Isnin, Julai 04, 2022

Hari yang sibuk

 


Phewww~ baru dapat melabuhkan badan di katil. Penat dia ke main ek. Bisa badan macam baru lepas marathon aje. Al-maklum la badan jenis manja ni payah sikit. Lasak sikit ja demam. Lasak sikit ja bisa-bisa. 


Al-kisahnya terlebih rajin hari ni memandangkan tak lama lagi nak Raya Haji kan. Jadi  Ibu pun buat-buat la sibuk kan sebab cuaca pun baik. First of all, hari isnin Ibu ni dimulakan dengan appointment di KKTU untuk pengambilan stok pil perancang. Tetiba jumpa pulak budak Sarawak duduk tak jauh dengan kami dan suami dia bekerja di Singapore. Sakan la sembang dalam bilik bayi. Haha 


Ceritanya kerusi di bahagian TriAge penuh. Hari Isnin kan. Makanya demi mengelakkan darah Ibu tinggi, ibu masuk la ke dalam bilik menyusu yang masa tu ada sorang budak ni. Sembang memula dalam bahasa sini la kan. Tapi kedengaran pelatnya budak tu, dalam hati..  macam orang Sarawak jak ni. Tapi takut nak bertanya. Sekali dah tertanya. Nah betul. Haha Anak kami sebaya. Dia check up Faiz (bukan nama sebenar) setahun. Nadhira lak 6/7. Kiut je anak dia sibuk nak dengan Ibu sebab dia ingatkan nenek di yang kat Kuching tu. Aiguu.. siap tak nak dengan mak dia lagi. Adeh.. budak ni memang make my day. Dah selesai urusan alhamdulillah pantas la jugak. Datang jam 9 pagi, sebelum jam 10 dah selesai. 


Pulang rumah, suami makan dulu sebelom balik ofis padahal Ibu cuma sempat masa nasi dan goreng ikan je. Maafin guwe dong~ Jadi tengahari tu Ibu make up dengan buatkan Roti John untuk suami. 



Buat 6 biji, sekali 2 biji dia ngap. Alhamdulillah. Kenyang suami minum petang. Dah tu, actually lepas dah balik dari klinik. Tidurkan si Nadhira yang penat bangun awal. Bebas sikit la nak buat apa kan. Terfikir nak repair langsir di bilik kedua. Hari tu kena tegur dah dengan ummi. Kenapa la tak dipasang langsir. Pahtu desas desus mulut berkata, tak suka tengok rumah tak ada langsir. Me be like -aku banyak je beli langsir, cuma rail langsir je tak ada  🤣 


Dengan otak yang tak berapa nak kreatif ni, pigi la pasangkan dawai hijau baki dari buat ampaian hari tu, ikat di apa tu. Besi tingkap tu. Janji boleh gantung hook langsir tu. alhamdulillah Ibu berpuas hati dengan kerja cincai ni. Haha 


Kemas aje kan? walaupun hakikatnya Menangis jugak nak panjat tanpa tangga. Sebelum ni, Ibu cuma alaskan tingkap tu dengan window tinted yang bercorak. Tapi kesian juga kalau bangun pagi terus cerah gitu. Dan sejak pasang langsir black-out ni, memang gelap bilik walaupun siang hari. I was berpuas hati. Good job, Nor! Haha Jadikan komentar orang itu untuk kau berusaha lebih baik. Haa gituu. Bukan tak pandai, pandai. cuma M besar di hadapan. Tu yang terbengkalai semuanya. Alhamdulillah ni dah selesai. Okay la tu walaupun tiada juga orang mau tiduran di rumah kita kan? Haha 


Makanya bila petang, anak-anak pakat senyap tengok kartun. Rupa-rupanya tv yang nonton mereka. Ibu pun amek peluang, kemaskan segala mainan bertaburan dan tutup tv tu. Tak sampai 5 minit, Nayla bangun minta bukakkan kartun balik. Eh anak ni..  Pesen susah tido siang. Geram aje tau. 

Sekali, bila malaam menjelang. Bisa badan menyerang. adeh~ sakit betul. Terpaksa minum teh detox untuk legakan sikit. Pahtu urut sikit² dengan Minyak Lavender dari Mama's Choice. Lega rasanya dan wangi bau menenangkan. Semoga esok bangun dengan badan yang segar. Aamiin.. 


Jumaat, Julai 01, 2022

Julai bermula dengan lawatan ke hospital

 


What a great opening selepas Jun yang sangat carca merba tu. Banyak benda yang berlaku but, one of bad memories of Jun disimpan kemas dalam hati dengan kata putus -berhenti jadi busybody. 


Okay, Julai kami bermula apabila si bujang mengadu sakit kaki semenjak malam tadi. Apa sebab dia kurang pasti tapi dia memang tak ada jatuh terseliuh ke apa sepanjang 24 jam dari tempoh sebelum dia mengadu sakit. Yang ada cuma bujang Najmi ni dok melompat sana sini habiskan tenaga dia sepuas hati tak kira jam tanpa henti. 😌 Wait? Ibu dah penat berzikir suruh rehat, yet dia memilih untuk bermain. Kita pun dah penat membebel biarkan aje la dia main sepuas hati. Bila dah jadi begini.. Mula la Ibu ni gatal benar ler mulut nak membebel lagi. 


Sebenarnya ni kali kedua dia mengadu sakit kaki. Ikutkan sejarah kaki Najmi ni, sejak 12 bulan dulu dia dikenalpasti punya masalah bow leg. 


