Selasa, Januari 26, 2021
Pengalaman pertama minum air gula
Kenapa baru pertama kali?
- Mereka yang mempunyai keturunan penyakit kencing manis terutamanya mengikut susur galur ibunya.
- Mereka yang berusia 25 tahun ke atas.
- Mereka yang sepertinya berisiko.
Prosedur untuk minum air gula:
- Seawal jam 10 malam harus berpuasa. Tanpa makan juga minum.
- Seawal jam 8 pagi hadirkan diri ke klinik. Tunggu sehingga nama mu dipanggil.
- Sebelum minum, darahmu diambil. Kemudian para misi berpesan begini begitu caranya.
- Selesai itu kamu harus meneguk secawan air gula yang pior lagi manis gitu. Haha
- Selepas itu harus juga kamu diam di klinik dengan prosedur biasa check up iaitu kencing dan cek tekanan darah.
- Selepas dua jam (sedari jam kamu minum tadi) harus terpacak depan bilik misi untuk pengambilan darah buat kali kedua.
- Seusai itu, pulang. Namun dipesannya lagi. Jika bermasalah atau tidak mereka akan kol. Baru kamu tahu kamu itu ada kencing manis atau tidak.
- Siap!
Isnin, Januari 25, 2021
Koleksi Istimewa sempena 4 tahun Jimmy Scarves
Koleksi Istimewa sempena 4 tahun Jimmy Scarves | Walaupun Aien baru je berkecimpung dengan Jimmy Scarves ni baru beberapa bulan, namun Jimmy Scarves sebenarnya telah bertapak dalam industri fashion sejak 4 tahun lalu. Wow, jika diibaratkan dia sang anak tak lama lagi nak masuk sekolah dah.
Apa special sangat koleksi ni?
Jumaat, Januari 22, 2021
English Movie: Outside the Wire (2021)
Tajuk: Outside The Wire
Genre: Action, Sci-Fi
Durasi: 1 jam 54 minit
Pelakon: Anthony Mackie, Emily Beecham, Kristina Tonteri - Young, Bobby Lockwood
Sinopsis: Mengisahkan seorang pemandu drone disatukan dengan pengawai android untuk menyiasat alat hari kemusnahan di sebuah lokasi yang tidak boleh dijejaki oleh para tentera.
Spoiler Alert!
Falcon!! First biar Aien jerit dulu. Actually encik laki yang nengok movie ni . Kita tumpang la sekaki. soalan pertama semestinya, Dia ni bukan berlakon dalam Marvel yang jadi Falcon? Ke.. Apa tu.. Encik laki kata iye. Maka nonton ler laki bini.
Leftenan Thomas Harp masih tak faham kenapa dia kena satu misi dengan Captain Leo ni ke tempat yang dia sendiri tak pernah jejak.
Al-maklum dirinya cuma pemandu drone je. Buat kerja berdasarkan skrin semata. Tetuba kena keluar padang untuk mencari alat nuklear yang direbutkan oleh pihak AS dan Russia.
Konflik bermula bila Leo dan Harp bertemu dengan Jeneral Viktor Koval punya tentera yang cuba menghalang perjalanan mereka. I was tak faham sangat pada mulanya. Kenapa dorang macam berasingan dengan tentera yang lain. Rupa-rupanya dorang ada misi tersendiri.
Leo bawak Harp ke tempat yang dikatakan sumber risikannya, bertemu dengan Soffiya. Berjumpa dengan Soffiya membuka perspektif baru pada Harp.
Bila Leo dan Harp perolehi kod rahsia untuk senjata nuklear tersebut, tetiba Leo berpaling tadah daripada Harp. Siap berpesan pada Harp supaya pulang saja. Namun, Harp ditangkap oleh orang-orang Soffiya.
Di situ Soffiya memberitahu hal sebenarnya tujuan Leo mencari kod rahsia itu. Rupa-rupanya senjata nuklear itu bukan la untuk serang russia, akan tetapi menyerang AS kembali.
Asal tujuan Leo supaya dia dapat membunuh pencipta dirinya yang cuba untuk menghancurkan dunia dengan peperangan. sekaligus melenyapkan semua rakan seperjuangannya. Namun, bagi Harp itu adalah mustahil. Ada lagi jalan perdamaian lain.
Sudahnya Leo mati di samping boom nuklear tu sendiri setelah dapat ditangkap oleh Harp. Dan boom itu berjaya dihentikan dengan tembakan drone.
The end.