Isnin, Julai 11, 2022

Setahun cek up? Dah kena bayar juga

 


Your first year is done! - alhamdulillah Nadhira Imaani dah berusia satu tahun. Hari tu dah celebrate 6 Julai 2022 , kesibukan melanda baru ini kali dapat update blog. Jangan jadi birthday Nayla, sampai sudah tak ada simpan kenangan di blog. Yet, ada la di media social yang lain. 


Di ulang tahun kelahirannya, Nadhira bermula dengan rutin check up dan suntikan Vaksin MMR kali kedua. Appointment jam 9 pagi, Ibu terlajak. Sudahnya jam 9.15 baru sampai ke klinik. Sekali, masya Allah sejuta manusia. Masa nak check in di kaunter luar KKTU, terkejut baby bawah setahun pun sekarang dah start bayar RM1. Untuk pengetahuan mak-mak newbie terutamanya. Dahulu pembayaran akan dibuat jika untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas saja. dan juga sekiranya kita ada ambil pil perancang.(bahagian klinik ibu & anak terutamanya) Kalau untuk bahagian awam tu biasa la kan kena bayar seringgit. 


Me like masa tu, terkulat la kejap sebab tak bawak dompet. haha Biasa kalau ke klinik memang bawah buku dengan botol air je. Malas nak bawak bebanyak. Buatnya tak ada tempat duduk, naya pak karim nak angkut sejuta mende. 


Rutin biasa kalau cek up di KK pasti kena menunggu dulu sehingga nombor dipanggil. Pantasnya giliran Nadhiraa tak sampai berejam la di KK untuk temu janji kali ni. Syiok hati ibu nak oi. Jumpa lagi 3 bulan kemudian. Ikutkan masa kakak dan abang, masa 15 bulan macam tak ada temujanji, rupanya ada penamabahan untuk  suntikan phemucocoal dos extra. Gitu la kan. Banyak betul vaksin ni. 


Bagusnya Nadhira siap tenung lagi misi dok cucuk lengan dia tanpa nangis. Haha Kalau ibu dah berpaling dah. Tak kuasa la nak tengok kena cucuk. Bagus la anak Ibu ni.

Petang sikit kita belanja birthday girl kek. Ibu dah janji nak belikan kek kan. Jadi seperti selalu memang Aien akan order ikut grabfood je untuj kek pilihan kali ni oleh SDS Bakery. SEDAAP KEK GELATO DIAAAAAAAAA~ 



Terujanya mereka bertiga ni dapat makan kek. Tiap kali ulang tahun kelahiran saja kita makan kek ye anak-anak. Jika pada ulang tahun kelahiran yang lalu ditaja oleh atok dan opah Miri dia, kali ini harus beli sendiri. Next week untuk birthday abang pulak. Julai ni rezeki berganda sikit sebab ada dua orang yang nak saing sama dengan atok, tapi tak kena-kena. 😂


Nadhira terutamanya bila tengok ada coklat bear atas tu. datangnya dengan kotak bulat besar. Heeeee..  Ibu pulak yang excited. 



Comel bukan? beku lagi siap dengan strawwberry dia. Apa lagi berkongsi la mereka bertiga coklat tu. Suka sangat bila anak-anak gembira la kan. Ibu ni aje gemar nak stress diri sendiri bila tengok anak-anak teruja. 

Apapun happy birthday sayang, semoga cepat naik berat badan supaya tak kena bising lagi. Haha 

Ahad, Julai 10, 2022

Salam Aidil adha 1443H/2022M

 



Eid mubarak eid mubarak! 

Labbaik Allah hmma labbaik. 

Labbaik ala syarika laka labbaik, 

Innalhamda, wan-ni' mata, 

Laka walmulk, la syarika lak. 


kredit: hajjstream

Allahu akbar, Allahu akbar.. 

Salam aidiladha kepada semua warga blogger yang sudi singgah di sini. Semoga sentiasa dalam rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT. Semoga juga setiap perjalanan hidup kita itu sentiasa disertakan dengan doa dan niat dalam apa jua cara sekalipun. Mudah-mudahan segala rezeki dan hal dipermudah olehNya. 


Jaga diri, jaga iman, sampai ketemu lagi. ❤️

Sabtu, Julai 09, 2022

Prestasi Blog Jun 2022

 


Minggu kedua baru ada kesempatan nak submit buku laporan ni. Hihihi Bulan lepas ada benda baru jadi tarikan orang ke mari. I'm is happy . wlaupun tak pasti la iyanya membantu ataupun tak, namun tetap juga dengan harapan moga ia membantu budak-budak or adik-adik yang baru lepasan SPM tu kan? 




Kalau ditengokkan dari sini, macam sama ja dengan bulan lalu. Ntah, tiada juga perasan agaknya. Janji update selalu. Heee~



Tak sangka Program Perantis Iskandar duduk di carian pertama dengan keyword tu. Warganegara Malaysia boleh cuba ikut program ni sebab Aien tengok memang berbaloi dan menarik. 


Pertama kali beli barang kat tiktok pun orang cari. Haha sekarang ni bersepah dah tiktoker jdi seller di TT tu. Rajin buat unboxing VTT adalah la tiktok shop approach. 

Nurjannah Eco Resort latetly jadi viral pasal FB Viral Johor post ritu. Memang best tempat dia untuk camp dan juga sekadar piknik pun best. Masa pergi dan lihat sekeliling dan snap a photo around it, Aien rasa buat garden wedding pun best. Close wedding of course. No need reramai kan? Buat malam pun cantik. Hehe 

Idea saja.. Next- halaman yang sentiasa evergreen diziarahi mereka yang berminat dan berkenaan. Semoga membantu. sekarang banyak dah prosuder hospital dan klinik berubah. harga bayaran pun macam dah naik. Shesh~ 


Ikut kata Pengarah KPHNDKK tu - Dimomokkan oleh netizen lagi, kos bersalin dan sekolah makin tinggi. duduk rumah je laa. Hurm.. lain kali cakap molek-molek naa. 


Berdasar dari carian hangat tadi, kita dah boleh agak jugak macamana orang cari kita ni kan. Pheww~ Panas belaka! Jaga kesihatan dan diri memasing ye. 




Begitu la jugak performing queries ni -  seperti persembahan data masyarakat mencari anda wahai Aien. - should I called you khafisah then? 



Last but not least, Sesungguhnya carian mengikut mobile serta warganegara Malaysia sangat berkesan. Jap - video apa yang dorang klik ye.. Aku ni ada post video ke? Rasa macam tak ada. Nak klik tak boleh pulak. Heee~ ni la.kan risiko jadi penulis yang pelupa ni. Aiguuu.. 

Next- Julai, Ogos  Sept  Okt, nov dan Dec... lagi berapa bulan lagi an. Rasa macam jauh.  tapi ni pun dah tengah Julai.. 


Jaga diri, jaga kesihatan semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT semuanyaa. 


L