Khamis, Disember 16, 2021
Cuti-cuti Sarawak Bahagian Dua: Miri Ke Kuching
Day Two is coming~ Lama naw kumpul mood ni eh. Before we forgot, ajum la kita catatkan perjalanan kami berlima pertama kali pulang ke Miri, Sarawak selepas PKP dahulu.
baca juga: [[ Cuti-cuti Sarawak bahagian satu ]]
Sebaik saja selamat sampai di rumah Opah dan Atok selesai menjamah sedikit, lepas asar terus Atok khabar mau ke Kuching. Ziarah cucu di sana memandangkan mereka tidak dapat pulang ke Miri sekali bersama dengan kami. Mula-mula Ibu ni gusar la jugak, memandangkan plan asal kami cuma mahu ke Bintulu sahaja. Alih-alih phewwww~ naik balik sampai ke Kuching. Terus pandang husband, tanya nak ke dia ke Kuching? Dia on sentiasa. Meraikan hati orang tua. Ibu pun senyum. Jangan tak merasa kan.
Esok pagi, biasa la bila dengan bebudak, paling awal pun jam 8.30 pagi bertolak dari Miri. Itu pun pada mulanya hendak bawak satu bagasi je, sebab risau tak muat ruangan. Sewa Avanza saja. Nasib baik tubuh besar cuma 4. Dua sudah di hadapan dan tinggal Ibu dan Opah di belakang. Nayla dan Najmi biasa la, ulang alik antara seluruh kereta. Itu pun nasib Pak Usu tak mengikut. Memang plus 1 terus la ruangan.
Obviously, the Pan Borneo highway memang sakit. Setelah hampir 10 tahun Ibu tak merasa pulang ke Kuching naik kenderaan darat, memang it's not a good experience. Semua orang dengan anak kecil pasti memilih untuk terbang sahaja sebab tiket flight pun dah murah kan. Sarawak kan ramai orang kaya. Tapi, siapa yang suka adventure, naik kereta much fun. Biasa la dengan orang tua, budaknya lagi. phew~ penat berganda mengalahkan yang bawak kereta.
Guess berapa lama naik kereta dari Miri ke Kuching?
Kamu orang bayang kan la ha, kami ni dari Johor bah. Ke Miri. Alih-alih mau ke Kuching lagik. Pahtu patah balik lagi. Eh~ kerja bah tu. Balik sudah la seminggu saja. Memang atas jalan bah saja kami ni. Geram juga atu dengan unexpected plan. Tapi demi orang tua, kita raikan saja. Bah, saja bah aku mau kasitau luahkan marah ku ni. Nah, dibilang kami ni kenapa tak beli one way tiket saja. Eh. eh eh. Bah sudah malas la mau dikenang atu. Ndak guna jugak.
Berbalik pada story kita tadi, dari Miri jam 8.30 pagi. tu tut tu tutt... Sampai Bintulu dengan jalan yang boleh tahan lagi la, 2 jam setengah tiba di Sg.Plan. Atok cakap, kita makan area sini jak. Tak payah masuk bandar sebab mau jalan terus. Sekali kedai dia mau makan tutup. Kami masa tu, hari Ahad bah. Memang la. Sempat jugak la throwback memories kami di Sg.Plan yang kini sudah ada Mr.Diy tu.
Mau snap snap, dijeling sama laki sebab ndak peduli anak. Haha Bah gitu la kau.
Tapi usai makan, naik sikit dah zohor. Maka singgah solat Zohor di Petronas. Well, again. Highway Sarawak ni mana ada lagi RnR. Kau mau kencing ka, mau solat ka cari jak stesen minyak yang ada. Makan, bekal la jajan ka, kudapan ka. Perjalanan dia lebih kurang masa kami kecil dulu, bangun makan tidur. Bangun, makan, hooraa hooreyy sekejap and tido balit. Selesai urusan dalam 1.30 petang.
Diteruskan perjalanan ke Sibu, O M G.. What the way~ So so so... memang mau muntah hijau bah. Tapi, sebab husband bawak aku boleh la tidur lagi sambil pangku si Nadhira. Sian husband merasa la penat bawak kereta jalan jauh dengan jalanraya yang retak seribu sebab dorang nak buat Pan Borneo tu kan. Dia macam jalan berbatu yang belom diturap tu for almost 3 jam. Nak terkencing? ah ah.. No. Tidur? Phew~ lelap kejap je la. Nasib juga bebudak ni dah kenyang dorang senyap tidur kat kerusi belakang. Terasa tidur dilambung ombak.
