Rabu, Mei 17, 2023

Chinese Drama: Forbidden Flower (2023)

 


Chinese Drama: Forbidden Flower 

Drama ini mengisahkan tentang percintaan winter-summer antara Xiao Han tukang bunga dan He Ran puteri terkurung. Lama dah simpan drama ni dalam wishlist sebab macam best tapi disebabkan dia melodrama, jadi kita tahan la dulu nak tengok sebab takut boring. 

Sesungguhnya memang BORING! hahaa Nasib ada 24 episod je dan ending dia sangat.. Laaaa? gituu je  ke? 

Sinopsis Forbidden Flower 

He Ran ingin belajar dunia luar memandangkan dirinya selalu terkurung dan sedang mengalami personal growth as adult. Sehingga dia bertemu dengan seorang excellent horticulutrist, Xiao Han. Kisah lampau Xiao Han penuh misteri dan memilih untuk menyendiri memikat hati He Ran untuk berkenalan dan rapat dengannya. Bersama mereka bertemu missing pieces of each other. Bersama He Ran dan Xiao Han mendapat semua keyakinan diri masing-masing dan mula menjadi yang terhebat untuk diri sendiri. Bagaimana kisah mereka antara lautan lukisan dan bunga? 

Ahh sinopsis aku pun translate dari asianwiki, harap kome pahe la ehh. Oh drama ni adaptasi dariapda novel karya Taihui Guilai bertajuk He stands in Gorgeous flower.

Senang cerita He Ran ni dia ada sakit selepas kematian ayahnya seorang pelukis terkenal, dan sejak dari itu, dia sentiasa terkurung dalam rumah. Disebabkan dia remaja yang penuh dengan sikap ingin  tahu dia curi-curi keluar apabila ketiadaan ibunya. Sehingga dia bertemu dengan Xiao Han, menjadikan jejaka itu satu-satunya lelaki dicintai He Ran seumur hidupnya. 

Sangat suka karakter He Ran sebab dia tak give up dengan penyakit dia tetap mencari cinta sejati. 


Review Forbidden Flower



Walaupun pace drama ni agak slow dan nama pun melodrama kan, suka sangat dengan cinema graphic drama ni. and , bunga dalam ni semua lawa. Paling tak boleh tahannya apa tau, Jerry Yan berlakon dengan pelakon muda. Heroin dia berlakon dalam drama Perfect and Casual memang bersahaja lakonan dia. 

Walaupun macam banyak hot scene tapi aku rasa itu untuk promosi dia saja sebab nak bangkitkan semangat chinese fans nak tengok. Ikutkan macam.  Haha Biasa je la. sedih pun ada sebab sudahnya He Ran mati. Nasib baik Xiao Han dapat tahu yang dia sakit dan leukimia dia relapsed. Dan mereka berkahwin dan dapat peluang mati di pangkuan yang tersayang. 

Kind of rushing ending dia sebab ehh ehh ehh ehh.. Lahhh.. nak jugak tahu mak He Ran tu dapat bercinta dengan staff dia tak? Pahtu dunia ni kecik sangat. Sebab staff dia tu senior si He Ran. Haha 

Patut ada chinese drama fans cakap dorang stop tengok sebab expectation dari trailer macam best, but if you berjiwa seni boleh tengok ni. Macam I.  Haha bertahan sehingga episod terakhir sebab keunikan cinema graphic dia lawa and dia bawakan bangsa yang jauh nuuu di sebelah sejuk sana. 

Ada benda nak taip tadi tapi lupa anak ajak sembang pulak. Haa, dalam drama ni banyak highlightkan tentang bunga jugak sebabkan Xiao Han kan tukang bunga. 

Pada mulanya Xiao Han macam takut nak terima cinta gadis muda macam He Ran ni, pahtu bila dia dapat tahu rahsia disembunyikan oleh He Ran, dia bagi He Ran bunga chrysanthemum pink untuk He Ran di laman rumah gadis tu. 


Kind of sedih sebab dia nak sambung belajar dan tinggalkan Xiao Han. Drama ni boring tapi best. Dia ada part yang if korang nak look forward tentang drama ni boleh tonton di WeTV atau Youtube. 

Again, why chrysanthemum, sebab katanya untuk chrysantemum ini berbunga, dia kena tunggu bunga lain luruh dia baru dia berbunga. Sebab bagi Xiao Han, He Ran adalah wanita terakhir untuknya. 

Plus, Soundtrack untuk drama ni sedap belaka. Erghhh!! Dua hari ni dok main koleksi OST drama ni. Heee~ 


Memang fefeeling sungguh la drama ni. Nak try layan drama Jerry Yan yang satu lagi tu. Harap dapat masuk sebab heroin dia pun muda jugak dari Jerry. Hero taiwan pujaan ramai dahulu kala ni. 

Selasa, Mei 16, 2023

Selamat Hari Guru 2023

 


Happy Teacher's Day! 


