Khamis, Oktober 17, 2019

H-MOVIE: TALL GIRL (2019)



Hi~ Assalamualaikum | Review netflix movie Tall Girl. 

This is some typical movie on netflix. Haa, or just a typical movie that I found? Haha 

Cerita ni best, (boleh la) as teenage girl movie. As I know, movie ni direct by the same director of Mean Girls. 

Sayangnya, cerita ni tak mendapat star terbaik dari imdb. Cerita pun cerita bishe-bishe je wak, tak ada luar biasa. Yang luar biasanya adalah tall girl yang dilakonkan oleh  Ava Michelle yang sememangnya tinggi melangit wak.. Umur dia baru 17 tahun. O M G~ tapi sebabkan ketinggian dia tu, nampak dia lagi matang. Haha gitu... 

The storyline is about Jodi, the tallest girl in their school always being bully because of her height. Kesian dia. So, one day bila ada seorang budak transfer dari Ireland yang sama tinggi dengan dia, si Jodi ni sibuk yakinkvan diri dia yang dorang sepadan. Yet, she doesn't realize orang sesuai dengan dia itu merupakan kawan baik dia dari kecik. Wow, another childhood sweetheart.

As typical cerita yang macam ni kan, korang jangan la expect too much sebabnya dia kebiasaan. Buat hilang bosan sudah. Bagi refresh mind sikit bahawanya hidup anda tidak la sesusah dia. Kah! Ye la,, susahnya jadi orang tinggi sangat ni. Kalau self confident ko tak boom up high as your height,, adooo.. memang parah la yer.. Lagipun kes buli membuli ni memang boleh kondem orang siapa saja tak kira la school bully ke, cyber bully ke... atau semua macam jenis benda buli yang boleh mendatangkan kesan buruk pada orang lain la. Senang kata.. 

K la, tu je nak cerita. Terpanjang pulak sis bebel ni. Apa-apa pun, selamat berhujung minggu warga Johor! ^^ 





Rabu, Oktober 16, 2019

CDRAMA: GO GO SQUID (2019)


Hi~ Assalamualaikum | Review chinese drama, Go Go Squid.


*giggles*

I am so excited to write this review even though tengok drama ni macam nak lemau la.

As expected, the most watching chinese drama in 2019. The drama based on novel  Stewed Squid with Honey by Mo Bao Fei Bao, that starring by Li Xian and Yang Zi.

Actually, dari awal tahun hari tu, Aien jumpa drama ni dalam senarai drama yang ditunggu oleh peminat. Bila dah ditayangkan, dengan seperti biasa chinese drama kalau tak 24 episode mesti lebih punya menyebabkan Aien ragu-ragu nak tengok. Lagipun, tiada pelakon yang familiar dalam ni.

But,, bila asyik tengok dari satu video ke satu video yang suggest-kan drama ni wajib tengok dan di antara top 10 chinese drama 2019 so,, why not kita try tengok kan. Al-maklum la buat buang bosan.

Seriously, I'm telling you, this drama is content all genre you want. As romance of course, friendship, family and gaming. Wow, Aien pun tak tahu la kenapa suka bebeno la tengok kalau ada bab game-game ni.

Drama ni mengisahkan persahabatan satu pasukan senior dalam Cyber Security Capture The Flag (CTF) yang berpecah dan masing-masing menubuhkan kumpulan sendiri bersaing secara sihat. Han Shangyan, pemilik dan merupakan Team Captain K & K Group sementara Wang Hou Team Captain untuk Team SP.

Highlight cerita ni berpegang kepada Han Shangyan ni la kan. Dia retired dari dunia CTF Championship ni sebab Team Captain dia, Wang Hou ataupun Solo nak bubarkan kumpulan dorang. So, sebelum Team Solo dibubarkan Han Shangyan a.k.a Gun God umumkan yang dia retired dari dunia CTF.

