Selasa, Disember 11, 2018

NEW ADDICTED! GAME RAGNAROK M ETERNAL LOVE



Hi~ Assalamualaikum | Oh no! Habis laa~ Mula-mula tengok Tuan Izwan main. Macam best je. Dia kalau jumpa game best, memang leka. Pahtu tanya, 
'Banyak makan space tak? Okay tak game dia? Macam ML?' 

Banyak kan soalan. Sebab Aien noob main ML, so tanak game macam tu. Ahak~ Lagi-lagi PUBG, lagi bertambah noob. Game smartphone ni memang popular di kalangan remaja zaman sekarang. Kadang-kadang mak budak ni nak la tau apa yang best sangat sampai deme ni tak nak keluar bilik bagai. Sampai makan pun tak kisah. Hadeh~ laparnya. 

So, bila Tuan Izwan dah menjawab semua soalan Aien kat atas tadi, Aien pun muat turun games tersebut di google play store. 


Mudah saja kan? Game Ragnarok ni makan sebanyak 1.3GB space dalam telefon pintar kita. Selebihnya Aien malas nak story pepanjang. Better orang yang lebih arif atau kalian suka nak google-ing this game, silakan. hee~ 


Bila dah settle muat turun, akan jadi macam ni. Well INI BUKAN ENTRY TUTORIAL HOW TO PLAY THIS GAME. Cuma nak cerita how addicted Aien for past week for this game. haha 

Sekarang dah level 53 kalau tak silap, sejak balik dari kampung MIL yang sendu line, Aien pun malas nak bukak. Makin susah nak naik level. 


Ini la muka depan permainan tersebut. Haa~ dia macam best la jugak, but bila ngajak adik ipar dia kata macam bosan je game ni. Haha 

Aien main pun sebab game ni boleh kena tinggalkan, unless kita tengah buat mission or apa² quest. Kena la tengok kejap-kejap. Tapi, WARNING! AMARAN KERAS! Game ni laju makan bateri!! 



Tidak!! Masa Aien tengah farming, nak kumpul item untuk quest, Allahu~ sepanjang malam biarkan dia charge, langsung tak naik! Like, WHAT???  Terus Aien terdetik, Oh tidak, handphone aku ni dah nak nazak, makin aku pendekkan umur dia. haha terus macam, Biar je la. Bila dah boring sangat, mood nak main balik baru main. Tapi, jeles jugak tengok Tuan Izwan main. Sekarang ni, ada satu kat telefon, satu dia pasang kat laptop. haiyoo~ Dahsyat kan penangan game ni. Dia kata sambil main sambil terkenang la zaman dulu. Kalau nak main game macam ni, kena pergi kedai pc dulu, baru dapat main. haa~ gitu..  

Gais~ kalau nak cuba main boleh la. haha tapi, kena sediakan quota internet kaw-kaw la kalai nak download. Melainkan anda pengguna u-mobile. hee~

Kbai. 

Isnin, Disember 10, 2018

MENANG HADIAH! BLESS ME~


Hi~ Assalamualaikum | Yeay, happy Opening of December. Siapa tak happy bila holiday month is coming right? 

Patutnya benda ni Aien cerita as soon as possible bila dah dapat, but me kinda urm.. tak ada idea selain nak ucapkan terima kasih, xie xie, kamsahamnida, thank you, arigato! 

1. 

Hadiah dari Giveaway by Cik Puan Rrai. OMG~ Finally it's here. Selepas abang posmen retour balik barang ni, dan dia assume Aien tak ada kat rumah masa tu, sedangkan ikutkan rasa date dan jam yang dia kata sampai depan rumah tu, Aien ada ja dalam rumah. Tapaham~ Last, hari Khamis baru pergi ambil lepas Tuan Izwan balik kerja. Aien like sangat tudung bawal dia~ Nice. Nanti bila Aien dah pakai, Aien share kat iG k~ ^_^

2. 


Terpilih sebagai salah seorang pemenang untuk 3rd Lucky Draw Prize untuk Lazada Blogger Contest! Wow! Double wow. Sebab untuk kesekian kali Aien join, ini kali pertama Aien menang. Alhamdulillah. Rezeki. Walau tak dapat yang gempak² hadiah dia, still RM75 ni, Aien dah berangan nak shopping masa 12.12 nanti. Beli apa, nanti kita cerita. Yuhhuuu~ 

3. 

