Selasa, Mac 21, 2023

Tahniah Cadbury dan Mydin pecah rekod, Kuih Raya dari Hati

 


Cadbury Dairy Milk x Mydin ; Kuih Raya Dari Hati (Edisi Johor) 

Allahumma solli ala muhammad 

Direzekikan dapat turut serta meraikan kempen Kuih Raya dari Hati anjuran Cadbury dengan kerjasama Mydin. 


Memang meriah, memandangkan hari Jumaat Aien amek saja slot petang, sebab anak-anak pun dah tidur serta masa tu tak ada rushing sangat dengan kerja rumah. 
.

It's fun! Walaupun sakit pinggang. Lagi fun bila dapat jumpa chef forensik ke baking terkenal di media sosial, Shafique cute tu dan juga pengacara Jalan Jalan Cari Makan yang sangat ramah, Nazrudin 'Naz' Rahman. Excited sangat wei! .


Anak-anak pun sama teruja bila tengok coklat merata. Niat asal nak ajak Nayla baking sama, tapi dia terlalu teruja tengok ayahnya bawak adik-adik main kereta di tingkat atas. 




Setting tempat buat biskut Tart Coklat untuk para peserta. Bayangkan dalam satu slot Cadbury boleh perolehi hampir 400 biji biskut untuk didermakan kepada badan amal melalui Mydin. Uish, proud sangat! 



Ramai warga JDT turun padang meraikan kempen ni. Masing-masing semangat dan tunjuk kepakaran dengan gaya tersendiri. Macam-macam juga ragam yang ada sepanjang 3 slot berlangsung pada 17 Mac hari tu. 


My port! Setiap peserta diberikan sebekas doh biskut yang sudah dibancuh terlebih dahulu. Jadi tugas peserta ni cuma tekap saja biskut tersebut. Memang mengeratkan silaturrahim keluarga Malaysia melalui makanan begini. Moga orang yang makan biskut yang Khafisah buat terang hatinya dan berlapang dada dengan setiap ujian yang Allah anugerahkan kepadanya. 


Terlalu fokus sebab tak percaya dapat bersua orang yang selalu ditengok dalam media sosial dan kaca televisyen. Teruja! Mula-mula masa Shafique cute tu nampak di kaunter pendaftaran me like — eh siapa eh. Lagi-lagi tetiba dia tanya, nak daftar ke? Public or media? Me like. Media. Dan dia berkata lagi bukan public. Bukan. Sorang je media ni. Tentera kecik lagi. Haha


Selesai pendaftaran, as usual anak-anak la jadi mangsa model. Dan chef forensik ni nak interframe. Haha Biar la. Simpan kenangan. Dah la selalu la jugak follow kalau dia buat biskut dulu masa PKP. Masa tu dia baru naik dengan biskut dan kuih lejen. Sekarang ni dah meluas karrier beliau dan I pun dah tak terdaya nak follow. Begitu la orang yang tak ada la berapa taksub dengan namanya influencer ni. Haha kenal begitu aje le. Shafique ni kalau ditanya pada anak muda ramai tak kenal, yang kenal dia mak cik- mak cik aje. 

Ehh, terpanjang pulak cite pasal dia. Haa~ korang boleh la stalk Instagram atau media sosial si shafique yang sekarang giat menjual sambal bilis pedas dan dendeng rendang ke apa ntah tadi tengok. 


Proses pembikinan Tart Coklat ni. Adehh sakit pinggang wei. Walaupun daku pendek, tapi meja ni lagi rendah. 


Serabut dengan glove tu, tapi kita kan nak bagi kat orang. Kena la jaga tatasusila dan kebersihan SOP pemakanan gituu. 


Okay, I so struggle wei. Mak!! Nak bukak glove boleh tak?? Haha Sekali chef datang. Haa, dipanggilnya aku mak cik. Ehh. 


Nasib lulus di mata chef walaupun sendiri rasa macam ada nipis ada tebal. Terima kasih cik suami sudi snap-snap gambar. Bini dia dah tak ingat dah haa. Rekod video pun tak dan edit lagi. 


Sebagai kenangan, mark Naz said husband rare sudi jagakan anak bini buat biskut. eheh pilihan saya memang rare. Kan? Haha Kalau tak , tak ada la menyeberang laut ni haa. 