Mula-mula confius jugak la jalan cerita ni macamana. Macam yang Aien tulis ni, macam tu la peningnya Aien ni. Haha

41 episode berjaya dihabiskan dalam masa seminggu. Adooo~ berat nanang la cerita yang sejuta episode ni. Gigih Iolls download tau. Apa yang menyebabkan diri ni gigih selepas tengok episode satu, adalah... Han Shangyan so lihai maaa~ Handsome gitu.. Iras siapa tu... Urm.. Artist korea tu.. Haaa Jo In Sung.

  Ini Han Shang Yan. 

   dan ini Jo In Sung

Buat tatapan korang la kan. Hehe 

So,, what is great about this drama is.. Telling us the friendship is more important and even ko benci macamana dengan kawan ko tu pun sebab satu mistake yang dia buat, sebenarnya lagi ko rindu kat dia. Ye dak? 

Sian Han Shangyan. Best lagi satu,, sweetnya dalam drama ni, Si Tong Nian Nian, jatuh cinta pandang pertama dengan Han Shang Yan ni. Haha. Lawak pun ada. Tengok la korang, I is hasut ni. semoga korang terpengaruh. Haa

Tak nak tengok tak apa, tapi korang dpaat ilmu baru iaitu pasal CTF ni. Uish.. bagi Aien la kan. Yang serba tak tahu ni.. Siap googling lagi wujud ke event gaming CTF ni. Wow~ di China memang wujud gais. 

Dorang macam game hacking gitu. Dalam bahasa mudah kita la kan. Tapi sebenarnya dia adalah satu game yang menguji strategi, kecekapan kita untuk menyelesaikan halangan, cabaran untuk tangkap bendera kita tu. Wow~ Awesome gais! Noob pulak rasanya. And korang boleh baca lebih lanjut tentang CTF ni. Syiok dan teruja betul tengok dorang main sampai World Championship. Hurm, siapa kata main komputer tak datang kan duit? 

Betapa la mereka para pemain dalam drama ni fight dengan keluarga dorang untuk buktikan bahawa main komputer ni sekarang boleh jadi satu kerjaya. 

Huaa, apa kita ni tak main komputer ke wak? Bah,, Uolls kalo mau tengok cerita ni, boleh la haa,, 
klik la gambar lelaki serba hitam tu ye untuk tengok. Tak bayar pun.. ^^

happy watching gais! Till next drama...







Selasa, Oktober 15, 2019

HMOVIE: FRACTURED (2019)


Hi~ Assalamualaikum | Fractured (Netflix)

Addooo~~ pening kepala tengok cerita ni. A bit sad actually. Hurmm.. 

Movie ni mengisahkan Ray Monroe yang datang admitted anak dia, Peri Monroe yang patah tangan akibat jatuh ketika di sebuah pit stop ketika mereka pulang holiday. Punya berjam dia tunggu anak dan bini dia yang dikatakan pergi CAT scan di hospital tu, ditanya-tanya dengan nurse yang bertugas semua menidakkan kata dia, sampai semua anggap dia a bit shock. Macam gila sekejap sebab dia datang tu pun dengan luka di kepala.  

Ending dia sedih. Ahh,  tak tahu la nak ngambarkan macamana, tapi yang penting I is pening tengok cerita ni sebab mulanya ingat yang anak dan bini dia kena paksa untuk organ donation, rupanya hakikat sebenarnya dia selamatkan orang lain. 😭😭 

Sedih. Rupa-rupanya masa di tempat kejadian tu,, dia konon nak selamatkan Peri dari kena gigit anjing, tapi sebenarnya Peri dah jatuh dan telahpun mati di tempat kejadian. Begitu juga dengan isteri dia. 

So, the chaos yang dia buat kat hospital tu, cumalah bayangan dia yang sedaya upaya untuk selamatkan anak bini dia yang telah pun tiada. 

A trauma create some illusion untuk menidakkan sesuatu itu berlaku. 

Mungkin sebab sebenarnya dia tak nak benda tu berlaku tetapi berlaku di luar jangkauan dia, dan dia trauma. Fuh, berat sungguh cerita macam ni sampai pening kepala Aien nak hadamkan.

Till next movie, Jaa Nee!