Khamis, Februari 10, 2022

Prestasi Blog Januari 2022

 


Terlambat hantar report kad. Tunggu punya tunggu di emel tak jugak kunjung tiba. Sudahnya jenguk di Google Analytic baru nampak noti dia. Al-maklum la kita blogging dari smartphone je. Jadi terbatas sikit. Hari tu laptop 9 tahun lalu dapat dihidupkan, cuma keyboard dia yang dah mereng. Husband try open. Malangnya tersalah kacau button apa entah. tunggu dia free lagi baru nak bukak balik. 


Okay, panjang pulak intro dia. Meh kita tengok sejauh mana kemajuan blog ni untuk tahun 2022. 



Jangan menangis nurani~~ Ternyanyi pulak bila tengok click tu merundum teruk dari bulan lalu. Eh  dah kenapa ek page view makin kurang. Tapi Bounce rate blog cantik pulak menurun. Audience pun kurang. Masalah lagi ke google ni? 

Sejak dari pertengahan 2021 rata-rata blogger ada masalah dengan PV merundum teruk. Dah la masa tu Aien baru je tukar template sempena hadiah melahirkan Nadhira Julai lalu, hampeh teruk. Dan mula menunjukkan prestasi cantik di akhir tahun. Tapi tu la, awal tahun ni dia buat pasal pulak. Eh, geram eh.. 



Evergreen page yang sentiasa kekal di carta tertinggi. Memang top result kata Google Search Console. Tapi, takkan la aku nak kena beranak tiap tahun nak update pasai tu. Haha


Sejak slot Yasmin di TV3 setiap hari sabtu tu ditayangkan, famous la jugk blog Aien ni pasal review Price of Passion tu. Jangan marah la review tu sekerat je. Sebab belum ada mood nak tengok happy ending Asli dengan ahh~ lupa dah nama hero dia. Maafkan Ibu anak-anak. Masih try to manage jadual mak anak tiga ni. Huru hara lagi. Tapi, ada back up review dari blogger Tiara Sapphire jugak. Dia punya review lagi lengkap dari ibu punya kan? 



Dr. Isaac Luth? Ebook dari penulis Afiadz tu hasil kenalan dari blogger Suraya. Pelajar jurusan Farmasi ni suka tulis pasal doktor. Hee, comel je. Nak baca review penuh? Jap.. 



Padan la, duduk top 1 rupanya. He he he Korang rasa nak baca novel pendek, boleh la beli kat shopee tu. Best!




Macam biasa la carian utama blog ni pasal mengandung, barang baby, pengalaman bersalin. Nak terus menulis bab tu, Iolls tak terer dalam menyusun kata. Serba cerca merba la ayat. Korang faham alhamdulillah. Haha 


Januari lalu dengan 18 post saja, bulan ni in shaa Allah nak cuba lebihkan. Harap dapat la tercapai. Kita up entry hari-hari jam 12:12 kecuali hari Jumaat. Semoga tercapai target tu. Hehe 


Terima kasih sudi baca report kad kita  ^^


Rabu, Februari 09, 2022

Wordless Wednesday

 

 


I'm sorry

Selasa, Februari 08, 2022

5 cara untuk menonton chinese drama

 


Asyik buat review drama je  kali ni Aien nak share dengan korang kat mana port nak tengok chinese atau korea drama yang boleh korang terjah. Teringat dulu masa belajar, jadi ceti drama. Setiap kali ada drama baru, mesti adik-adik junior cari koi. Haha Selalu pinjam hardisk sebab nak amek drama. Rugi sendiri tak buat bisnes drama ni. Haha


Kadang-kadang rasa serba salah nak kongsi juga sebab aku ni bukan la reti nak selok belok. Kalau dah menaip tu, sokmo jujur dari hati. dan berkongsi pun ikhlas la. Risau kot ada mana-mana pihak tersinggung sebab benda jahat jangan kongsi. Disebabkan aku terjumpa keyword ada orang cari macamana nak tengok chinese drama, aku kongsi. selebihnya korang perlu jujur dengan diri sendiri. Okay? 


 Aplikasi rasmi

Menggunakan aplikasi adalah cara mudah untuk menonton chinese dan korea drama ni. Contohnya seperti menggunakan IQiyi, WeTV, atau VIU dan Netflix. Ada sesetengah drama yang baru ditayangkan adakalanya perlu menjadi VIP untuk menonton episode yang baru. Jika anda rasa perlu support aplikasi ni, jadi marilah kita daftar menjadi pengguna yang berhemah. Saya kadang-kadang ada drama nak ditengok baru jadi VIP. Ya la, mereka juga perlukan dana untuk hasilkan cerita yang best untuk hiburan kita kan? Tak salah sekiranya kita menunggu kan? 

Dramacool  dan kissasian

Korang peminat tegar drama pasti kenal la dua platform ni. Wajib tau sebab di sini berkumpul segala drama dan movie asia. Seeloknya tengok di komputer ataupun laptop sebab mereka sangat gemar menggunakan iklan pop up yang terlalu banyak sampai rasa annoying lebih-lebih lagi jika korang buka ikut smartphone. Super annoying! Macam telefon korang dah kena virus je rupanya.  


Telegram 

Ni salah satu syurga kaki drama. Bijak cari channel, korang akan happy dah jumpa drama apa yang korang nak. Bezanya jika guna telegram ni nak kena muat turun dulu sebelum tengok. Terpulang pada korang nak SD atau HD. Tapi, kebiasaannya dorang admin ni memang dah sediakan yang jenis HD yang telah dicompress. Di sini korang boleh cari yang english subtitle ataupun indon subtitles. Bahasa cuma disediakan di aplikasi rasmi sahaja. 


Muka buku a.k.a Facebook

Channel ni kebanyakan kaum lejen je tau. Anak muda sekarang rela guna netflix je. Haha gurau gurau. Yang ni pun sama. Korang hanya perlu cari saja nanti jumpa la mana yang korang boleh tengok. Contohnya, korang cari drama Bad and Crazy episode 12. in shaa Allah keluar video penuh. Kalau rajin join private group yang memang ada keluar drama terbaru. Jujur cakap, mereka yang buat subtitles ni untuk kita tengok bukannya berbayar tau. Ada sesetengah buatkan private video untuk berkongsi dengan peminat tegar drama. Contohnya bukan semua mampu subscribe disney Hotstar untuk menonton drama Snowdrop tu, tapi korang tetap nak tengok. Jadi platform nya adalah muka buku ni. Cuma bila dah tengok  tu, mohon jangan report. Tu je la dorang admin minta. Geng biasa buat subtitle tak berbayar ni pinoy ngan indon. geng bahasa ni biasa cari yang boleh jana pendapatan. Bukan untuk pleasure. betul tak? 

Youtube

Last, but not least. Sumber terbuka paling senang nak menonton drama chinese yang tiada di aplikasi ataupun drama yang mempunyai akaun rasmi youtube seperti MangoTV. Ada juga aplikasi dorang ni, cumanya tak mendapat sambutan daripada international fans sebab aplikasi dia macam leceh sangat. So, ramai lagi prefer dorang kongsi di youtube. 


Puas hati dengan 5 cara nak tonton ni? Hope korang dapat layan drama kegemaran korang ye. Drama drama jugak, tugas hakiki jangan lupa. Peace~