Guru, 

memberi inspirasi pada anak muda.

Pendidik bangsa untuk terus maju dalam pembelajaran,

Semangat juang mereka kita semarakkan,

Semoga terus kuat dalam mendidik generasi hadapan. 


Filem berkaitan guru 

Wahh, jika kelmarin kita dah kongsikan drama Korea tentang keibuan, mari kali ni Aien nak kongsi dengan korang filem pada Aien member i inspirasi tentang tugas seorang guru. Guru itu perlu ada semangat yang kuat dalam mendidik anak-anak yang kian mencabar dengan kemajuan. 

I once jadi guru tadika. Give up because I don't have that sabar. 😪 Sian anak orang ui. Jangan kerana wang saku, kita korbankan anak-anak dahagakan ilmu. 

Back to our story, nah ini filem yang Aien dah tengok dan nak kongsi dengan korang . 

1. 3 idiots (Hindi) 

Ini merupakan filem lejen lakonan Aamir Khan, tentang 3 sahabat belajar dalam bidang engineering. Memang mencabar siapa jadi cikgu budak bijak macam ni. Professor dia pun surrender. Tapi, apa yang seronok pasal filem ni, semangat mereka tak pernah luntur baik daripada kalangan pelajarnya mahupun gurunya. 


3 idiot

2. Taare Zameen Par (Hindi) 

Ini Aien tengok atas saranan kakak yang memang minat hindustan. Wahh, best sangat dapat juga sabar macam ni. Tetap gigih meneladani anak murid dalam menelusuri alam persekolahan. Lakonan Aamir Khan juga ni. 
.

  

3. The Teacher's Diary (Thailand) 

Filem ni tengok alahai, menguji sungguh seperti di kalangan pendidik yang mengajar di luar daerah. Dengar cerita, filem ini berdasarkan kisah benar. 



Alahai sikit je filem tentang guru kamu tengok. cuba la korang sarankan lagi drama atau filem yang boleh Aien tengok tentang cikgu ni. Kalau pasal budak sekolah tu banyak la kan? Haha 


To Nayla cikgu, happy Teacher's Day! 

Isnin, Mei 15, 2023

Drama Korea: Big Mouth

 


Drama Korea: Big Mouth 


As memula ingatkan Big Mouse ke Big Mouth menceritakan tentang corruption dalam dunia Korea ni. Lakonan Lee Jong Suk dan Im Yoona (SNSD) memang mantap. 
.

Lee Jong Suk seorang penguam muda yang tinggal menjadi kambing hitam golongan politik dan melibatkan gila kuasa. 
.

Actually bukannya aku tengok penuh pun, tapi memandangkan husband layan kita layan la jugak kejap-kejap. Masalah dia ni, tak nak jadi spoiler. Haha 
.

Makanya aku skip terus pada pengakhiran drama ni saja. 

Sinopsis Big Mouth 

Ahhh, Sinopsis dengan menceritakan Park Chang Ho lakonan Lee Jong Suk seorang peguam dengan rate kemenangan setakat 10% sahaja. Tapi dia seorang yang banyak cakap dan kerana itu gelaran 'Big Mouth' diberikan kepadanya.  Tanpa disangka Park Chang Ho dituduh terlibat dalam satu kes pembunuhan dan disaspek sebagai genius swindler Big Mouse. 
.

Go Mi Ho lakonan Im Yoo Na isteri Park Chang Ho seorang yang cantik dan sangat bijaksana orangnya. Dia juga menjadi tulang belakang membantu Chang Ho menjadi peguam. Mengetahui suaminya terjebak dengan genius Swindler Big Mouse, dia cuba membantu untuk bersihkan nama baik suaminya. 
.

Review Big Mouth

Drama yang ditayangkan pada tahun 2022 ini aku (suami aku) baru nak tengok sebab kadang-kadangnya tak suka nak menunggu setiap episod baru keluar. 
.

Baru faham kenapa tajuk dia Big Mouth. Walaupun ending dia tak la berapa nak best sangat tapi puas hati bila Chang Ho dapat juga tamatkan riwayat Choi Do Ha yang sangat licik tu. Geram aje aku tengok kan. Dia agaknya memang sesuai bawak watak polos tapi sebenarnya licik seperti dalam The Glory tu kan? 
.

Dia telah mengakibatkan berjuta rakyat Korea sengsara pahtu berharap agar rakyat sokong dia sebagai datuk bandar. Adeh, orang jahat memang senang nak menang kan? Kesiannya lahai. 
.

Ending dia macam nak ada sequel lagi tapi tak tau la kan, sebab nak jugak tanya apa kejayaan yang dapat dilakukan oleh Chang Ho as Big Mouse dan juga peguam? Adakala sesetengah orang jahat tak dapat dibanteras dengan undang-undang. Itulah gunanya Big Mouse. Di Malaysia ada netizen kan? Hahaha