THAILAND MOVIE: SISTERS (2019)

Isnin, Disember 09, 2019

Thailand Movie: Sisters (2019) | Hi~ Assalamualaikum 

Buat pertama kalinya, setelah sekian lama tak tengok cerita hantu. Haha Pecah rekod tengok cerita hantu sorang-sorang walaupun istilahnya ditemani anak-anak la kan. 


Tajuk: Sisters 
Genre: Drama, Thriller
Durasi: 1 Jam 45 minit
Cast: Ploiyukhon Rojakatanayoo, Nannaphas Loetnamchoetsakun
Sinopsis: Mengisahkan tentang kasih sayang  adik beradik perempuan yang satu darah. Seorang dilahirkan untuk membunuh dan seorang lagi dihantui. Pertarungan antara takdir yang kejam yang tidak pasti kesudahannya. Si adik yang sentiasa diburui oleh hantu dan si kakak perlu selamatkannya dengan latihtubi sebagai seorang Pemburu Hantu. 


Menurut Aien itu kisahnya seperti cerita hantu dong, senangnya. Penanggal a.k.a Kratsue dalam bahasa mereka. Ibu Veena menjaga adiknya, iaitu Mak Mora dari terus berleluasa kejahatannya. Namun, ada yang iri hati dengan mereka, lantas dibunuh keduanya. Namun, tika itu Veena dan Mora telah hadir di dunia. Mereka dipelihara oleh ayah Mora iaitu Pak Singha. 

Aksinya cerita ini, si Veena sang remaja yang ditugaskan menjaga adiknya, atau lebih senang adik sepupunya itu sampai dia kehilangan rasa kebebasan. Dia minat melukis, tapi perlu fokus dengan jampi. Dia suka akan seorang jejaka, namun jejaka itu minat akan Mora. 

Mora, telah dipisahkan dari rumah mereka kerana Pak Singha menyimpan hantu yang mati tika bersalin. Rupa-rupanya hantu itu keperluan untuk membunuh para penanggal itu di hujung cerita. Hantu itu tak boleh hidu bau Si Mora, sebab si Mora mewarisi saka maknya. Dan menjadi buruan musuh mendiang maknya. 

Kesudahan cerita Mora telah berjaya bunuh semua penanggal yang iri dengannya dan terbang bebas tanpa menghiraukan Veena yang sentiasa mencarinya. 

Eh, tercerita versi panjang pulak sinopsis dia. Tapi gitu la dia cerita sang penanggal. Nasib hantu tu keluar sekejap-sekejap je dan tak ada yang bakal membuat korang kena heart attack. So, boleh la tengok. 

Pelakon yang memegang watak Veena, muda lagi telah tercalon dalam Thailand Film Assocation Award untuk Pelakon Perempuan terbaik. Waa~ Walaupun cuma tercalon tapi, ini membuktikan kerja keras dia menarik perhatian. Semoga terus sukses! 

Okay, tu je review dia. Nak tengok boleh tengok di Kissasian. atau mana-mana la. 

Till next movie. Jaa Nee!

6 ulasan

  1. wuwuwuwuwu best nya ni. nak tengok jugak lah ^_^

    BalasPadam
  2. cite hantu ni yg berat sikit nak tengok, lagi2 movie thai lagilah seram..huhu

    jemput singgah :) https://tiaarasapphire.blogspot.com/2019/12/tukar-url-blog-kepada.html

    BalasPadam
  3. Ala.. baru ingat nak tengok.. Sekali citer hantu lah pula..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha Mak2 be like. Tak seram la.. Kalo seram, Aien pun tak tengok! ^^

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