Event begini la baru berjumpa dengan rakan JDT blogger lain. Kekangan anak kecik, dapat angkut tentera bersyukur sangat. Mereka pun gembira ibu bagi sebalang biskut raya dan coklat. 


Selesai menunaikan tanggungjawab, Cadbury memberi sedikit goodies tanda terima kasih pada orang awam sudi turut serta menjayakan program mereka. 

Tahniah juga buat Cadbury dan Mydin kerana berjaya capai misi mereka sehingga slot terakhir semalam di Mydin Mutiara Rini Johor Bahru berjaya mengumpul 25, 000 biji kuih tart coklat untuk diagihkan kepada badan kebajikan. Dengan ini juga, kempen Kuih Raya Dari Hati ini juga berjaya mencatat nama dalam The Malaysian Book of Records buat julung kalinya. Tepuk banyak!! 


Sempena kempen ini juga, sejak 1 March 2023 sehingga 30 April 2023 ini, berlangsung juga membeli product Cadbury Dairy Milk dan berpeluang meraikan Aidilfitri bersama barangan duCK x Cadbury yang bernilai seperti tertera di gambar. Nice kan? 

Dapat voucher lagi tu.. Jom sertainya sekarang! Boleh layari facebook Cadbury untuk info lanjut: 











Isnin, Mac 20, 2023

Terima hadiah giveaway dari theafterlight.co

 


Menang giveaway di instagram 

Allahumma solli ala muhammad 


Hi hi! excited sangat tetiba ada ninja van hantar parcel. Ingatkan another item untuk di-review, tapi tidak. Dengan kotak besar dan serba wangi walaupun dah berbungkus plastik membuatkan daku tak sabar nak unboxing. 


Contest giveawat yang dianjurkan oleh theafterlight.co di instagram mereka mengajak para peserta wishes pada siapa yang mereka sanjung. And this is mine~ yang sangat selfish dan heartless we called it. ^,^


Bunyi macam sadis, tapi apa yang ada dalam fikiran dan tiada siapa juga saya mau tagged masa tu, so  tandakan saja account personal lagi satu. Dan tak berharap menang sebab rasa macam ramai jugak contestant dia. Masa dia buat cabutan tu pun ada dalam 8 orang barangkali. Alhamdulillah rezeki pada guwe yang teringin benaran punya haruman reed stick ataupun lilin. ataupun sesuatu yang wangi bah untuk rumah. 

.

Who is theafterlight.co? 

Ikutkan posting pertama mereka di akaun instagram adalah pada tahun 6 November 2022 dan mereka berpusat di Damansara, Kuala Lumpur. Anak tempatan menghasilkan lilin bau esklusif begini dan jika dilihat pada style instagram mereka seolah daripada luar negara. 
.

Memang proud sungguh. Semalam baru saja pihak admin mereka DM kata set lilin yang sepatutnya pemenang terima as —Fresh Bloom tu tak berapa nak menjadi, so dia suggest the other one. Dan hari ni dah sampai! Me so excites laa~ 

Oh, theafterlight.co juga mempunyai shopee mall juga tau. teruskan membaca, nanti I tinggalkan link untuk korang cuba lilin mereka. 

Lilin mereka berasaskan coconut-soy wax dan selain daripada lilin, mereka juga menjual wangian lain seperti reed stick untuk bilik serta linen and pillow spray.

We got lilin, reed stick and spray for linen from theafterlight.co


Masya Allah semoga murah rezeki selalu seller yang pemurah begini. Jika dilihat mengikut harga asal, sekotak yang lengkap 3 set ni mahu juga sampai seratus setengah. Itu la, rezeki sangat sebab Aien memang lama nak beli, tapi selalu fikiran berubah tatkala ada duit. Makan lagi penting. haha Padahal sendiri suka wangian. Perempuan, siapa saja suka bau busuk, kan? 



Comel sangat gift set dia. Mungkin juga boleh hadiahkan buat yang tersayang, dari nak merajuk tak jadi dapat wangian sebegini rupa. Naik terus senyuman di wajah. Bila diambil gambar jadi lawa flatlay saya. Haha 
.

Seperti gambar di atas sana tadi, dalam kotak ini ada lilin bersama pouch bag-nya, reed stick bersama wangiannya dan tak lupa wangian dalam bentuk spray untuk room, linen dan pillow. I try spray, masya Allah.. Sedapnya bau~ Huwaaa.. terasa diri dihargai gitu.. 
.

