Ahad, Mac 19, 2023

Chinta Unlimited by Farah Husaini

Chinta Unlimited by Farah Husiaini

 

Chinta Limited by Farah Husaini

Merupakan karya keluaran Idea Kreatif yang diterbitkan pada tahun 2015. I was didn't expected this book was really santai and love the structure ayat dia buat she really in our world. 

Ter-speaking pulak — Hikayat antara Nur Amani dan Azrul Redza yang nampak biasa tapi sebenarnya luar biasa semenjak pertemuan mereka di Cherating. (teringinnya nak pergi sana) 

Dimulakan dengan satu perhubungan palsu kemudian tidak menyangka mereka bertemu kembali. Never know the takdir will twisted them up. 
.

Sinopsis Chinta Unlimied by Farah Husaini 



Azrul Redza dan Nur Amani. Cinta terbit saat kali pertama mereka bertemu. Tapi semuanya musnah dek kerana salah faham. 

"I ingatkan you ni berbeza. Rupanya you sama as cheap as them... " — Azrul
"You hold a mean grudge Encik Azrul." — Amani
"Ya. Kalau melibatkan soal hati dan perasaan, I memang berdendam." — Azrul

Takdir tertulis. Ada pertemuan seterusnya buat mereka. Mulanyq Azrul berniat untuk membalas dendam. Tapi kalau sejenis yang tak pernah buat jahat, hatinya jadi tak tergamak. Sudahnya, dia 'lepaskan' sahaja Nani. Ingatkan selepas itu, hati akan lega. Tapi rupanya makin kacau dengan kehadiran Aaron. 

"Dah awak dengan dia tak ada apa-apa. Tak salah saya ambil peluang kan? — Aaron 

Nani juga jadi serabut. Dia tak mahu berpaling pada Azrul tetapi dia juga tak mahu beri harapan pada Aaron. Hingga sampai satu tahap, dia terpaksa memilih Azrul untuk mendapakan bantuan. Cumanya, bantuan Azrul bukan datang percuma! Ada terma dan syaratnya. 

"Awak ni nak mengambil kesempatan ke, atau memang ikhlas nak tolong?" — Nani.
"Ikhlas tu urusan saya dengan Allah. Come on, Cik Amani. Kalau nak diikutkan, dalam hal ni awak yang paling untung tau!" — Azrul.

Untung ke kalau sekeping hati yang jadi pertaruhan? Kalau ikut kata Azrul, semuanya nampak mudah. Tapi hakikatny, tak semudah yang difikirkan. 

Adakah Nani akan setuju dengan terma dan syarat Azrul? Jika setuju, cukup banyakkah cinta mereka untuk terus kuat menempuh ujian? 


Review Chinta Unlimited by Farah Husaini

Well —hakikatnya karya daripada Farah Husaini ni kebanyakan macam most of drama ever la kan, a dream become so true bila orang expected cintakan awak. Ahhh gituu. 


But, still I masih suka dengan gaya penceritaan beliau dalam semua karya because santai dan seakan dia memang wujud dalam dunia kita. Bukan dalam novel semata. Lagi satu karya beliau ini tak la heavy duty punya novel sampai you nak kena susun puzzle cantum siapa hero, siapa antagonis dan sebagainya. It's simple! Very simple! 

Dan suka juga dengan karakter Amani yang selamba dan as Drama Queen yang tiada filter. Sebagai seorang yang mudah terhibur, penat nak gelak setiap kali hadam kata-kata Amani ni. Adehh, sampai anak pun tanya —kenapa Ibu ketawa baca novel? Adoi nak.. Ko tak tau novel ni la hiburan ibu tau..

Done first book dari borong novel hari tu. Ada 4 menunggu. But, I rasa ada dua atau tiga I dah pernah beli masa kat Melaka dulu. But for now, not in my collection. Hehe Banyak sangat port menyimpan novel sampai tak tau la mana buku kesayangan hamba semua sekarang. 

See you in next novel. 

Jumaat, Mac 17, 2023

Pengalaman borong novel preloved di Facebook

 

Trusted ke beli novel preloved?

Allahuma solli ala muhammad waala allihi muhammad 


Hehe (giggle$) 

Sejak Januari lalu sakan membeli novel Pena Kayu, kali nak kita borong novel Idea Kreatif daripada facebook pulak. Mentang-mentang ler ada duit an. 

.

Yadoi —al-kisah terjebak dengan satu group jual novel preloved yang dijemput oleh blogger CR a.k.a CtRoxa a.k.a entah ler nok nama sebenar dia apa. Selalu ingat blogger CT je. Haha Maafin guwe dong. Pahtu an, sebenarnya menahan hati juga ler dari nak memborong novel di situ. Tapi dah tertanya, terbeli dan tersampai ke rumah pulak dah. 🤭 Makanya -halal juga la kan. 

 

I was on my way collecting semua karya dari penulis kegemaran kita iaitu Pena Kayu. Tetiba la pulak terjebak dengan semua karya daripada Idea Kreatif ni,but depends pada penulis jugak sebenarnya. Dan dua dalam pemerhatian iaitu Farah Husaini dan Hani Fazuha. Macam best dan santai karya mereka. If best dan rezeki banyak la kan. Nak jugak ler buat koleksi karya mereka pulak. 


Borong novel dari Facebook Trusted ke? 

