Ahad, Julai 24, 2022
Jelajah Johor dengan MyBas senang tanpa tunai
Ya Allah bertahun rasanya nak bawa anak-anak naik bas, baru ini kali ada rezeki event #jomnaikbas untuk mereka turut sama merasai pengalaman naik bas henti-henti atau lebih dikenali bahasa kita bas ting tong. Suka amat eh bebudak ni kan.
Mybas perkhidmatan Bas Berhenti-henti tanpa tunai dengan Manjalink
Kad Manja Link juga boleh tambah nilai tanpa sentuh
Laluan bas T40 dari Larkin Sentral ke Gelang Patah Sentral
Sabtu, Julai 23, 2022
Drama Korea: My Liberation Notes (2022)
Title: My Liberation Diary
Genre: Slice of life, drama, family
Episode: 16
Cast: Lee Min Ki, Kim Ji Won, Lee El, Son Suk Ku
Sinopsis: Cerita tentang tiga beradik dan orang di sekeliling mereka struggle menghadapi alam dewasa yang penuh liku dan cabaran. Baik dari segi kewangan, percintaan mahupun keluarga sendiri.
Atas posting adik Aien di status wassep mengenai moment manis antara Yeom Mi Jeong dengan Mr.Gu, maka gigih menghabiskan satu drama dalam masa yang singkat. Golek-golek la seketul mak budak atas katil dengan tepon sementara bebudak tido, main dan melayan kartun.
Depressed! First word bila Aien dah tengok. Berat sangat hati ni wei. Dia macam, benda tu ko boleh relate tapi kau bersyukur yang kau tak sesusah itu dan kau masih senang la bergantung harap dengan lelaki yang namanya suami. Depressed! Sakit hati ni bukan sebab tiap karakter tu sendiri tapi dengan diri sendiri. Aku dah kenapa tengok drama depressed macam ni wei?
But, jauh di sudut hati aku, I salute script writer dia yang boleh olah setiap bait kata. Yang cun tepat ke dasar hati. Benda tu berlaku wei. Di mana-mana. Itu la Aien kalau tengok drama yang ber-genre slice of life ni. Every part dalam drama tu kaitkan dengan diri sendiri. Entah kenapa la kan.. Berat hati tapi terus tengok lagi. Ubat hati dengan kemanisan antara Mr.Gu dan Mi Jeong yang berani keluar dari kepompongan zon selesa dia. Huish! Masa tu pujuk diri. Ko kena jadi macam dia jugak kapisah! Berani keluar. Hurm.. Ye laaa.. Masih golek-golek sini lagi. Haha
Sinopsis drama
Eh, aku tak story ke cerita ni pasal apa? Pasal tu la depa tiga beradik, Yeom Chang Hee lakonan Lee Min Ki, Yeom Gi Jeong lakonan Lee El dan Yeom Mi Jeong lakonan Kim Ji Woo yang bekerja di Seoul tapi tinggal di luar bandar Gyeong-Do, Sanpo. Gitu la kan. Wei, manusia mana lagi yang masih nak tinggal luar bandar kalo dah kerja kat bandar? Ko fikir? Tapi sebenarnya wujud aja sebab kasihankan mak pak dia yang ada ladang dan tiada siapa yang boleh diharapkan. Nasib ada Mr.Gu yang 'salah stesen' tu sudi nak tolong. Walau bagaimanapun setiap satu daripada mereka ada masalah peribadi yang langsung tak dikongsikan dengan keluarga tapi diceritakan pada kawan atau rakan baik. Relate ke tak tu?
Smooth je drama ni, sampai ko terjebak sama dalam setiap part dia. Macam kehidupan seharian kau dalam masa 16 hari. begitu la. Dan dilajukan. Apabila identiti sebenarnya Mr.Gu terbongkar bila dia dah rasa gembira berpasangan dengan Mi Jeong. Dan dia terpaksa kembali ke dunia asalnya. Perginya Mr.Gu bawak duka kepada keluarga Yeom apabila Mrs.Yeom mati dalam tidur selepas tengahari tu dia terdengar orang jumpa Mi Jeong nangis teresak-esak kata kambing dia hilang. Padahal sebelum tu, Mrs.Yeom ni baru nak gembira bakal menimang menantu daripada Gi Jeong.
Mati itu benar. Tiada siapa menidakkan. Aien pun berfikir, andai kata aku jahat dengan mak aku, one day dia gone.. - aku lost macam Gi jeong tak? Wei, dia lost teruk wei. Sedih giler dia. Aien menangis kot. Shushhh~ lagi-lagi si Mi Jeong yang mengharap masa tu Mr.Gu telefon dia dan datang peluk dia, malangnya itu cuma harapannya saja. Lagi sedih lepas mak dia mati, tetiba orang bergosip kata dia skandal dengan ketua unit dia. Padahal.. Heh, geram pulak ati bete masa sampai ke episod ni. Ko nak skandal, kenapa nak kena guna nama oraang lain? Dah la ko asyik marah-marah dia. Alih-alih skandal sebenar ketua unit tu, 'kawan baik' Mi Jeong. Hangin tak hangit?
Ergh... Nasib ending drama ni, Mr.Gu telefon dan datang jumpa Mi Jeong balik. Glad sangat sebab Mr.Gu ni umpama penyelamat dorang adik beradik tau. Walau bagaimana struggle dorang rasa susahnya dorang dan rasa tak gunanya dorang tu - sangat dekat di hati kita kini.
Actually setiap orang, harus mencari sumber kekuatan dalam diri mereka sendiri dulu. Bukan orang lain tapi diri mereka. SENDIRI. Dan sentiasa yakin dengan percaturan Allah.
The last one, the hardest part yang semua termasuk Aien susah nak buat. Terutamanya la. Lost! Once. Over and over. Yet, I still breathing with different pace. I used to regret the past, for now let it be there. Cause what ever it is in the past, it bring me for today. -quotes random aku.
Last but not least, this my favorite quotes dari drama ni. Hope you all pun be happy, no worries cause tomorrow is not we to decide. Yesterday not for regret. Eh.. tu quotes aku lagi. Dah. Ni dia.
Khamis, Julai 21, 2022
Noodle Doodle di Mamee Jonker House Melaka
Bercuti Raya Haji lama di Melaka, tepu nak buat apa di rumah saja kan. Alang-alang dah jalan ke mari, ajum la kita buat aktiviti berfaedah sedikit. Triple N berpeluang masuk tempat viral lagi popular place must visit jika bersama anak-anak sekiranya ke Melaka.