Isnin, Februari 07, 2022
Pengalaman camping bersama anak kecil 3 Hari 2 Malam di Logok Campsite
Raya Cina ritu, sakan semua orang pergi bercuti kan? Jadi kami juga tidak berkecuali untuk pergi bercuti. Husband memang dah plan nak pergi berkhemah bawa anak-anak walaupun hakikatnya Ibu dorang ni nak ke PD -majlis kawen kawan kolej dulu. But, seperti biasa, Ibu follow aje la tukang driver nak bawak ke mana. Ibu is okay je.
Plan asal - berkhemah.
Di mana? - tak menanya sebab konfem penuh. Husband dah buat kajian dia siap-siap, as Ibu, awal pagi la siapkan bekal. Kata nak bangun awal. Tapi entah nervous punya pasal jam 4.30 pagi baru dapat lelap kejap. Habis alarm 6 pagi, melompat katil la siapkan apa yang perlu. Yang penting bekalan makanan untuk rakyat dalam kereta.
Rupa-rupanya Husband dia nak jelajah sampai ke Pantai Pasir Lanun, Mersing sana. Katanya biar naik sampai ke atas dulu. Nanti tak ada kosong kita turun sampai ke sebelah Desaru sana. Okay. (ibu is semua okay)
Perjalanan kami dimula jam 9 pagi. Itupun jenuh kejut abang Najmi tu. Pesen dia, over excited malam, (sebelum kejadian) besok dia dah penat mula pasang perangai dia. Haa, tapi tu laa. geram aje ibu nengokkan. Anak kedua begitu la dia kan.
Ikut jalan Ulu Tiram, terasa sekejap je sampai. Singgah beli barang makan sikit sebagai stok sebelum teruskan perjalanan. Masya Allah, sampai di Pantai Pasir Lanun, tobat lahum. Masuk ke pusing-pusing kena bayar sampah (khidmat pembersihan) RM3. Memang sedekah la jawabnya kalau sejuta umat dalam tu.
Maka kami keluar. Turun la sampai ke Tanjung Leman. Masuk ke Pantai Mawar. Husband kata Pantai Mawar pernah viral sekejap sebab ada port bergambar cantik. Sekali rupa-rupanya pantai persendirian. Kena tutup sebab pembersihan. Jalan la kami lagi, sampai Nayla membebel.
"Ibu bila nak pasang khemah ni? Bila nak berenti jumpa pantai?"
Lama sangat pusing-pusing, nampak pantai tapi tetap tak leh turun. Pahtu disebabkan bekalan Nasi Goreng, sosej dan Ayam Goreng saja tinggal. Kami singgah makan di Kedai Asam Pedas Kak Bedah di Teluk Buih. Boleh la buat isi perut.
Usai makan, siapkan anak-anak apa semua jam 4 petang jugak kami gerak. Ntah ke mana Husband nak bawak, kami ikut saja. Memang lokasi dia tempat-tempat berkhemah la cerita. Singgah di Dataran Mersing, anak-anak sibuk kata nak main taman. Hairan jugak masa tu, Taman boleb buat kenapa tak tandas awam? Dekat tepi pantai tu. Masa tu air surut jauh nuu ke tengah sana. Memang landai sungguh situ. Orang ramai turut ke sana bermain. Nasib juga Nadhira tidur, kalau tak penat si kakak dan abang bermain situ je.
Tak jauh perjalanan, Anak-anak dengan Ibu sekali tidur. Husband mencari port sendiri. Haha Sian dia. Ibu ni memang co-pilot tak boleh pakai. Sesekali tersedar, ngajak la dia nyembang. Lalu, Felda Tenggaroh 2. Katanya ada mak cik tinggal di sini. Tapi lama sangat tak jumpa konfius di Tenggaroh 2 ka 3. Akhirnya, Logok Campsite menjadi destinasi terakhir. Alhamdulillah ada rezeki, tempat kosong seorang abang tu baru nak keluar. Cuma kena tunggu sekejap sementara dia siap berkemas.
Jam 6.30 petang baru Husband dapat pacak khemah. Itu pun berebut dengan angin kencang. Anak-anak usah la cakap, memang teruja amat. Hari pertama kami sampai apa yang merisaukan Ibu ni adalah tandas dia kena beratur. Masya Allah. Bayangkan dengan anak-anak kecik lagi. Memang ada paip kat luar. Tapi macam. Hurm.. Bak kata akak sorang tu, bebel sama-sama masa beratur. Ni dah serupa Kem Survival dah kena beratur tandas. Haha
Tapi, selepas 2hb orang ramai dah balik, okay je tandas tu. Tiada masalah beratur pun. Pihak Pengurusan pun sedang dalam pembinaan penambahan tandas dan bilik air.
