Selasa, Disember 14, 2021
Kempen Kembali ke Sekolah 'Cerahi Kehidupan Bersama TOP' Muncul Semula
Kempen Kembali Ke Sekolah ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Muncul Semula Dengan Lebih Baik dan Besar Bagi Menyokong 333 Pelajar Sekolah Rendah
Kejerihan ibu tunggal dalam menguruskan keluarga bersendirian di Malaysia semakin meruncing ketika pandemik COVID-19. Lebih 150,000 ibu tunggal telah mendaftar untuk mendapatkan bantuan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Satu kajian mendapati golongan ibu tunggal amat terkesan ketika pandemik ini memandangkan mereka merupakan individu utama punca pencarian, di samping memastikan kebajikan keluarga terus terpelihara. Bagi golongan ibu tunggal yang terkesan secara kewangan, musim kembali ke sekolah boleh menjadi tempoh yang sukar kerana mereka perlu mendapatkan keperluan bagi anak-anak bersekolah dengan perbelanjaan yang terhad.
Menyedari keperluan ini, kempen kutipan amal Cerahi Kehidupan Bersama TOP (Brighter Future with TOP) kini kembali dengan lebih baik dan besar melalui kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), AEON, dan Shopee. Kempen ini bermatlamat untuk memenuhi keperluan persekolahan bagi 333 kanak-kanak daripada keluarga ibu tunggal bagi tahun persekolahan 2022.
JKM telah menyenarai pendek penerima bantuan kanak-kanak yang terdiri daripada keluarga ibu tunggal yang kini menerima bantuan daripada pihaknya. JKM turut menyenaraikan mereka yang menjadi penjaga bagi ahli keluarga yang terlantar sakit atau golongan Orang Kurang Upaya. Selain daripada itu, Pihak TOP juga mengenalpasti keluarga yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan semasa pandemik melalui Media Massa. Keutamaan diberikan kepada keluarga yang mempunyai anak yang bakal memulakan persekolahan Tahun Satu pada 2022. TOP telah menghubungi ibu-ibu tunggal ini untuk mendapatkan butiran berkenaan saiz pakaian dan barangan keperluan bagi 333 kanak-kanak terlibat.
Sebahagian daripada jualan produk sabun pencuci TOP tertentu di seluruh rangkaian AEON dan platform Shopee (melalui kedai rasmi Southern Lion) mulai 25 November hingga 26 Disember 2021 akan disalurkan untuk kelengkapan 333 pelajar sekolah rendah ini.
Kelengkapan kembali ke sekolah ini kepada penerima ini termasuk uniform sekolah baharu, kasut, stoking, alat tulis, kotak pensil, dan pensil warna. Setiap keluarga juga akan menerima pek sabun pencuci TOP 2.3kg, sementara anak-anak menerima menerima mainan lembut dan buku ilustrasi eksklusif oleh penulis dan pengilustrasi terkenal yang telah merangkul pelbagai anugerah, Emila Yusof. Beliau telah menghasilkan lebih 40 buah buku kanak-kanak seperti siri Dina termasuk My Mother's Garden, My Mother's Kitchen, My Father's Farm dan terbaharu, Dina's Art Class.
TOP akan menghantar pek peribadi kembali ke sekolah ini kepada JKM di 12 negeri untuk diedarkan kepada keluarga ibu tunggal terpilih pada tahun depan, sebelum sesi persekolahan yang baharu bermula.
Sejak dimulakan pada tahun 2015, kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP telah menyumbang keperluan persekolahan kepada 2,880 pelajar daripada 85 komuniti di seluruh negara, selain sumbangan berupa sabun pencuci TOP kepada penjaga dan keluarga.
Bersempena kempen kembali ke sekolah, jenama itu memperkenalkan sabun pencuci cecair TOP Gentle Care Advanced Micro-Clean Tech yang boleh menghilangkan 99.9% virus (COVID-19 dan Influenza A) dan bakteria.