Tiba di Sibujaya, singgah minum petang a.k.a makan malam kami jam 4 petang kalau tak silap. Ping pang ping pung, tukar pampers anak, buat susu. Dengan geram thermos yang dibawak tu air panas dia tak tahan untuk satu hari pun. Eh~ serba serbi. Ibu ni ha culas. Tak cek dulu. Patut standby. Maafkan la Ibu anak-anak. Terlupa diri ni dah anak 3. banyak benda nak kena fikir. Jetlag pun tak habis lagi. Excited plus penat semua ada.
.
(tertiba rasa macam tak nak sambung menulis untuk entry ni sebab it's not a good memory for me.)
Dalam kepala terngiang suara Opah, kereta ni tak ada abzober.
Nasib juga aku telefon adik aku tu cakap kami nak datang. Kalau tak, jam 1 pagi baru nak telefon memang masa tu, I hate suprise terus laa. Haha
Eh, padahal sikit je lagi nak sampai Kota Samarahan tu. Dari Sibujaya kami dalam jam 5 petang macam tu la kot. Uruskan anak-anak dulu.
And nasib jugak jalan Sarikei > Sri Aman dah bagus. Cuma gelap saja la. Sampai Kota Samarahan dah tengah malam, mana la dicarikan lagi kedai makan. Eh, silap sungguh tadi makan Roti John je. Sebab kata singgah minum. Nak order berat pun alahai kedai, bihun goreng tertumpah garam. Atok ngan Opah je order makanan berat. Kami 4 beranak kongsi Roti John. Sampai rumah adik, ku balun mee maggi 2 peket. Kau rasaa? Ha ha Pecah rekod. dengan menyusukan anak lagi, dengan penat lagi. Uish..
Sekali datang Kuching,makan KFC je. 😂 Nasib la orang bawak kau makan. Apapun tak makan. Mee kolok tarak, Mee jawa pun tidak. Apakan lagi Sarawakian food yang aku nak semua tak sempat. Sempat la merasa Daging Wangyu adik belanja.
Eh. Kau ni cerita mende tak best pulak. Benda best kau tak cerita ke?
Hari Pertama: Ke Telaga Air & Pantai Damai
'Ni burung apa ni midah? Burung Damai ka?'
Pecah ketawa laki aku dengar. Burung Kenyalang la ngek. Apu~ berapa tahun tak balik lalu lupak daratan anak itoi (ni).
Selasa, Disember 14, 2021
Kempen Kembali ke Sekolah 'Cerahi Kehidupan Bersama TOP' Muncul Semula
Kempen Kembali Ke Sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Muncul Semula Dengan Lebih Baik dan Besar Bagi Menyokong 333 Pelajar Sekolah Rendah
Kejerihan ibu tunggal dalam menguruskan keluarga bersendirian di Malaysia semakin meruncing ketika pandemik COVID-19. Lebih 150,000 ibu tunggal telah mendaftar untuk mendapatkan bantuan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Satu kajian mendapati golongan ibu tunggal amat terkesan ketika pandemik ini memandangkan mereka merupakan individu utama punca pencarian, di samping memastikan kebajikan keluarga terus terpelihara. Bagi golongan ibu tunggal yang terkesan secara kewangan, musim kembali ke sekolah boleh menjadi tempoh yang sukar kerana mereka perlu mendapatkan keperluan bagi anak-anak bersekolah dengan perbelanjaan yang terhad.
Menyedari keperluan ini, kempen kutipan amal Cerahi Kehidupan Bersama TOP (Brighter Future with TOP) kini kembali dengan lebih baik dan besar melalui kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), AEON, dan Shopee. Kempen ini bermatlamat untuk memenuhi keperluan persekolahan bagi 333 kanak-kanak daripada keluarga ibu tunggal bagi tahun persekolahan 2022.
JKM telah menyenarai pendek penerima bantuan kanak-kanak yang terdiri daripada keluarga ibu tunggal yang kini menerima bantuan daripada pihaknya. JKM turut menyenaraikan mereka yang menjadi penjaga bagi ahli keluarga yang terlantar sakit atau golongan Orang Kurang Upaya. Selain daripada itu, Pihak TOP juga mengenalpasti keluarga yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan semasa pandemik melalui Media Massa. Keutamaan diberikan kepada keluarga yang mempunyai anak yang bakal memulakan persekolahan Tahun Satu pada 2022. TOP telah menghubungi ibu-ibu tunggal ini untuk mendapatkan butiran berkenaan saiz pakaian dan barangan keperluan bagi 333 kanak-kanak terlibat.
