Jumaat, September 23, 2022
Happy Birthday Opah!
Selamat Ulang Tahun kelahiran Opah a.k.a Ummiku sayang. Terima kasih jadi ummi kami. Menjaga kami dari dalam rahim sehingga dah beso jadi mak orang pun masih sudi menjaga.
.
Apapun semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dirahmati olehnya. Moga baik-baik saja dalam jagaan Allah SWT. Aamiin ya rabbal alamin..
Khamis, September 22, 2022
Kutip semua semangat
Selasa, September 13, 2022
Cara sembunyikan aktivity luar kita dari dikesan facebook
Tetiba la kan, terjumpa hari tu, page Ilham Dekorasi kongsi pasal macamana nak hidekan aktiviti luar kita daripada facebook.
Mungkin benda ni dah lama orang kongsikan tapi saja nak refresh balik kat korang rasa menyemak aje kan FB ni detect apa carian google atau shopee aku.
Dia ni geng pengiklanan begitu la kan, rasanya la. Tapi since Aien rasa semak sangat dan terjumpa pulak tutorial yang simple ni, nak kongsi dengan korang. Benda ni pun boleh buat di aplikasi facebook jugak.
1. Pergi ke bahagian Setting dan cari security
2. Kemudian, cari OFF-FACEBOOK AKTIVITY
3. Putuskan hubungan aktiviti akan datang
Done cut off dunia luar dengan facebook. Harap berfungsi dalam jangka masa yang lama la. Kadang bendaa ni macam kejap aje la. Tetiba naik balik. Macam kena hack? Dunia digital tu itu la tu. Paranoid dia. Dia punya nervous hidup serba moden ni. Seram.
Jadi, korang boleh praktik untuk aplikasi facebook korang sekarang. Selamat mencuba! Harap membantu.
Ps: nak berenti main facebook semua media sosial diperlukan. Aiguu.