Latest Instagrams
Selasa, Disember 03, 2019

CHINESE MOVIE: THE LIVING DEAD (2019)


CHINESE MOVIE: The Living Dead (2019) |Hi~ Assalamualaikum 

Rasa macam boring sekejap, jadi Aien tengok la mana movie yang tergendala hari tu. 


Genre: Action, Adventure, Historical, Wuxia, Fantasy
Duration: 1 hour 24 minutes
Cast: Zhen Fan Xing, Paul Yu, Gao Han, He Long Long
Sinopsis: Sebuah kota bernama Fu Feng, yang sebelum ini merupakan 'Kota yang Terang', namun ada kisah di sebaliknya 'Menghidupkan Lampu Pembunuh'. Wen Ning tiba di kota Fu Feng dan menyedari kepelikan kota tersebut yang dipenuhi dengan yang lemah dan sakit dan agak mundur. Bila malam menjelang, Wen Ning sengaja memasang lampu untuk menarik perhatian hantu tersebut. Apabila hampir berjaya menangkap mereka, dia bertemu libasan cahaya pedang biru yang merupakan kenalannya, Lin Sizhui. Akhirnya mereka berdua bersepakat untuk menyelesaikan misteri dan menangkap penjenayah di sebelaik kejadian misteri ini. -credit: mydramalist-


Dan ini dari sudut pandangan Aien yang agak juling jugak nak tengok dan faham cerita dia. Bak kata Kak Sha, jenuh jugak nak habiskan drama dia. 

Seram jugak cerita ni pada mulanya bagi Aien yang penakut ni kan, but don't worry. Seram itu cuma seketika saja. Fokus utamanya adalah pada Wen Ning dan SiZhui je.

Ikutkan watak utama cerita ni hanya mereka berlima sahaja. Iaitu, Wen Ning (of course la) Si Zhui, Xiao Yi, Zhou ZiShu dan Xiai Qing.

Kesimpulan daripada cerita ni, adalah kerana cinta terlarang, kukorbankan segalanya. Kerana nak hidupkan seorang, punah satu kota. Haa. Gitu~

Xiao Yi yang jatuh cinta pada akak dia, Xiao Qing, marah bila Zhou ZiShu 'rampas' Xiao Qing dari dia. Jadi dek kerana tak sengaja terbunuh akak dia tadi, dia pergi jadikn Zhou ZiShu ni boneka dia untuk bunuh orang di kota Fu Feng tu.

Itu la, kerana tamak dia sanggup buat apa saja. Kalau ikutkan geram juga sebab dorang twist jalan cerita dia yang pada mulanya kasihan ama Xiao Yi yang tertindas. Sian SiZhui tertipu dengan ilusi semata. Nasib Wen Ning ni bijak. Nama pun hero kan?

Kesudahannya, tunggu nanti Aien habis tengok The King's avatar tu. Sambil-sambil Aien tengok Catch The Ghost yang berbaki tiga episode tu. Siapa sangka twist cerita CTG ni lagi best. Nasib la Pak Belalang dia hensem. Haha

Till next drama, Jaa Nee!


2 ulasan:

thanks for leaving a comment. Always appreciate it~

Latest pins

Subscribe