Selasa, Januari 18, 2022
JJM Bloglist Year 2022
Marilah kita berusaha menyokong bloglist kawan-kawan. First time Aien singgah ke blog Ika ni. Salam perkenalan Ika. Tambah lagi sorang book review Aien di alam maya. -bila tengok balik, laa dah pernah follow ika ni dlu laa. hehe
.
senang je syarat untuk join segmen ni. Janji korang aktif dalam blogging. All the best dan salam perkenalan semua.
4fingers - makanan favorite terbaru di GRABFOOD
Itadakimasu~ Bismillah jom kita tengok bagaimana rupa set Cheesy Rice Combo ni di sebelah dalam.
Isnin, Januari 17, 2022
Criminal Mind itu wujud
Rahsia tong biru - Akhbar menunjukkan kematian kejam beberapa mayat dijumpai. Tragisnya kematian itu apabila orang ramai yang hendak menikmati matahari terbenam di kawasan itu terhidu bau busuk. Polis dan anjing penyelamat mula mencari asal bau tersebut dan menjumpai tong biru ini. Petang yang indah menjadi tragedi. Ada yang mengalirkan air mata sambil merekodkan detik yang sangat memilukan. Siapa yang tergamak melakukan hal begitu? Senang sekali dia menyembunyikan hasil kerjanya. Tidakkah polis keselamatan menemui saspek tersebut?
Aneh. Sejak bila wujudnya isi kandung selain sampah sarap di dalam tong biru itu? Ya. Manakan orang mahu perasan, kerana mereka lebih rela meninggalkan sampah mereka sendiri di tempat asal sebelum pergi dari situ.
Hasil keputusan polis mendapat bahawa saspek merupakan ibu kepada mangsa. Dia disahkan menghadapi anxiety yang tidak dilaporkan kepada pihak klinik kesihatan sejak kelahiran anak ketiganya. Masalah ini dipendam kerana bimbang wujudnya tanggapan buruk masyarakat terhadap dirinya yang masih memandang enteng terhadap masalah emosi seorang suri rumah ini. Bahkan sejak 2 tahun lalu pandemik melanda dunia, masalah mental ini bukan saja bagi kaum wanita terutamanya bahkan kebanyakan orang yang masih cuba untuk teruskan hidup di kala harga barang mula naik, pendapatan tersekat kerana pandemik.
Anxiety - Dada terasa sempit. Malam tidak boleh lena. Badannya bisa-bisa. mungkin masuk angin? Eh, wujudkah istilah itu dalam bidang kedoktoran? Akibat tidak pernah diurut semenjak Julai yang lalu.
Minda fikirkan penyelesaian terburuk apabila dirinya letih menghadapi semua. Namun, cepat-cepat dialihkan dengan melakukan perkara yang lain ataupun senang, tidur. Dengan harapan dia bangkit dengan semangat baru.
Tong biru. Menyedarkan dia, harus mencari rakan bimbingan untuk dirinya terus kuat hadapi dunia yang semakin nazak. Dia sedar juga bahawa kembali kepada Allah rahsia ketenangan yang abadi. Doakan dia terus kuat, agar tidak melakukan yang tidak-tidak.
Dirinya cukup malu dianggap makan duit suami. Cukup malu hendak menyuarakan perihal pulang kampungnya nun jauh di sana dengan kekangan wang ringgit. Dia kan miskin? Kata yang menusuk kalbu sejak 2 tahun lamanya tidak kembali ke sana. Hati mahu berkumpul tapi, aura negatif terlalu kuat sehingga kini masih belom pulih dari baunya.
Maafkan dia jika dia tidak mampu melakukan yang terbaik. Kerna demi dirinya sendiri dan anak-anaknya... terlalu kerdil untuk toxic itu semua. Biar dia bahagia dengan caranya. Menjauh bukan bermakna dia lupa, sepi bukan bermaksud dia mati. Dia cuma mahu hidup di realiti tanpa membandingkan orang sekeliling. Cukup semua itu. Biarkan segala bau busuk itu kekal dalam tong biru tadi.
Yang benar,
Ibu yang hampir hilang kewarasannya. 🎈