Khamis, Februari 16, 2023

Drama Korea Review: Love to Hate You

 


Sebuah romantik komedi drama yang mula masuk Netflix 2 hari lalu. Memang tidak mengeciwakan la genre seperti ini. Mengekek aku ketawa tonton drama hanya 10 episode sahaja. 


Sinopsis Love to Hate You

Menceritakan tentang Yeo Mi Ran seorang peguam yang bijak, cantik dan serba serbi boleh kerana paling tak suka direndahkan martabat sebagai seorang wanita. Berjumpa pulak dengan hero seorang pelakon popular elergik dengan namanya wanita. Keadaan mereka berubah apabila mereka dipaksa untuk bercinta. 

Drama lakonan Teo Yoo dan Kim Ok Vin serta barisan pelakon bagi Aien kurang menarik minat untuk tonton kali tengok berdasarkan poster bukan trailer. Bila belek-belek balik, Teo Yoo tu banyak jugak drama serta movie lakonannya seperti Arthdal Chronicel, Vagabond dan Code Name: Jackal antara drama familiar beliau. Paling terkejut bila tengok Teo Yoo juga bermain di dunia hiburan Hollywood di antara movie beliau sebagai Peter dalam Equals. Pernah tengok tak tu? Lakonan Nicholas Hault dan Kristen Stewart. 

Untuk Kim Ok Vin pulak, seorang jelitawan sentiasa mendominasi si cantik yang pandai seni bela diri dan drama hype beliau adalah Arthadal Chronical siri 1 dan 2. Dia memang cantik. Hee~ suka pulak tengok karakter dia yang selamba. Macam tak puas pulak 10 episode saja. 

Drama terbitan Binge Work ni memang mendatangkan kelainan bagi Aien sebab dia macam idea yang fresh dan lain dari drama-drama dihidangkan pada kita. Mungkin Aien la kan, banyak sangat tengok drama Korea yang dark side macam The Glory atau Revenge of Others tu kan. 

Rasa macam lama betul tak tengok Rom Com dari Korea ni. Last rasanya yang lawak-lawak ni tengok drama Love in Contract dan itu pun tak berapa nak lawak sangat. 


Review Drama Love to Hate You 

Tu la berdasarkan sinopsis dia memang cukup ringkas padat dan setiap episoda ada tajuk dia. Paling favorite sekali episode 6 bila memasing konon nak goda memasing last sekali. 
.

Yeo Mi Ran seorang peguam yang berjaya sangat tidak percayakan lelaki apabila ayahnya sendiri seorang patriachy iaitu meletakkan harapa keluarga cuma pada anak lelaki saja. Dan sangat suka merendahkan isterinya. Dia macam child trauma apabila diceritakan pulang dari sekolah ada seorang atok ni suka nak pegang-pegang dorang lepas balik dari sekolah tau. Ni dah macam seksual harassment pada kanak-kanak dan tiada siapa percaya kalau budak cerita kan? Masa tu la Mi Ran mula mempelajari seni bela diri dan rasa puas hati dia dapat belasah atok tu sebab pegang kawan dia. Haha 
.

macam tak logik aje kan cerita macam ni but it's happen in our komunity tak kira di mana saja. Proud dengan watak Mi Ran dari segi positifnya la dia sentiasa berjaga dengan namanya kaum lelaki. 

Manakala bagi Nam Kang Ho pulak, dia elergic dengan perempuan apabila maknya sesuka hati membawa dirinya pergi meninggalkan ayahnya setelah perniagaan ayahnya bankrup. Pahtu curang dengan lelaki lain. Kemudian kena pulak kekasih hati tinggalkan pada waktu kegemilangannya. Pheww~ dia punya trauma tu makan 10 tahun apabila terpaksa amek ubat bila berhubungan dengan pelakon wanita. Sampai keluar statement Nam Kang Ho Gay dengan  CEO-nya merangkap kawan baik dia. Haha Yadoi. Memang kreatif otak penulis skrip ni. 
 
.
At the end, memang puas hati dengan ending dia simple dan clean. Sedikit rushing, but it's okay as long happy ending untuk both character. Heheh 
.

Korang nak tonton boleh usha di Netflix. Kalau tak ada Netplix boleh tengok di HiTv. Tak ada HiTV. baca aje la review Aien ni. Haha Kbai. 
Next drama please. 

Rabu, Februari 15, 2023

Tokayaki Sedap di Sri Skudai

 


Lama dah tak makan Takoyaki. Sekali nampak dalam grab ada gerai jual Takoyaki dan air sedap. Hehe Dengan tak ada suaranya sekarang ni kan. 



Masing-masing tak nak bagi ibu ruang untuk amek gambar sebab dah lapo. Haha Yang ni flavor Honeydew Mojito. 



Ni Apple Mojito. Fresh aje rasa! 


