DRAMA REVIEW: MY ID GANGNAM BEAUTY

Khamis, Oktober 04, 2018
Hai Hai assalamualaikum w.b.t

Bulan ni banyak pulak Aien share pasal drama la movie laa... And kali ni pun Aien nak share pasal drama. haha tapi kali ni k-drama.  



Drama My ID Gangnam Beauty ini merupakan adaptasi daripada webtoon yang mendapat tarikan di Korea Selatan. Hakikatnya kalau kita tengok, drama ni realiti dorang kat sana. Ada duit boleh la nak ubah muka sana dan sini. Tak ada, pasrah je la. Kes buli pada mereka yang kurang cantek ni sangat la tinggi. Sedangkan cantik tu subjektif kan? 

Drama yang berdurasi selama 45 minit ini mempunyai 16 episode sahaja. Kalau fokus sambil susukan anak, dua tiga malam dah habis. hee~ Kadang-kadang skip jugak. Haha teruk kan? Tengok drama, tapi main skip skip. Yadoi..  Drama ni juga dibintangi oleh Cha Eun Woo yang merupakan ahli kumpulan ASTRO. Eh~ bukan astro tv tu.. Haa~ kumpulan kpop bernama ASTRO. Dari menyanyi, menari jadi pelakon pulak. Jangan kata artis kita je tamak. haha Aien gurau je k. Pada Uolls nak tengok drama ni, boleh la try search  Gangnam Beauty.  

Pada Aien, pengarah drama ni pandai manipulasikan jalan cerita drama ni. Even ending dia pun kita tak expect yang Soo Ah tu sebenarnya penat jadi cantek. People expecting everything from you bila kau cantek. Dan bila kau tak cantek pulak orang kutuk kau. haha hish jangan disangka Malaysia je ada acik bawang. Korea pun hado tau. Dah la, dari Aien membebel panjang-panjang tapi uolls tak tengok tak best jugak. Tengok la k~  Selamat Menonton~ 


                  





2 ulasan

  1. Tak tengok drama ini.. Baca review Aien macam menarik.. List drama korea yang nak tengok bertambah panjang nie.. kikiki..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengok sis.. Jangan tak masuk list. Aien pun baru tengok lepas sekian lama.. :)

      Padam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