Isnin, Februari 14, 2022
DRAMA KOREA: Rugal (2020)
Tajuk: Rugal
Genre: Aksi, Sains Fiksyen, Drama
Bil.Episod: 16
Channel: OCN
Cast: Choi Jin Hyuk, Jo Dong Hyuk, Park Sung Woong, Jung Hye In, Han Ji Wan dan ramai lagi.
Sinopsis: Kang Ki Beom seorang detektif elite yang sedang menyiasat sebuah organisasi jenayah bernama Argos. Ketika ulang tahun perkahwinan Ki Beom mendapati isterinya dibunuh oleh sekumpulan lelaki bertopeng yang dihantar oleh Argos. Dan kedua biji matanya di-cucuh keluar. Apabila sedar, Ki Beom berada di hospital dan dia dituduh membunuh isterinya. Tak lama kemudian, NIS menemui Ki Beom dan menyerap beliau masuk ke dalam pasukan rahsia NIS, Rugal. Diberikan dua biji mata artifac melalui bio-teknologi, Ki Beom dan ahli pasukan sehabis usaha menjatuhkan kumpulan penjenayah tadi.
Ahad, Februari 13, 2022
Resepi: Kek Batik Coklat Ganache
Happy Sunday people~ Ramai gantung kuali ke tu? Sementara gantung kuali tu kan, meh la baca resepi pencuci mulut? Haa, manisan yang akak kutip resepi dia dari facebook dan akak kompile untuk ingatan akak esok hari. Tanda aku dan buat gaya ni. Haa, gitu. Akak ni pelupa orangnya.
Resepi akak try semalam masa anniversary semalam. Macam lama dah tak pekena kek batik kan. Padahal ritu baru melantak kat rumah mak mentua. Haha
Bahan-bahan Kek Batik:
Setengah buku buttercup
Secawan milo
Setengah cawan serbuk koko
1 cawan susu manis
setengah cawan susu full cream
1 bungkus biskut marie perisa biasa
Cara-cara buatnya:
- Panaskan kuali diiringi buttercup yang kejung tadi.
- Setelah cair, masukkan susu pekat. Pelan-pelan terus kacaukan dia. Dah sebati
- Masukkan milo dan serbuk koko. Kacau terus. Jangan biar dia membeku. Risau.
- Masukkan susu full cream. (actually resepi asal guna susu cair)
- Dah sebati, masukkan biskut marie dan gaul bagi rata sebelum dimasukkan ke dalam loyang yang telah dialaskan dengan plastik.
- Tekankan bagi rata. Dah siap masukkan ke dalam peti sejuk. Done~
- Double boilerkan kesemua bahan dan biarkan ia cair. Pastikan sebati adunan ganache -nya.
- Dah sejuk, boleh tuang atas kek batik tadi.
- Kemudian, biarkan kedua mereka semalaman sebelum dipotong
- Dah siap!
Sabtu, Februari 12, 2022
Happy 5th Anniversary Dear Husband
Disebabkan hari Jumaat Ibu cuti blog, makanya, here we are.
Alhamdulillah, another years passed. May Allah protect our marriage from everything bad omen. Aamiin ya rabbal alamin
Wah, macam tak percaya je rasa. Seolah seperti semalam merancang untuk tidak berkahwin, tup tup ada yang sudi meminang dan seterusnya adalah kenangan.
Walaupun begitu, masih jauh perjalanan kami berdua dalam mendidik (setakat ni) 3 ninja's menjadi insan berguna dunia dan akhirat. Moga ibu dan ayah kalian diberi rezeki untuk jaga kalian sehingga hujung nyawa kami.