Latest Instagrams
Saturday, November 09, 2019

سلام مولدالرسول 1441ه


Salam Maulidur Rasul 1441H | Allahumma solli ala saiyidina Muhammad.

Hi~ Assalamualaikum semuanya, salam hujung minggu ya.

Apa aktiviti korang hujung minggu ni? ada sesetengah warga kerja yang mungkin juga terlibat dengan perarakan sempena maulidur rasul ni, keep be strong sambil-sambil tu jangan lupa berselawat ke atas baginda Nabi Muhammad SAW.

Oh ya~ hujung minggu Aien biasa-biasa aja, tapi relax sikit sebab tak balik kampung in law. yeay!

Tiap-tiap minggu balik, kadang naik boring pulak. Haha Tapi, malam tadi mak mentua hantar pesanan, tanya anak-anak buat apa. Alahai~ ini lah sebabnya kadang tu tak sampai hati naa bila tak nak balik sana.

Alah, bukan jauh sangatnya pun. Dalam 45 minit sampai laa. Sekali sekala laa, tak payah balik kampung.

Teringat masa kecik-kecik dulu, rumah nenek sebelah ayah sebelah rumah kitaorang je, so tak ada feeling macam balik kampung langsung. Haha bila rasa nak balik kampung, tu haa balik kampung sebelah Umi di Kuching. Tapi, itu lah nya, setahun sekali baru balik. Bila dah besa makin jarang balik. Last balik sana, masa mendiang nenek perempuan mati,2012. See, lama kan?

Haih~ Jangan merungut. Hari yang baik ni, mari kita berselawat banyak-banyak. :)

Baik la, Aien ni tengah sibuk try test jahit baju untuk si kakak. Haha, lama dah tinggal dunia penjahitan ni, agak kekok jugak. Dah siap nanti Aien upload, dan cerita ya.

Salam hujung minggu semua! Jaa nee! 

9 comments:

  1. Salam Maulidur Rasul Ain.. Cuti2 nie pun akak takde ke mana pun, sebab badan masih tak berapa sihat lagi.. wah, pandai awak menjahit yea.. Akak memang ke laut la kalu menjahit nie...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga diberikan kesembuhan
      Kak Shikin. ^^

      hehe ada basic bleh la kot sikit.. :)

      Delete
  2. Salam maulidur rasul ain ! sy hanya sambut maulidur rasul di rumah T.T

    Keep writing sis nk tengok next update :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for reading my blog. ^^ in shaa Allah. Bnyk planning for next year. ^^

      Delete
  3. sama la malas nak balik walaupun 2 jam je. Bukan taknak tapi tengah construction, jalan banyak berlubang. Jam lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2jam tu rasa macam jauhnya. haha Bagus dok umah golek² enjoy cuti.

      Delete
  4. untung balik kampung dekat. Kita pun balik kampung jugak. 2 jam jugaklah nak sampai kampung.

    ReplyDelete
  5. Tak ke mana pun.. dekat rumah je.. huhuhu

    ReplyDelete

thanks for leaving a comment. Always appreciate it~

Latest pins

Subscribe