Sabtu, Februari 26, 2022
E-Book Review: Reunion by Pena Kayu
As you may want to know, Pena Kayu adalah salah satu penulis kegemaran Aien sejak 2016. Novel pertama karya Pena Kayu yang Aien baca adalah Lelaki Idaman milik kakak Aien Dan seterusnya macam karya dia ngam dengan jiwa. So, Novel pertama yang Aien miliki adalah Kerinduan.
Baru-baru ni Aien jumpa instagram beliau dan mula mengikuti perkembangan beliau dan teruja banyak sangat karya yang telah beliau hasilkan. Heee, excited Aien. Mula dah hobi lama masa dara dulu, kumpul novel HAHA
Tapi, zaman dah berubah. Ramai penulis kini menulis dalam bentuk digital disebabkan pandemik dan minat generasi yang lebih kepada bentuk digital. Aien lagi prefer hardcopy. Berbalik pada cerita kita. Hari ini Aien nak review salah satu e-book karya Pena Kayu yang bertajuk "Reunion" .
Sinopsis/ Blurb:
Menghadiri reunion sekolah tidak pernah masuk dalam perancangan Nina. Nina benci zaman sekolahnya. Lagipun Nina ada konflik keluarga. Menghadiri reunion sekolah bermaksud dia perlu balik ke kampungnya dan mungkin akan bertembung dengan mama. Itu bala besar.
"Either you go to the reunion or you lose your job. Dua tu saja."
Kata dua yang menjerat Nina telah pun dilontarkan. Nina mesti ada perancangan yang sempurna mengharungi reunion sekolahnya. Dia bakal bertentang mata dengan si perasan Miss Universe, si pembuat kuih talam dan si pakar penikam dari belakang. Nina pun bakal bertemu semula dengan first crushnya yang tidak pernah tahu pun isi hatinya selama ini. Kalau salah perancangan, Nina yang susah nanti.
Malangnya, Nina lupa meletakkan takdir di dalam perancangannya. Yang sempurna bertukar gempar. Beberapa jam setelah majlis reunion selesai, dia ditangkap berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan!
Lebih parah, mama yang tak pernah mengambil tahu halnya selamanya ini, sewenangnya sahaja meminta dia dikahwinkan. Demi menutup malu kata mama.
Nina bukan gadis pingitan yang akan mengikut telunjuk mama. Mama sendiri memberi contoh tak baik, jadi kenapa Nina nak dengar cakap mama? Tetapi dia luluh setelah isi hatinya diselami.
"Maafkan diri awak. Let the past go. Takkan ada kebaikan selagi awak simpan rasa bersalah tu."
Nina membeku. Permintaan lelaki itu tidak mampu dia proses dengan baik. Dia masih tunduk melihat sepuluh jarinya. Lama sebelum bibirnya bergerak menyusun ayat.
"Kenapa awak nak kisah? Kita bukan kawan pun!" Bagaikan letusan gunung berapi suaranya.
"Because this guilt is hurting you, and because I love you so freaking much."
Ada konflik yang perlu Nina selesaikan. Ada jiwa lelaki yang perlu Nina kisahkan. Kerana kalau tidak diselesaikan, selamanya Nina takkan sempurna.
"Awak nampak teruk."
"Sebab saya nampak teruk, jadi awak sengaja benam perasaan saya supaya saya nampak lebih teruk?"
MY REVIEW:
Selasa, Februari 22, 2022
What a nice date
"Jika hidup, haiwan di hutan juga hidup."
Ringkas tapi padan. Make me realise, betapa jauhnya tersimpang dan leka dengan dunia. Astaghfirullah al adzhim. Eh, cuba kau tanya pada siapa saja. Mana yang tak mau syurga Allah? Kataku pada diriku? Kau mau usaha dong. Balas yang kanan lagik. Lantas si kanan jugak ingatkan...
