Jumaat, Mac 03, 2023
March ku masih hambar
Hari ketiga untuk bulan March, baru ada mood nak menulis. Nak tulis semuanya penat, stress tanpa buat apa-apa. It's better duduk senyap, baca la apa benda yang boleh hiburkan hati.
.
Well, today is day-2 of rainy day in Johor Bahru. Kebanyakan tempat ada dah naik air dan banjir. Semoga Allah merahmati mereka. Hujan merapukan satu rahmat dari Allah, sekiranya turun berterusan dan mendatangkan bencana dan musibah untuk peringatan, maka Kau angkat la darjat mereka yang diuji. Berikan kesabaran buat mereka. Semoga semuanya baik-baik saja.
.
February - as much as you may know. Kami berpindah. Ini bulan kedua di rumah ini, dan semalam dikejutkan dengan serangan tikus. Ergh~~ this is why kadang tak la berapa berkenan dengan rumah bawah. Udah ler bahagiam dapur kami tu tiada siling. Dia macam - Masya Allah lagi unsecure tahu - bila tengok tempat masak penuh dengan tahi dan kencing tikus. I know because I tiap malam kemas dapur tu, tetiba bangun penuh habuk dan basah. Heee~ Maka bertambah satu lagi rutin iaitu mengelap tempat masak tu terlebih dahulu sebelum masak.
.
Gosh~ dah la beberapa hari lepas Iolls terbaca di FB ada orang tu kena patuk ular semasa nak membuang, rupanya ular tu lilit di tempat duduk tu. Erghh. sampai hari ni, everytime nak shi shi atau yak terbayang. Ha Ha Ha I is kenot la bertahan 4 tahun lagi sini. Dia macam mental breakdown dengan dapur tak ada tingkap pahtu dapur jadi pusat penurunan kaum tikus.
Nur, kau boleh! Phewwww~
.
This way I tak nak tulis. Once dia tulis dia automatil jadi diary. Hahaha Maafkan guwe. Sekadar ingin bercerita la ni. Mungkin I should write pro and cons rumah bawah dan rumah atas. if you tanya I konfem I jawab rumah atas. Because benda macam ni. Tapi husband sukaa rumah bawah sebab kereta boleh parking depan rumah dan rumah bawah lagi luas dari rumah atas. Begitu la cerita dia takkan habis. Jadi awak la wahai diri - belajar selesakan diri dengan keadaan. Boleh?
Isnin, Februari 27, 2023
Beza Roti Boom dan Roti Planta
Salam Isnin teman-teman, ada yang masih monday blues ke tu?Harap hari ini masing-masing dimudahkan segala urusannya. Dan today nak kongsi dengan korang la permasalahan dan pertanyaan yang bermain dalam kepala sejak dua menjak ni kan.
Dah berpindah rumah ni, sokmo la buat pesanan makanan dari kedai makan di simpang depan nu. Menu tarikan paling senang dan favorite anak-anak suka mengonyel ni adalah roti canai.
.
Beza Roti Bom dan Roti Planta?
Ini yang bermain dalam kepala pasai pa. Pada mulanya Aien memang suka nak order Roti JPlanta sebab terbayang dia rangup dan manis gitu kan. Sekali biras cakap la, "Dari order roti planta baik order roti bom. Lagi syiok!" Me like - apa beza dia?
.
Jawapannya adalah pada ketebalan roti tersebut!
Iya kah? Bagi Aien la sejak dah selalu makan roti canai tu kan. Sekali, dapat roti bom yang terlalu banyak gula dan sangat tak rangup!
.
So, permasalahan di sini adalah berdasar citarasa masing-masing. Ada yang suka roti bom sebab dia punya gula lagi banyak dan tebal rotinya berbanding dengan roti planta yang nipis dan rangup tu.
.
Cuma - bila berjumpa dengan sesetengah kedai, kadang-kadang roti planta dia jadi terlalu oily disebabkan banyak sangat majerin diletakkan. Memula jumpa roti planta memang sedap, manis dan rangup. Perfect! Kali kedua jumpa - mak aih terlalu greasy. Tu yang biras cakap dia prefer yang roti bom.
.
Favorite Aku - Roti Planta!
Me like - sedap la mana2 janji makan dan perut terisi. HAHA . Anak-anak pulak dipesan roti kosong, roti telu, roti planta, roti boom dan roti cheese. Mereka suka ketiga terakhir ni. Nayla prefer roti cheese. Dia kata sedap benda wana kuning yang panjang tu. Yadoi! Itu cheese anakku. Najmi prefer benda manis, which is rpti planta. Jika Nadhira pulak, dia masih ikut orang. Belom ada citarasa sendiri. Masih dalam fasa mencuba-cuba.
Bila dipanaskan balik pun roti planta menjadi habuan sebab rangup. Kalau roti cheese tak sempat dipanaskan semula, dah habis. Alhamdulillah.
.