TOP Gentle Care diformulasikan dengan Caring Touch Tech untuk penjagaan kulit yang menyeluruh. Dikuasakan dengan bahan aktif berasaskan tumbuhan yang bebas daripada lima perengsa yang menyebabkan kerengsaan kulit, ia sesuai digunakan untuk penjagaan kulit seluruh keluarga. Formula pH yang mesra kulit itu telah diuji secara dermatologi, dengan wangian sitrus yang harum berpanjangan. Sabun pencuci yang lembut kepada kulit ini menggunakan 3X Stain Busting Tech untuk menanggalkan kotoran degil secara berkesan dengan meresap jauh ke dalam serat fabrik bagi menghilangkan kotoran dan menghalangnya mencemari pakaian lain. TOP Gentle Care menggunakan Fibre Care Tech untuk melindungi pakaian dengan melembutkan fabrik pada peringkat serat bagi menjadikan pakaian tampak baharu dengan lebih lama.
Semasa pandemik, TOP telah banyak membantu mengurangkan beban pelajar Orang Asli dan keluarga mereka, golongan ibu tunggal, petugas barisan hadapan, pemberi vaksin dan golongan gelandangan menerusi sumbangan produk berjumlah RM600,000. Jenama tersebut turut menaikkan semangat menerusi lagu bertajuk ‘Bebas Melangkah’.
“Dalam kesukaran akibat pandemik yang melanda semua, rakyat Malaysia terbukti cekal dan mampu bangkit semula dengan menyokong mereka yang memerlukan. TOP berbangga untuk turut sama sebagai ahli Keluarga Malaysia ketika susah dan senang. Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP semakin penting buat masa ini kerana ia membantu mengurangkan beban keluarga ibu tunggal, dan menggalakkan kanak-kanak untuk menyesuaikan diri untuk kembali ke sekolah. Kami memahami terdapat kanak-kanak yang berdepan dengan kebimbangan untuk kembali ke sekolah selepas sekian lama di rumah, oleh itu kami sumbangan kami turut disertakan dengan mainan lembut dan buku berilustrasi yang cantik oleh artis, penulis dan pengilustrasi buku terkenal Emila Yusof bagi membimbing kanak-kanak mengenai cara yang betul untuk mencuci tangan sebagai persediaan untuk kembali ke sekolah,” kata Ling Ai Li, Pengurus Pemasaran Bahagian Penjagaan Fabrik di Southern Lion Sdn Bhd.
Mengulas mengenai kerjasama tersebut, JKM mengucapkan terima kasih dan menyambut baik usaha murni pihak pengurusan TOP dalam menganjurkan inisiatif Cerah Kehidupan ini yang dapat memberi manfaat kepada mereka yang terkesan semasa pandemik Covid 19.”
Bagi Emila Yusof, kerjasama dengan TOP membolehkan beliau menyampaikan panduan mengenai kesihatan dan kebersihan diri kepada kanak-kanak yang masih menyesuaikan diri dengan perubahan hidup akibat pandemik melalui kisah seorang gadis bernama Kiki, yang menceritakan perjalanan hidup sehari-harinya bersama ibunya yang sentiasa berpesan untuk mencuci tangan dan pakaian.
“Kanak-kanak mengingati kisah sebelum tidur yang diceritakan ibu mereka sehingga mereka dewasa, dan ilustrasi bertindak sebagai peringatan visual bagi apa yang perlu mereka lakukan. Saya gembira apabila kerjasama dengan TOP mampu membantu menenangkan dan merapatkan hubungan ibu tunggal dengan anak-anak mereka,” kata Emila.
Buku edisi terhad ‘Kiki Menentang Dunia Kuman’ oleh Emila Yusof akan dihadiahkan kepada semua penerima sumbangan Cerahi Kehidupan Bersama TOP. Orang awam boleh mendapatkan buku ilustrasi yang indah ini dengan membuat pembelian sabun pencuci TOP bernilai RM45 ke atas atau pencuci tangan Kirei-Kirei dalam satu resit di rangkaian AEON atau Kedai Shopee Southern Lion. Hantarkan bukti pembelian melalui Whatsapp ke 018-6688025 serta jawab satu soalan mudah. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.facebook.com/TOPdetergentMY.
“Ini adalah kali pertama kami bekerjasama dengan Shopee untuk kempen ini selepas kami menyedari semakin ramai pelanggan membeli produk secara dalam talian. Kami berharap ia akan dapat meningkatkan jumlah kutipan tabung bagi membolehkan lebih ramai kanak-kanak dibantu, selain 333 kanak-kanak yang dikenal pasti. Bantu kami untuk membantu lebih ramai ibu tunggal dan anak-anak mereka agar mereka dapat menikmati masa depan yang lebih cerah,” tambah Ling.
