Isnin, Mac 20, 2023
Terima hadiah giveaway dari theafterlight.co
Menang giveaway di instagram
Allahumma solli ala muhammad
Hi hi! excited sangat tetiba ada ninja van hantar parcel. Ingatkan another item untuk di-review, tapi tidak. Dengan kotak besar dan serba wangi walaupun dah berbungkus plastik membuatkan daku tak sabar nak unboxing.
Contest giveawat yang dianjurkan oleh theafterlight.co di instagram mereka mengajak para peserta wishes pada siapa yang mereka sanjung. And this is mine~ yang sangat selfish dan heartless we called it. ^,^
Bunyi macam sadis, tapi apa yang ada dalam fikiran dan tiada siapa juga saya mau tagged masa tu, so tandakan saja account personal lagi satu. Dan tak berharap menang sebab rasa macam ramai jugak contestant dia. Masa dia buat cabutan tu pun ada dalam 8 orang barangkali. Alhamdulillah rezeki pada guwe yang teringin benaran punya haruman reed stick ataupun lilin. ataupun sesuatu yang wangi bah untuk rumah.
.
Who is theafterlight.co?
We got lilin, reed stick and spray for linen from theafterlight.co
Ahad, Mac 19, 2023
Cadbury Dairy Milk dan Mydin Malaysia mengeratkan silaturrahim keluarga Malaysia dengan membuat kuih sambil menghulurkan bantuan — Kuih raya Dari Hati.
Cadbury Dairy Milk dan Mydin Malaysia mengeratkan silaturrahim keluarga Malaysia dengan membuat kuih sambil menghulurkan bantuan — Kuih raya Dari Hati.
Semarakkan kemeriahan Aidilfitri bersama Cadbury Dairy Milk dan MYDIN Malaysia dengan membuat kuih untuk rumah kebajikan serta mencatat nama dalam The Malaysian Books of Record.
Kuala Lumpur , 8 Mac 2023 - Di bulan yang mulia ini, umat Islam berpuasa untuk memperingati mereka yang kurang bernasib baik dan pada masa yang sama meningkatkan kesyukuran dalam diri. Sebagai pelengkap untuk Ramadan kali ini, Cadbury Dairy Milk menyatukan keluarga di Malaysia menerusi kempen Kuih Raya Dari Hati.
Melalui inisiatif ini, rakyat Malaysia dapat melakukan kebaikan dengan membuat kuih Tart Cadbury yang akan disumbangkan kepada rumah kebajikan. Acara Kuih Raya Dari Hati akan menghimpunkan rakyat Malaysia untuk membuat kuih Tart Cadbury dengan harapan mencipta sejarah sekaligus menerima gelaran “Kuih Tart Coklat Cadbury Terbanyak Yang Dihasilkan Dalam Sebuah Acara” daripada The Malaysia Book of Records.
“Kempen Kuih Raya Dari Hati ini dilancarkan demi mengukuhkan persaudaraan melalui pembuatan kuih dan menyemai sifat pemurah dalam kalangan ahli keluarga. Cadbury Dairy Milk mahu memberi peluang kepada mereka yang menyambut bulan mulia ini untuk mencipta kenangan bersama ketika membuat kuih dan berkongsi kebaikan kepada mereka yang memerlukan. Pada masa yang sama, harapan kami aktiviti ini dapat mencatat kejayaan dalam The Malaysia Book of Records. Tanpa MYDIN, segala hasrat ini adalah mustahil untuk dilaksanakan sendiri dan kami amat bersyukur atas sokongan penuh yang mereka berikan,” Narmeen Khan, Pengarah Urusan MondelÄ“z International Malaysia & Singapore.
“MYDIN amat berbesar hati kerana dapat berganding bahu bersama Cadbury Dairy Milk untuk menceriakan hari mereka yang memerlukan. Amalan berkongsi kebaikan dan meluangkan masa bersama amat ditekankan di bulan Ramadan. Kami juga amat berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif murni ini dengan menyediakan tempat khas untuk Cadbury. Semoga kempen ini akan memberikan secebis memori indah dalam kalangan keluarga serta senyuman kepada warga rumah kebajikan ketika menyambut Hari Raya,” kata Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN).
Acara Kuih Raya Dari Hati ini akan dijalankan di seluruh Malaysia di cawangan-cawangan terpilih seperti berikut:
● MYDIN Bukit Mertajam, Pulau Pinang (12 Mac)
● MYDIN Subang Jaya, Selangor (13 Mac)
● MYDIN Tunjong, Kelantan (16 Mac)
● MYDIN Mutiara Rini, Johor (17 Mac)
Sesi membuat kuih Tart Cadbury turut menampilkan chef selebriti seperti Dato’ Fazley Yaakob, Sue Razip dan Mohd Shafiq bin Zulkarnain. Untuk menyertai acara ini, peserta hanya perlu mendaftar di laman rasmi Cadbury Dairy Milk https://bit.ly/CadburyMydinRSVP dan layak untuk menerima baucar beli-belah MYDIN.
From left to right:
1. Chief Marketing Officer of The
Malaysia Book of Records, Mr. Jwan
Heah Yeow Hooi
2. Senior Marketing Manager of Malaysia
& Singapore Chocolate, Ng Boon
Siew
3. Executive Director of Mydin Mohamed
Holdings, Datin Wira Dr Hajah Siti
Hawa Mohd
4. Executive Director of Mydin Mohamed
Holdings, Dato' Murad Ali bin Mydin
5. Managing Director of Mondelez
International for Malaysia and
Singapore, Narmeen Khan
6. Executive Director of Mydin Mohamed
Holdings, Tuan Ahimmat bin Mydin
7. Brand Manager of Cadbury Dairy Milk,
Keane Teoh
8. Deputy General Manager Marketing of
The Malaysia Book of Records, Mr.
Aaron Bong Ken Jin
Total number of Cadbury Chocolate Tarts
baked at the baking session
Kemeriahan Baking Session di Mydin Bukit Mertajam, Penang.
Gambar para peserta di Mydin Tunjong, Kelantan.
Kempen Kuih Raya Dari Hati
Selain itu, kempen Kuih Raya Dari Hati turut menyaksikan kerjasama antara Cadbury Dairy Milk dan dUCK bermula dari 1 Mac hingga 30 April. Dapatkan produk Cadbury Dairy Milk dan anda berpeluang menyambut kemeriahan Raya dengan barangan ekslusif Cadbury Dairy Milk x dUCK. Untuk maklumat lanjut mengenai penebusan di seluruh negara, layari https://bit.ly/CDMRaya23.
Untuk maklumat lanjut, layari Facebook rasmi kami di
https://www.facebook.com/CadburyMalaysia.