Sebenarnya was-was jugak la kan. Sebab akak ni kind of macam —but after a  few conversation dan dah beli dari dia, a bit I know dia memang suka beli novel dan tak semua dah dibaca dia. Me like was —banyaknya duit beli novel tapi tak baca. Lagi satu menurut beliau, dia beli secara pukal dan tidak mempunyai masa yang banyak untuk membaca. Ye la, kalau baca novel ni kadang-kadang ada sejenis orang nak fokus dengan jalan cerita dan memahaminya, dia perlukan penghayatan yang sangat mendalam. Tapi bagus juga bila bertemu dengan orang begini. Bila hardcore fans yang nak beli dengan harga murah seperti I ni kan, dapat la peluang memiliki novel impian. Actually tiada la murah sangat sebab dia belum bukak dan baca pun, maka dijual dengan harga buku tersebut. Sama je kan dengan beli novel baru? Tak apa, kita bantu dia melepaskan beban dia. Haha 

 
As far as perundingan dan proses pembelian memang mudah, sebab I pun jenis tak la berkira bila dah tanya, dan ada duit just pejam mata dan jalan saja laa. Laju aja transfer. Senang~ Tapi dalam kepala dok bebel diri sendiri. Dari ko beli novel tu baik kau beli buku belajar anak ko. Ada la pekdah nyeee..  

Suka ati ler aku nak hiburkan hati aku. Otak banyak sangat fikir, but badan masih di situu perlukan booster untuk maju ke hadapan. (Ah,, alasan semua itu) nanti la aku jual balik novel tuu.. (Eleh..  macam la ada orang nak) 


Begitu la seterusnya bermonolog dengan diri sendiri sampai kiamat. Penat la wei ada asistant kiri kanan. Ko imagine kan ehh. Macam kartun yang ada angel and devil left and right tu. Ehh.. Apa kau merapu ni Nor!!!! 

 Konklusinya 

Saya berpuas hati dengan pembelian saya sebab akak tu pergi spam semua novel yang dia nak let go. Dah majoriti masih berbalut dan selesai pembayaran, proses penghantaran mengambil masa dalam 2-3 hari melalui poslaju atau JNT. Dalam hati berdoa, jangan pakai JNT. Kang kantoi dengan laki aku! Haha Nasib akak tu mendengar rintihanku, dan dia menggunakan Poslaju. Poslaju yang dah laju sekarang! 

Dan akak tu siap bagi free gift comel-comel dan cover free postage. Kau bayangkan novel 5 biji ehh buah tu berapa berat dia. Thank you so much akak! 


Dan beliau berkata, jika beli banyak lagi,makin banyak la free gift dia. Nanti dah habis baca botong la lagi. Haha —tambanya lagi. T^T -dan ini aku disudut katil. 
.

Dah boleh puasa makan dan novel ek. Ramadan ni tolong khatam Quran terus. Kalau umi tahu bising dia suh ngaji Quran lagi bagus dari beli novel tu. Jiwa anakmu yang dah jadi ibu ni masih muda lagi. Haha perasan aja kan? 


Nantikan review-review novel yang diborong ini pada posting akan datang. Sampai ketemu!




Rabu, Mac 15, 2023

Berhujung minggu bersama Opah & Atok

Seronok anak-anak bila Atok Miri dan Opah kata nak datang rumah. Ke main lagi sembang, kata Atok Opah kan tak pernah datang sini, (rumah baru) Ibu dah bagi alamat ke? Masya Allah. Anak aku dah makin besar. 

Tiba Atok dan Opah di waktu maghrib sabtu. Ayahnya belom pulang lagi. Barangan banyak pula hendak dihantar. 



Atok Nayla ni memang suka buat suprise. Tak ada kabo kata nak datang. Ibu Nayla ni pulak sejenis lupa nombor telefon. Haha Alih2 mak ayah yang datang buat kejutan untuk cucu-cucu. 

Dorang spend time dengan cucu-cucu. Terima kasih Atok dan Opah sudi datang hiburkan hati cucu-cucu yang selalu tanya Atok Opah bila nak datang. Bila kita nak pergi umah Atok dan Opah. 

Bawak cucu-cucu depa jalan. Sempat juga kami berbeli barang sekolah untuk si Nayla. Huish bukan kaleng-kaleng (biasa-biasa) harga eh. Jika dulu pun dah rasa mahal, sekarang tak payah cakap laa.
.


Set baju ni dengan alat tulis eh, mencecah RM250. Belom termasuk kasut. Ni pun menung lagi nak cari kasut celah mana. Kabo kat ayahnya dia diam aje. Serba salah pulak Ibu berbeli seluar bila tengok keesokan hari Nayla pergi ambil uniform (baju + seluar) . Mati-mati ler Ibu ingat BAJU SAHAJA.  Tak apa la nak, kita standby seluar yang ada tu ha. 
.


Kemudian Opahnya belanja beg sekolah dengan botol air. Wahh, moga murah rezeki Opah eh. Nasib ler Ummi ni sejenis suka nau membeli. Singgah ke mana saja tak  pernah balik dengam tangan kosong. HAHA Balik dari Johor ni pun siap bawak satu bagasi lagi. Adoii.. Kadang seram, kadang senang hati juga dengan perangai umi yang satu ni. 


Alhamdulillah terubat la rindu. Nanti bulan 4 datang la depa ke Malaya. Gitu aje la rutin sejak ayah dah pencen. Kejap ke rumah sana, kejap di sini. Kejap di situ. Merata. Orang suka berjalan, memang begitu. 
.

Dapat peluk cium sebelum Ramadan. Entah sempat panjang umur tidak bersua lagi. Mudahan Atok dan Opah Nayla sentiasa sehat-sehat hendaknya. Semoga juga sentiasa dalam lindungan dan jagaan Allah SWT. 
 

Stay safe, stay healthy Umi dan Ayah. Have safe journey balik Sarawak. 

.

Dah nak hujung minggu lagi, baru update eh.