Untuk mengetahui tentang produk TOP serta kempen ini dengan lebih lanjut, layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian perkhidmatan pelanggan 1800-88-0133.
Ahad, Disember 12, 2021
Drama Korea: Happiness (2021)
Tajuk: Happiness
Bilangan Episod: 12 episod durasi 45 minit
Genre: Suspend, Thiller, Drama
Barisan Pelakon: Han Hyo Joo, Park Hyung Sik, Jo Woo Jin, Ju Seung Lee, Han Da Sol, Moon Ye Won, ETC
Sinopsis: Berlatar belakangkan masa hadapan, sebuah perumahan apartment berkelas tinggi yang mempunyai penduduk dari pelbagai latar belakang dan sosial. Namun, kerana satu penyakit berjangkit telah mula berleluasa di kawasan apartment tersebut, seluruh kawasan terpaksa ditutup dan dikenakan perintah berkurung. Ketika itu, semua penghuni terpaksa berusaha untuk hidup, takut dengan penyakit berjangkit itu dan mula tidak percaya antara satu sama lain.
Yoon Sae Bom seorang anggota squad khas. Dia seorang sangat berkeyakinan, bijak membuat keputusan dan tidak mudah gelabah. Sae Bom teruja dengan rumah baharunya namun tidak lama kemudian dia berhadapan dengan krisis ini.
Jung Yi Hyun pula seorang bekas pemain besbol yang tercedera dalam sebuah kemalangan dan kemudiannya menjadi detektif. Yi Hyun seorang yang jujur dan juga bijak. Yi Hyun menyimpan perasan terhadap Sae Bom sejak dari bangku sekolah. Kerana krisis ini, Yi Hyun berusaha untuk menyelamatkan Sae Bom dan orang lain.
Han Tae Seok, leftenan kolonel dalam bidang perubatan mengetahui segalanya berkaitan dengan penyakit berjangkit ini. Cuba untuk membendungnya demi negara. -kredit asianwiki
After watching point of view
Jumaat, Disember 10, 2021
Can I cry for no reason?
Sambil dengar Easy On Me by Adele, tetiba chest pain hit me over. Sakit, tapi tak tau sebab apa. Mungkin faktor lagu, bisik hati. Dah lama benar tak melayan lagu sejak jadi bini orang ni. Seolah hilang dalam dunia yang tak tau nyata atau tidak. Nak kata tiada identiti, jasad wujud je. Nak diagnosis sendiri punya simptom anxiety atau depress, masa buat kaji selidik buka buku pink mengandung Nadhira dulu, tiada pulak doktor kata parah.
Cuma, itu la. It's hit me hard. Kadang berdiri masak kat dapur pun boleh termenung. Me dengan termenung berpisah tiada. Kosong.
.
Jika cerita sama orang tua, mesti dikasi tau, kau bawak solat. Jangan tinggal Allah, nescaya Allah tak tinggal kamu bah. In shaa Allah, pujuk hati. Ya benar bah tu diri. Manakan kau mau dusta nikmat yang Allah telah berikan pada kamu tu?
.
Jeda.
Telinga dengar lagu. Fikiran berlayar kosong. Ikutkan banyak saja rencana dia. Susun plan untuk next year. Orang kata, tamau pening kepala kau jot down all inside your memory. Tapi, bila sudah pegang pen automatik nak menulis semua kenangan lama. Tak, aku dah tak ingat dah semua tu. Dah moving forward. Sebab semua tu mengajar aku jadi aku yang sekarang. Seronok bila jumpa adik-adik yang dah berjaya. Dorang dengan life dorang, misreable dorang yang dorang hadapi manakan kita nak tau. Everyone ada dark side dia sendiri.
.
Apa kisah kau?
Banyak. Kau nak baca semua?
Naa, it's okay. Aku tulis sekadar buat lapangkan hati. Lama rasanya tak menulis macam ni. Sejak di-mention "don't ever told people your feeling." So, aku diam. Diam elok-elok mendam rasa. Bahawa suri rumah punya anxiety itu level dia tinggi melangit. Anxiety ke depress? Mana-mana la bila kau pun tak jumpa siapa, kau pun tak tau kabar dunia luar. Kau baca tapi kau tak keluar, sama saja tak payah ambil tahu.
