Sabtu, Januari 01, 2022
Dua Kosong Dua Dua - might a great year after all
Alhamdulillah masih bernafas sehingga hari ini, hari pertama daripada tiga ratus enam puluh lima hari seterusnya. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah masih diberi peluang.
2021,
pergi membawa seribu kenangan buat kita semua
Ada pahit, manis, suka dan duka
seperti biasa perginya meninggalkan memori buat kita
2022,
berharap akan menjadi yang lebih baik daripada tahun sebelumnya
Kita akan menjadi lebih siap siaga menghadapi semua.
Semoga semangat di awal tahun ini kekal sehingga penghujungnya.
Teruskan berusaha, in shaa Allah akan nampak hasilnya.
Noone family mengucapkan Selamat tahun baru buat semua pembaca Kisah Aienienka.
Semoga kalian baik-baik saja. Jaga diri, stay safe di musim tengkujuh ni tau.
Jumaat, Disember 31, 2021
Segmen bloglist 2022 Mamapipie
Haa, gituu.. Last minit baru nampak segmen ni. Hey, al-maklum la baru nak bukak blig du hujung tahun ni. Kesibukan amat. Hai hai Mama, kita join tau.
Psst. kalau korang bukak entry ni pada 31 Disember, maknanya masih sempat la tu. Hehe Selamat menyambut Tahun Baru, semoga 2022 will be the great year for us, walaupun terdengar desas desus mengatakan 2022 will be the hardest year. huhuhu All the best semua.
Khamis, Disember 30, 2021
Cuti-cuti Sarawak: Bahagian Akhir
Fuh, mencari mood untuk menaip kembali artikel yang telah ditaip yang berbaki beberapa ayat saja, alih-alih tertekan butang "CLEAR" pada papan kekunci. Masyaa Allah, dugaan di hujung tahun. Hari terakhir di tahun 2021. Urgh~
Aih, baru sikit dah hilang sabar. Acaner ni? Belom lagi...... Err. Sabar la ni. tu yang baru jumpa mood lagi. Tu la, orang tua pesan jangan suka buat kerja last minit. Itu yang jadi dia. Baik! Kita terus ke bahagian akhir penghujung kita cuti-cuti Sarawak awal bulan december hari tu. Siapa yang belom baca 3 bahagian sebelumnya, boleh la jenguk baca sama.
[ Bahagian 1 ] [ Bahagian 2 ] [ Bahagian 3 ]
Jadi untuk bahagian akhir ini, kembalinya kami dari Kuching dengan selamat alhamdulillah berehat di malam hari, jadi paginya harus di teruskan dengan misi mencari ole-ole untuk teman pejabat suami dan juga saudara mara di Johor. Sebelum tu, kami menghabis masa selama hampir 2 jam di Taman Buaya dan Hidupan Liar Miri.
Jalan-jalan di Taman Buaya Miri
bAnyak je pilihan ayam cucuk, Aien piluh berdasarkan rasa hati macam sedap je. Haha Lagipun satu batang tu, adda tiga bahagian hati/pedal dan fishball semua seringgi je. Mana nak cari kat sini? Sosej sebatang pun masih seringgit ui