Sabtu, Februari 25, 2023

Dapat ke Festival Layang-Layang 2023 Pasir Gudang

 

Festival Layang2 2023

Buat julung kalinya, aku dan anak-anak ke Festival Layang-layang Pasir Gudang setelah 6 tahun menetap di Johor. Dan setelah 5 hari di rumah, dibawa ke tempat begitu lapang rasa hati melihat bebasnya layang-layang terbang mengikut arah angin, panas hari tanda moodnya bagus. Semua perfect! Alhamdulillah

 

Selepas semalam berita sedih melanda kami, yang hidup mesti diteruskan. Berhibur seketika mengubat rawan di hati. Melepaskan lelah selepas ulang rutin yang sama setiap hari padahal macam tak ada buat apa pun. 

.

Cuma nak cakap, best sangat semalam. Tak tau la dia rasa lapang tetiba baru nak rehat badan lepas makan, dan uruskan anak. Suami yang sebu perut pun mengajak, nak jalan tak? Hee~ hati kita apa lagi melonjak gembira la. Tapi kena cover risau dibawa ke Econsave belanja baru dapur je. Dah lawa-lawa ke Econsave je wak? Hahaha

.

Jauh perjalanan. Disuruh anak-anak yang tak reti tidur petang di rumah tidur dulu. Nasib semua dah senang nak bangun. Makanya dengan Ibu sekali nak tidur. Ibu dia ni campak aje ke mana, kalau mata kata nak pejam, pejam la iya. ..

Sampai di destinasi, memang dah sedia ramai jam 4.30 petang. Nasib parking senang. Itupun nak balik ke blocking beramai-ramai. Ada la adik manis ni Allah takdirkan dia ambil barang di kereta. Tolong la gostan dan beri ruang pada mereka yang terkandas sebab parking belah belakang. Sekali keluar, mak aihh keliling Taman Awam Bukit Layang-layang tu dah penuh wak. Masya Allah. Makin nak senja makin ramai. Angin pun syiok aje. Sementara tunggu kesesakan, tengok lagi layang-layang makin meriah menghiasi langit. 

.

Sekali, usah diajak la suami ke area sana jika hujung minggu. Cerita dia hadapilah kesesakan dengan tabah. Keluar dari taman jam 6. Tiba di kediaman jam 9. Ko rasa? Anak-anak dok tanya bila nak sampai. Dah sampai memasing kelelahan. ...


Walaupun begitu, seronok dapat tengok layang-layang. Rekod langit banyak-banyak untuk konten. Pahtu rekod sana dan sini. Jalan-jalan. Makan-makan. (tetiba baca dalam nada Lynnrazif) .


Nampak posting teman di muka buku, dia kata boleh tahan harga makanan di kiosk yang ada di situ. Iya dong. RM50 terbang dengan makanan yang cuma Air 3 cawan, Keropok lekor dan goreng pisang. Kemudian, eksrem penyejuk tekak. Lastly, buah tembikai dan mangga sekadar berapa hiris dalam cawan. Hurm... Nasib sedap dan tetiba ehh. Ni abang Si anu kan? 🤣🤣 Yadoi! terus amek gmbar send dengan si anu tu. "Kak, abang ko eh?" - 


Booth makanan dan pakaian pusing smeua dok repeat benda yang sama. Rasa macam satu kedai amek sampai 3 port supaya orang nampak barang dan makanan mereka. Ternampak kunafa dan baklava Arab jeling kat laki tak kena layan. Haha It's okay la. Janji dia dah bawak jalan-jalan healing gini pun iolls okay. 

.

Done yesterday story! TQ pada sponsor utama, Encik Suami. Haha

Jumaat, Februari 24, 2023

Berehat la dikau di sana

 


Assalamualaikum dan salam sayyidul ayyam. Allahuma solli ala muhammad wa ala alihi muhammad 

.

Seminggu mendengar khabarnya dimasukkan ke hospital. Arwah memang menghidapi asma. Mempunyai anak 3 orang dan merupakan kakak sulong daripada 7 adik beradik. It's was not easy to hear the bad news. Ever since covid melanda dunia, the most scary word to hear is - "Dia dah ditidurkan... " 


It's like they already gone by then. Last arwah sempat tengok story di FB semalam. Ingatkan beliau dah semakin sihat. Tak lama kemudian arwah mengalami kesukaran untuk bernafas. dan dimasukkan hose ke dalam lubang hidung untuk memudahkan pihak hospital masukkan ubat. 