.
Pahtu tanya diri , sampai bila?
.
Angkat bahu. Tunggu anak-anak dah besar sikit kot.
.
Belom sempat besar keluar lagi tang kecik lagi.
.
Senyum. Ketawa kecil pun ada. Smirk kata orang putih.
.
Kau ingat aku tak ada impian nak berjaya?
.
Oh, ritu jalan balik sarawak tetiba nampak bersepah Nissan Navara. Bawak balik semua memori lama. Memori dara sang ibu ni. Tetiba keluar thought -Kau tahu?
Panjang jela ceritanya. Aku simpan semua. Ikutkan boleh je nak jadi cerita di blog. Tapi, simpan. Nanti orang kata laki dia tak jaga dia elok kah? Elok. Cuma ya laa, perempuan. Aku sendiri pun tak faham la kenapa complicated sangat.
.
Back to Nissan Navara, one of my kereta impian. Kenapa? tak tau. Mungkin sebab jatuh cinta pandang pertama. Di Sarawak, kereta 4X4 tu memang kereta ruji orang kata, bersepah. Walau dalam bandar. Comot semuanya. Payah la nak jumpa yang hensem. Semua dari pendalaman, ladang. Eh, bukan nak cakap Johor teda. Ada cuma ya la. Aku kan tak keluar rumah. 😊
.
Pahtu kalau bukan si Navara, paling tidak si Suzuki Swift yang tambun tu. Cukup la buat diri yang comel ni. Imagine diri balik kerja, sorang-sorang, enjoy the moment.
.
Enjoy the moment. Alhamdulillah. Thankful for everything. For past, and for now. Glad I took the step to moving out from there. Bukan sebab tak bagus, cuma terlalu banyak negative vibes. Serba sedikit, terkesan selepas 8 hari berada di sana. Aduh, sudah! Terkena juga. Tu yang nak cari balik positif vibes tu balik. Mudahan 2022 boleh maju dengan lebih baik.
.
Bukan fake, nak wishes Alhamdulillah. Padahal tak enjoy pun life tu. Aku enjoy beb. Cuma bila jumpa orang yang asyik nak compare sana sini, jadi macam... Eh, kau dah kenapa. Alih alih, cuba tengok orang tu.. begini begini.. Cuba tengoo orang tu. begitu begitu.. Eh..
.
Dah la. dah 2022 dah ni. Berenti la wei penatkan diri sendiri. Teda juga orang fikir macamana kamu fikir tu bah. Mungkin ada, tapi ada aku kisah? Sebab tu one of the reason juga la kenapa aku malas juga nak sembang panjang, balik-balik sama old story. .
.
Last aku simpan entry ni. Tak bagi shiapa baca. Tapi I need support. Teda juga la orang nak baca blog kau tu. Kau ingat apa yang aku tayang tu semua happy story behind dia? Ada la happy. Yang sad dia, kita kasi simpan elok. Mudahan elok la.
.
Moga kita direzeki berjumpa positive vibes selalu. Berhenti asyik nak mengajar orang. Sometimes, we need to be listener, a good one. Without judging her story. Comfort her, say - It's okay dear. You doing very well. Hugs~
.
Mungkin mereka pernah silap, tapi tak mengizinkan kita untuk kecikkan hati mereka. I learn it from the mistake. After awhile, let it go. Marah tu cuma 4 minit. selebihnya ego. Aku la tu.
Hujung tahun kena buat family photoshoot la. Kenangan. Video ibu buat pun semua simpan kat IG. One day, kids will remember it. Siap tanya- Ibu mana?
.
Di balik semua gambar tu, ada seorang wanita nak simpan semua kenangan untuk hari besok. jangan pernah marah, sebab aku pernah rasa mana pergi semua kenangan kami tanpa sekeping gambar. Ibu bukan selalu ingat, jika dilihat kembali, terlalu banyak perasan bercampur aduk di balik sekeping gambar.
Moga anak-anak Ibu Nayla Insyirah, Izz Najmi, Nadhira Imaani menjadi anak-anak penyejuk hati ibu ayah. Anak yang soleh solehah. Ibu tak mampu buat yang terbaik, tapi ibu cuba to be the one. Hoping a good year in front us.
-noonefamily-