The Story about -Rosacea-

Jumaat, Disember 25, 2015
Pernahkah anda mendengar  "ROSACEA"???

Meh, adik2.. hakak2 saya nak crita sikit pasal Rosacea nih.. nak share la sikit benda yang berlaku pada cheq dan hope benda tu tak ada la pada ang pa suma. 

PS: cheq pakai bahasa ceq na~ harap la ang pa suma paham k.. 


Rosacea

  •  adalah adik beradik dengan Eczema dalam version teruk. Yang menyebabkan muka atau skin anda menjadi kemerahan, kering dan gatal. Ianya boleh menyerang semua peringkat umur, dan ada 4 jenis; 3 daripada menyerang kulit dan satu menyerang sekitar mata. 

  •  Kebiasaannya Rosacea akan kena sekitar kawasan T muka dan terutamanya hidung. Don't worry, rosacea ni dia ada pasang surut dia. So, siapa yang ada rosacea ni always kena take care kebersihan diri dia. 


Antara tanda2 anda mempunya ROSACEA:

  • Merah2 di pipi atau sekitar hidung

  •  Ada sikit2 macam pimples dan ada garisan merah di wajah

  •  Liang pori di hidung menjadi besar dan kemerahan

  •  Masalah mata selalu bengkak dan eyelid kemerahan. 


  • Rosacea ni selalu disamakan dengan sunburn, konon2 pipi tu tiba2 pink sendiri, paling senang orang selalu ingat dia acne. 

 Sebab2 kita boleh kena rosacea nih~ 

1. Kalo omputih dorang selalu letak alcohol sebab alcohol kan panas. 

2. Sebab makanan panas atau pedas. macam cheq la.. kalo makan pedas jadi la dia.

3. Emotional stress. Sometimes, u'olls stress lebih2 pun boleh jadi trigger dia. 

4. Suhu. Contoh: Dari panas sangat terus ke sejuk sangat.Atau dari sejuk sangat terus panas.  Walaupun sedap, tapi ada kesannya. :') ni jugak trigger utama aku TvT

5. Kekerapan penukaran set pencuci wajah. 

6. kadang2 rosacea ni boleh menyebabkan kita annoying sangat dan memalukan sebab tetiba muka tu macam Randolph kan.. 

7.  rosacea yang tak dirawat boleh mendatangkan kemudharatan pada muka kita sampai teruk sangat. So, guys.... kalo rasa ada trigger tu.. careful k.. 


Kisah saya: 

Dahulunya, saya punya muka okay. Rosacea ni serang saya lepas saya kerja kilang buat baju. Al-maklum la selama ni biasa kerja shopping mall. Pahtu alih2 kerja kilang. Like kawasan kilang tu, tak ada pokok tak ada apa, hanya kilang semata. Suhu tengahari kilang boleh mencapai 45 darjah Celsius kot. Memang orang cakap panas tu, kalo letak telur dalam semangkuk air paip, masak telur tu. Bayangkan seminggu saya kerja 2 minggu saya demam. Like, ahhahah kesian la boss masa tu. Dia pun naik risau. Hari ni turun esok demam. Sampai dia tak percaya pulak aku demam. Somehow masa tu rasa collapse betul la. Masa tu pulak, saya nih bukan la jenis yang suka minum air masak. Memang habis segala air dalam badan kena sedut. Lastly, my boss suh berenti. Sebab kesiankan saya and dia pun tak nak rugi. Lepas tu, my old madam kat shopping mall called cakap ada vacancy. Masuk la kerja shopping mall yang selalu sejuk macam kalah gunung Everest la gamaknya. *Ni menipu*   Sebulan dari tu, hidung ni gatal2. and merah2. Thought sebab saya ada silap makan ke hape, sebab saya ni memang allergic tu wujud dalam badan. Lemah badan mung tuh~  My boss sampai concern muka saya selalu pucat maam mumai tak minum air ha~ hari2 dia datang check up, 

"Are you already drink water today?"

"Where's your bottle? Isn't empty yet?"

Lawak la boss masa ni. Lama2 saya naik heran. Dah minum air, Dah stop apa2 saja jenis makan yang boleh jadi sebab allergic, tak juga hilang. Sampai orang ingat saya diet pulak. Sedangkan masa tu, kuruih dah. Masa tu memang noob betul la pasal muka sendiri. Asal terima gaji, sibuk cari moisturizer yang sesuai. Sebab dia gatal tau. Pakai moisturizer tu, bertambah la gatal sebab kot dia nak repair skin yang dah dikacau oleh tangan durjana nih. Tapi saya kan noob tadi, tak paham. Ingat gatal sebab dia tak sesuai. Tukar lagi. Sampai last2 terdetik dalam kepala, aku ada allergic lain ke? Try tanya encik google. 

itching and redness face. 

Memang clueless habis la. Sekali pap! what? ROSACEA? he~ apakah ini? Dan mula2 macam tak terima hakikat sebab majoriti omputih yang kena. Asian pulak mereka yang non muslim la biasa kena. And me like?? OMIGOD~~ what?? 