Ini Lemon Blue Mojito. Ngam dengan Tokayaki yang pedas-pedas manja tu. Next time boleh order lagi kalau nak. Hehe 


Nama kedai: Saikoyaki by Kak Chik 

Masa Operasi: Isnin - Sabtu (2.30 petang 6.30 petang) Ahad tutup 

Alamat: Jalan Emas Putih 5, Taman Sri Skudai, 


order by Grab. 


Sabtu, Februari 11, 2023

Happy 6th Anniversary

 


Dahulu dok termenung atas pelamin, betul ke aku dah kawen? Boleh ke aku jadi bini orang? Menantu yang baik? Atau ibu yang sabar? Yet, here we are. 6 years and still counting for better years. 

.


Ketika umurku 23 tahun iaitu 10 tahun lalu. Dalam diary ku cuma ada impian memiliki kenderaan sendiri, kerjaya yang boleh membayar semula usaha keras umi dan ayahku membesarkan ku dan healing sendiri dengan kereta idaman. Hidup seorang workoholic tanpa fikirkan bagaimana rupa suamiku dan siapa nama anak-anakku. 


Setelah 10 tahun, aku senyum sendiri. My life totally 100% berlainan apa yang aku mahukan. Aku berkahwin dan memiliki 3 orang anak yang nama mereka semua aku senaraikan dan dipilih oleh ayahnya. HAHA 


Paling berjaya sekali menyandang kerjaya yang aku tak pernah terbayang, iaitu suri rumah. Wah, bila dah jadi suri rumah memang best untuk seorang introvert sebab tak perlu susah fikir nak jumpa orang. Pahtu settlekan ikut jadual sendiri. Paling best, orang cuma nampak kita ni main phone 24/7 jam. HiHi 


6 tahun, acapkali rasa tak kuat nak teruskan perjuangan di medan perkahwinan. Selalu saja rasa aku menyusahkan orang. Sering kali juga merasakan aku ni hanya memburukkan keadaan orang yang aku entah sayang entah tidak. Ye la, aku kan pentingkan diri aku. Tak pernah fikir orang lain. Bak kata seseorang semalam di muka buku. 


Maknya macam datin, ayahnya macam supir anak-anaknya seperti anak-anak bibik. 


Dan masa tu fikir, kau tak tahu kenapa mak dia punya healing macam tu sekali.  Di kala hati seronok nak merancang suprise untuk hari ini, sesuatu berlaku menyebabkan aku down sepanjang hari sehingga biras dan mak mentua buat suprise. O M G! Masalah la perempuan ni bila dia dah ada kawan bercerita, hilang stress dia. Dah pulang tetamu dia kembali murung. 


Dia penat. Aku je battle dengan emosi sendiri. Anak-anak meragam, aku juga yang tak pernah nak peluk anak 24/7 jam. Tangan cuma dua, yang mahukan perhatian aku itu 3 manusia kerdil yang masih bertarung dengan emosi sendiri. Bahkan aku tua ni pun masih try hard nak paham emosi sendiri, apatah lagi mereka baru beberapa tahun mengenal dunia. Biarkan menangis, bukan tanda kita suka dia menangis. Sekadar memberi ruang dia meluahkan dulu walau hakikatnya aku juga tidak punya sabar. 

.

Pernah baca,  Criminal mind itu wujud juga berlaku di awal tahun lalu. Tatkala wanita ini rasa dirinya tidak berguna saban tahun tiada perubahan. Orang nasihat, kau perlu kuat untuk bangkit jika tak mahu terusan larut dalam kenangan lama. Aku perlukan penyokong - balasku. Mereka punya orang dan tempat mereka sendiri. Aku? Terasa sunyi di tengah ramai terasa asing di  tempat yang sama. 

.

Lantas, peluang kedua aku telah menjadi ketiga, keempat dan seterusnya masih aku abaikan. Terasa, matikan aku untuk esok kerana aku benci jadi beban pada orang lain. .

.

Seronok tengok orang berjaya, aku masih begitu. Aku cuba untuk bangkit. Tolong la duhai diri. 10 years dah berlalu. Kau hari ini harus lebih kuat lagi dari tahun yang sudah. Kau punya 3 tanggungjawab yang harus kau pegang dan jaga elok-elok dengam baki cuma beberapa tahun lagi. Cuba. 


Aku, 33 tahun ini menulis untukmu supaya kau ingat, jika umurmu panjang untuk 10 tahun lagi. Ingat, dunia ini cuma sementara. Yang harus kau titipkan pada amanahmu kita hidup sebagai hamba. Dunia ini pinjaman. Akhirat itu yang nyata. Jangan dikau menyajikan dirimu menjadi pengikut masihi dajjal. Hidupkan semula amalan dikau ketika remaja, kerana itu lah penyelamatmu kelak. 


Salam sayang dan kasih, 

dirimu yang lalu. 🥰 



Oh, salam ulang tahun perkahwinan sayangku. Maafkan salah silapku, halalkan makan minumku. semoga rumah tangga kita bina ini kekal hingga hujung nyawaku.