Latest Instagrams
Wednesday, October 10, 2018

HINDI MOVIE: BAREILLY KI BARFI



Hai Hai Assalamualaikum w.b.t 

Kabare uolls? Seminggu Aien hilang ye.. Maafkan Aien kerana terlalu sibuk mengawal emosi yang baru nak stabil malam tadi. Well, dalam tempoh tu, banyak jugak movies dan drama yang Aien layan untuk alihkan diri dari terlalu fokus dengan emosi dan penat sendiri. Bila mental tak okay, kerja satu apa pun tak jalan. Terapi Aien sekarang ni deco² rumah pun tak berapa nak masyuk sebab sebab... tak jumpa mana yang berkenan. 😁 So, terapi yang paling senang is hiburkan hati kau dengan drama yang ada. 

Berdasarkan tajuk... eccceeewaaah~ di atas ni, Aien nak story pada uolls bolly movies yang Aien tengok dua minggu lepas. Haa~ korang yang sabtu lepas lepak² kat rumah mesti tengok cerita ni. Best kot~ bagi Aien yang dah lama tak tengok hindustan. Haha Tak ada geng nak tengok tu yang tak best. Alih-alih boring, terbuka hindustan tv3 and tengok la. Tapi tak dapat tengok habis sebab rebut dengan husband nak tengok I Can See Your Voice Malaysia kat ntv7. Redha je la dapat tengok separuh. Untuk habiskan, Aien download kat telegram. 😌 



Bareilly Ki Barfi yang berlatar belakangkan Bareilly dan mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Bitti yang berjiwa bebas yang hidup dengan gayanya tersendiri termasuk tidak tertekan dengan isu perkahwinan. Namun, hidupnya berubah selepas bertemu dengan Chirag Dubey dan Pritham Vidrohi. 

Nampak menarik bukan? Mari kita baca dari sudut Aien pulak selepas menonton cerita ni. Yes~ Aien kasi 4/5 bintang dari kebanyakan cerita bollywood sekarang ni. Jalan cerita dia unik. Seolah ada seseorang yang bercerita pada kita how's Bitti dan Chirag serta Pritham ni bertemu. Seronok. And tak ada pressure sepanjang jalan cerita dia. Plus komedi gitu. Ingatkan cerita ni tipikal cerita cinta tiga segi, naaa~ bukan ... Ingatkan Pritham nak tikam belakang si Chirag tak bukan jugak. Adeh~ mana satu ni. Tapi, cerita ni tetap berakhir dengan happy ending. How's romantic comedy story yang tak berakhir dengan sedih kan? haha

Best. Best. Best. Aien berani cakap laaa, orang yang free spirit will love this movie. Errr..  unless you all to picky to choose what the best in story right? Kata nak enjoy, so enjoy the story. Feel the romantic. haaa~ gitu..

Nak tengok ke? Kejap.. Aien share link telegram. Sesiapa yang ada telegram tu, boleh la download tengok. Secara atas talian, Aien tak pasti macamana. hee~ Kalau kdrama or Asian movies tau laa.. Edited:: Aien dah share link dia. Still tak dapat pulak nak sambung ke pautan. So, you guys sendiri la cari. hee~ sesiapa ada telegram boleh follow @RickyChristanto untuk movie ni. Sekian.

Selamat menonton..

2 comments:

  1. Macam seronok.. Sebab romantik komedikan.. Tak adalah pressure sangat bila menonton..

    ReplyDelete

thanks for leaving a comment. Always appreciate it~

Latest pins

Subscribe