduk rumah pun terjebak dengan mende lagha nih. haha 

Udah ler.. penat pulak kamu semua nak membaca. Kawe nak sambung fikir lagi nih. Esok lusa kawe taip bende apa lagi yang difikirkan nyee. 

Selamat tinggal dunia! 

2 ulasan

  1. macam-macam loghat keluar dah ni..hihi..ye, memang bukan mudah jadi pengurus rumah ni. kerja tak pernah berkesudahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha Kita baca balik pun ketawa. haha Baru la memahami jiwa mak sendiri macam mana...

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