THROWBACK KONVO 2017

Ahad, September 30, 2018

Hai Hai Assalamualaikum w.b.t 

Yuhhuuu~ setahun sudah berlalu~ Rindu ama itu kenangan. Moh kita throwback balik laa. Masa dahulunya single mingle and sexy. Eh~

Haaa... Akhirnya setelah 3 tahun belajar di Kolej Universiti Islam Melaka a.k.a KUIM, Aien berjaya untuk memegang segulung ijazah diploma dalam bidang Pengajian Islam dengan Pembangunan Sumber Manusia. Rindu masa belajar dulu. Even sekarang ni pun, Umi Aien suruh belajar lagi. Yadoi~ Universiti pun dah dekat dah. Tinggal nak daftar jaa.. Fulus? Yilek! Nande! Sabar je la. Adoo rezeki in shaa Allah. Tak ada tak apa. Kami pun masih belajar la ni. Belajar macamana nak jadi manusia yang bertaqwa. Kan?

Kenapa throwback? Kenapa tikam belakang je? Sebab Aien tak ada masa or tak ada idea nak update on the spot atau seminggu selepas kejadian. Dia punya mood tu tak ada. Makanya, hanya mampu tikam belakang dengan erti kata lain mengimbau kenangan yang lepas. 




Bersama dengan Encik Ayah dan Puan Umi. Husband jadi jurugambar. Dia kata segan. Tak apa ayah dan umi keutamaan. Munga tu dari dia. Sampai sekarang pun munga tu masih hado.. Segar menyinari rumah kecil kami. :) 
Teddy bear yang ada pun masih putih berseri lagi. Ahak~ Nanti Nayla besar sikit kita cabut kasi dia main. Masa ni, Nayla baru sebulan dalam tummy ibu. Recently sebelum konvo buat test and O M G , Allahamdulillah dua line. Syukur setelah 6 bulan menanti. Rezeki Allah tak pernah salah. Never doubt it. Wokey?

Dan itu lah hadiah yang paling seronok dan bahagia pada ulang tahun kelahiran Aien yang ke 27. Anak. Konvo bersama anak dalam perut. Pakai jubah besa pun tak nampak. Halah~ perut pun masih tak nampak. Bwahaha

Sebelum konvo, senior a.k.a adik kesayangan saya belanja suprise celebration. Seronok berganda! Nikmat apa lag yang kau dustakan? #bersyukurselalu

Kek cheese yang bertema Oreo Coklat ni sangat sedap. Malangnya Aien dapat makan sikit ja masa tu. Morning sickness Aien teruk masa tu. Even tak ada muntah-muntah, Aien sangat tak berselera padahal Aien ni pelahap. :P Sebelum preggy bedal je semua benda. Even sekarang dah lepas 100 hari pun, masya Allah menahan godaan untuk makan itu dan ini sangat mujahadah. Perjuangan harus diteruskan demi seketul Nayla. Kawan ni pandai pulak dia agak daripada post Instagram Aien pasal baby ni. haha Ingat nak buat suprise untuk Encik Ayah dan Puan Umi serta adik beradik lain. Tak menjadi betul. 

Pada mereka yang bertanya, (kot la ada yang curious kan) Cheese cake ni kawan beli di House of Cheese yang terletak di.... ... Melaka. Haha Sorry, Aien tak tahu belah mana. Ayer Keroh ke mana. Yang masih tersemat dalam memori ni, dia kata dekat dengan kawasan dia praktikal dulu. Sini Aien sertakan gambar kedai tu. Al-maklum la masa tu sibuk amek gambar konon nak buat review ASAP balik johor la kan. Sekali peram buat pekasam. Harap sedap la pekasam ni kan. 



Seronok berganda sebab bulan September adalah bulan Aien dan Puan Umi. We are sharing birthday month~ huuuu Puan Umi awal seminggu la daripada Aien ni. So, alang-alang member celebrate tu, sekali la dengan Puan Umi. Husband pulak masa tu buat don no je. Aien syak masa tu dia sangat suka tido sebab pembawakkan budak. Dia dulu la kena. Aien detect Aien ni payah nak makan, pahtu asyik sentap je. Tak leh salah cakap sikit. Sentap je kerja dia. hahaha. Well, itu semua kenangan manis belaka. 

Okay, done throwback all things during September. Last year okay. Bukan this year. This year mungkin minggu depan Aien throwback. Kalau ingat la kan. Haha 


till we meet again~


Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