Ahad, Februari 20, 2022
Tahniah, anda berjaya miliki rumah pertama
Happy Sunday peeps~ Lama betul peram cerita ni. Cerita yang menjadi impian semua orang. Alhamdulillah setelah pelbagai usaha suami untuk merealisasikan impian kami memiliki rumah sendiri akhirnya tercapai juga.
Impian setiap pasangan suami isteri, memiliki kediaman sendiri. Mahligai impian sendiri. Pada awalnya suami nak beli rumah sewa lama dia dulu. Malangnya tiada rezeki untuk memilikinya.
Setelah beberapa tahun membuat kira-kira, tolak tambah hasil usaha berdua yang kini menjadi satu. Alhamdulillah setelah 5 tahun, kami semakin hampir.
Kisahnya, 2 tahun lalu, sebelum corona melanda dunia. Suami ada mohon rumah di bawah Kerajaan Johor yang telah menawarkan pelbagai pilihan rumah bergantung dengan pendapatan isi rumah. Ada satu kawasan rumah bawah dibuka. selesai isi borang, hantar dokumen semua di pejabat SUKJ, kemudian tunggu saja rezeki nama dipanggil untuk cabutan nama. Pada masa tu, rezeki dapat ke panggilan cabutan nama. Namun, belom ada rezeki memilikinya.
Suami pujuk, kata tak apa la. Bajet dia dia tak berapa pun nak cantik, sebab dia sorang saja kerja. Dan tanggungan pun makin bertambah. Kita tunggu rumah lain pulak. Tak lama kemudian, rezeki anak kedua masa tu. Ada lagi satu kawasan bukak untuk permohonan tapi pilihan diberikan cuma rumah flat. Cakap dengan suami, cuba mohon. Mana tau dapat. Kalau dapat alhamdulillah. Kalau tak dapat kita usaha lagi.
Corona melanda, permohonan itu sepi tanpa khabar. Ingatkan dah tak ada la kot. Sampai hujung tahun lalu, suami kata kami dapat rumah tu. Rezeki anak ketiga, menang cabutan nama untuk memiliki salah satu rumah yang dimohon. Guess what? Tingkat paling tinggi. Ya Allah. Masa tu kata kan. Kita punya nak cari rumah bawah, Allah bagi rumah paling tinggi. Dan ada dua jenis pilihan gaya rumah. Berkenan dengan style B2, dapatnya B1. Masya Allah. Nak ajar hati tu bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan sangat susah kan.
Bila dah berjaya, mula la pasang kaki dengan bank, buat balik perkiraan supaya tak lepas pandang. Memang rezeki sungguh, kereta dah lepas 9 tahun. Gantikan dengan rumah pulak. Beriya la nak tengok kawasan rumah tu dah siap belom, sekali. hanyalah ada sekangkang kera tanah yang terbiar. Adeh~ penangan korona kan.
Masa tu, tak tau la nak bukak cerita ni ke tak, sebab tahu ramai struggle nak bangkit dari 2 tahun yang terbuang, istilahnya. Tetiba kami direzekikan dapat rumah. Dengan ahli yang makin bertambah. Setelah selesai 10% dokumen dengan pihak bank dan penguam. Di sini kisahnya diabadikan.
Projek Rumah Mampu Milik Johor khas untuk bangsa Johor dan mereka yang telah menetap lebih dari 10 tahun di Johor. Projek ini direalisasikan untuk mereka dalam kategori B40 yang ingin memiliki rumah di bawah bajet bermula daripada RM42k sehingga RM200k sebuah. Jadi sebelum memohon mana-mana tawaran terbuka di Portal Hartanah Johor , pastikan rumah yang dimohon sesuai dengan kelayakan korang.
Ini lah ringkasan rumah pertama kami. In shaa Allah panjang umur Nayla sekolah nanti baru dapat kunci. Kalau developer laju buat kerja la, 3 tahun pun dah boleh siap agaknya. Agak teruja bila developer sama yang bangunkan ECO Spring. Hehe Macamana rumah kami? Kita sambung nanti. Doakan kami dapat kumpul duit untuk deco pulak. Angan je lebih.