Jadi Aien buat carian di google jugak, terjumpa yang ni - Senarai roti yang korang perlu tahu dan dari sini juga Aien rasa Roti Bom dan Roti Planta tu memang tak ada beza. Cuma ketebalan rotinya saja barangkali. Mungkin juga yang Aien jumpa roti bomnya tebal. Ada kali di tempat lain roti bom sama saja seperti roti planta.
.
But, Thosai is another level! Haha nanti kita cerita lain kali. Okay? Jadi terjawab la permasalahan selepas menulis di sini. Korang pulak suka roti apa? Cer komen sikit. Hehe
Ahad, Februari 26, 2023
Review Drama Korea: Summer Strike
Happy Sunday! Korang nak tanya ni, udah tengok drama Summer Strike yang currently Top 10 di Netflix Malaysia? Hari ni Aien nak kongsi dengan korang drama bertajuk di atas yang Aien tonton semalam. Best!
.
If korang suka drama yang macam healing la jugak kan, surely drama ni sesuai dengan korang. Bagi Aien menonton drama ikut mood ni, sekarang tengah cari drama bergenre begini. Dia seakan memberi serba sedikit semangat untuk teruskan kehidupan. Ahh~ gitu!
.
Drama Summer Strike
Genre: Melodrama, Romance, Slice of Life
Barisan pelakon: Im Si Wan, Seolhyun, Shin Eun Soo, Bang Jae Min, Park Ye Young
Bilangan Episod: 12
Original Channel: Genie TV
Tarikh Tayangan: November 2022
Sinopsis: Mengisahkan Lee Yeo Rum memutuskan untuk berpindah daripada Seoul setelah putus dengan teman lelakinya serta kemudian kehilangan maknya tak lama selepas itu.
Di sana beliau bertemu dengan orang yang langsung tidak dikenalinya sekaligus mula membina kehidupan baru di tempat asing.
Drama ini merupakan adaptasi dari webtoon bertajuk 'Amugeotdo Hago Sibji Adda' Karya Joo Young Hyun.
Review Summer Strike
Berdasarkan sinopsis memang memula dah rasa depression si Lee Yeo Reum ni hasil kerja dia diambil orang which is macam lembu punya susu, sapi dapat nama. Kejam dan paling tak suka penindasan kat tempat kerja macam ni.
.
Dia bertahan, dan berkongsi cerita dengan teman lelaki yang di-kenalinya sejak 6 tahun lalu. Tak pasal-pasal dia kena marah balik sebab bukan orang lain yang bersalah menipunya, tetapi dirinya membiarkan ditindas. Kemudian, teman lelakinya minta putus. Aduh, stress Yeo Reum bertambah apabila emaknya mati dalam kemalangan.
.
Dia cuba menjalani kehidupan seperti biasa tanpa hati. Tetiba dia terdetik untuk apa bersusah hidup tanpa kebahagian. Dia bawa diri ke luar daerah. Ke kampung yang tanpa sesiapa yang mengenalinya. Di situ ada ketenangan diperolehinya. Bertemu dengan Ahn Dae Bum seorang pustakawan, memberi semangat baru pada Yeo Rum. .
.
Best drama ni, which healing pada kita yang macam lost giler hidup. Walaupun tak dapat la hidup macam dia yang easy, which setengah part dalam drama ni highlight beberapa yang kita tak sedar benda tu kita buat dalam hidup.
Such as, Beli barang yang tak penting. Yeo Rum sedar semua ni masa dia mengemas rumahnya sebelum berpindah. Cawan dan pinggan mangkuk yang cuma sekali pakai, baju yang dia sendiri tak perasan wujud. Memang perempuan sangat.
Bertahun dia bekerja, simpanan dia cuma ada berapa juta won aje. Adeh, sakitnya tu di sini. Nasib la sewa rumah di daerah terpencil tak la semahal di Seoul. Namun, the end of drama, orang yang tunjukkan rumah sewa dia sabotaj dia. Heee~ geram aje la.
12 episod - healing sangat sebab tanpa sedar Yeo Rum mengenali dirinya sendiri di sana. Dia belajar bahawa dia sangat suka membantu orang tapi dia juga harus belajar menolak permintaan orang.
.
Part paling touchè sekali bila Bom ditikam oleh bapaknya si kaki pemabuk tanpa sengaja. Pahtu baru nak insaf. Tak lama kemudian, nenek Bok pulak mati dibunuh oleh orang, disalahkan pulak si Yeo Rum sebagai penyebab. Dia cuba bekerja, tapi tak tahan dibuli kerana dirinya ibarat si tua tak sedar diri. Lari bawa diri selepas mengambil semua harta anak dan ibunya. Ehh~ ni la watak paling taguna. Nasib Bom kuat semangat.
Tengok drama ni tetiba rasa nak pindah kawasan laut pulak. Best betul hirup udara lautan dan dapat tengok bunga. The ending story - Yeo Rum belajar erti kebahagian sebenarnya.
ps: berpuas hati dan bersyukur dengan kehidupan yang ada. Nikmati sebaiknya. That's happiness. ✨
.
Next drama please.
Langgan:
Catatan (Atom)