Sebahagian daripada jualan produk sabun pencuci TOP tertentu di seluruh rangkaian AEON dan platform Shopee (melalui kedai rasmi Southern Lion) mulai 25 November hingga 26 Disember 2021 akan disalurkan untuk kelengkapan 333 pelajar sekolah rendah ini.
Kelengkapan kembali ke sekolah ini kepada penerima ini termasuk uniform sekolah baharu, kasut, stoking, alat tulis, kotak pensil, dan pensil warna. Setiap keluarga juga akan menerima pek sabun pencuci TOP 2.3kg, sementara anak-anak menerima menerima mainan lembut dan buku ilustrasi eksklusif oleh penulis dan pengilustrasi terkenal yang telah merangkul pelbagai anugerah, Emila Yusof. Beliau telah menghasilkan lebih 40 buah buku kanak-kanak seperti siri Dina termasuk My Mother's Garden, My Mother's Kitchen, My Father's Farm dan terbaharu, Dina's Art Class.
TOP akan menghantar pek peribadi kembali ke sekolah ini kepada JKM di 12 negeri untuk diedarkan kepada keluarga ibu tunggal terpilih pada tahun depan, sebelum sesi persekolahan yang baharu bermula.
Sejak dimulakan pada tahun 2015, kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP telah menyumbang keperluan persekolahan kepada 2,880 pelajar daripada 85 komuniti di seluruh negara, selain sumbangan berupa sabun pencuci TOP kepada penjaga dan keluarga.
Bersempena kempen kembali ke sekolah, jenama itu memperkenalkan sabun pencuci cecair TOP Gentle Care Advanced Micro-Clean Tech yang boleh menghilangkan 99.9% virus (COVID-19 dan Influenza A) dan bakteria.
TOP Gentle Care diformulasikan dengan Caring Touch Tech untuk penjagaan kulit yang menyeluruh. Dikuasakan dengan bahan aktif berasaskan tumbuhan yang bebas daripada lima perengsa yang menyebabkan kerengsaan kulit, ia sesuai digunakan untuk penjagaan kulit seluruh keluarga. Formula pH yang mesra kulit itu telah diuji secara dermatologi, dengan wangian sitrus yang harum berpanjangan. Sabun pencuci yang lembut kepada kulit ini menggunakan 3X Stain Busting Tech untuk menanggalkan kotoran degil secara berkesan dengan meresap jauh ke dalam serat fabrik bagi menghilangkan kotoran dan menghalangnya mencemari pakaian lain. TOP Gentle Care menggunakan Fibre Care Tech untuk melindungi pakaian dengan melembutkan fabrik pada peringkat serat bagi menjadikan pakaian tampak baharu dengan lebih lama.
Semasa pandemik, TOP telah banyak membantu mengurangkan beban pelajar Orang Asli dan keluarga mereka, golongan ibu tunggal, petugas barisan hadapan, pemberi vaksin dan golongan gelandangan menerusi sumbangan produk berjumlah RM600,000. Jenama tersebut turut menaikkan semangat menerusi lagu bertajuk ‘Bebas Melangkah’.
“Dalam kesukaran akibat pandemik yang melanda semua, rakyat Malaysia terbukti cekal dan mampu bangkit semula dengan menyokong mereka yang memerlukan. TOP berbangga untuk turut sama sebagai ahli Keluarga Malaysia ketika susah dan senang. Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP semakin penting buat masa ini kerana ia membantu mengurangkan beban keluarga ibu tunggal, dan menggalakkan kanak-kanak untuk menyesuaikan diri untuk kembali ke sekolah. Kami memahami terdapat kanak-kanak yang berdepan dengan kebimbangan untuk kembali ke sekolah selepas sekian lama di rumah, oleh itu kami sumbangan kami turut disertakan dengan mainan lembut dan buku berilustrasi yang cantik oleh artis, penulis dan pengilustrasi buku terkenal Emila Yusof bagi membimbing kanak-kanak mengenai cara yang betul untuk mencuci tangan sebagai persediaan untuk kembali ke sekolah,” kata Ling Ai Li, Pengurus Pemasaran Bahagian Penjagaan Fabrik di Southern Lion Sdn Bhd.