Untuk lilin, sebagai ganti Fresh Blossom seperti pihak admin bagi pilihan, I pilih After Rain — smell nice with moss, fir needle and fresh leaves. Dan bau dia memang nice sangat!! After rain. Imagine bila korang down, hidu something yang nice macam ni. Healing rasanya. Esok I nak cuba bakar pagi, untuk gather mood pagi. 
.

Selain dari itu, Reed stick named —Another Dawn yang sebenarnya seller nak namakan dia Golden Hours but ntah macamana Another Dawn tu terlekat juga. Dengan bau fresh citrus grapefruit, nectarine dan juga eucalyptus, I try hidu without open it up. This one yang kuat sangat bau dia. Masya Allah nak letak dlm bilik air sayang. Haha Nanti kita cari place mana nak letak dia. 

.

Last but not least, Room Spray which is tiada dalam preview Instagram atau Shopee  lagi, but this one pun nice juga bau dia. Kau rasa seolah berada di Hotel dengan bau esklusif gituu. 
.
Tak lupa juga seller bagi scrunchies as a gift too. Kiut sangat dengan warna estetic. I love it! Thank you very much dan semoga murah rezeki selalu. 
 

Kenot imagine, di masa krises kewangan agak sukar. Seller kecilan begini masih sudi buat giveaway dan beri sesuatu yang begitu expensive. Mungkin next time I should repeat sebab dia memang wangi! If only I had my own money. 
.

But, no worries. sesungguhnya rezeki Allah itu ada, kan? 
.

Korang kalau nak cuba usha theafterlight.co punya lilin boleh (TEKAN SINI) Mari kita support small seller yang berusaha untuk majukan diri mereka. Yeah! 
.

Kalau betul wangi, Aien memang tak tipu tau. Hehe 


Ahad, Mac 19, 2023

Cadbury Dairy Milk dan Mydin Malaysia mengeratkan silaturrahim keluarga Malaysia dengan membuat kuih sambil menghulurkan bantuan — Kuih raya Dari Hati.

 


Cadbury Dairy Milk dan Mydin Malaysia mengeratkan silaturrahim keluarga Malaysia dengan membuat kuih sambil menghulurkan bantuan — Kuih raya Dari Hati. 


Semarakkan kemeriahan Aidilfitri bersama Cadbury Dairy Milk dan MYDIN Malaysia dengan membuat kuih untuk rumah kebajikan serta mencatat nama dalam The Malaysian Books of Record. 


Kuala Lumpur , 8 Mac 2023 - Di bulan yang mulia ini, umat Islam berpuasa untuk memperingati mereka yang kurang bernasib baik dan pada masa yang sama meningkatkan kesyukuran dalam diri. Sebagai pelengkap untuk Ramadan kali ini, Cadbury Dairy Milk menyatukan keluarga di Malaysia menerusi kempen Kuih Raya Dari Hati.


Melalui inisiatif ini, rakyat Malaysia dapat melakukan kebaikan dengan membuat kuih Tart Cadbury yang akan disumbangkan kepada rumah kebajikan. Acara Kuih Raya Dari Hati akan menghimpunkan rakyat Malaysia untuk membuat kuih Tart Cadbury dengan harapan mencipta sejarah sekaligus menerima gelaran “Kuih Tart Coklat Cadbury Terbanyak Yang Dihasilkan Dalam Sebuah Acara” daripada The Malaysia Book of Records.


“Kempen Kuih Raya Dari Hati ini dilancarkan demi mengukuhkan persaudaraan melalui pembuatan kuih dan menyemai sifat pemurah dalam kalangan ahli keluarga. Cadbury Dairy Milk mahu memberi peluang kepada mereka yang menyambut bulan mulia ini untuk mencipta kenangan bersama ketika membuat kuih dan berkongsi kebaikan kepada mereka yang memerlukan. Pada masa yang sama, harapan kami aktiviti ini dapat mencatat kejayaan dalam The Malaysia Book of Records. Tanpa MYDIN, segala hasrat ini adalah mustahil untuk dilaksanakan sendiri dan kami amat bersyukur atas sokongan penuh yang mereka berikan,” Narmeen Khan, Pengarah Urusan MondelÄ“z International Malaysia & Singapore.


