MAKAN SOTONG JUMBO DI WARUNG HIJAU

Selasa, Mac 19, 2019


Hi~ Assalamualaikum 

Wah~ dah masuk minggu ketiga untuk bulan tiga nih. Cepatnya masa berlalu. Makanya demi menghindari terasa masa itu cepat, jom kita cerita pasal makan. 

Bila masuk bab makan viral, mesti kena laju untuk mencuba. Apatah lagi benda itu sedap dan agak berbaloi dengan harga yang ditawarkan. 

Alhamdulillah, minggu ni tadi, Aien dan family kecik Aien ziarah Kak Long Aien yang dirisik dan dipinang orang dan dengan itu, mesti la Opah dan Atok Nayla pun hado. Di mana? Di Bumi Parameswara meletakkan jajahan selepas berhijrah. 

Di mana tu? Adooo.. Melaka bersejarah lo.. dan bila sebut Melaka, of course terlalu banyak benda viral yang rajin dibuat oleh orang Melaka yang sangat kreatif lagi bijaksana ni. Haha 

Di kesempatan ini, Aien mencuba la Sotong Jumbo di Durian Daun, Melaka. Senang je nak cari warung ni. Bukak waze/gps, taip je WARUNG HIJAU ROJAK SOTONG. Maka akan keluar la destinasi anda. Tapi nak kena cepat, sebab tempat duduk adalah terhad. Peak hours around 6pm until 9pm. Tapi, semalam kitaorang sampai usai dia dibuka pun jam 4 petang ke 5 petang pun dah penuh. Fuh, biasa la. Hujung minggu. 

Makanan dia, sedap-sedap belaka! Wa cakap lu. Berbaloi sangat-sangat. TAPI! Order tu jimat-jimat sikit, kerana bimbang takkan terhabis punya. Fuh. Aien pun tak dapat habiskan. 

Apa yang viralnya di sini, mesti la rojak sotong jumbo dia. 


Sedap dipandang, nyaman dimakan. Marvelous wa cakap lu! Dengan sotong besar tu. Phew~ kenyang beb untuk dua orang. 

Antara menu lain yang kitaorang order is: 


This one is~ Char kuey Teow Sotong Jumbo. Okay, yang ni yang tak habis. Huwaa~ habiskan segala seafood yang hado je la sebab itu yang penting. Haha 


Char Kuey Teow Kerang. Banjir gilos! Dan smokey gitu rasa dia. 


And this one mee goreng kerang and marvelous! syiok wei. Kalau rasa perut tu tanknya kecik, usahla berangan order lain. Sebab sepinggan ni aje dah mencukupi. Sekian. Menu sedap² datang lain kali. haha



7 ulasan

  1. Hadoi.. mengancam betul sotong tuh..

    BalasPadam
  2. tudiaaaa tergugat rasa tengok besar gitu ha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada cuti, p cuba la Siti. Puas hati dengan harga yang berbaloi. ^^

      Padam
  3. Penuh pinggan Sotong tu mmg jumbolaa

    BalasPadam
  4. rojak sotong jumbo tu nampak menyelerakan sungguh :)

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