Bagi Aien yang cepat berpuas hati, Logok Campsite ni pun dah terbaik buat mereka yang nak bawak keluarga berkhemah yang serba serbi cukup la bagi berkhemah. Jangan la expect ada warung ke apa kan di campsite begini. Dia lengkap dengan kemudahan tandas, surau dan warga pekerja sangat ramah membantu orang ramai. Masa orang beratur nak mandi petang, dok tanya. Ada air ke tak. Sebab sekali tu mandj petang, air sendu amat. Rupa-rupanya ada yang tutup paip utama. Tersalah pusing agaknya.
Ahad, Februari 06, 2022
DRAMA KOREA: Our Beloved Summer (2021)
kredit gambar: wikipedia |
Tajuk: Our Beloved Summer / That Year We
Genre: romance, comedy, life
Bil. Episode : 16
Channel: SBS / Netflix
Cast: Choi Woo Sik, Kim Da Mi, Kim Sung Cheol, Roh Jeong Ui
Sinopsis:o
Choi Ung (Choi Woo-Sik) and Kook Yeon-Su (Kim Da-Mi) broke up 5 years ago. A documentary they filmed during their high school days becomes popular. They don’t want to, but they have to stand in front of the camera
Choi Ung seems naive and a free spirited man, but he wants to have something for the the first time in his life. For that, he shows what he holds in his mind. Kook Yeon-Su aimed to become the top student at her school, but she is now an adult who lives fiercely, adapting to her reality.
As usual, pesimis dengan drama yang pelakonnya tidak la dikenali. (olehku) Jadi lama drama ni lalu, minggu lalu menarik perhatian untuk menontonnya.
BEST!
Seru bangat nontonnya! Ha, gitu.. Seperti disinopsis juga, drama ini mengisahkan tentang Choi Ung dan juga Yeon Su selepas kejadian dokumentari mereka ketika di sekolah tinggi kembali viral. Dan pihak produksi meminta untuk dibuat rakaman kali kedua selepas 10 tahun berlalu. Tapi yang kena rekod itu, adalah kawan mereka yang kini menjadi junior kepada PD nim~ yang merakam dokumentari tu.
Ji Ung, best friend Choi Ung daripada tadika sehingga usia mereka 29 tahun itu, tak nak pada mulanya untuk rekod agi dokumentari rakan dia tu. Tapi, entah kenapa selepas melihat rakaman yang tidak disiarkan tu, dia jadi semangat nak rekod.
"Menjadi penerbit atau cameraman ini, merekod kehidupan orang lain daripada sisi yang lain."
Selepas dokumentari tu, mereka berdua bersama. Ke universiti bersama. Sehingga sampai satu tahap, Yeon Su terpaksa melepaskan Choi Ung demi satu perkara yang dia tak mahu menjadi beban kepada sesiapa.
Drama ini diadaptasi daripada sebuah webtoon dan mendapat perhatian apabila BTS's V menyumbangkan suaranya untuk soundtrack drama ni.
Boleh la dengar sambil baca entry ni. Best OST dia sesuai dengan drama remaja sehingga dewasa yang mana kita selalu impikan kerjaya yang bagus apabila tamat sekolah. Hakikatnya benda itu bukan mudah. Apatah lagi bila kita dah dapat kerja yang kita impikan, akan selalu ada mereka yang menilai hasil usaha gigih kita.
Plot twist drama ni, bila satu demi satu rahsia terbongkar.
Choi Ung - sebenarnya anak angkat kepada pemilik restoran Makan bersama Ung itu.
Ji Ung - suka kepada Yeon Su, teman wanita rakan baiknya.
Yeon Su - kuat dan pentingkan diri demi menyembunyikan kemiskinannya agar tidak dipijak orang lain.
Asal cerita ini bersumber kesunyian daripada pelbagai sudut. Yang sebenarnya alam dewasa ni tak adalah best sangat. Cuma bila kita enjoy je hidup kita dan hidup dalam fullest heart, atau erti kata lain, bersyukur atas segala nikmatNya. in shaa Allah hidup ni akan jadi lebih bermakna.
Best! drama ni best. Selalu lalu di fyp tiktok, lelama terpengaruh jugak. korang boleh cuba tonton lepas layan All of Us Dead ni, lega sikit hati lepas lari-lari tu. haha
Khamis, Februari 03, 2022
DRAMA KOREA: All Of Us Dead (2022)
image kredit: soompi |
Tajuk: All of us Dead
Genre: Horror, Suspend, Fiction
Bil. Episod: 12
Channel: Netflix
Cast: Park Solomon, Park Ji Hoo, Cho Yi Hun, Chan Young Yoon
Sinopsis: Sekumpulan pelajar menengah terperangkap di sekolah mereka, Hyosan High School ketika satu virus zombi mula menular. Mereka desperately melarikan diri daripada sekolah dan juga daripada menjadi zombi sendiri.
Wei, berlari sama wei tengok drama ni. Actually memang tengah hype kat mana-mana media sosial and as you may know. Memang tipikal cerita zombi, tapi daripada highlight yang berbeza.
