Isnin, Januari 02, 2023
May I Help You?
May I Help You?
Sinopsis May I Help you
Barisan pelakon May I Help You
Review May I Help You a.k.a spoiler
Ahad, Januari 01, 2023
Hello 2023!
Hi, 2023! Apa kabar azam 2023 korang? Hehe Aien ni sibuk sangat sampai 2022 wrap tak sempat menaip, pahtu sibuk anto adik ipar mengundur, dan here we are! Dah di penghujung 1 Jan 2023.
Penat healing dengan semua benda. Wrapped elok-elok tahun 2022. In shaa Allah 2023 #mink3n makin rancak dan meriah dari pelbagai sudut kesihatan, rezeki dan urusan dimudahkan.
Banyak sebenarnya nak diceritakan tapi kita simpan kemas dalam dada, sebab salah satu azam 2023, seketul Khafisah nak belajar berhenti merungut dan jadi kaki komplen. 🥹 Penat sebenarnya, pahtu diri sendiri over thinking kenapa la mulut ni tak reti eh diam. Dia kan, sekali dah buka mulut acah ramah. Mesti ramai tak berkenan. Jadi, biar la jadi sombong. Haha Tapi kadang, saya ni suka bercerita. Macamana ehh?
Salah satu impian 2023 juga, nak itu ini semoga dimudahkan jalan untuk menjadi stay at home mom yang berjaya. Chaiyok Nur! Chaiyok Khafisah! Chaiyok Aieni! Haha Banyak sangat nama kan..
Di end of random entry today, doakan seketul khafisah kuat jiwa nak kemas rumah untuk berpindah walaupun rumahnya masih dalam pencarian. We need to move on, dan segala kenangan October 2018 sehingga Feb 2023 will end soon. Goodbye! Ah gituu..
Happy new year kawan-kawan blogger!
Selasa, Disember 27, 2022
Tahniah adik ipar!
Alhamdulillah, barakallahu fik, selamat semuanya dengan sekali lafaz, seorang lagi adik ipar Aien bergelar isteri orang. Off market dah semua adik ipar perempuan. Tinggal sorang aje lagik. Tu pun nganto pengantin aje la.
23 Disember 2022 - tarikh yang di pilih jatuh pada hari Jumaat kedua terakhir untuk tahun 2022. Semput eh mengelola majlis ni sebenarnya. Yang lagi penat semestinya pengantin. penat senyum, penat tunggu kena mekap, penat kena inai dan berlapar. Tapi tak apa, untuk hari istimewa sendiri juga kan.
Jika 2020 dulu Aien secure wedding adik ipar masa PKP, tak besar jemputannya, kali ni walaupun tak la berapa ramai jemputannya still phewww.
Memang terasa juga perbezaannya kan. Well, semuanya telah berjalan dengan lancar. Alhamdulillah mak mentua lepas ni dah bebas la nak berjalan tanpa risaukan anak dara dia lagi.
Kali ni Aien teruja sebab suami jadi wali dia, terkenang kembali la moment kami dahulu. Anak-anak bila tengok dia bersamping apa semua, bila ditanya "Ayah kawen lagi boleh?" marah anak-anak. Haha Bukan takat anak-anak tau marah dengan Ibu dia sekali ni marah jap g.
Imam ni pun supporting sangat, sebab suruh pengantin mengadap ke tetamu. katanya senang nak amek gambar. Sempoi teruk! Sedangkan masa Aien dulu, imam dah la -- malas la nak cakap. Selamat dah tiga ketui kami ni ha.
Masing-masing berdebar. Pengantin lelaki jelas di wajahnya gugup. Tetiba rasa macam seronoknya kali majlis aku ada orang amek gambar macam aku amek ni. Haha Ada fotografi, tapi ya la.. Mahu yang versi video juga. Kali ni, adik ipar sempoi je tanpa hantaran sebab masing-masing memilih untuk sekali je hantaran masa tunang hari tu. Jadi masa nikah dah tak kalut 5-7 dulang tu lagi.