Alhamdulillah, Aien menjadi salah seorang komentar top di blog Kak Shikin Razali dan terpilih mendapat hadiah saguhati darinya. Alhamdulillah, alhamdulillah. Terima kasih kak~ Akak ni memang selalu kasi pada mereka yang sering singgah dan komen di blog beliau. Semoga rezeki beliau bertambah atas kebaikannya. Aien nak buat macam ni pun masih terfikir-fikir lagi. Namun, semoga kalian tak jemu singgah yaa.. 


Itu saja, rezeki nak dikongsikan dengan kalian. Alhamdulillah orang kata pembuka bulan cuti yang sangat baik, tapi, tu la. Emosi ni pulak swingy tahap kelapan. Tak tahu la manusia jenis apa ni. Haiyaa~ 

Till I write again~ 

Ahad, Disember 09, 2018

RINDU..


Hi~ Assalamualaikum. | Lately my emotion kinda mess up. Maybe this weekend my family will gather up at my sister daughter's Aqiqah. Felt lost somewhere. Feel like, I'm not belong anywhere. Where is myself? Where I should go? Why I felt like this? 

Bayangkan Aien siap mimpi Aien dapat tiket flight murah dari JHB-KCH dengan harga RM20 je? Wow~ Itu cuma mimpi sayang.. T^T

And kat sini pun Jumaat ni MIL nak buat Yaasin untuk arwah FIL. Okay, terubat sikit. At least, family husband pun ada buat gathering jugak. Yeah, Wife is belong to their husband. Indeed! Tak dinafikan. Somehow feeling rasa lonely tu lumrah la kalau kau kawen dengan orang jauh kan? 

Terubat kuasa dua, bila my older sister buat suprise tetiba dah sampai dekat pagar rumah. Me like!!!!! O M G. I sense it before. Memang ada bau² dia nak datang cause she asked for my address. Like, Aha~ ko mesti nak datang kan? Beriya menafikan, katanya konon pun simpanan nak buat kiriman suprise ke untuk anak buah. Ha ha ha 
Sis, U r sooo funny! I can read you. Maka, bersembang, bergosip serta membawang la kejap selama empat jam dia kat rumah Aien. Adoo~ missing the other sisters. 

Tengah sembang² , adik sorang pulak buat video call. Allahu, bising la kejap. Gamat rumah eden! Meriah! Siap yang Video call tu jerit, Why tabuleh join next week?? Ha ha  Mianhe dongsaeng aaa~ Unnie ko ni busy. 

Bila dah kumpul walau sorang pun dah rasa rindunya dengan rumah Mrs Ayahumi. Rindu sangat-sangat. Balik cuma setahun sekali je. Masa raya, atau ada majlis penting. Nak balik selalu, tiket JHB-MYY double price dia dari KUL-MYY. Sob sob la kita. 


Sebenarnya hadir idea untuk entry rindu ni, sebab Aien tengok ni. Ubat nyamuk klasik ni. Teringat masa kecik-kecik, masing-masing amek turn pasangkan ubat nyamuk ni sebelum maghrib. Letakkan di hujung tangga. Remember last entry,  WHAT MA FEMILIA LOOK ALIKE? Aien cerita pasal adik beradik Aien, rindunya tak terkata. Dari kecik selalu bersama. Bila dah besar, semua ikut haluan memasing. Agaknya itu sebab ayah tak nak buat bilik bebanyak untuk anak dara dia. Sebab anak dara dia semua diambil orang. Pulang pun, macam ni la. Entah dapat entah tidak. 

Bila dah jauh, doa untuk Mrs. Ayahumi makin mendalam. Moga mereka sentiasa diberikan kesihatan dan umur yang panjang. Semoga kami semua masih diberik kesempatan berbakti pada mereka. How sad, can't imagine it. Bila tiba masanya, kau terima berita yang paling kau tak nak dengar. Allahu~ masa tu pulak, kewangan kau tak mengizinkan. Double triple sedih!! Minta dijauhkan masa tu. 

Itu la semat dalam hati, susah macamana pun, kau mesti ada simpanan untuk emergency macam ni. We never know what Allah planning ahead for us. Moga yang baik-baik saja. Moga kita semua sentiasa dipelihara di zaman serba serbi fitnah. Moga kita terus menjadi insan yang mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW. 

Till I write again~