Baca sini: Najmi disahkan masalah Bow Leg


Namun beberapa bulan kemudian selepas dirujuk kepada doktor semula, mereka kata masalah bow leg tu biasa berlaku pada budak yang baru belajar berjalan. Makanya, Ibu tak ada juga la nak kisahkan. Bila dia tetiba mengadu sakit Ibu saspek memang berkaitan dengan tu. Risau juga kan, kita urut sikit. Dukungkan bila dia kata sakit. Dua hari jugak la baru dia rasa macam tak sakit. Itupun jenuh dipujuk ayahnya dengan taman permainan dan yang lain. Dan bila sekali lagi dia mengadu sakit without apa-apa  dan asyik menangis, si ayah mula risau. Bawakkan ke Klinik P. Kata doktor kaki kirinya kelihatan bengkak sedikit,, (tanpa periksa, kata ayahnya) disuruh rujuk ke hospital terus. Sudahnya berchenta la kami di HSA tu. Dari jam 11 pagi sehingga jam 1.30 petang baru siap semua. Itu pun doktor di bahagian kecemasan kata, Najmi ni mengada saja lebih. Haha But, jauh di sudut hati ibu risau sebenarnya bila terjadi begini. Doktor pesan, buatkan rekod diary dia supaya lain kali bila terjadi lagi perkara begini, kami boleh rujuk. Baik la doktor. Di bagikan ubat sapu salap balm dengan paracetamol sekiranya Najmi asyik menangis. Ibu syak muscle dia yang sakit. Ke tulang dia ke. Budak kecik kan. Aktif sangat susah. Melepek pun susah. Haha Itu puas ibu bebel, rehat la. Geram je ati ni tengokkan. 


Selesai urusan hospital, husband bawak pusing-pusing sehingga tersesat di Stadium Sultan Ibrahim. Tapi masalahnya tiap kali lalu situ, pasti kedua Nayla dan Najmi tiduran. Penat ayah dia nak tunjukkan stadium tu pada mereka. Sekarang budak kecik dah boleh masuk, ayah mereka berkata.. Nanti la ada rezeki kita masuk. Yeay! Ibu lak tak pernah masuk stadium gah begitu. Kalau stadium Miri tu... masuk berjualan saja sebab Bazaar Ramadan dorang buat di perkarangan stadium. Main situ saja la. Heee


Next destination, singgah la Mydin Mutiara Rini sekejap. Nak beli cotton bud babies sebab tahunya di situ saja ada. Haha Alasan kan. Cuci mata bandingkan harga Mydin dan Econsave. Ada yang sama saja, ada yang terlajak murah. Ada yang mahal sikit. Begitu la persaingan antara kedai besa ni. Tapi dah janji nak beli cotton bud je kan.. Risau aje laa terambil sana sini. Keluar-keluar, husband ajak teman dia training main bowling sebab lepas Raya Haji dorang officemate ada tournament. Gituuu~ 



I was proud with myself setelah dah beranak pinak ni, memang selalu jadi tukang tengok je. Bila dah dapat lepas gian, boleh la kan? Husband pun kata, boleh la. Cara amek hati. Padahal.. Tapi proud la, lepas main tak ada kejung tangan ke sakit pinggang yang worst lagi kan. Yang sedia ada tu, tak kisah sangat. Haha 


Nadhira pun seronok berjalan dalam tu. Kecik-kecik lagi merata si adik ni kan. Untung dia. Dulu masa anak sorang, itu tak boleh ini tak boleh. Banyak sangat pantang dia. Sudahnya anak ketiga. Balun aje la ke mana sebab Nadhira memang easy going happy go lucky kecuali masa sakit. Normal la kan? 



First time masuk sini, setelah asyik tengok saja kawasan ni kan. Alhamdulillah, thank you husband. Gituuu~ 


Last but not least, bila parent dah dapat we time main bowling, masa anak-anak pulak playground time.. Beli sikit makanan di Daily Fresh Mydin kemudian lepak di Hutan Bandar Mutiara Rini. Memang suka la anak-anak lama jugak dah dorang tak ada ke taman. Sebulan kiranya begitu la. Paling best, bawak si kecik jalan di atas rumput sebagai salah satu motor skill dia. Lupa la apa function jalan atas rumput ni. Tapi begitu la kan. Kuatkan lagi deria kaki dia yang baru pandai menapak tu. She was happy. So cheeky walaupun ke-ngantok-an pasal cuma tidur di hospital pagi tadi ja. 




Love sangat tengok dia enjoy main. Baju kotor belakang kira janji dia boleh explore. Next kita sand terapi pulak ye dik. Over all sepanjang bermain di taman permainan, Najmi dok terincit-incit berjalan dari satu tempat ke satu tempat. Kesian pulak tengok. Padahal sebelum tu dah letak salap balm tu. Suka dia dapat ke taman. Main gelongsor. Rumput terapi. Be strong Abang. Awak la harapan ayah untuk kami tau. Dia satu-satunya anak lelaki, paling manja paling semua laa. Kakak adik dia maintain je kalau demam. Dia kalau demam... Masya Allah rengekan dia tu. Tak sanggup la kalau dia sakit. Biar la Ibu sakit. Gituu.. 


Usai lewat petang baru jengah rumah semula. Seawal pagi dah keluar, lewat petang baru balik. Kalau anak buat kat mak ni, pasti kena bebel aje. Pedas telinga dengar. Haha Ayah deme kata - dengan syarat esok kita duduk rumah jaa.. Haha And good night people~ 



Rabu, Jun 29, 2022

Wordless Wednesday: Menang Giveaway di Instagram

 


Alhamdulillah ❤️