Sabtu, September 04, 2021
DRAMA SERIES: JINN
MY REVIEW
Jumaat, September 03, 2021
Pemeriksaan selepas sebulan kelahiran Nadhira
Tahu tak korang, bahawa selepas usia sebulan bayi harus diperiksa setiap anggota badan bersama dengan pengawai perubatan?
Walaupun setahun jarak Najmi dan Nadhira, rasa banyak betul perubahan dalam rutin pemeriksaan si kecil ni. Bayi satu bulan tiada suntikan vaksin. Kalau baca di group ibu hamil confirm dok tanya kenapa eh tak ada cucuk lagi? Ehhhhh.. dah misi kata tak ada iye iye la tak da. sibuk nak tanya lagi buat apa. Ini kerana digantikan dengan suntikan vaksin phemucocal pada usia 6 bulan nanti kalau tak silap Aien la. Peraturan ini ditetapkan sejak tahun 2020. Boleh baca di 5 perkara ibu bapa wajib tahu tentang phemucocal.
Berbalik dengan cerita kita, selepas pemeriksaan sebulan, bayi akan diaturkan temujanji bersama pengawai perubatan untuk pemeriksaan tubuh badan. Masa ini bagi Aien untuk memastikan tahap kesihatan bayi sejajar dengan umurnya.
Dan pada 25/8, Nadhira hadir untuk temu janji pemeriksaan ini di Klinik Kesihatan. Selepas memberikan buku rekod kesihatan, harus tunggu sehingga nama dipanggil.
Antara yang diperiksa ketika ini adalah:
- ukur panjang tubuh bayi (ketinggian bayi)
- ukur lilitan kepala bayi
- tahap paras okisgen dalam paru-paru bayi.
Jika najis bayi berwarna kuning pastel bermakna si bayi ada masalah usus atau sistem digestion dia.
Kemudian pengawai perubatan periksa tindak balas Nadhira, tangan dia, jantung dia dan yang berkaitan.
Hasil dari pemeriksaan Nadhira baik-baik saja cuma pengawai perubatan ada meletakkan note di sebahagian anggota tubuh badan lain. Nak baca tak berapa nak faham sangat. Rupa-rupanya dibaca lagi sekali, pegawai perubatan meletakkan catatan yang mengatakan najis bayi baik-baik saja.
Apapun masa kakak Nayla dan Abang Najmi dulu, terlewat sikit pemeriksaannya sebab masa tu dah balik rumah sendiri, jadi set temu janji baru di Klinik Kesihatan sana pulak. Macam ni la rutin bila kita menumpang klinik kan. Next, pemeriksaan dua bulan dan cucuk. Yeay!
ps: Nadhira dah pandai senyum dan respon bila orang cakap dengan dia. ♥
Khamis, September 02, 2021
SUPRISE GIVEAWAY BY AIENIENKA
Suprise suprise suprise!!
You all mesti suka sangat kalau orang buat suprise kan? Dan di sini, sempena bulan kegemaran Aien tiba, nak juga la buat suprise untuk reader Aien yang sudi-sudi datang jengah, tinggalkan komen dan shout out at my blog. Sebagai tanda terima kasih sayang atas kesudian takorang ya teq. Eh, tershasul.
Back to our story, cerita apa yang suprise sangat tu. Here!
SUPRISE GIVEAWAY UNTUK KORANG!
Seperti biasa, setiap giveaway akan ada syarat dan terma yang korang kena ikut and don't worry senang amat ya teman-teman. Jangan boring jangan bosan sebab mana tau ada rezeki korang, will get a suprise box from me. 👏👏
SYARAT UNTUK SERTAI SUPRISE GIVEAWAY BY AIENIENKA
Please do follow my blog first!
Copy banner di atas dan buat satu entry untuk giveaway ini. Don't forget untuk backlink dia tau.
Jika tak keberatan, meh la follow akaun media sosial Aien:
Like page facebook: Aienienka. Button ada kat bawah (mobile user) atau sebelah kanan (desktop user)
Story sikit the best suprise yang korang pernah dapat sebelum ni.
Publish the entry, and tinggalkan link di komen bawah.
Dah siap!
Senang tak tu? Kalau tak senang lagi… Tak tau la. Hihi Well, every each of contestant akan dimasukkan ke bloglist baru Aien. Nak reboot balik bloglist tu. Macam ada yang dah tak aktif juganya. Nak buang sayang, yet we need to move on beb.
Giveaway ini akan berlangsung dari 2 September 2021 sehingga 22 September 2021.
Jom rebut peluang korang untuk dapat 3 suprise box daripada Aien. Haa, one more thing! there will be another suprise tau. Nak tau apa.. Tunggu sehingga 25hb nanti ya. Moga panjang umur kita bertemu lagi.
Selamat mencuba semua! 😘