“MYDIN amat berbesar hati kerana dapat berganding bahu bersama Cadbury Dairy Milk untuk menceriakan hari mereka yang memerlukan. Amalan berkongsi kebaikan dan meluangkan masa bersama amat ditekankan di bulan Ramadan. Kami juga amat berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif murni ini dengan menyediakan tempat khas untuk Cadbury. Semoga kempen ini akan memberikan secebis memori indah dalam kalangan keluarga serta senyuman kepada warga rumah kebajikan ketika menyambut Hari Raya,” kata Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN).


Acara Kuih Raya Dari Hati ini akan dijalankan di seluruh Malaysia di cawangan-cawangan terpilih seperti berikut:


● MYDIN Bukit Mertajam, Pulau Pinang (12 Mac)

● MYDIN Subang Jaya, Selangor (13 Mac)

● MYDIN Tunjong, Kelantan (16 Mac)

● MYDIN Mutiara Rini, Johor (17 Mac)


Sesi membuat kuih Tart Cadbury turut menampilkan chef selebriti seperti Dato’ Fazley Yaakob, Sue Razip dan Mohd Shafiq bin Zulkarnain. Untuk menyertai acara ini, peserta hanya perlu mendaftar di laman rasmi Cadbury Dairy Milk https://bit.ly/CadburyMydinRSVP dan layak untuk menerima baucar beli-belah MYDIN.



Welcome note daripada famous host dan personality, Nazrudin 'Naz' Rahman. 


Q&A session with Narmeen Khan -
Managing Director of Mondelez International
for Malaysia and Singapore, and Tuan
Ahimmat bin Mydin, Executive Director,
Mydin Mohamed Holdings, hosted by emcee
Nazrudin Rahman.


Q&A session with Narmeen Khan -
Managing Director of Mondelez International
for Malaysia and Singapore, and Tuan
Ahimmat bin Mydin, Executive Director,
Mydin Mohamed Holdings, hosted by emcee
Nazrudin Rahman.


From left to right:

1. Chief Marketing Officer of The

Malaysia Book of Records, Mr. Jwan

Heah Yeow Hooi

2. Senior Marketing Manager of Malaysia

& Singapore Chocolate, Ng Boon

Siew

3. Executive Director of Mydin Mohamed

Holdings, Datin Wira Dr Hajah Siti

Hawa Mohd

4. Executive Director of Mydin Mohamed

Holdings, Dato' Murad Ali bin Mydin

5. Managing Director of Mondelez

International for Malaysia and

Singapore, Narmeen Khan

6. Executive Director of Mydin Mohamed

Holdings, Tuan Ahimmat bin Mydin

7. Brand Manager of Cadbury Dairy Milk,

Keane Teoh

8. Deputy General Manager Marketing of

The Malaysia Book of Records, Mr.

Aaron Bong Ken Jin

Introduction of chef Dato’ Fazley Yaakob by
emcee Nazrudin Rahman

Chef Dato’ Fazley Yaakob taking the stage to
demonstrate the baking of Cadbury
Chocolate Tarts


Participants baking their own batches of
Cadbury Chocolate Tarts under the tutelage
of chef Dato’ Fazley Yaakob.


Participants getting their photos taken at the
photobooth


Final group photo with chefs and all
participants after the baking session


Total number of Cadbury Chocolate Tarts

baked at the baking session




Antara kemeriahan ketika baking session berlangsung di Mydin Subang Jaya, Kuala Lumpur


Kemeriahan Baking Session di Mydin Bukit Mertajam, Penang. 



Gambar para peserta di Mydin Tunjong,  Kelantan. 


Kempen Kuih Raya Dari Hati 

Selain itu, kempen Kuih Raya Dari Hati turut menyaksikan kerjasama antara Cadbury Dairy Milk dan dUCK bermula dari 1 Mac hingga 30 April. Dapatkan produk Cadbury Dairy Milk dan anda berpeluang menyambut kemeriahan Raya dengan barangan ekslusif Cadbury Dairy Milk x dUCK. Untuk maklumat lanjut mengenai penebusan di seluruh negara, layari https://bit.ly/CDMRaya23.


Untuk maklumat lanjut, layari Facebook rasmi kami di 

https://www.facebook.com/CadburyMalaysia.