BAJU TIDUR UNTUK NAYLA, DAH SIAP!

Jumaat, November 15, 2019

Baju tidur untuk Nayla, dah siap! | Hi~ Assalamualaikum semua dan salam penghulu segala hari. 

Beberapa bulan sebelumnya, baju tidur milik Aien ni tetas di bahagian jahitan tepinya, mak mentua suruh buat kain buruk. Kain sedap, sejuk, dan paling penting agak molek lagi jika nak dibuat sebagai kain buruk. Terus idea ni muncul dalam kepala. 

Dan minggu lepas, terjumpa baju tidur tu balik, baru teringat. Hampeh tak? Hahaha Nak dijadikan cerita, hari terjumpa tu, da adalah Aien sibuk sangat dengan kerja rumah zap zap zap,, dah siap bajunya. 

Eh, bukan terus siap tau. haha Aien lupa pulak nak ambik gambar baju tidur tu sebelum dikerat jadi baju tidur si kecik ni. 


Baju tidur yang ini dijadikan template untuk baju tidur yang bakal buat nih. Amek baju yang dia kenan pakai, baru la semangat sikit nak memotong. 

Sebenarnya nak dikatakan, Aien ni dah ada dah basic menjahit semua tu, pernah satu ketika dahulu mengikut kelas jahitan percuma di apa tu, Aien lupa. Bukan Giatmara. Tapi,, under goverment jugak la. Situ Aien belajar hampir kesemua template baju dah pernah jahit. Dari baju kurung je baju melayu, dari jubah ke kemeja dan kecundang di baju dress kanak-kanak sekaligus smoking. Aduhh,, sebab tu tak dapat sijilnya. Nak amek tempahan pun tak berani. 

Setelah sekian lama, asyik dok jahit yang simple-simple je, akhirnya jadi sepasang baju buat anak terchenta. Satu kepuasan bila tengok dia pakai baju tu semalam. #terharu gitu. 


Bajunya yang dipotong lebih besar sedikit dari template. Akan tetapi, Aien malas nak jahit kelim, so biarkan aje. Nampak legend sikit. Masih ada banyak perlu diperbaiki daripada tangan kaku ni. Al-maklum la jari Aien tak ada la runcing seperti orang tua dulu-dulu selalu cakap. Kalau jari runcing, bila menjahit memang lawa dan kemas. Kah~ Cukup la seadanya. 


Seluarnya yang telahpun siap dalam masa sepetang bersama Nayla. Izz la, langsung tak nak bagi kerjasama. Sekejap-kejap nangis nak tido la, nangis sebab pampers tak selesa la, nangis nak susu la. Adooo, itulah tukang iklan dia yang buatkan baju tidur kakak dia ni tergendala. 


Taraaa!! Si comel dengan bajunya. O M G! So, cute laa. Ibu is geram sangat. Walaupun agak kekok dan semuanya dijahit tangan, apa-apapun Ibu berpuas hati dapat hasilkan sepasang baju tidur untuk kau kak. May Allah bless you, my little angel. 

Itu la, cerita baju tidur Nayla. Seronoknya hati seorang Ibu dapat menyiapkan baju untuk anak-anaknya. Puas hati dan sangat berbangga. Teringat masa kami kecik dulu, baju sekolah kami, dari tudung sehingga kain sekolah semuanya homemade by Mrs.Umi. Selesa sangat. Baju kurung pun begitu, apatah lagi baju tidur. Untuk pengetahuan, Aien ni berminat bab menjahit ni dari selalu tengok Mrs. Umi menjahit dahulukala. Terus rasa macam, one day I will learn this and make my own baju. Tapi, belom ada lagi baju sendiri dari hasil sendiri. Baju anak pun jadi. Hehe 

Moga Ibu kau ni, kak.. Dapat buatkan baju untuk kau dengan lebih rapi dan kemas lagi ye. Bak kata orang, di mana ada kemahuan di situ ada highwaynya. eh! 


Till we meet again. Jaa Nee!


8 ulasan

  1. lawanyaa.. bestnya kalau pandai menjahit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh la sikit². org kata idea banyak, tapi hasilnya belom hado lagi. hihi

      Padam
  2. you can do it aien.. Praktikal dengan baju nayla.. pastu upgrade sikit baju aien.. Nanti dah terror bolehlah amik upah.. Jahit baju mahal owh sekarang nie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kak Sha atas pembakar semangat. In shaa Allah, cuba sikit2 dulu. Aah, even tak lawa pun org cas mahal. Ibu is pening~

      Padam
  3. serious la aien jahit guna tangan je ? Kalua dah ada basic menjahit , jahit apa pun mesti menjadi je . Comel gile nayla pakai baju tu . Saya nie tak minat menjahit , puas la mak paksa nak turunkan ilmu menjahit , tapi saya degil taknak . Hahahah , sebab tak minat . Kalau memasak saya on .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, serius 100%. Haha gigih tak gigih? Tiap beradik ade je kelebihan dia. Aien tak berapa minat memasak, makan boleh. haha Menjahit ni boleh dikatakan antara salah satu impian Aien masa kecik2 Sekarang.. Ha ha Ha

      Padam
  4. Kreatif ibu Nayla. Daripada buang lebih baik buat baju Nayla ni kan. Teruskan kerajinan dan minat menjahit. Bertambah banyak baju Nayla nanti :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sis Fiza. In shaa Allah dalam usaha memikirkan next idea pulak. ^^

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