Mengulas mengenai kerjasama tersebut, JKM mengucapkan terima kasih dan menyambut baik usaha murni pihak pengurusan TOP dalam menganjurkan inisiatif Cerah Kehidupan ini yang dapat memberi manfaat kepada mereka yang terkesan semasa pandemik Covid 19.”
Bagi Emila Yusof, kerjasama dengan TOP membolehkan beliau menyampaikan panduan mengenai kesihatan dan kebersihan diri kepada kanak-kanak yang masih menyesuaikan diri dengan perubahan hidup akibat pandemik melalui kisah seorang gadis bernama Kiki, yang menceritakan perjalanan hidup sehari-harinya bersama ibunya yang sentiasa berpesan untuk mencuci tangan dan pakaian.
“Kanak-kanak mengingati kisah sebelum tidur yang diceritakan ibu mereka sehingga mereka dewasa, dan ilustrasi bertindak sebagai peringatan visual bagi apa yang perlu mereka lakukan. Saya gembira apabila kerjasama dengan TOP mampu membantu menenangkan dan merapatkan hubungan ibu tunggal dengan anak-anak mereka,” kata Emila.
Buku edisi terhad ‘Kiki Menentang Dunia Kuman’ oleh Emila Yusof akan dihadiahkan kepada semua penerima sumbangan Cerahi Kehidupan Bersama TOP. Orang awam boleh mendapatkan buku ilustrasi yang indah ini dengan membuat pembelian sabun pencuci TOP bernilai RM45 ke atas atau pencuci tangan Kirei-Kirei dalam satu resit di rangkaian AEON atau Kedai Shopee Southern Lion. Hantarkan bukti pembelian melalui Whatsapp ke 018-6688025 serta jawab satu soalan mudah. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/TOPdetergentMY.
“Ini adalah kali pertama kami bekerjasama dengan Shopee untuk kempen ini selepas kami menyedari semakin ramai pelanggan membeli produk secara dalam talian. Kami berharap ia akan dapat meningkatkan jumlah kutipan tabung bagi membolehkan lebih ramai kanak-kanak dibantu, selain 333 kanak-kanak yang dikenal pasti. Bantu kami untuk membantu lebih ramai ibu tunggal dan anak-anak mereka agar mereka dapat menikmati masa depan yang lebih cerah,” tambah Ling.
Untuk mengetahui tentang produk TOP serta kempen ini dengan lebih lanjut, layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian perkhidmatan pelanggan 1800-88-0133.
Ahad, Disember 12, 2021
Drama Korea: Happiness (2021)
Tajuk: Happiness
Bilangan Episod: 12 episod durasi 45 minit
Genre: Suspend, Thiller, Drama
Barisan Pelakon: Han Hyo Joo, Park Hyung Sik, Jo Woo Jin, Ju Seung Lee, Han Da Sol, Moon Ye Won, ETC
Sinopsis: Berlatar belakangkan masa hadapan, sebuah perumahan apartment berkelas tinggi yang mempunyai penduduk dari pelbagai latar belakang dan sosial. Namun, kerana satu penyakit berjangkit telah mula berleluasa di kawasan apartment tersebut, seluruh kawasan terpaksa ditutup dan dikenakan perintah berkurung. Ketika itu, semua penghuni terpaksa berusaha untuk hidup, takut dengan penyakit berjangkit itu dan mula tidak percaya antara satu sama lain.
Yoon Sae Bom seorang anggota squad khas. Dia seorang sangat berkeyakinan, bijak membuat keputusan dan tidak mudah gelabah. Sae Bom teruja dengan rumah baharunya namun tidak lama kemudian dia berhadapan dengan krisis ini.
Jung Yi Hyun pula seorang bekas pemain besbol yang tercedera dalam sebuah kemalangan dan kemudiannya menjadi detektif. Yi Hyun seorang yang jujur dan juga bijak. Yi Hyun menyimpan perasan terhadap Sae Bom sejak dari bangku sekolah. Kerana krisis ini, Yi Hyun berusaha untuk menyelamatkan Sae Bom dan orang lain.
Han Tae Seok, leftenan kolonel dalam bidang perubatan mengetahui segalanya berkaitan dengan penyakit berjangkit ini. Cuba untuk membendungnya demi negara. -kredit asianwiki