Rabu, Julai 20, 2022
Beraya ke Perkampungan Lima Bersaudara, Duyong Melaka
Jenuh la kalau selalu ke Melaka, dah tepu tak tahu ke mana nak tuju kan. Jadi kali ni En.Suami bawa kami anak beranak ke Perkampungan Hang Tuah bersaudara di Duyong, Melaka.
Tengahari dan waktu bekerja waktu paling ideal berjalan di Melaka ni. Lagi-lagi tempat bersejarah begini. Tak ada manusia yang bersesak ke sini melainkan lawatan sambil belajar. Dengan bayaran RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak, bawah 5 tahun percuma kemasukannya memang sangat aman terasa macam kampung itu kita yang punya. Haha
Apa lagi - bebas la anak-anak berlari bermain dan merasai keunikan rumah papan ni. Majoriti rumah sekarang batu simen. Tak ada lagi sanak saudara kami yang masih mendiami rumah papan begini. Ini la masa kita bagi mereka mengenal rumah zaman dulu kala.
Perjalanan dimulakan dengan menziarah Muzium Hang Tuah dan mempelajari serba sedikit sejarah Hang Tuah dan saudaranya. Asal-usul keris dan beberapa sejarah Melayu yang bermula di Melaka. Seronok. Aien pun dah tak ingat berapa lama dah tak jejak kaki ke Muzium. Walaupun dulu belajar di KUIM (Kini Unimel) tempat gini bukan la kegemaran. Haha
Selasa, Julai 19, 2022
Berjalan Raya Haji di Banda Hilir dengan baju kurung
Salam Aidiladha yang lalu - Baru ada mood oi nak menaip semua ni. Simpan semua kenangan di merata tempat. Nanti dia pandai la naik peringatan yang kita dah ke mari.
Cuti lama di Melaka - raya haji pun tak ada rumah siapa nak ziarah kami berjalan ke Banda Hilir buang lemak yang terkandung. Haha Anak-anak bising dah pakai lawa-lawa tapi duduk rumah aje. Maka ayahnya angkut la ke mana saja, janji jalan. Berapa kali dah ke Melaka dengan dorang triple N, cuma tiap kali sampai ke Banda Hilir ni mesti dorang dah lena. Tak mau ganggu tidur mereka. Lajak aje la.
Ini kali dapat juga berjalan dengan berbaju kurung hasil jahitan tangan gigih seorang Ibu. Kah! Gigih sungguh la kan. Comel aje tengok dorang berbaju kurung. Next raya panjang umur in shaa Allah, Ibu cuba jahit baju raya kita sekeluarga. Paling tidak baju suami aje la hantar kat orang. Haha
Banda Hilir begitu la bila cuti umum. Orang ramai itu biasa. Penuh di sana sini itu lumrah. Jadi kami jalan-jalan saja la enjoy the moment. Sambil-sambil snap gambar, beli kudapan sikit alas perut.
Lepas dah ambil gambar sana sini -ayahnya bawak pulak ke taman permainan di sebelah Taming Sari walaupun jauh berjalan dari tempat parking. Weh, kejung kaki. Lama nau tak senaman begini. Najmi dok tanya.. Nak ke mana lagi. Haha Siap tak nak balik kau.. Akal la anak oi.. Jumpa taman. Main setengah jam, puas hati kami pun pulang sebelum senja.
Panjang la ni cuti-cuti Melaka series ni. Bulan 7 meriah sikit jalan. Bulan-bulan akan datang tak tau la ke mana sebab cuti dah habis. Haha
Isnin, Julai 18, 2022
Salam 3 tahun Abe Izz
Pejam celik (padahal rasa macam lama jugak la) Abang Najmi dah 3 tahun. Pheww... nak hadap tantrum learning proses emosi dan mental dia Ibu dan ayah kena kuat. Ibu la kan terutamanya.
Selamat ulang tahun kelahiran abang! Nak amek gambar fresh hari ni dia tak mau. Shy shy ajee. Hari tu dah saing sekali dengan atok celebrate birthday siap kek. Petang sikit nanti ibu beli kek comel untuk abang ye. Harus ada, sebab kakak dan adik dia dapat sebijik sorang. Kecik pun memadai, janji ada..
Anak bujang ibu dah 3 tahun, semoga membesar menjadi orang berguna dunia akhirat. diberikan terang hati untuk pelajari ilmu panduan dunia dan bekalan akhirat kelak.
Abang, anak Ibu yang membesar dalam kongkongan PKP. Ibu dan ayah masing-masing struggle kawal emosi. Tengok balik koleksi video dia, kebanyakannya nangis. Sedihnya lahai tengok. Ibu simpan sendiri, supaya Ibu sentiasa ingat, jangan asyik nak buat anak nangis je. Jangan tahu buat budaknya, tapi segala tentang budaknya tak nak amek tahu.. Struggle nak memahami dia, sebab kita juga manusia yang boleh tilik hati orang apatah lagi anak sendiri. Sampai ke besar besok pun Ibu takkan paham perangai kamu duhai anak. Ibu cuba buat terbaik semoga kalian membesar dalam keadaan yang baik-baik saja.
Enjoy your childhood moment, jangan stress dan sedih sebab Ibu selalu ada. ❤️
Love, Ibu..