Jumaat, November 09, 2018

FESKO KE 61 UTM KEMBALI!!

Hi~ Assalamualaikum

Salam jumaah dan selamat berhujung minggu semua. Semalam ada promo Secret Recipe yang enak lagi nyaman, kali ni Aien nak share dengan korang what is happening for next week. 

Siapa sini student UTM a.k.a Universiti Teknologi Malaysia? Kat mana? Ala, yang kat Johor tu. Dan sesiapa warga Johor boleh la datang jenguk fiesta ni. Woah~ pasti gempak gais. 

Poster Rasmi Fesko 61

Seperti biasa Fesko mana² Universiti Awam pasti meriah lagi-lagi Universiti besar. Sejak menetap di Taman Universiti ni, pasti Fesko menjadi pilihan Aien untuk 'buang duit' atau mencari something yang dah lama Aien tak jumpa. Dulu, masa study boleh la, tiap² semester pasti ada karnival macam ni. Kita pun apa lagi, sokmo berbeli-belah kat situ ja.. Buatnya lagi masa duit PT baru dapat. Masya Allah.. Hahaha terserlah la ketamak-kan di situ lebih lagi bab makan. 



Banyak aktiviti-aktiviti menarik yang akan berlangsung selama lapan hari mengikut tem yang telah disediakan. Seperti yang kita lihat di tentatif yang Aien dah sertakan di atas, ada Artist Day, Journee With Kids, World Heritage Day, World Diabetis Day, Woman's Day dan juga Sport Day. Paling penting sekali mesti lah hari kemuncak Majlis Perasmian FESKO 61. 

Tunggu apa lagi, bawak la sanak saudara, keluarga, teman teman untuk singgah di FESKO ni sekaligus anda juga berpeluang menyaksikan persembahan artis jemputan seperti In-Team, Ippo Hafiz, Tomok, Awi Rafael, Ruffedge, Aizat Amdan, Khai Bahar dan ramai lagi. Ada juga bual bicara bersama Adam Corrie dan PU Rahmat. 

Banyak jugak kelebihan FESKO UTM ni. Jom Jom ramai-ramai jengah pesta ni.  Sebelum Aien terlupa, macam biasa la port biasa sebelum-sebelum ni iaitu di Dataran UTM. Moh la kita~





Khamis, November 08, 2018

MISI BUAT VADAI, JADI KE TAK?

Hi~ Assalamualaikum

A few days ago, Aien blog-walking geng blogger Aien la kan.. Ternampak akak ni, super mom made a vadai for first time. Auch, Aien macam terpanggil la nak buat juga. Satu: Sebab kuih ni menjadi sebab why I need to go pasar malam. Dua: saja nak cuba. Haha 

Itu namanya boring dok rumah and I was like, nak asah skill memasak. •…•   

Bak kata rakan blogger juga, JANGAN RISAU ISTERI TAK PANDAI MASAK. So, jom la kita godek² resepi. Cik La, Aien pinjam plus share resepi Cik La ni. hee~ minta izin naaa.. 

Bila katanya first trial, of course macam-macam reaction akan kita dapat, well... Aien boleh la berpuas hati sebab nampak rupa vadai dia. ^^ excited gilos you olls~ Ko bayangkan Aien ni tak reti langsung masak, sampai adik aien kata kalau nak makan masakan hospital boleh suruh Aien masak. Hampeh kan? Sekarang, haa~ sejuta mende dah trial and error kita buat yang jadi mangsa makan is Tuan Izwan la. Dia makan sampai habis maknanya sedap or eatable la. Kena dengan selera dia. Kalau tak, tengok sebelah mata je laa. Al-maklum la Aien ni dari Sarawak, and Aien juga tak makan pedas. Emangnya kontra benaran ama dia. 

Haa~ dah bebel ape pulak ni. Tapi, tahniah la Aien ucap kat Cik La sebab first trial dia menjadi. And husband dia pun suka. Memang super mom la Cik La kita ni.. 

Sebekas ni, Aien boleh dapat sekitar 20 biji. Maaf yer Cik La, kita derhaka resepi sikit. Aien kurangkan kacang dhal dia sikit sebab rasa nak makan berdua je kot. Sekali buat tak sedap mampuih buang gitu ja.. 


Ini setelah dibentuk dan tengah tunggu minyak panas. Ai is teruja bila tengok dia agak menjadi. Udah la masa nak mula buat tu, ditemani Nyonya Nayla yang disuruh tido tak mau tido. Tapi bila diajak masak jerit-jerit macam esok dah tak ada. 


Yang ini pulak dah siap goreng. Haa~ kacak tak rupa dia. Sedap! Aien bangga dengan diri. *Tepuk bahu sendiri* Tapi sayang agak keras sikit. Haa~ siapa suruh derhaka resepi kan? T^T

Nak kasi jiran pun segan haa~ last kasi je la kat burung gagak belakang rumah makan. Itu pun kalau dia nak la kan. Nak resepi ke korang? Halluuu~ haha Aien post kat status wassep berdesup org minta resepi. Cik La, halalkan sejuta kalinya. #spreadresepivadai 

Nah~ 

Cara-cara buat dia, mohon klik pada gambar resepi supaya korang rajin singgah ke blog Cik La. Kasi aci kredit sejuta kali kat Cik La. Tak elok durhaka lebel dua dengan ticer. 

Till I write again~ 





Rabu, November 07, 2018

#7YEARSANNIVERSARYGIVEAWAY DUNIAL ZUMAL

Hi~ Assalamualaikum 

Kali ni Aien ikut pulak giveaway by Bro Zumal kita. Yang kemungkinan ini adalah anniversary blog dia kot Aien rasa. Yeah bang Zumal? 


This contest will open till 10 Disember 2018 gais. So what yur waiting for? Just click at the banner to join the contest. Good luck. ^^