Memang tahap kronik shock dia. Since dari tu, saya buat experiment atas diri sendiri. Nak check trigger dia apa. And, sampai sekarang experiment saya tak berhenti, sebab nak kumpul bukti yang saya confirm ada rosacea. Nak pegi skincare tak mampu. Told my parent, they  just think it because resdung. haiya~ 

Risau jugak kang muka saya ni dah tak serupa orang. Actually masa tengah tulis ni, rosacea happen on my nose. and sangat gatal. Rasa macam hidung dah macam hidung randolph. Merah menyala. Sebab semalam saya tersilap makan. TvT 



DID YOU KNOW????


Mereka juga adalah pesakit rosacea :)


CARA UNTUK JAGA MUKA ROSACEA:

1. Alert pada bahan2 ini dalam skincare anda:
microderm, peels, exfoliation, benzoyl peroxide, salicylic acid, glycolic acid and retinoids

2. Biasa kan la diri dengan perkataan Gentle, mild, nourishing, hydrating, calming and soothing bila anda mencari skincare. 

3. Lebih elok kalau cari yang anti fragrance dan anti inflammatory. 


Based credit: Beautyeditor menyenaraikan beberapa jenis produk yang mungkin sesuai untuk anda. 

Dan kebanyakannya mahai bapok~ chikai saya untuk cekau benda nih. So far, I already used: 



1. Hada Labo Moisturizing set


Feedback: Masa pakai tuh muka okay, tak ada selalu kering but lama2 dia jadi berminyak sangat. Lagi2 bila pakai moisturizer dia, and buat outdoor thing. Tapi, bila dengan pencuci muka dia, my face jadi kering yang amat dan berflacky. 


2. NEUTORGENA: Hydro Boost Facial Cleanser



Feedback: Disebabkan pakai pencuci muk Hada Labo, muka saya jadi kering, so saya try pencuci muka lain. Pakai ni okay. Tapi macam tak ada effect je. Macam sekadar cuci je la. Jangan tak cuci.


3. Bio-essence Hydra Tri-Action


Feedback: Yang ni pun probs pencuci muka. Yang lain okay. 



4. Bio- essence Bio Miracle Soothing Cleanser




Feedback: Okay. Lepas cuci tak ada kering sangat. 

Tu semua past product I already tried. Currently I use these combination:


5. Always 21 Aloe Vera Moisturizing




Feedback: tak tukar mana2 lagi sampai sekarang


Dan juga ini.. Always21 Nature & Refresh Aloe Vera Foam Cleanser

Product Always21, senang nak dapat kat Melaka, tapi bila balik Miri, entah mana nak cari. Nak ganti dengan Nature Republic punya ritu, tapi stock always habis. *sigh*

Currently untuk pencuci muka, I try this one:

7. Simple: Facial Wash Gel.


Feedback: Yang ni baru betul membersihkan. And betul-betul refreshing. 


Somehow, kadang-kadang product untuk sensitive skin tak kena dengan muka kita even kita sendiri dah sensitive dah. Adik-adik jenuh marah, saya dok tukar pencuci muka. And keluar falsafah:

"Kadang-kadang muka tak sensitive mana pun, tak sebab kita dok pakai yang sensitive, makin sensitive la dia. "

Susah. Kalau sendiri tak mencuba. :) Penat buat experiment tau. Kena berani. Kalau ikut kan rasa, malas nak cari semua ni, rimas. Lagipun, saya keluar pun tak pakai make up, sunscreen or sunblock pun tak pakai. 




Saya cuba yang ni. Nature Republic California Aloe Sun Block 
Tapi, mangai bau dia. phew~ 

That's why saya malas nak kuar. hehe Jadi la puteri gua. Dok bertapa dalam bilik sambil online. Tanpa sedar, berjela warkah tentang rosacea tu. In syaa Allah, ada rezeki nanti nak buat appointment dengan Dr.Ko. heheh 

Selanjut tentang rupa rosacea >>ROSACEA FACES<< Seram pulak saya tengok yang kena kat hidung tu. Ado~ bahaya ni kalau dibiarkan melarat. :'( 

Bila dilihat, di Malaysia jarang sebut pasal Rosacea. Satu artikel saya jumpa was post last few years. Omaigad~ And the product so hard to find. Maka, marilah kita buat experiment beramai2. hehe 
Dan paling sedih, apabila rosacea ni masih tiada penawar. Air wudhu' je la penawar terbaik. 

Senang kata, jaga la diri. Minum air banyak-banyak. Kurangkan aktiviti luar bila tengah panas. Pesan Rasulullah SAW.. 

"Lebih baik mencegah daripada merawat." 





12 ulasan

  1. hi nice sharing done folo, folo me back ;)

    BalasPadam
  2. Hi, awk dah jumpa doktor ke berkaotan masalah awk ni? Dpt dikurangkan x merah2 muka tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. blm jumpa doc, but it's getting better now.. :D

      Padam
  3. Bagaimana caranya bisa getting better kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. using a suitable skincare, of course with try and error method and also control my pemakanan.Cause somehow my pemakanan jugak dilihatnya mempengaruhi sebahagian besar utk itu. 😊

      Padam
  4. assalamualaikum hai . bole share keadaan klit skrg mcm mne ? n ad jmpe dr pakar klit x ? pkai produk ap Je skrg ya ?

    BalasPadam
  5. assalamualaikum. hai . bole the keadaan klit skrg mcm mne ? da baik ke ya ? n ad jmpe dr pakar klit ?

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen di blog ini. 😘

Komen akan dibalas selepas diluluskan. Sebarang yang berunsur spam dan dari tidak bernama tidak akan dilayani.

Jaga diri ❤