Macam Train to Busan, highlight bapak nak selamatkan anak dia. Atau Happiness di mana askar cuba untuk menyelamatkan diri dan dikuarantin. Dan untuk drama zombi dari Korea Selatan ini pula, highlightnya daripada golongan pelajar sekolah menengah yang sering dianggap sedang melalui masa rebel mereka.
"Ingat, kita bukan dewasa mahupun kanak-kanak. Kami juga bukan manusia dan bukan zombi." -Nam Ra
Serius cakap, drama ni lagi banyak kena lari kalau korang bukan peminat genre horror atau saspen tapi kadang suka juga nak try tengok. Bak kata Nayla (anak Aien tu) Ibu, cuba tengok elok-elok. Haha
Virus yang dimulakan oleh seorang bekas ahli farmasi dan juga cikgu sains di Sekolah Tinggi Hyosan, Lee Byeong Chan. Beliau cuba menciptakan sejenis virus apabila kasihan melihat anaknya sering saja dibuli di sekolah. Apabila dibawak ke pihak atasan, masing-masing pejam mata atas kes yang dianggap gurauan anak muda.
Lee Jin Su, saban hari asyik dibuli sehingga satu hari dia dibuli teruk sehingga terjatuh daripada bangunan akibat ditolak oleh sang pembuli. Dan ayahnya mendapat tahu Jin Su semakin agresif dan bertukar menjadi zombi, cuba untuk menyembunyikan hakikat bahawa virus ciptaannya sangat berbahaya. Beliau ingin terus membuat ujikaji terhadap orang lain, langsung dicuba pada salah seorang pelajarnya, Hyeon Ju.
Kesilapan itu bermula apabila Hyeon Ju di hantar ke hospital oleh cikgu lain, dan sebelum itu Hyeon Ju ada mengigit orang lain. Dan virus itu merebak dengan begitu pantas sekali. Seawal episod satu boleh lihat betapa kucar kacirnya Sekolah Tinggi Hyosan akibat daripada virus ini.
12 orang pelajar dapat menyelamatkan diri dengan menyembunyi dalam kelas mereka. Tapi sedikit demi sedikit mereka kehilangan ahli apabila setiap kali mereka bertindak untuk menyelamatkan orang lain atau cuba mencari jalan keluar, setiap kali itu lah pasti ada yang tumpas.
Jadi jom kita highlight beberapa scene yang sangat geram dan mendebarkan sampai anak tegur ibunya jalan berlari tengok cerita zombi. 😂
- Masa Gyeon Su dituduh telah digigit padahal sebenarnya atas perasaan benci sesama, dia 'dibunuh' oleh Na Yeon. Masa ni laa, orang cuba la nak survive. Dia boleh pulak salahkan kawan dia tu. Eeehhh geram pulak aku dengan Na Yeon ni. Sampai sudah Na Yeon dihantui rasa serba salah terhadap kawan-kawan yang terselamat tadi, dan ketika Na Yeon cuba untuk memberi bekalan makanan kepada temannya, malang sungguh nasib bertemu dengan si tukang buli, Gwi Nam.
- Lejen Gwi Nam, Sebim (semi zombi) ni lahai. Tak mati-mati setelah digigit zombi, jatuh dari tingkat 4, jatuh dari bumbung sekolah. EH, GERAMNYA! Ha, kan dah huruf beso. Dek kerana perasaan dia nak bunuh Cheong San yang telah cucuk matanya dan membiarkan dirinya dimakan zombi. Eh, padahal engko tu dari dapur kantin nak selamat, habis semua kawan-kawan ko dihumban pada zombi. Geram aje laa. Nak tahu macamana dia mati tak? Tengok la sampai habis.
- Jimin curiga dengan kebolehan Nam Ra, ketua kelas mereka apabila gadis itu mula digigit Gwi Nam. Sampai sudah wei.. Dia survived! Akhirnya dia dapat merubah dirinya menjadi lebih hebat daripada Nam Ra sebelum itu, yang cuma tahu belajar sahaja.
- Sedih part dorang kena tinggal tentera apabila ada seorang pelajar, Eun Ji (kot) yang p gigit kawan dia, Cheol Soo di pusat kuarantin. Sebab geram dengan Cheol Soo, yang pengecut sebab nak mampu selamatkan Eun Ji ketika mereka sama-sama dibuli. Dia marah dengan Cheol Soo jugak sebab turut sama subahat untuk menyebarkan videonya tanpa rela.
- Padan la muka Cheol Soo tu, masa dia diselamatkan oleh tentera pada awalnya. Masa tu, dorang lain semua tengah sibuk ketuk pintu bumbung suruh dia bukak. Dia boleh pentingkan diri kata dah tak ada orang lain. Eh, Eh.. Haaa sepik asai ko sia!