Isnin, Februari 28, 2022
Selamat Memperingati Israk Mikraj : Sebuah perjalanan Agung Rasulullah SAW
Credit image: Mywilayah.com |
Perbanyakkan doa dan selawat mudahan kita peroleh keberkatan di malam mulia ini.
Sabtu, Februari 26, 2022
E-Book Review: Reunion by Pena Kayu
As you may want to know, Pena Kayu adalah salah satu penulis kegemaran Aien sejak 2016. Novel pertama karya Pena Kayu yang Aien baca adalah Lelaki Idaman milik kakak Aien Dan seterusnya macam karya dia ngam dengan jiwa. So, Novel pertama yang Aien miliki adalah Kerinduan.
Baru-baru ni Aien jumpa instagram beliau dan mula mengikuti perkembangan beliau dan teruja banyak sangat karya yang telah beliau hasilkan. Heee, excited Aien. Mula dah hobi lama masa dara dulu, kumpul novel HAHA
Tapi, zaman dah berubah. Ramai penulis kini menulis dalam bentuk digital disebabkan pandemik dan minat generasi yang lebih kepada bentuk digital. Aien lagi prefer hardcopy. Berbalik pada cerita kita. Hari ini Aien nak review salah satu e-book karya Pena Kayu yang bertajuk "Reunion" .
Sinopsis/ Blurb:
Menghadiri reunion sekolah tidak pernah masuk dalam perancangan Nina. Nina benci zaman sekolahnya. Lagipun Nina ada konflik keluarga. Menghadiri reunion sekolah bermaksud dia perlu balik ke kampungnya dan mungkin akan bertembung dengan mama. Itu bala besar.
"Either you go to the reunion or you lose your job. Dua tu saja."
Kata dua yang menjerat Nina telah pun dilontarkan. Nina mesti ada perancangan yang sempurna mengharungi reunion sekolahnya. Dia bakal bertentang mata dengan si perasan Miss Universe, si pembuat kuih talam dan si pakar penikam dari belakang. Nina pun bakal bertemu semula dengan first crushnya yang tidak pernah tahu pun isi hatinya selama ini. Kalau salah perancangan, Nina yang susah nanti.
Malangnya, Nina lupa meletakkan takdir di dalam perancangannya. Yang sempurna bertukar gempar. Beberapa jam setelah majlis reunion selesai, dia ditangkap berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan!
Lebih parah, mama yang tak pernah mengambil tahu halnya selamanya ini, sewenangnya sahaja meminta dia dikahwinkan. Demi menutup malu kata mama.
Nina bukan gadis pingitan yang akan mengikut telunjuk mama. Mama sendiri memberi contoh tak baik, jadi kenapa Nina nak dengar cakap mama? Tetapi dia luluh setelah isi hatinya diselami.
"Maafkan diri awak. Let the past go. Takkan ada kebaikan selagi awak simpan rasa bersalah tu."
Nina membeku. Permintaan lelaki itu tidak mampu dia proses dengan baik. Dia masih tunduk melihat sepuluh jarinya. Lama sebelum bibirnya bergerak menyusun ayat.
"Kenapa awak nak kisah? Kita bukan kawan pun!" Bagaikan letusan gunung berapi suaranya.
"Because this guilt is hurting you, and because I love you so freaking much."
Ada konflik yang perlu Nina selesaikan. Ada jiwa lelaki yang perlu Nina kisahkan. Kerana kalau tidak diselesaikan, selamanya Nina takkan sempurna.
"Awak nampak teruk."
"Sebab saya nampak teruk, jadi awak sengaja benam perasaan saya supaya saya nampak lebih teruk?"
MY REVIEW:
Selasa, Februari 22, 2022
What a nice date
"Jika hidup, haiwan di hutan juga hidup."
Ringkas tapi padan. Make me realise, betapa jauhnya tersimpang dan leka dengan dunia. Astaghfirullah al adzhim. Eh, cuba kau tanya pada siapa saja. Mana yang tak mau syurga Allah? Kataku pada diriku? Kau mau usaha dong. Balas yang kanan lagik. Lantas si kanan jugak ingatkan...