Selasa, Mac 22, 2022
Kit PPC #KeluargaMalaysia baru sampai
Yeay! Dah sampai. (hilang sudah syiok saya ni) Berkurun lamanya, setelah melihat di sana dan di sini menerima. Dan bila Aien post di status, wah.. rupanya ramai lagi belom terima including my friend from Sabah dan juga keluarga di Miri. Eh, lambat benar ya proses.
Macamana boleh dapat? Nak kena mohon kah?
Golongan B40 akan menerima bantuan Kit PPC ini. Dan ianya telah mula diedarkan sejak November 2021 dan masih lagi diedarkan.
Sebelum tu, meh kita tengok ada apa dalam kotak kit PPC ini. Ikutkan kenyataan akbar dalamnya ada 4 keperluan utama untuk mengesani Covid-19 iaitu, 4 kotak Rapid Test Kit (RTK) , 4 keping face mask, 1 penyukat suhu badan dan 1 penyukat kandungan oksigen serta 1 risalah penggunaan kit. Dan nampaknya apa yang kami terima adalah:
Covid -19 just a flu - kata satu akaun Tiktok Aien pernah nampak lalu di fyp. Jujurnya nak kata lebih pun tak boleh sebab sendiri pun belom kena. Bak kata anxiety people, covid pun tak nak aku wei. Haha
I was really impressive for those yang dah kena. Tahniah anda fighters yang hebat. Stay safe and healthy. Ada post simptom selepas dijangkiti virus wabak ni. Allahu akbar. Bukan nak apa la kan. Hey, apa kau mengarut ni haa.. Dah la berhenti la menulis.
Tu je la nak cakap. Bagi sesiapa yang belum menerima lagi, tunggu la kotak ajaib ni sampai. Kami punya suami pergi kutip ke poslaju memandangkan posmen malas a.k.a tak larat nak panjat rumah burung ni. Tak pasti sama ada bila fasa endemik bermula, kit ni masih available atau pun tak. Just follow the berita la. Nak google pun macam tak banyak info why this kit to slow nak sampai kat kita padahal dia dah war war kan sejak November 2021 kot. Sekarang dah bulan 3 nak masuk 4. 11,12,1,2,3,4 hampir 6 bulan jugak. Pahtu sangka baik la kan, ada 8.4 juta keluarga yang nak terima kit ni. Mungkin dah half way untuk capai 100% penerima. Who's knows kan. Semoga kit PPC ni sampai kat korang jugak.
najmi takut oxymeter tu makan jari dia. Haha
Sabtu, Mac 19, 2022
Pengalaman hantar parcel ke luar negara: Singapura
Hi, hambar kan untuk bulan ni? So, let us cerita sedikit pengalaman minggu lalu hantar parcel tie back mask kepada customer di Singapura.
Ceritanya bermula customer also known as kawan Aien berminat nak beli Tie Back Face Mask dari Jimmyscarves ni. FYI, kalau uolls reader baru, Aien ni reseller (dropship) Jimmyscarves. Jadi, customer ni nak beli hot selling face mask yang memang tinggal last stock lagi daripada HQ.
Ikutkan leader yang masa tu tengah tunggu hari nak bersalin, dia biasa guna servis POSLAJU untuk penghantaran ke luar negara. Jadi, cuatomer Aien yang juga small business owner dia suggest guna easy parcel. Masalah Aien ni, tiada la akaun easy parcel tu, sebab bisnes iolls ni kebanyakan memang leader uruskan. Jadi customer yang atur perjalanan parcel dia. Haha
.
As long barang sampai kat dia, it's okay. Dia okay je tanggung semua kos. Best dapat customer macam ni. Moga Allah murahkan rezeki dia sebab senangkan peniaga kecil macam Aien ni. Berbalik cerita kita tadi, si C suggest dari HQ ▶ Leader ▶ Aien ▶ Singapura. Begitu. Kalau dari leader memang rate postage biasa la kan. RM7-9 berdasarkan berat.
Aien pun bila dah tak ada easy parcel tu, cuba la cari mana yang ada penghantaran dekat dengan rumah. Sekitar Taman Universiti ni ada pelbagai pilihan, but Aien ni suka dengan J&T dan memang dah biasa dengan servis dorang yang mudah tu.
.
Korang tahu tak sekarang, bahawa J&T ada sediakan aplikasi untuk memudahkan seller dan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan mereka berkomunikasi tanpa sentuhan? Best sangat dan relevan aplikasi J&T sepanjang Aien guna. Mula memang macam leceh sebab kena ada apps bagai kan. Ada saja cara lain, iaitu scan QR code yang mereka sediakan di pintu dan isi maklumat barang yang kita nak hantar. But, you know me. I choose harder way to use it. Haha
Done cerita pasal J&T yang menyediakan pakej penghantaran ke Singapura bergantung pada berat barang serendah RM39/kg. For me, murah la kan nak dibandingkan dengan yang lain lebih kurang RM10 beza dengan J&T ni. Mungkin sebab Aien daripada Johor ke, tak pasti juga. Boleh usha rate international shipping by J&T di bawah ni.
Masa drop the parcel, tanya CS berapa lama dia akan sampai, mereka kata dalam seminggu. Dua hari lepas Aien tengok dia sangkut di Klang lagi. Sekali hari ni (semalam 18.3) customer cakap parcel telah selamat diterima. Alhamdulillah. Aien drop parcel pada 12hb Mac, dan kira normal aje tempoh penghantaran dia.
Over all, I am a satisfied seller yang dapat customer dari luar negara. Ha Ha Ha Korang nak cuci mata koleksi Pre Raya 2022 Jimmyscarves boleh tengok di IG FISAH_JIMMYSCARVES
ps: sakit ati ada scammer lagi dari link whatsapp bisnes ni. Heee~
Sabtu, Mac 12, 2022
CHINESE DRAMA: RESET (2022)