Latest Instagrams
Sunday, September 22, 2019

KDRAMA: HOTEL DEL LUNA


Hi~ Assalamualaikum warga blog yang sendu ni..


Ada orang ke tu?

Minggu ni kita rehat sikit dari rutin harian, makanya kita spend our time golek-golek with anak-anak sambil layan k-drama. Iye? Masih la lagi layan. Itu pun kalau cerita menarik perhatian.

As you know as I tell you too, every year mesti ada cerita wajib ulang buat Aien di antaranya The Master's Sun dan The Lonely and Great God: Goblin. Setakat ni dua cerita ni wajib ulang. Lain-lain macam Moon Scarlet Heart ke ulang gitu-gitu je. Tak ada la repeat dari episode satu sampai habis macam dua yang atas tu. Hehe

So, untuk tahun 2019 ni, satu-satu buat setakat ni yang menarik minat Aien untuk tengok dari mula sampai habis ialah....  Hotel Del Luna. 

Gabungan pelakon yang agak okay buat Aien, as IU yang berlakon, dan bila tengok jalan cerita dia macam best. Alih-alih sampai 16 episode Aien tengok.

Well, buat buang boring boleh la kan. Cerita ni dimainkan tengah Julai hari tu, ingatkan nak layan masa dalam pantang. Tapi... haha sendu dengan line internet maka, sampai dah habis pantang baru boleh layan. Nasib dia dah habis tayang, lagi senang nak layan.

Cerita Hotel Del Luna ni berkisarkan tentang Jang Man Wol (IU) yang rohnya diikat dengan pokok bulan oleh deity. Dia tidak di alam kehidupan, dan juga tidak di alam kematian. Untuk dijadikan cerita, deity ni menghantar seorang budak lelaki untuk menguruskan Man Wol untuk teruskan perjalanan dia ke alam seterusnya.

Koo Chang Sung (Yeo Jin Goo) merupakan caterer yang dipilih oleh deity untuk menguruskan Hotel Del Luna yang dibina untuk para roh sebelum ke alam seterusnya disamping Jang Man Wol.

Rupanya penulis skrip cerita ni sama dengan Master's Sun tu. Agak-agak cerita ni nak ulang tengok juga ke macam Master's Sun tu? hehe

Jalan cerita lebih kurang je antara dua drama ni, bezanya Hotel del Luna grand sikit dari Master's Sun yang lebih spesifik dan details lagi. pLus, ada So Ji Sub dengan Hyo Jin. 😘

Well, depends pada korang minat yang mana la kan. Lagu soundtrack dia best-best. Hehe

Kalau berkenan, korang boleh try tengok di LINK HOTEL DEL LUNA INI ye.

Happy watching..




8 comments:

  1. hai peminat k-drama :-)
    kita xla layan sanagt, tp boleh laa..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita yang layan sangat dulu ni pun dah memilih dah sis. byk muka young and fresh terasa diri sudah jauh. :')

      Delete
  2. betul tu, ost k-drama ni mmg best-best. dramanya pun best sebab banyak cameo2 dari pelakon yang popular. tak menyesal la nonton k-drama ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, kan? lagi² hujung dia tu.. hadeh,, mengharap ada season 2 pun ye. haha

      Delete
  3. No wonder ramai tengok cerita ni, best rupanyaaa

    ReplyDelete

thanks for leaving a comment. Always appreciate it~

Latest pins

Subscribe