Her daughter, anak sulong beliau baru berusia 14 tahun jika tak silap aku. Adik lelakinya pulak dalam lingkungan 10-12 tahun? Hurm, nampak sangat aku tak rapat dengan kazen aku tu. We are just gitu-gitu aje. Balik sana bertegur la. Last aku balik sana dan bersua semua ntah bila. Ya La, balik bukan musim perayaan. Mana nak ke rumah jiran tatkala semua sibuk menguruskan kehidupan seharian. 

.


Tepat jam 12 tgh malam.. kami dikhabarkan , "Kak, mama udah sekda... " U know the feeling to lost someone? Sorry to say, I dont know either cause belom lagi kehilangan yang betul-betul rapat dan aku mungkin belom bersedia. Mungkin juga aku menangis tanpa air mata. Bersediakah aku jika aku yang dipilih untuk pergi dulu? Is that macam Ghost Whisperer aku boleh melihat mereka yang aku tinggalkan? Do I really bersedia meninggalkan dunia yang fana ini? What amalan yang aku buat sampai aku boleh terpilih meninggalkan semuanya dalam keadaan husnul khotimah? 

.


Not easy dan overthinking mind akan keep wander .. She (arwah) always story dengan Ummi, dia penat. Penat sangat. Mereka 6 beradik dah berkahwin hanya 2 saja yang menetap di luar rumah Ibu. Sorang di KL, sorang di Kuching. Arwah kakak sulong, mengambil kata sepakat kesian dengan mak tiada siapa nak masakkan untuk mak. While mak sibuk berbisnes the house macam hotel untuk sepupu sepapat. Padahal hati memberontak nak duduk di rumah sendiri. 

.

We - never judge book by it's cover. That's the story we heard. And we never knows the truth behind lies. Bersemadi la arwah dengan tenang. Tiada lagi gundah gelana apa yang ditinggal. Berbekal amalan yang ada, berhijrah beliau ke alam abadi. Tinggal lah anak-anak dan suami, juga mak dan bapak. 


24.Feb.2023

3 Syaaban 1444H 

Selamat jalan Kak Seri. ❤️🥲

assalamualaikum. 

Isnin, Februari 20, 2023

Hair Protein Treatment by Odid Official

 


Salam Monday people! Sihat tak tu? Hari ni Aien nak share satu product yang bagi Aien best jugak sebab dia datang saat diperlukan. 


Actually, product ni Aien dapat dari instagram @0.8l.malaysia yang menjadi medium kepada content creator dapat product free dari Korea Selatan secara percuma dan buat review jujur di page mereka tadi. Best juga la setakat ni padahal baru 2 product. Haha 


Kali ni Aien dapat minyak rambut dari Odid yang serba wangi dan sesuai digunakan secara harian dan amat membantu mengurangkan kadar frizzy pada rambut. Memang seronok la pekena minyak rambut ni pada Nayla yang memang dah serupa kuyang kata nenek dia. 


Sejak menggunakan minyak rambut ni, rambut Nayla yang sedia ikal less frizzy dan mengembang. Sekaligus cantik dah tak payah ikat rambut dia. Bukan nak claim as much as kena review kat page O.8l tu kan, tapi memang best. Korang boleh la dapatkan minyak rambut ni di shopee jugak tau. 

Minyak Rambut



Lagi bestnya minyak rambut ni dia ada bauan luxury. Dengan gabungan berries sebagai top notch bauannya, rose sebagai middle notch serta musk memang sangat sesuai untui mereka yang suka wangian tu. Adehhh, hari-hari ni pakai kat Nayla senab dia selalu bermain, bila tak ikat rambut, automatik kepala dan rambut dia jadi bau himang. Ehh, bau hapak peluh gitu. Sejak letak minyak rambut ni selepas mandi, kalau dia bermain pun rambut dia masih wangi. Hee~ Makin seronok ibu. 


Tu je la nak cerita. Memandangkan asyik up di instagram sampai blog pun ketinggalan ni. Nak cerita pasal pindah rumah tak habis kemas lagi. Mood masih kelaut sebab pitih xdop. Haha Jadi kita selit-selit aje la kan.